Assalamualaikum semua. OK, ikutkan aku nak tulis entry Aceh ni lepas habis cerita Jeju tapi entahla rasa terusik pulak lepas berita Tsunami Selat Sunda baru-baru ni. Sebab teringat masa melawat Aceh, kebanyakan itinerary kitorang kat sana melawat kesan tsunami 2004.
Untuk pengetahuan korang aku ni traveller cap ayam je. Dalam banyak-banyak negara, aku tak pernah sampai negara Indonesia sebelum ni. Pergi jauh-jauh je, yang dekat tak nampak. Hahaha. Idea nak gi Aceh ni pun tercetus dari geng gi Jepun. Aku selalu je dapat ajakan gi Bandung, tapi majoriti kawan or cousin aku yang mengajak tu sebab nak shopping. Aku ni kurang minat la gi holiday semata untuk shopping. Nak gi Jakarta aku tak suka sebab sesak. Bali pulak aku rasa lebih sesuai gi honeymoon. Gi ngan kawan-kawan rasa macam krik krik je.
So, Aceh pun Aceh la. Walaupun risau jugak kan mana tau jadi apa-apa masa kat sana. Tsunami 2004 masih segar dalam ingatan. Tapi bila fikir balik, kalau nak mati, kat mana-mana pun boleh. Aku gi holiday bukan nak buat maksiat. Lagipun siapa berani buat maksiat kat Aceh? Kepulauan yang amat menitikberatkan Islam sampai digelar Serambi Mekah. Nak merasa kena sebat di khalayak ramai boleh la try gi Aceh ngan pakwe korang. Hahaha.
Urusan di imigresen tak ambil masa lama. Sekejap je dah selesai. Disebabkan kitorang ambil pakej so diam jelah tunggu Pak Supir ambil. Aku lupa nama Pak Supir yang ambil kitorang kat airport ni sebab sekejap sangat dengan dia. Dia cuma bawa kami ke Jetty Ulele untuk naik feri ke Pulau Sabang.
Korang jangan tanya aku macamana nak beli tiket ni ye. Pak Supir tu yang pergi tukarkan boarding pass ni untuk kitorang. Tiket ni rasanya dah book awal-awal sebab aku tengok orang boleh tahan ramai. Satu perkara tentang Aceh yang korang kena tahu, waktu sembahyang Jumaat segala public transport tak beroperasi. So kalau terlepas yang sesi pagi alamatnya pas Zohor karang lah baru boleh bergerak.

The best thing about travel is making new friends. Yang baju hijau tu aku gelar Kak F jelah ye
Kitorang bertolak ke Aceh naik flight pagi so that sampai boleh jalan-jalan terus. Tu korang boleh nampak melalui muka sembap aku. Hahaha.
Macam biasa, gi mana-mana negara pun kena isi Declaration Card
Perjalanan ke Aceh tak ambil masa lama. Hanya 1 jam setengah. Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda dalam pukul 8 lebih macam tu. Airport Aceh ni kecik dan sempoi je. Macam airport Kota Bahru.
Airport pun bumbung stail kubah. Memang sepadan dengan gelaran Serambi Mekah
Urusan di imigresen tak ambil masa lama. Sekejap je dah selesai. Disebabkan kitorang ambil pakej so diam jelah tunggu Pak Supir ambil. Aku lupa nama Pak Supir yang ambil kitorang kat airport ni sebab sekejap sangat dengan dia. Dia cuma bawa kami ke Jetty Ulele untuk naik feri ke Pulau Sabang.
Jatuh Cinta lebih asyik? Ya nggak apalah Pak, lagi rela jatuh kerusi!
Korang jangan tanya aku macamana nak beli tiket ni ye. Pak Supir tu yang pergi tukarkan boarding pass ni untuk kitorang. Tiket ni rasanya dah book awal-awal sebab aku tengok orang boleh tahan ramai. Satu perkara tentang Aceh yang korang kena tahu, waktu sembahyang Jumaat segala public transport tak beroperasi. So kalau terlepas yang sesi pagi alamatnya pas Zohor karang lah baru boleh bergerak.
Keadaan dalam feri. Selesa lah jugak.
Duduk sebelah seorang budak perempuan Aceh ni, umur dalam belasan tahun. Kitorang borak jugaklah sikit-sikit tapi aku pelik nape dia dok perati aku ngan ND. Takkanlah dia tak pernah tengok orang Malaysia. Muka macam diorang jugak. Lainlah kalau kitorang ni mat Saleh ke, latino ke, logiklah nak pandang pelik.
Dah sampai Pulau Weh, Sabang
Sampai Sabang kami dikutip supir lain pulak. Yang ni nama dia Herman. Herman bawak kitorang ke tempat penginapan kitorang iaitu Freddies yang terletak di kawasan Sumurtiga. Area Sumurtiga ni banyak juga resort dan chalet yang menarik. Kalau korang suka duduk dekat dengan laut dan nak cari kawasan yang tak sesak boleh lepak area ni. Aku lupa tangkap gambar tapi korang google jelah Freddies Sumurtiga. Macam-macam angle ada.
Bilik aku ngan ND
View dari bilik
Nak naik ke bilik kena memanjat tangga
Memandangkan waktu Zohor dah dekat, kitorang pun deal ngan Herman supaya dia datang balik lepas selesai solat Jumaat. Kitorang pun lepak bilik dulu. Mandi, solat dan baring-baring. Konon nak tido tapi tak boleh tido pun. So apa lagi membawang la ngan ND sambil online. Masa kitorang pergi ni baru lepas pilihanraya, so Malaysia tengah 'panas' lagi. Apa pun nasib kitorang baik sebab sempat jugak mengundi. Yelah, masa beli tiket mana nak tau bila tarikh pilihanraya. Kalau nak tahu aku pernah kot tak jadi gi travel sebab pilihanraya. Last-last tak jadi pun.
OKlah tetibe masuk topik PRU. Hahaha. Nanti next entry aku sambung ek kitorang gi mana kat area Sabang ni. Thanks for reading!
manaaaa ni cerita Jeju putus di tengah jalan da ?? dia bukak cerita baruuuu dah.
ReplyDeleteuuish view lawa dari tingkap tu.. macam rumah kampung tepi2 pantai kat Malaysia. hehe.. samalah kak tak pernah sampai yang jiran2 sebab CT rasa lebih kurang sama. tapi kalau dapat ke Indonesia rasanya nak pi Padang or Bukit Tinggi. hehe..
Cepat bebenar si Siti ni sampai sini. Akak baru nak feeling2 jengah Sal dulu sebelum Siti hahaha
DeleteHahahaha. Siti kalau entry travel ni dia memang pantas
DeleteAssalamu'alaikum, Sal. Selamat Tahun Baru! Maaf lama tak menyinggah sini. Cantiklah tempat penginapan you all. Damai je...
ReplyDeletesalllll g acheh tak tunggu kita.... hwaaaaa
ReplyDeleteHaip dah ajak ek, tapi Huda yang sibuk. Nanti kita tunjuk bukti screenshot kang. Ha..Hahahaha
Deleteselamat tahun baru sal
ReplyDeletesemoga lebih bahagia dan gembira bersama yang tercinta
hihihihi
#kemanakitatahunni hahahaha
tahun ni? Jap ek tunggu poket stabil balik. Huhuhu
DeleteAlhamdulillah..take care ya..sentoasa basakan bibir zikrullah
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak Sal.
ReplyDeleteTak tahu pun yang kak Sal pergi Aceh sampai la baca post ni.
Hahaha. Nak buat cmane. Akak takde insta n tak aktif fb. Kalau tak post kat sini sampai ke sudah takde orang tau
DeleteHi Sal. Selamat tahun baru.
ReplyDeleteCantik pulak bila tengok Aceh ni. Bilik yg Sal duduk tu pun, nampak macam klasik aje hiasannya.
Wah jalan g aceh plak bestnya
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ni lama dah
Deletemesti menarik dan sedih bila melawat kawasan yg pernah dilanda tsunami ni kan. nampak cantik bilik yang sal duduk tu, macam klasik je
ReplyDeleteYup memang klasik. Selesa sangat walaupun takde air cond
Deletepakej lengkap ek mek dari A - Z dgn supir tu?
ReplyDeleteYes mem!
Deletesama la kita, cuma indonesia ni skang dah jadi trend mana2 tempat yg orang malaysia pergi dah mula naik rega. huhu...
ReplyDeletebiasala tu. peluang buat duit. Nak buat cmane
DeleteWah pergi Acheh....belum sampai lagi....tapi ada kawan pergi dia kata tempat yang sungguh menyedihkan...terutama part tsunami... tapi tenguk pulau sabang tu macam menarik ja
ReplyDeletePulau sabang tak banyak kesan tsunami. Tu kat mainland
DeleteBilik dia best macam kat kampung-kampung je...emm cam best je
ReplyDeletelama pending wehhh.. after pilihan raya tahun lepas hahah.. nice trips sal.
ReplyDeleteHahaha. Sib baik tak tunggu pilihanraya lagi sekali baru story
DeleteSalam 2019 Sal.... kenal hakak lagi tak?
ReplyDeleteAmboiii asyik berjalan je kerjanya ek. Best banget tuh.....
Hakak ni lemah sikit kalau hotel yg ala ala kamung cenggitu.... sebab mmg org kg kan jadi kalau gi hotel naklah yg ala ala moden
Ingat je Mak, tapi tulah nak gi komen asyik diganggu malware. Cepatlah halau virus-virus tu Mak weii
Deletenice trip, nice view. .
ReplyDeleteterbaik sebab pilih acheh.
ReplyDeleteteringin nak gi sgt.
tsunami. satu yg kita takkan lupa,kan?
Entahlah macamana boleh pilih Aceh. Pelik kan..
DeleteCantik view dari bilik nampak laut dan daun nyiur melambai asyik gitteww...
ReplyDeleteBiasalah kita ni kan selalu yang jauh nampak best dari yang dekat-dekat tu hahahaaa...
bukan tak nampak, tapi seru lambat sampai. Hahaha
DeleteWah Nampak selesa katil tu Dan Kenna hati2 turun Naik tangga tu kan
ReplyDeleteBilik dia tradisional betul lah. .
ReplyDeleteCantinya view dari bilik tu... Bagusnya bila ada yang uruskan.. tak yah nak bersesak-sesak..
ReplyDeleteHi assalam...ada no contact supir yg kat acheh n pulau sabang tu x?
ReplyDeleteAda dalam entry terakhir sis
Delete