Kembara Aceh Part 1

Tuesday 1 January 2019

Assalamualaikum semua. OK, ikutkan aku nak tulis entry Aceh ni lepas habis cerita Jeju tapi entahla rasa terusik pulak lepas berita Tsunami Selat Sunda baru-baru ni. Sebab teringat masa melawat Aceh, kebanyakan itinerary kitorang kat sana melawat kesan tsunami 2004.

Untuk pengetahuan korang aku ni traveller cap ayam je. Dalam banyak-banyak negara, aku tak pernah sampai negara Indonesia sebelum ni. Pergi jauh-jauh je, yang dekat tak nampak. Hahaha. Idea nak gi Aceh ni pun tercetus dari geng gi Jepun. Aku selalu je dapat ajakan gi Bandung, tapi majoriti kawan or cousin aku yang mengajak tu sebab nak shopping. Aku ni kurang minat la gi holiday semata untuk shopping. Nak gi Jakarta aku tak suka sebab sesak. Bali pulak aku rasa lebih sesuai gi honeymoon. Gi ngan kawan-kawan rasa macam krik krik je.

So, Aceh pun Aceh la. Walaupun risau jugak kan mana tau jadi apa-apa masa kat sana. Tsunami 2004 masih segar dalam ingatan. Tapi bila fikir balik, kalau nak mati, kat mana-mana pun boleh. Aku gi holiday bukan nak buat maksiat. Lagipun siapa berani buat maksiat kat Aceh? Kepulauan yang amat menitikberatkan Islam sampai digelar Serambi Mekah. Nak merasa kena sebat di khalayak ramai boleh la try gi Aceh ngan pakwe korang. Hahaha.

The best thing about travel is making new friends. Yang baju hijau tu aku gelar Kak F jelah ye

Kitorang bertolak ke Aceh naik flight pagi so that sampai boleh jalan-jalan terus. Tu korang boleh nampak melalui muka sembap aku. Hahaha.



Macam biasa, gi mana-mana negara pun kena isi Declaration Card

Perjalanan ke Aceh tak ambil masa lama. Hanya 1 jam setengah. Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda dalam pukul 8 lebih macam tu. Airport Aceh ni kecik dan sempoi je. Macam airport Kota Bahru.

 Airport pun bumbung stail kubah. Memang sepadan dengan gelaran Serambi Mekah


Urusan di imigresen tak ambil masa lama. Sekejap je dah selesai. Disebabkan kitorang ambil pakej so diam jelah tunggu Pak Supir ambil. Aku lupa nama Pak Supir yang ambil kitorang kat airport ni sebab sekejap sangat dengan dia. Dia cuma bawa kami ke Jetty Ulele untuk naik feri ke Pulau Sabang.

Jatuh Cinta lebih asyik? Ya nggak apalah Pak, lagi rela jatuh kerusi!


Korang jangan tanya aku macamana nak beli tiket ni ye. Pak Supir tu yang pergi tukarkan boarding pass ni untuk kitorang. Tiket ni rasanya dah book awal-awal sebab aku tengok orang boleh tahan ramai. Satu perkara tentang Aceh yang korang kena tahu, waktu sembahyang Jumaat segala public transport tak beroperasi. So kalau terlepas yang sesi pagi alamatnya pas Zohor karang lah baru boleh bergerak.

 Keadaan dalam feri. Selesa lah jugak. 

Duduk sebelah seorang budak perempuan Aceh ni, umur dalam belasan tahun. Kitorang borak jugaklah sikit-sikit tapi aku pelik nape dia dok perati aku ngan ND. Takkanlah dia tak pernah tengok orang Malaysia. Muka macam diorang jugak. Lainlah kalau kitorang ni mat Saleh ke, latino ke, logiklah nak pandang pelik.


 Dah sampai Pulau Weh, Sabang

Sampai Sabang kami dikutip supir lain pulak. Yang ni nama dia Herman. Herman bawak kitorang ke tempat penginapan kitorang iaitu Freddies yang terletak di kawasan Sumurtiga. Area Sumurtiga ni banyak juga resort dan chalet yang menarik. Kalau korang suka duduk dekat dengan laut dan nak cari kawasan yang tak sesak boleh lepak area ni. Aku lupa tangkap gambar tapi korang google jelah Freddies Sumurtiga. Macam-macam angle ada.

Bilik aku ngan ND


 View dari bilik

Nak naik ke bilik kena memanjat tangga

Memandangkan waktu Zohor dah dekat, kitorang pun deal ngan Herman supaya dia datang balik lepas selesai solat Jumaat. Kitorang pun lepak bilik dulu. Mandi, solat dan baring-baring. Konon nak tido tapi tak boleh tido pun. So apa lagi membawang la ngan ND sambil online. Masa kitorang pergi ni baru lepas pilihanraya, so Malaysia tengah 'panas' lagi. Apa pun nasib kitorang baik sebab sempat jugak mengundi. Yelah, masa beli tiket mana nak tau bila tarikh pilihanraya. Kalau nak tahu aku pernah kot tak jadi gi travel sebab pilihanraya. Last-last tak jadi pun. 

OKlah tetibe masuk topik PRU. Hahaha. Nanti next entry aku sambung ek kitorang gi mana kat area Sabang ni. Thanks for reading!

37 comments

  1. manaaaa ni cerita Jeju putus di tengah jalan da ?? dia bukak cerita baruuuu dah.

    uuish view lawa dari tingkap tu.. macam rumah kampung tepi2 pantai kat Malaysia. hehe.. samalah kak tak pernah sampai yang jiran2 sebab CT rasa lebih kurang sama. tapi kalau dapat ke Indonesia rasanya nak pi Padang or Bukit Tinggi. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat bebenar si Siti ni sampai sini. Akak baru nak feeling2 jengah Sal dulu sebelum Siti hahaha

      Delete
    2. Hahahaha. Siti kalau entry travel ni dia memang pantas

      Delete
  2. Assalamu'alaikum, Sal. Selamat Tahun Baru! Maaf lama tak menyinggah sini. Cantiklah tempat penginapan you all. Damai je...

    ReplyDelete
  3. salllll g acheh tak tunggu kita.... hwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip dah ajak ek, tapi Huda yang sibuk. Nanti kita tunjuk bukti screenshot kang. Ha..Hahahaha

      Delete
  4. selamat tahun baru sal

    semoga lebih bahagia dan gembira bersama yang tercinta

    hihihihi

    #kemanakitatahunni hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni? Jap ek tunggu poket stabil balik. Huhuhu

      Delete
  5. Alhamdulillah..take care ya..sentoasa basakan bibir zikrullah

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru kak Sal.

    Tak tahu pun yang kak Sal pergi Aceh sampai la baca post ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Nak buat cmane. Akak takde insta n tak aktif fb. Kalau tak post kat sini sampai ke sudah takde orang tau

      Delete
  7. Hi Sal. Selamat tahun baru.
    Cantik pulak bila tengok Aceh ni. Bilik yg Sal duduk tu pun, nampak macam klasik aje hiasannya.

    ReplyDelete
  8. Wah jalan g aceh plak bestnya

    ReplyDelete
  9. mesti menarik dan sedih bila melawat kawasan yg pernah dilanda tsunami ni kan. nampak cantik bilik yang sal duduk tu, macam klasik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup memang klasik. Selesa sangat walaupun takde air cond

      Delete
  10. pakej lengkap ek mek dari A - Z dgn supir tu?

    ReplyDelete
  11. sama la kita, cuma indonesia ni skang dah jadi trend mana2 tempat yg orang malaysia pergi dah mula naik rega. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala tu. peluang buat duit. Nak buat cmane

      Delete
  12. Wah pergi Acheh....belum sampai lagi....tapi ada kawan pergi dia kata tempat yang sungguh menyedihkan...terutama part tsunami... tapi tenguk pulau sabang tu macam menarik ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau sabang tak banyak kesan tsunami. Tu kat mainland

      Delete
  13. Bilik dia best macam kat kampung-kampung je...emm cam best je

    ReplyDelete
  14. lama pending wehhh.. after pilihan raya tahun lepas hahah.. nice trips sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Sib baik tak tunggu pilihanraya lagi sekali baru story

      Delete
  15. Salam 2019 Sal.... kenal hakak lagi tak?
    Amboiii asyik berjalan je kerjanya ek. Best banget tuh.....
    Hakak ni lemah sikit kalau hotel yg ala ala kamung cenggitu.... sebab mmg org kg kan jadi kalau gi hotel naklah yg ala ala moden

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat je Mak, tapi tulah nak gi komen asyik diganggu malware. Cepatlah halau virus-virus tu Mak weii

      Delete
  16. terbaik sebab pilih acheh.
    teringin nak gi sgt.
    tsunami. satu yg kita takkan lupa,kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah macamana boleh pilih Aceh. Pelik kan..

      Delete
  17. Cantik view dari bilik nampak laut dan daun nyiur melambai asyik gitteww...
    Biasalah kita ni kan selalu yang jauh nampak best dari yang dekat-dekat tu hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak nampak, tapi seru lambat sampai. Hahaha

      Delete
  18. Wah Nampak selesa katil tu Dan Kenna hati2 turun Naik tangga tu kan

    ReplyDelete
  19. Bilik dia tradisional betul lah. .

    ReplyDelete
  20. Cantinya view dari bilik tu... Bagusnya bila ada yang uruskan.. tak yah nak bersesak-sesak..

    ReplyDelete
  21. Hi assalam...ada no contact supir yg kat acheh n pulau sabang tu x?

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah