Kembara Aceh Part 3

Friday 25 January 2019

Part 1
Part 2

Assalamualaikum semua! Mari sambung cerita Aceh!

So lepas layan ombak kat Pantai Kasih, kitorang nak tengok-tengok bandar Sabang pulak.

Beria ND ngan IN dengar penerangan Herman tentang Pulau Weh

 Close up. 

Kalau korang berminat nak explore Aceh, terutama area Sabang dengan detail lagi bolehla google tempat-tempat ni ada apa best

 Dekat sini ada menara tinjau, nak tengok Sabang dari atas

Di mata aku Sabang ni takdelah maju sangat dan takdelah mundur. Just nice. Biasalah pulau

Luas jugak. Best masa kitorang pergi ni tak ada orang

Rasa nak mengunyah so Herman bawak kitorang gi makan Rojak Aceh

Rojak Aceh ni lebih kurang rojak buah kalau kat Malaysia. Ada jambu. nanas, timun dan buah-buah tapi kuah dia lain sikit. Kalau kat sini kuah dia pakai kicap, rojak Aceh tak silap aku pakai air asam jawa yang digaul dengan kacang, gula, garam, cili dan ada bahan-bahan lain. Rasa slightly masam.

Makan rojak sambil layan view

Pastu gi beli Sate Gurita pulak. Hahaha. Tapi tak makan kat situ, bungkus je

Gurita tu Sotong Kurita. Antara makanan yang jadi trademark dan kena cuba kalau datang ke Sabang.

Next stop.. Mi Aceh


Masa sampai kat gerai mi aceh ni kitorang pelik sebab kedai dia gelap je. Rupa-rupanya sebab dah nak azan Maghrib. 

Ada musolla betul-betul depan kedai mi aceh ni

Dekat Aceh ni musolla memang banyak. Jalan sikit, jumpa, jalan sikit, jumpa. Macam kitorang takde masalah nak jamak tapi Herman masuk je waktu dia terus nak solat. Memang lelaki Aceh dah terdidik macam tu agaknya.

Kami bertiga duduk dalam gerai sementara pekedai pergi solat

Masa duduk dalam gerai tu memang rasa kagum lah sebab diorang tinggalkan kedai macam tu je. Teringat suasana masa pergi umrah. 

Malam tu dinner mi aceh

Aku takdelah expert bab makanan nak explain mi aceh tu macamana. Rasa macam mi goreng basah dan tak pedas.

Malam pas dinner mi aceh, kitorang balik ke hotel. Dah penat tak larat nak jalan-jalan lagi. Kami berempat girl's talk je dekat balkoni sambil makan sate gurita. Malam tu tido awal sebab esok pagi nak melenjan Sabang lagi.

OKlah tu je entry kali ni. Thanks for reading ye my lovelies!

24 comments

  1. Sejak acheh di landa tsunami ada perubahan. Mungkin ada hikmahnya tragedi yang melanda dahulu. Apa pun semuga Acheh di hindarkan dari mala petaka dan musibah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan. Orang kata setiap apa yang jadi tu ada hikmahnya.

      Delete
  2. Kiranya makanan sana mcm biasa2 ja la.. .besar ka sate gurita dia. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan sana macam kat sini jugak. Tak banyak beza.

      Delete
  3. Lama tak masuk blog Sal.. Tetiba Sal dah sampai Aceh, Part 3 lagi..
    Seronok baca citer Sal jalan-jalan dan makan-makan..

    ReplyDelete
  4. ni dah mcam JJCM Aceh ni kak hehe banyak makanan2 tu akak cuba. alaaa sate tu macam sedap je dahla cheq suka sate and sotong. hahah ngam sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kat Sabang ni banyak JJCM je. Takde benda sangat nak buat

      Delete
  5. acheh.
    ada keinginan nak gi, sal.
    bagus nya ye. mcm kat Mekah.
    solat. tinggalkan urusan dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu tak pernah terfikir akan melawat Aceh. Bila dah sampai rasa kagum betul. Daerah yang unik

      Delete
  6. Sebelum ni Mrs. A terfikir jugak apsal Aceh diberi gelaran serambi Mekah.
    Sekarang baharu tahu sebab penduduknya begitu.
    Nice sharing Sal thanks ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U're welcome. Lagipun kan dulu-dulu Aceh ni tempat bertumpunya pedagang dan pendakwah Arab. Memang kuat Islam di sini

      Delete
  7. dok usha je tix aceh ni. sokmo mahal sejak aceh ni kembali membangun selepas tsunami.huhu... doakan murah rezeki untuk ke sana gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada promo kena terus grab. Berjalan di Aceh tak pakai kos tinggi

      Delete
  8. rajin mengembara awak ni ye..bagus untuk pengalaman dan pandangan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ada masa dan kealapangan lihat bumi Allah

      Delete
  9. antara tempat di Indonesia acheh ni paling teringin nak pi... islam yg betul2 nampak islam, pakai tudung labuh, jubbah etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..kak Aceh semua orang perempuan dia pakai kain, susah nampak pakai seluar. Kitorang ni diorang pandang pelik je.

      Delete
  10. Sedapnya rojak aceh Rupa dia mcm rojak petis rasa dia mcm mana

    ReplyDelete
  11. bagusnya dapat tinggalkan kedai macam tu je, hebatlah orang2 dekat situ

    ReplyDelete
  12. Bagusnya klu kt malaysia mcm ni..tgai kedai pon xperlu risau

    ReplyDelete
  13. Gurita dia panggil ye.. sedap ke sate sotong tu Sal.. Menarik pula tengok mee dia.. Rojak buah tu tak terbayang rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap la jugak. luar dari kebiasaan kan.asyik sate ayam dan daging je

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah