Genting SkyWorlds Theme Park - Geting there via cable car

Wednesday, 9 February 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita aku dan rakan-rakan ke Genting SkyWorlds Januari 2022 lepas. Please take note yang masa aku pergi ni Genting SkyWorlds belum dibuka sepenuhnya untuk pengunjung. 

Ini kali ke tiga aku ke Genting Highland. Kali pertama masa zaman kanak-kanak di tahun 90an dan kali kedua tahun 2017 BC (dibaca : Before Corona).

Baca cerita aku ke GPO waktu ia mula dibuka: Genting Premier Outlet

Since among kawan-kawan aku, aku je yang ada pengalaman sampai Genting , so aku 'dilantik' menjadi ketua kontinjen. Hihi. Tak kisah, jangan korang suruh aku drive sudahlah. Aku bukanlah driver terbaik dan memandu naik ke Genting memerlukan driver yang cekap sebab jalan yang berlingkar macam ular dipalu walaupun tak seekstrem Cameron Highland.

Kitorang pergi ni hari bekerja, so keluar lewat sikit sebab nak elak jam rush hour di Tol Gombak. Alhamdulillah urusan perjalanan dipermudahkan. Sampai pukul 11 lebih, parkir di Genting Premier Outlet (GPO). Kalau naik Genting, akan jumpa GPO dulu. Naik atas lagi baru sampai Genting SkyWorlds.

If korang nak drive naik terus ke SkyWorld pun takde masalah. Boleh parkir di First World Complex atau Genting Car Park. Cuma aku takde pengalaman parkir kat situ untuk dikongsi. Pengalaman tahun 90an tak valid nak share sebab tu pun memori samar-samar. Haha.

Since parking di GPO, nak ke SkyWorld boleh naik cable car di Awana Station yang terletak dalam building GPO jugak. Boleh beli tiket guna mesin atau ke kaunter. Pilihlah nak gondola lantai biasa atau lantai kaca. Harga dan info lain korang baca kat SINI


Kitorang beli terus tiket pergi balik, tapi make sure simpanlah tiket tu sampai nak turun nanti


Masa kitorang pergi ni cuaca panas terik. Nampak mendung sebab cermin gondola (cable car) yang tinted



Hari tu cakap ada beli tudung Fazura kan. Nilah dia tudungnya. Tapi masa ni takde lagi facemask Fazbulous. Dalam cable car wajib pakai mask. Ni bukak untuk bergambar je tau


Kitorang patutnya pergi hujung bulan 12 tahun 2021, tapi terpaksa batalkan trip sebab tanah runtuh di Lebuhraya Karak dan  banjir besar di Selangor-Pahang. Start seminggu sebelum pergi, hari-hari kitorang monitor keadaan cuaca. Hari kitorang pergi ni cuaca panas berdenting. Tengok di apps, suhu luar 32 degrees. Ha..nasiblah. Tapi tak terasa pun bahangnya. Just nice. Tak perlu pakai sweater pun.


Dah kata tanah tinggi kan. Mestilah berkabus you olls walaupun cuaca panas.


Boleh nampak Genting SkyWorlds dari dalam cable car


Turun di SkyAvenue Station, ikut sahaja laluan melalui SkyAvenue Complex ke Genting Skyworlds ThemePark. Bulan Jan 2022, theme park ni dibuka untuk public tapi ride belum beroperasi. Bolehlah nak bergambar dan jalan-jalan. Masa Dec 2021 lagi best sebab ada 'salji buatan'. Ralat sikitlah tak dapat pergi masa tu sebab dok tengok orang update main salji di Genting di media sosial. Yelah, nak pergi oversea main salji tak dapat buat masa ni, dapat main yang pelesu pun bolehlah. Apakan daya takde rezeki sebab banjir. 


Rupanya kali ni pun takde rezeki sebab masa tu Genting Skyworlds ThemePark hanya dibuka untuk public pada hujung minggu sahaja. Kitorang pergi ni hari Isnin, so gigit jari jelah. No wonder masa dalam cable car, intai ke bawah, tak nampak pun orang awam lalu-lalang. Ada pekerja sahaja.

Disebabkan frust, jalan-jalan jelah dalam mall. Singgah Bath & BodyWorks, shopping situ sebab ada sale. Pendapat aku, lagi best shopping di GPO sebab kat sana lagi banyak kedai branded dan diskaun yang lebih banyak. Oh ye, ini tips yang korang kena ingat sebelum ke SkyAvenue : toilet di sini takde bidet! Kena bawak botol air kosong tadah di sinki. Macam kat oversea engkau. 

Tak nak pergi Skyworlds ThemePark, boleh juga ke Skytropolis Indoor Theme Park. Harga dan info lain boleh tengok di SINI





Ride dekat Skyropolis ni pada pendapat aku samada terlalu ekstrem atau terlalu childish. Takde yang tengah-tengah. Sesiapa yang memang adrenaline junkie dan hati kering mesti akan naik semua ride yang ada. Aku dan kawan-kawan aku semuanya tak berani. Sembang kari je. Akak ni penakut dik, takat naik merry go round kat funfair berani lah.


Tengok jelah light show ni


Turun level G  untuk ke surau., nampak kaunter tiket ni. Luas dan nampak mewah. Berhampiran kaunter tiket ni, ada laluan ke theme park. Masa pintu terbuka tutup sebab pekerja lalu, rasa jugaklah angin sejuknya. Korang yang tak tahan sejuk kalau pergi bawaklah sweater sebab open air kan.

Nak tahu lebih lagi pasal Genting Skyworlds ni korang tengoklah di official website. Ada info pasal harga tiket dan waktu operasi. Nanti kalau aku dah pergi aku update ye. Entahlah bila nak pergi. Kumpul duit dululah. Plan kalau pergi nak avoid cuti sekolah dan hujung minggu.


Turun ke GPO balik naik cable car jugak


Bye Skyworlds, ada rezeki kitorang datang lagi


If nak singgah ambil gambar di Pagoda tu pun boleh. Aku tak pernah pergi tapi tengok di sosial media, ramai kata disitu cantik untuk bergambar. If naik cable car, berhenti di Chin Swee Station, sama ada on the way naik atau turun. Tapi kitorang skip yang ni.

OKlah nanti sambung lagi. Stop kejap cerita Ipoh sebab tengok Genting SkyWorlds tengah trending. Anyone ada yang dah pergi SkyWorld lepas ia dibuka ke? Best tak? Sharelah di ruangan komen or bagi link entry blog.

Thanks for reading gais!

36 comments

  1. kita sejak dah dapat penyakit ni, rasa frust plak lepas ni dah x bole nak join derang main games2 mcm kat atas tu... kita dah masuk kategori OKU, so dok dendiam aje la tgk org main huhuhuwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. Jangan cakap camtu kak Ret. Sedih plak saya baca

      Delete
  2. Hi sal yg Manis metangjap ketua kontijen seronoknya naik genting. Mama sendiri x penah sampai atas tu tau kesian kan

    ReplyDelete
  3. Dah bertahun tahun lamanya tak naik tanah tinggi. Nak naik cable car tu tak tahu berani lagi ke tidak. Sekarang ni macam gayat. Dulu berani je. Tak pasal pasal kena lantik ketua kontinjen ye. Boleh repeat lagi Sal pergi dah buka ni. Mesti meriah banyak permainan baru. Segalanya barulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun gayat jugak, tu sebab naik gondola yang biasa je. Tak berani yang lantai kaca. Kalau pergi tu kena berani main semua. Kalau tak nanti rugi.tiket mahal

      Delete
    2. Ohhh ada pilihan jugak ye. Ingatkan semua lantai berkaca.

      Delete
  4. Tempat pelancongan di negara kita sebenarnya cukup hebat, setanding dengan negara luar.
    Belum sampai lagi ke Sky World. In syaa Allah nanti nak cari masa untuk ke situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tu. Genting masa ada theme park lama dulu pun ramai datang termasuk dari luar negara

      Delete
  5. seronoknya sal kat negeri dalam kabus..pernah gi sana dua kali pusing2 ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangan kejap macam di oversea. Hehe. Oklah tu kak PI, pernah juga sampai. Saya pun pusing-pusing je. Bukan berani sangat nak main ride semua tu

      Delete
  6. Bestnya jalan ke Genting. Jadi ketua kontinjen lagi tuu..hehe. Saya lama dah tak naik ke sana..last pun tak ingat dah bila. Thanks Sal berkongsi cerita. Plan nak pergi juga la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ketua kontinjen tolong tengok waze je. Nak drive sendiri tak berani. Genting Skyworld dah bukak sekarang ni. Bolehla pergi kalau minat main roller coaster etc

      Delete
  7. oooo ada station2 yg kita boleh berhenti ye.. ammi ingat naik turun 1 lokasi je

    ReplyDelete
  8. nice pemandangan tuhh.. dan sejuk.. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pergi ni tak sejuk sangat Wak. Bawak sweater tu hiasan je

      Delete
  9. Ada rezeki nanti teringin nak bawa isteri dan anak2 ke sini. Insyaallah. Dulu prnah sekali je ke sana masa bujang. Tu pun indoor je sbb cuaca x elok masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak datang sini kena cuaca cantik, kalau tak nanti tak enjoy. Bawak anak rasanya ok je dalam Skytropolis ni. Banyak yang sesuai

      Delete
  10. Wah....pertama kali naik ride dalam bangunan kat genting ni entah tahun bila....lama dah tapi rasa macam nak terkeluar perut jatuh ke bawah. Sejak tu dah tahu memang tak boleh naik ride ni semua. Kecut pewut didalam. Organ dalam semuanya pakat nak keluar dari badan....aduhaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Genting ni memang tempat orang yang kaki naik ride apa semua tu kan. Teringat tahun bila entah ada roller coaster double loop tu. Kakak saya je berani naik

      Delete
  11. Tengok je cable car pun rasa kecut perut kak PC.. tapi ada cita-cita nak jalan-jalan ke sana juga. Ermmm tengok gambar dah gini kalau sampai mahu termenung je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik cable car yang biasa je PC. Tak perlu yang lantai kaca if gayat

      Delete
  12. cita2 nak ke Genting masih belum tercapai sampai kini...

    ReplyDelete
  13. Kak Sue rasanya lama gila tak datang sini, puluhan tahun kut sebab masa tu belum kawin lagi. Nanti boleh lah datang sini bawak family pulak..

    ReplyDelete
  14. Saya juga pernah ke Genting ananda Sal. Mei 2017. Terima kasih telah berbagi. Selamat malam dari seberang.

    ReplyDelete
  15. Belum ada masa lagi nak ke sana. Pernah masuk sekali je.

    ReplyDelete
  16. Sama lama tidak pergi. Lagi tidak sah maklumat yang akak ada masa sekolah menengah. Hehe.
    Baca untuk tahu apa yang terkini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Mesti pernah naik roller coaster di sini dulu

      Delete
  17. Rasa macam dah lama pulak tak pergi Genting. Nanti nak pergilah bila free

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi Skyworld nanti dengan anak-anak

      Delete
  18. Dulu-dulu selalu kalau pergi kerja waktu pagi boleh nampak genting meriah terang benderang dari bukit saga....tapi lately ni macam tak nampak cahaya. dah bukak ni emm kena redah juga lah tenguk apa yang ada.

    ReplyDelete
  19. tq Sal for sharing. dpt la update info pasal genting ni.
    last aida jejak genting highlands, tahun 1999 ha ha ha ha ha giler lama, kan.
    gi dgn asben, dan lag 2 member. tak la berdua2an.
    then kawin beranak pinak, tak naik sana pun.
    sebab da takde outdoor theme park. dok la tunggu bila siap.
    so now, da boleh la aida plan naik ke sana, Sal.
    mengimbau kenangan 1st time asben nak propose, tapi tak jadik :) ha ha ha ha...
    last last propose kat phone aje hu hu hu hu...

    ReplyDelete
  20. wah..dah makin best kan. dulu zaman2 bercinta, sweet bagai..pernah naik genting..byk kali gak. ada masa tu naik genting just nak minum kopi ssbb kat sana sejuk.. boleh? pernah masuk themepark yg dulu tu..outdoor nya. tapi x de la main yg extreme2 nya game. last gi masa tahun 2004..2nd honeymoon, time lum dpt baby..jalan2 ngan hubby sejuks sgt time tu sbb hujan. nak gi gak plan bawak ian ngan iris..tunjuk tempat mummy ngan daddy cinta2 dulu but x tau la bila...

    ReplyDelete
  21. Honestly mama x berani naik cable car tu sal haha..

    ReplyDelete
  22. Tengok pemandangan pun dah seram dan gayat.. Tak tahulah bila nak ada keberanian naik menda alah tu.. hahaha..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah