Assalamualaikum dan hai semua. Tu dia tajuk entry aku. Jiwang sungguh macam lagu Alleycats. Hahaha.
Haih, rindunya nak menaip panjang-panjang. Hari ni dapat jugak peluang. Aku menghilang dari blogging tak pergi mana pun. Cuma bila adik aku yang bongsu tu cuti tunggu grad, wi-fi terpaksa dikongsi. Internet jadi slow dan aku jadi malas. Kat office memang mustahil untuk blogging kerana aku kerja bahagian front desk. CCTV belakang kepala dan ada partner di sebelah. Memang takde privacy langsung. Since adik aku dah dapat kerja tempat lain dan dah tak duduk sekali, barulah aku dapat menikmati internet dengan lancar. See...aku kakak yang berkorban. Hahaha. Padahal kedekut nak ambil pakej internet yang lebih laju.
Ramai yang tanya aku kenapa 2018 ni aku kurang travel. Jawapannya adalah kerana aku terpaksa berjimat. Senang cerita macam nilah. Aku hilang duit sebab aku invest in business tapi business tu rugi. Mungkin aku tak cukup ilmu atau aku kena tipu. Allah saja yang tahu. Benda tu jadi masa 2017, so aku hilang saving beribu. Ah..aku malas la nak cerita. Buat sakit hati.
Aku cuma dapat travel 2 kali. Tu pun atas belas ihsan orang. Aku pergi Jeju pinjam duit hamba Allah ni dan Mak dia. Aku bayar sikit-sikit lepas dapat gaji. Ya korang kecamlah aku sebab sanggup berhutang demi nak travel, tapi 2 Hamba Allah yang baik hati ni sanggup bayarkan dulu sebab nak aku join diorang sekali. Ha...boleh agak kan aku cakap pasal siapa? Aku sangat-sangat berterima kasih kat diorang walaupun dah banyak kali diorang cakap jangan cerita kat orang pasal benda ni. Huhuhu.
So, travel lagi sekali tu gi mana? Yang ni aku buat entry lain. Ni pun pinjam duit travelmate dan bayar lepas dapat gaji. Wey tak malu!! Hahaha. Nak buat cmane, company aku keje pun tak untung so budget cut, takde event, takde OT, bonus jauh sekali!
Tahun ni jugak aku terpaksa spend beribu untuk repair kulit aku sebab tersalah pakai produk. Bukan sebab produk tu tak bagus tapi sebab kulit aku yang tak tahan dengan ingredients dalam tu. Aku naik jerawat secara menggila sampaikan aku tengok muka sendiri dalam cermin pun benci. Bukan setakat jerawat, dia punya gatal rasa nak garu muka kat tar jalan. Aku jadi malu nak menghadap orang. Nak tak nak kena jumpa dermatologist. Alhamdulillah sekarang jerawat dah surut cuma parut je tinggal. Yang ni aku guna skincare jelah, tak mampu nak buat rawatan laser.
Tahun ni juga aku kehilangan arwah atuk aku. Alfatihah untuk Mohamad Yasin bin Mohd Taha. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Banyak kenangan dengan arwah dari aku kecik sampai ke besar gajah. Sedih jangan cakaplah. Tu atuk aku yang terakhir, pas ni kena menumpang kasih atuk orang.
So selain dari struggle dengan duit, aku juga struggle in relationship. Apa yang jadi aku salahkan diri sendiri. Kerana sibuk dengan dia, aku terlupa Tuhan. Ampunkan aku Ya Allah. Kerana meletakkan pengharapan pada manusia melebihi penggantungan kepada-Mu. Sekarang ni aku malas nak fikir. Malas nak menangis. Malas nak berharap. Kalau dia nak kat aku, dia taulah apa dia nak buat. Kalau dia tak nak, OK bye. Allah Maha Mengetahui.Tapi dalam hati sebenarnya sayang gila wei takkan nak tinggal macam tu je
2019 bakal menjelma, aku doa yang baik-baik aje untuk aku dan korang semua. Walaupun aku banyak makan hati tahun ni, tapi dapat jugak tumpang kebahagiaan ahli keluarga dan rakan-rakan lain. Tengok ada yang dapat baby, naik pelamin, dapat kuruskan badan, gi travel sana sini, dapat kerja baru... Chin up woman, life is not always about you! Aku bersyukur ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang masih sayangkan aku. Masih sihat, ada kerja tetap dan hidup yang selesa. Cukup makan pakai tidur semua.
Tahun depan Insha Allah tambah anak saudara baru. Oh ya bulan 1 ni aku nak bukak braces. Tak sabar nak makan puas-puas. Plan travel takde lagi, mungkin kena tunggu kewangan stabil balik.
Lupa pulak ucapan wajib untuk rakan-rakan Liverpool. Next Year Will Be Our Year! Jangan berulang mimpi ngeri 2008/09 dan 2013/14 sudahla.
Happy New Year lovely people! Thanks sudi support blog aku. Insha Allah akan rajinkan diri menulis. Till then, thanks for reading!
Haih, rindunya nak menaip panjang-panjang. Hari ni dapat jugak peluang. Aku menghilang dari blogging tak pergi mana pun. Cuma bila adik aku yang bongsu tu cuti tunggu grad, wi-fi terpaksa dikongsi. Internet jadi slow dan aku jadi malas. Kat office memang mustahil untuk blogging kerana aku kerja bahagian front desk. CCTV belakang kepala dan ada partner di sebelah. Memang takde privacy langsung. Since adik aku dah dapat kerja tempat lain dan dah tak duduk sekali, barulah aku dapat menikmati internet dengan lancar. See...aku kakak yang berkorban. Hahaha. Padahal kedekut nak ambil pakej internet yang lebih laju.
Ramai yang tanya aku kenapa 2018 ni aku kurang travel. Jawapannya adalah kerana aku terpaksa berjimat. Senang cerita macam nilah. Aku hilang duit sebab aku invest in business tapi business tu rugi. Mungkin aku tak cukup ilmu atau aku kena tipu. Allah saja yang tahu. Benda tu jadi masa 2017, so aku hilang saving beribu. Ah..aku malas la nak cerita. Buat sakit hati.
Aku cuma dapat travel 2 kali. Tu pun atas belas ihsan orang. Aku pergi Jeju pinjam duit hamba Allah ni dan Mak dia. Aku bayar sikit-sikit lepas dapat gaji. Ya korang kecamlah aku sebab sanggup berhutang demi nak travel, tapi 2 Hamba Allah yang baik hati ni sanggup bayarkan dulu sebab nak aku join diorang sekali. Ha...boleh agak kan aku cakap pasal siapa? Aku sangat-sangat berterima kasih kat diorang walaupun dah banyak kali diorang cakap jangan cerita kat orang pasal benda ni. Huhuhu.
So, travel lagi sekali tu gi mana? Yang ni aku buat entry lain. Ni pun pinjam duit travelmate dan bayar lepas dapat gaji. Wey tak malu!! Hahaha. Nak buat cmane, company aku keje pun tak untung so budget cut, takde event, takde OT, bonus jauh sekali!
Sneak peek. Hampa terer mesti boleh teka aku gi mana
Tahun ni jugak aku terpaksa spend beribu untuk repair kulit aku sebab tersalah pakai produk. Bukan sebab produk tu tak bagus tapi sebab kulit aku yang tak tahan dengan ingredients dalam tu. Aku naik jerawat secara menggila sampaikan aku tengok muka sendiri dalam cermin pun benci. Bukan setakat jerawat, dia punya gatal rasa nak garu muka kat tar jalan. Aku jadi malu nak menghadap orang. Nak tak nak kena jumpa dermatologist. Alhamdulillah sekarang jerawat dah surut cuma parut je tinggal. Yang ni aku guna skincare jelah, tak mampu nak buat rawatan laser.
Nampak tak menggerutu pipi dan dahi. Ni pun aku ambil gambar pakai filter. Kalau takde filter lagi jahanam.
Gambar throwback arwah 25 tahun dulu. Aku tepek sini takut hilang
So selain dari struggle dengan duit, aku juga struggle in relationship. Apa yang jadi aku salahkan diri sendiri. Kerana sibuk dengan dia, aku terlupa Tuhan. Ampunkan aku Ya Allah. Kerana meletakkan pengharapan pada manusia melebihi penggantungan kepada-Mu. Sekarang ni aku malas nak fikir. Malas nak menangis. Malas nak berharap. Kalau dia nak kat aku, dia taulah apa dia nak buat. Kalau dia tak nak, OK bye. Allah Maha Mengetahui.
2019 bakal menjelma, aku doa yang baik-baik aje untuk aku dan korang semua. Walaupun aku banyak makan hati tahun ni, tapi dapat jugak tumpang kebahagiaan ahli keluarga dan rakan-rakan lain. Tengok ada yang dapat baby, naik pelamin, dapat kuruskan badan, gi travel sana sini, dapat kerja baru... Chin up woman, life is not always about you! Aku bersyukur ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang masih sayangkan aku. Masih sihat, ada kerja tetap dan hidup yang selesa. Cukup makan pakai tidur semua.
Tahun depan Insha Allah tambah anak saudara baru. Oh ya bulan 1 ni aku nak bukak braces. Tak sabar nak makan puas-puas. Plan travel takde lagi, mungkin kena tunggu kewangan stabil balik.
Lupa pulak ucapan wajib untuk rakan-rakan Liverpool. Next Year Will Be Our Year! Jangan berulang mimpi ngeri 2008/09 dan 2013/14 sudahla.
Happy New Year lovely people! Thanks sudi support blog aku. Insha Allah akan rajinkan diri menulis. Till then, thanks for reading!
Insyaallah kita harap yang terbaik untuk 2019.
ReplyDeleteBest of luck Sal!
☆ Atheera ☆
Mudah2an 2019 lebih cerah sinarnya
ReplyDeleteInsyallah. ..Tahun baru 2019 akan mmberi sinar yang lebih bercahaya. ..
ReplyDeleteApap pon dugaan datang, masih ada lagi org sentiasa sygkan kita. ..
Tulah ZF. Kadang2 kita ni banyak complain sampai lupa nak bersyukur
DeleteApa yang telah berlaku ada hikmahnya..jadikan pengajaran dan pengalaman.In sha Allah ada rezeki lebih baik nanti..aamiin.
ReplyDeleteSaya dah lama tak lawat blog Sal. Takziah atas pemergian arwah Atuk. Apa yang berlaku jadikan pengajaran dan sempadan dalam kehidupan pada masa akan datang. Insya-Allah best of luck :)
ReplyDeleteInsya Allah apa yang berlaku dibuat pedoman supaya tak ulang kesilapan yang sama
DeleteHappy new year..semoga tahun 2019 lebih baik & produktif..
ReplyDeleteini recap express ni. hehe takpa kak saving balik nanti pegi jalan2 lagi. utamakan yang mana dulu.. ujian tu normal dalam kehidupan tapi semuanya ada hikmah. Allah bersama orang yang sabar =)
ReplyDeleteThanks dear for being part of sweet memories of 2018. Mmuah mmmuah!!
Deletejom roadtrip dalam negara. ada route yang saya tingin nak pi ni.. sebab tak penah sampai. hehehe.. nak keluar kena saving sebab tabong kong !!!
ReplyDeleteRoadtrip is nice. Cuti cuit malaysia jelah. Nak ke luar negara kena start menabung balik
Deleteyaaa benaran dong *sebab lepas baca entry Aceh* kena ngumpuin dulu uwangnya. jadi baik liburan dalaman saja. nanti wasep !! hahaha..
DeleteIya buk. Lagi tungguin. Hahaha
DeleteOh! itu sebabnya lama tak blogging ya hahaha... alasan internet slow memang win.
ReplyDeleteApa-apa pun semoga tahun 2019 segala azam Sal akan dipermudah dan dimakbulkan olehNYA. Syukuri apa yang ada itulah kebahagian yang sebenarnya.
Takde azam sangat. Tapi kalau boleh nak blogging lebih kerap. Hahaha
Deletehaiiiiiii Sal come bacak.. lama menyepi!! huhu. takpe la sal.. anggap ni dugaan hidup. apa yg berlaku di akhir ada manisnya.. Happy new year semoga tahun baru ni lebih memberi seribu rahmat buat kita semua.. chill!! meh nak hug cikit hahahaa..
ReplyDeletepssst.. ada jugak selit bola dia tuuuuu. hhahaha
Thanks Zie..meh sini nak hug. Hahaha..bola kena selit sebab bola tu hobi yang buat Sal hepi, so kita kena cari jalan nak hepikan diri sendiri. Betul tak?
DeleteBagus ada entri camni untuk akak yang dah lama tak tahu apa perkembangan Sal. Stay strong, dik. Inshaa Allah, 2019 will be great!
ReplyDeleteEntry recap super pantas. Hahaha
DeleteBanyak juga dugaan kak Sal masa 2018. Moga 2019 will be your best year yet! :)
ReplyDeleteSemoga tahun 2019 lebih suksess...
ReplyDeleteSelamat tahun baru sal semoga tahun 2019 lebih manis buat sal
ReplyDeleteinshaa Allah...akak doakan untuk tahun ni dan tahun2 akan datang akan memberikan kebahagiaan buat Sal. Tapi ingatlah kebahagiaan itu milik Allah SWT jadi kita juga akan bahagia jika kita taat padaNya.
ReplyDeleteBaik kak, saya akan ingat pesanan tu. Insha allah
Deletetanpa cabaran dan dugaan tu, mungkin kita kurang menyayangi diri sendiri... x pe insya allah 2019 pasti menjanjikan yg lbh baik. #ThisYearWillBeOurYear #YNWA
ReplyDeleteYa lads! Make sure tak slip lagi tahun ni! EPL mu tunggu liverpool datang. Ewah
Deletei feel you, sekali dah kaki travel memang duk menggedik nak travel je manjang. hihi..apapun yang penting bukan pinjam dengan ah long. bab kena tipu bisnes tu banyakkan bersabar. dulu pernah terkena gak. barang lepas jgn dikenang. nanti hidup jd x best. doa banyak2 pasti ada hikmah dan rezeki yang menanti.
ReplyDeletetahan je rasa tengok orang berebut-rebut promo tiket murah. Sabar je, harap ada rezeki mendatang. kaki dah gatal nak berjalan ni
Deleterobbi yaair walla tuwassir.,
ReplyDeletemoga semuanya ok ok utk sal thn ni.
ReplyDeletepositif :)
tu larr knape mengharap pafi seberang., padi kat blog ni kan banyak ciksal., hehehehe
ReplyDeletepantas dan ekspress betul recap 2018 Sal.. Hehehe.. terus dapat semua cerita..
ReplyDeleteUntuk kehilangan Sal, Sha ucapkan takziah.. Tak ada siapa yang dapat faham perasaan itu kecuali mereka yang kehilangan.. Sha doakan Sal kuat..
Untuk semua yang jadi pada Sal, mesti ada hikmahnya.. Sha doakan Sal terus kuat dan tabah..
Salam Takziah buat arwah Atuk Sal, moga arwah dirahmati Allah swt. Dah 2022, semuanya makin baik demi hari Alhamdulillah.
ReplyDelete