Escape to Hong Kong Island - HK Part 1

Thursday 9 November 2017

Assalamualaikum dan hai semua! Memandangkan cerita Jepun dah habis, bolehla aku bukak cerita baru. Cerita baru ni lokasi dia tak jauh mana, naik kapal terbang 4 jam sahaja. Kali ni aku ke Hong Kong!

Walaupun aku ni minat cerita Cina, tak kisahlah filem ataupun yang bersiri, aku tak pernah terlintas nak ke HK. Mungkin sebab bila tengok filem atau drama sana, aku nampak HK ni macam tempat yang messed up. Banyak penjenayah, sesak, orang sentiasa nak cepat dan penduduknya ramai hidup susah kerana kos sara hidup yang tinggi. Bak kata pepatah 'Filem kita, Wajah kita'. Dan wajah yang aku nampak pada HK pula adalah sangat buruk.

Plan asal aku nak ke tempat lain, so aku saja ajak sorang blogger ni sebab walaupun dah lama kenal dan selalu lepak sesama, tak pernah travel sekali. Since aku dengan dia dah ngam, aku assume takde masalah. *Fingers crossed* Tapi sayangnya dia tak banyak cuti. So dia ajak pilih destinasi yang boleh pergi sekejap dan kadar tukaran wang yang moderate. So tahan dulu beli tiket dan tunggu promo lagi. Sekali tengok tiket pergi Hong Kong murah. Memula rasa skeptical jugak (rujuk perenggan atas), tapi lepas baca pengalaman a few bloggers dan tengok diorang OK walaupun travel berdua atau solo, aku pun setuju.

Belanja teaser dulu

Segala urusan berjalan lancar, beli tiket, booking hotel,beli tiket return, plan itinerary, tapi yang tak bestnya genap sebulan lagi nak pergi tetiba keluar berita HK dilanda Taufan Hato. Taufan ni memang dahsyat sampaikan ada nyawa yang terkorban. Seketul manusia paranoid macam aku pun mulalah serabut. Risaulah jugak. Hari-hari check berita sebab masa tu HK suspend segala perkhidmatan flight dan kapal keluar dan masuk. Kalau tak jadi memang sedihlah aku. Bukan pasal duit tapi sebab hati tu dah excited sangat. Takut pun ye jugak. Jadi apa-apa kat aku masa kat sana, dah kena menyusahkan keluarga.

Tapi mujurlah dapat partner travel yang tenang. Rileks je dia pesan kat aku suruh doa banyak-banyak. Dia ni bukan biasa biasa. Europe pun dah sampai. Rasanya ramai antara korang kenal dia. Aku ingatkan dia akan update story HK dulu tapi dia dok focus trip lama dia so terpaksalah aku langkah bendul. Eh..

Dipendekkan cerita, di hari kejadian, aku dengan dia pun plan jumpa dalam KLIA Transit. Flight kitorang pagi, naik di KLIA2. Disebabkan time tu awal bebenor, masing-masing eksyen tak nak breakfast. Aku bukan apa, takut perut meragam dalam flight.

Proses imigresen berjalan lancar. HK tak strict, so kitorang bawak banyak makanan dari sini. Ye, aku sedar diri yang aku ni tak boleh lapar. Tapi makanan dan baju semua kitorang humban dalam lugggage. Malas nak heret beg on board. Kitorang gi HK ni hujung September, musim autumn baru nak mula. So bawak baju macam nak jalan-jalan kat Malaysia je u olls. Tak payah tebal-tebal. Beg pun ringan. Luggage 20 kg cukup untuk 2 orang.

Naik flight mula-mula plan nak tidur, tapi gagal. Memula sebab ada bebudak bising, tapi pastu sebab turbulence. Time ni memang cuak sebab rasa bergegar je kapal terbang tu. Memanjang keluar announcement suruh pakai seat belt in every language in Asean. Barulah bebudak tu senyap. Senyap sebab takut lah tu. Hahaha. Aku yang dah tua pun takut, ini kan pulak budak-budak.

 Macam biasa kena isi arrival card. Kad HK very simple

Pesanan penaja di belakang kad- Apa nak buat kalau hilang landing slip selama berada di Hong Kong.

Nasi Lemak Pak Nasser. Lapor. Sape suruh eksyen tak nak breakfast dulu

Dah nak sampai!

Alhamdulillah, safely arrived. Tak delay walaupun ada turbulence tadi. Cuaca baik nampaknya.


Nak ke imigresen kena naik aerotrain. Macam kat KLIA tu.


Proses claim baggage dan imigresen berjalan dengan mudah. Alhamdulillah. Imigresen HK tak strict sangat. Staf diorang pun mahir berbahasa Inggeris.  Tapi airport HK tak ada cop. Diorang cuma bagi kau landing slip saiz tapak tangan baby je. Pastikan simpan slip tu selama berada di HK OK.

Dah dapat beg, kita gi cari bas ke hotel. Tapi sebelum tu, memandangkan kami akan fully guna public transport kat sini, kenalah beli kad ala-ala Touch'n'Go tu.

Lepas keluar imigresen akan nampak kaunter ni. Sila beratur ye. Tapi staf kat HK ni laju. Sekejap je urusan selesai.

Kad Octopus yang selamat dimiliki. 

Harga kad Octopus adalah HKD150. HKD50 untuk card deposit, HKD100 tu nilai kredit.  Kad Octopus boleh refund, so janganlah risau kalau top up banyak-banyak pastu tak habis guna.

Dah dapat kad Octopus, badan pun dah letih, so marilah kita cari hotel. Kami menginap di Chungking Mansion yang terletak di area Tsim Sha Tsui. Plan nak ke sana dengan menaiki bas. Memang ramai blogger yang pernah menginap kat situ suggest naik bas. Kalau naik train mahal dan kena tukar-tukar. Naik bas direct dan berhenti betul-betul depan Chungking.

 Laluan ke stesen bas. Apasal kakak T-shirt hitam tu perati aku pun tak tau

Stesen bas di luar airport. Jangan confuse dengan bas untuk rombongan tau

Beratur dekat platform yang betul. Pastikan Bas Airport Transfer no A21 ye

Keadaan dalam bas

Bas yang selesa. Ada tempat letak beg. Boleh bayar pakai Octopus Card, swipe sekali je masa naik. Jangan risau terlepas stesen sebab ada skrin yang paparkan nama dan nombor stesen. Berhenti kat stop no.14. Harga HKD33. 

Enjoy the view along the way. HK ni negara pulau, so banyaklah jambatannya.

Macam yang aku cakap tadi, bas akan berhenti betul-betul depan Chungking Mansion. Jangan terpedaya perkataan 'Mansion' tu.  Bukan mansion as in rumah besar tu, tapi bangunan yang menempatkan kedai-kedai di tingkat bawah (macam kompleks Pertama) dan hotel-hotel bajet di tingkat lain. Yang kelakarnya, lepas kitorang turun dari bas, tak dongak ke atas. Kalau dongak mesti nampak signboard. Pastu blur nak tarik beg cari Chungking Mansion. Nasib baik ada dua orang perempuan Melayu sama flight dengan kitorang naik bas yang sama. Diorang tegur dan ajak masuk bangunan betul-betul depan bus stop. Aku memang ada bagitau diorang kitorang akan duduk kat Chungking, rupanya diorang pun sama.

Chungking Mansion ada banyak blok, so pastikan korang pergi blok yang betul. Macam kitorang, duduk kat Blok D. So cari lif yang ada tulis 'D' macam ni.

Lif memang kecik, tapi ada CCTV. Pastikan tingkat dan nama hostel yang betul


Kami menginap di Everest Hostel, hotel yang sama blogger Scdha Sein duduk masa dia gi HK. Tengok review dia macam best. Lagipun lengkap dengan microwave dan iron. Iron adalah penting untuk orang yang suka pakai tudung bawal. Haha.

Aku book hotel pakai Agoda dan bayar siap-siap. Agoda akan email booking slip so print out dan tunjuk pada staf keje hotel tu. Yang kelakarnya kitorang tersilap hotel. Kitorang gi Everest Guest House. Rupanya diorang ni company sama, so staf dia mintak kitorang tunggu dan staf Everest Hostel turun ambil kitorang bawak gi hotel yang betul. So, korang kalau duduk kat Chungking ni pastikan betul-betul nama hotel korang tu. 

Kat Chungking ni ramai foreigner. Time tu rasa macam kat KL je. Staf Everest Hostel ni dari Bangladesh kot, takpun Pakistan. Entahlah, takde pulak aku tanya. Yang pasti, dapat je bilik tak sempat aku tangkap gambar, partner travel dah terjun atas katil. Bilik kecik je, ada satu katil double, bilik air, sinki, cermin, night stand, air cond dan kipas. Bolehlah nak hidup. 

Time tu dah hampir petang. Perut pun dah lapar, so aku masak megi dan makan roti sapu kaya. Semua bawak dari Malaysia. Partner aku tak kuat lapar macam aku. Dia makan roti je. Eh, baru perasan aku tak reveal aku travel ngan sape. 

So kalau nak tau aku jenjalan ngan sape dan kitorang gi mana pas tu, sila tunggu next entry ye. Thanks for reading!

p/s: blog aku mengalami masalah comment box kalau pakai web version. Nak komen kena pakai handphone. 

53 comments

  1. Wah sal kiranya baru lepas travel lah ni ya.
    Seronok baca cerita di Hong Kong...nak tau pengalaman Sal di sana.

    ReplyDelete
  2. diam2 je ko gi HK yekkkkkkkkk ;-) sapa partner ko tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe laaa kalu x nk beritu trs pun x pe... yg pasti nk ole2? nk beg moschino seketui? ;-)

      Delete
    2. moschino takpe, anello tak leh

      Delete
  3. p/s weii nak nasi lemak? lapo arrrr ;-)

    ReplyDelete
  4. Aduh ngerinya Sal.... bukan setakat ngeri dlm flight je, sampai karang sambung ngeri pulak takut ada bencana alam kat sana... Tak habis habis ngeri weyh....

    Pagi ni baru bedal nasi lemak gak

    ReplyDelete
  5. nasi lemak pak naser mmg sedap..nyum

    ReplyDelete
  6. tang nasi lemak tu mmg sedap...
    bestnya ..

    ReplyDelete
  7. Bestnya dah sampai HK. X sabar nak baca next entri. Boleh jd rujukan ni.

    Part turbulence tu buat perut kecut. Tak dpt nk bygkan rasa takut tu mcm mana. Tp ustaz dusuki ada ajar baca satu ayat dr surah al-mulk masa kena tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nak kena cari ayat tu. selalu baca ayat kursi je dalam situasi macam tu

      Delete
  8. senyap2 dah dah sampai nagara jackie chan weh..

    ReplyDelete
  9. sbb tu la tak suka nou naik kapel terbang, sebab ni laaaaa.. gayat satu hal.. tak boleh move on dgn benda2 tinggi, kalau naik bot kang kena cop pendatang tanpa izin hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, jauh tu nak naik bot dari malaysia. tapi lagi rela naik flight dari naik kapal

      Delete
  10. Tak sabar nak baca. Kita dulu tak teringin nak pergi Hong Kong tapi sejak 2 tahun lepas, dah mula pasang niat nak ke sini kalau ada kesempatan.

    ReplyDelete
  11. Fuh.. dia ke Hong Kong Pula.. sal mmg travel blogger.. mama baca sampai abis pengalaman sal ni. Nanti Sambung lg tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada travel blogger. setahun sekali dua je

      Delete
  12. kena kumpul duit nak ke sana nanti...

    ReplyDelete
  13. Wah Sal, ke HK ke kita yer..
    Tak sabar tunggu Part 2, siapakah gerangan peneman Sal utk trip kali ini..

    ReplyDelete
  14. ada jumpa jackie chan tak? hehehe haa ni pergi dengan sapa ni, eh tapi macam tahu je pergi dengan sapa tu..takpe akak tungg ciksal bagitau nanti

    ReplyDelete
  15. WOW! bestnya dia ke hongkong... saya pun teringin nak jejakan kaki lagi ke HK. dulu dah pernah pergi tapi tak puas..

    ReplyDelete
  16. antara artikel yang saya suka baca ialah traveling.

    kalau nak tulis tak reti sangat..

    memang best la cerita ini awak.

    ReplyDelete
  17. dah okay kot Kak Sal comment box akak ni.. CT pakai laptop je ni. hehehe.. masa tengok news pasal taufan tu memang terus tingat kat akak. alhamdulillah semua okay cuaca pun cantik tu.. insyallah kita pergi niat baik nak tengok muka bumi-Nya. hehehe.. nak tunggu entry makan ni tengok makanan2 hehe.. chaiyo !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...thanks CT. Insha Allah ada free time akan sambung update. tapi tulah balik rumah je jadi malas

      Delete
  18. Kad octopus memang wajib ada kalau nak naik public tansport kat sana. Tapi senang..mana2 bole pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu kak. tak payah susah2 cari duit tuka. tap aje

      Delete
  19. Wah details sal cite..tp bgus ntk tambah ilmu klu nk pegi sana kn.. bestla dpt travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kenangan sendiri jugak. tu yang suka tulis detail

      Delete
  20. what... u dh smpai hk...

    huhuhu ... awat saya ni mcm statik tak kemanamana ni .... hwaaaa


    #bawaaadakupergi
    #lajulajulagi....
    #bukumerahjanganlupabawa

    lalalalalala

    ReplyDelete
  21. ehhh.. lobi ferry, ingatkan lobi hotel.. cantikkk

    ReplyDelete
  22. aik... entri dah lari.. unfair betul lahhh.... huhhhh

    ReplyDelete
  23. filem kita, wajah kita.. betul2... heeee

    ReplyDelete
  24. aduhhhh... tu la yang paling tak sedap dengar kan.. bencana alam... kalau parents tau, lagilah derang tak sedap hati kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. time ni doa agar parents x tahu. takut jugak diorang x bagi pergi

      Delete
  25. syok la tak boleh lapar, tapi badan kecik ja.. kalau Firah... alamat lahhhhh... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, Alhamdulillah. rezeki gak tu. rezeki makan banyak pun badan mantain

      Delete
  26. seronoknya HK.. tak banyak kore...

    ReplyDelete
  27. ok. baru baca entri ni. masa early autumn rupanya.
    tak sangka rupanya dalam chungking mansion ni ada banyak hotel. ingatkan 1 jenis hotel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. peralihan summer ke autumn. so masih panas lagi. maaf atas kekeliruan

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah