Kembara Aceh Part 2

Sunday, 13 January 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Mari sambung cerita Aceh. Jemput baca Part 1 dulu ye.

So, seperti yang dijanjikan, lepas habis solat Jumaat, Herman datang ambil kitorang. Masing-masing dah kelaparan. Herman offer nak bawak kitorang jalan-jalan pusing daerah Sabang tapi Kak F tak nak ikut. Nak lepak santai di resort katanya. So hanya aku, ND dan IN jelah yang merayap.

Mula-mula kitorang request pergi makan dulu. Lapar banget ni! Jangan tanya kat mana Herman bawak kitorang, aku ikut je. Tapi kedai makan ni tak jauh la dari Freddies. Ayam goreng tu sedap. Gulai pun sedap. Masakan kampung gitu.

Makan sambil mengadap laut

Sebab aku first time datang Indonesia nak lah rasa Teh Botol yang orang kata trademark ni.

Settle makan, kita jalan-jalan area Sumur Tiga. Teringat pantun kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Ewah pantun pulak. Ha yang korang dok sebut sumur tu, tau tak sumur tu apa? Aku dah sampai Aceh baru tau. Sumur tu perigi mata air rupanya. Aku ingatkan selama ni sumur tu kolam kecik atau lopak. Logik plak kau ni Sal orang nak menumpang mandi kat lopak. Ceh.




Kat area Sumur Tiga View ni tak banyak aktiviti boleh dibuat. Lepak-lepak tengok laut dan tangkap gambar je. Mungkin kalau datang petang sikit ramai yang bersantai.

Lepas tu kami ke Benteng Anoi Itam.


Kalau ikut catatan atas ni, benteng ni dibina oleh Jepun sewaktu mereka menduduki Indonesia. Aku ni buta sejarah sikit. Yang aku tau Belanda je pernah menjajah Indonesia. Huhuhuhu.


Posing mintak penampar adalah wajib

Dulu kat sini askar Jepun simpan senjata

Jalan sampai hujung akan jumpa batu besar. Boleh duduk juntai kaki tengok view

Inai di jari siapa yang punya? Bukan inai tapi dakwat kekal. Masa pergi ni baru lepas pilihanraya

Kat bawah tu boleh lepak-lepak tengok laut cari ketenangan hati

Pastu Herman tanya nak gi mana lagi. Memandangkan masa awal-awal datang dah ternampak signboard Sabang so mestilah nak ambil gambar kat situ buat kenangan.



Tak rugi jalan-jalan dengan Herman ni sebab dia pandai amik gambar dan tak kedekut hotspot. So tak payah beli simcard.

Pastu jalan-jalan gi Pantai Kasih. Siapa yang kurang kasih sayang bolehla datang sini. Hahaha



Tangkap gambar dari jauh je sebab panas nak turun. Biasalah kawasan pulau. Tak duduk lama pun kat sini.

Orang kata bila kita mengembara, kita akan dapat banyak ilmu baru. Begitulah aku bila sampai ke Aceh. Dari cerita Herman, Aceh ni dahulunya kawasan bergolak. Berperang bukan dengan orang lain, tapi dengan pemerintah Indonesia juga kerana Aceh menuntut ingin keluar dari Indonesia dan wujud sebagai wilayah merdeka. Kebanyakan rakyat tempatan buat tak tau masa dengar dentuman tsunami sebab diorang ingat tu bunyi meriam yang memang kedengaran hari-hari.

Aceh ni dulu bukanlah tempat yang famous untuk melancong. Selepas tsunami 2004 barulah Aceh membuka pintu untuk orang luar. Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan pemerintah Indonesia pun mencapai perjanjian damai selepas tragedi tersebut. Perang berjaya dihentikan dan Aceh dapat dibangunkan semula. Mungkin itu hikmah yang kita tak tahu. Wallahu'alam.

Sabang tak banyak kesan tsunami berbanding Banda Aceh. So kebanyakan tempat yang kitorang pergi kat sini adalah untuk sightseeing je. So nak tau kitorang gi mana lepas ni jangan lupa baca next entry k. Thanks for reading!

21 comments

  1. entah knape bc entry ko ni tetiba tingat pantai / kaw Malin Kundang😆😆😆 pd hal xde kena mengena pun... bgs laa supir ko plh ni. nnt bleh sy info dia mn tau nk g bln dpn eh ehhh😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..boleh. Nanti wasap aku kalau nak pergi, aku bagi nombor

      Delete
  2. Posing minta penampar tu yang tak tahan.... besar sangat ke nak penampar tu. tapi sal posing cam tu ala-ala comel gitu....ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..comel ke? Takut orang menyampah rasa nak tampo. Hahaha

      Delete
  3. elok jugak sal ingat sumur tu kolam kecil ke.. zie ni ingat sumur tu selumbar hahahah.. jauh nou perbezaannya hahahaa

    ReplyDelete
  4. TEH botol tu ada jual je kat Dapur Penyet Bandar Baru Ampang ye., hehehe jgn ckp wak x bgtau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Lagi feel Wak minum kat negara asal

      Delete
  5. hehehe sumur tu perigi kalo lopak akak nak mandi ke lopak ? ngeh2.. teh tu sedap tak ? rasa macam penah rasa tapi x sure. sama ada try kt food festival ke kawan kasi tapi macam krik2.. hehehe.. diorang skrng kat mana2 tourist attraction depa buat perkataan besar2 tempat tu kan.. bila Malaysia nak ekot ? lawa kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugak tempat kat Malaysia nak ikut..contohnya buaian tu ada kat banyak tempat dah.Kaki bergambar sukalah tempat macam tu

      Delete
  6. Kih kih....meh sini akak bagi penampar sikit nak tak .....
    Ohh kiranya pusing pusing tengok pantailah petang tu ek.
    Yelah dah katanya dah datang jauh jauhkan...
    Sedap ke teh botol tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa je Mak, tapi dah orang kata benda tu macam trademark nak lah rasa. Tapi oklah boleh hilang dahaga dan tak berapa manis

      Delete
  7. waaa da sampai Acheh.. bestnya.

    ReplyDelete
  8. Amvoiii! seronoknya berbuai.. nyanyi tak tu lagu 'aku nak kahwin dengan anak raja' hiks!

    Ialah Mrs. A pun suka kalau supir yang jenis melayan macam tu tolong amikkan gambar tolong bagi hot spot kans...

    Cuti-cuti Aceh sambil merehatkan minda sambil muhasabah diri. Terrbaek!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aceh memang tempat yang membawa keinsafan. Tengok cara orang-orang dia carry Islam rasa macam 'kekurangan' sangat

      Delete
  9. Mama xprnah lagi sampai aceh doakan mama nanti sampai juga ye

    ReplyDelete
  10. rasa dah baca entri ni dulu tapi macam takde komen pulak hahaha..teh sorso tu sedaplah

    ReplyDelete
  11. Bagusnya dapat pemandu pelancong yang terror amik gambar dan tak kedekut hotspot.. Suka hati berjalan.. TQ share pasal sumur tu.. selama arini dok tertanya-tanya juga sumur tu apa..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah