Kalau ku mati, adalah kematianku dalam mengenang engkau - Hayati

Tuesday 20 October 2015

Aku sememangnya penggemar teater. Tapi, hampir setahun tak menonton mana-mana pementasan, samada indie atau mainstream. Jadi, pabila karya agung sasterawan Indonesia, buya HAMKA, atau nama penuhnya Prof. Haji Abdul Malik Karim Amrullah diterjemahkan ke dalam teater muzikal, aku pantas mengiyakan ajakan kawan baik aku, ND untuk menikmatinya di Istana Budaya. Kalau tidak, mereput sahaja aku di rumah kalau hujung minggu, bagaikan Hayati, bunga kampung dari Batipoh (maaf, mood sastera pas tengok teater macam ni biasanya akan berlegar-legar ibarat drone dalam masa tiga, empat hari. Harap tabah membaca. *Gelak malu-malu belakang pintu*)

Teater ini mengisahkan Zainuddin (lakonan Amar Baharin), anak kelahiran Mengkasar, tapi asal nenek moyang dari Padang, yang pulang ke bumi Minangkabau itu untuk mencari sulur-galur keturunannya dan belajar ilmu agama. Pertemuan dengan Hayati (Nabila Huda), gadis yatim-piatu yang membesar di rumah adat, telah membibitkan perasaan sayang. Tapi, soal bangsa dan harta menjadi halangan. Memang kisah cinta yang meruntun jiwa , hati keras macam aku pun bisa cair...Hahahaha.


Yang aku suka:

1. The cast.
Aku kurang familiar dengan lakonan Amar Baharin.. Boleh la tahan, ada jugak scene dia yang sampai. Berlakon teater bukan senang. Penerbit takkan pilih dia kalau dia tak layak, kan? Nabila Huda, awesome as always! Memang pelakon yang tepat untuk watak Hayati. Muka Melayu asli dan expression yang boleh buat kau rasa macam kau pulak yang bercinta ngan si Zainuddin. Dan aku officially ada crush baru : Syarul Ridzwan yang membawa watak Muluk. Paling kiri sekali dalam poster. Watak dia walau takat pembantu tapi berjaya menghidupkan cerita. Watak lain-lain macam Karl Shafiq, Liza Abdullah dan Amyra Rosla pun hebat jugak. Memang puas hati lah.

2. Tak ada babak terlajak mesra!
Aku biasa tengok teater yang ada babak hero dan heroin rapatnya la hai, macam suami isteri! Kalau dalam skrin mungkin rasa tak selesa tu tak kuat sangat, tapi bila depan mata, krik krik la jugak. Aku puji teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni, kerana takde babak-babak yang menimbulkan rasa awkward.


3. Jalan cerita yang banyak follow novel
Oh yeah, ini aku suka! Pendapat aku, adaptasi yang tak mengikut naskhah asal adalah sangat annoying. Walaupun ada beberapa part yang dilangkau, tapi jalan cerita tak terjejas. Mungkin kerana nak fokus pada kisah Hayati dan Zainuddin.

4. Kostum dan props
Baju yang cantik, set up rumah Adat yang hampir menyerupai rumah di Padang dan props yang realistik, walaupun tak secanggih teater-teater bajet tinggi. Cuma bukit tu buat aku teringat cerita Lion King. Hehehe.

5.Dialog
Aku memang suka gaya bahasa klasik ni. Walaupun diMelayukan sedikit agar penonton faham, tapi ayat-ayat puitis HAMKA dikekalkan.


Yang kurang berkenan:

1. Lagu
Sorry, Suhaimi Mohd Zain a.k.a Pak Ngah. Muzikal yang bagus adalah yang lagu dia terngiang-ngiang di telinga lepas habis menonton, tapi lagu-lagu teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni memang tenggelam! Kecuali lagu masa kali pertama Zainuddin sampai ke Padang. Sepatutnya lagu-lagu teater ini lebih klasik, sesuai dengan zaman 1930-an. Lagipun pelakon nampak sangat miming. Mungkin bukan diorang yang nyanyi sendiri? Entahlah..

2.Grafik
OK, tapi boleh diperbaiki. Babak laut tu nampak agak kartun. Grafik kapal tu pulak terlampau moden.

So, overall, aku puas hati. Tapi, maaflah, dah habis tayang baru aku nak update. Aku ingat baru start, tapi rupanya hari aku gi tu last day. Well, mana tahu kalau ada restaging, atau diorang buat jelajah Malaysia ke, mungkin ada rezeki korang nak tengok. Tiket dia agak murah, aku duduk dalam row ke 8 dari pentas, harga RM 60.15, termasuk GST. Biasanya teater harga beratus kalau seat depan-depan.


Thanks for reading! 

Yang aku minta hanya satu, jangan dikecewakan hati orang yang berlindung padamu - Zainuddin

66 comments

  1. akak tak pernah tengok teater life.tapi memang asyik kalau tertengok teater kat tv.Bukan mudah nak berlakon teater sebab ianya life.Bukan shooting yang boleh nak cut cut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..tu sebab saya puji pelakon teater..kana serius dan berlatih sungguh-sungguh

      Delete
    2. tak penah ada pengalaman
      tak tahu nak komen apa...sengaja nak nyibuk kat sini =)

      Delete
  2. Ala cik sal.... napa x ajak kita...

    Nk tgk gak teater ni...

    Jom cik sal tengok skali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habis tayang la Huda...nanti kalau nak tengok lagi kite inform ek...

      Delete
  3. TEATER KARYA NASKHAH HEBAT MESTI SGT MENARIK KAN SAL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..nasib baik gaya bahasa dikekalkan..karya HAMKA memang hebat

      Delete
  4. alahai, bestnya tu sal.. lain kali cer ajak ramai2 kalau nak tengok teater.. tau tak ramai yang teringin tapi tak pernah tengok teater(mengata diri sendiri).. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saya pun orang yang ajak..kena selalu alert, Istana Budaya ada tayangan apa.

      Delete
    2. Aisy... sama lh kita... sep sikit

      Delete
    3. Aisy... sama lh kita... sep sikit

      Delete
  5. asalam..rupanya menonton teater ni lagi best kan depan live artis berlakon..hebat lah..

    ReplyDelete
  6. tak perna tengok teater..rugilah kan...kami di Pedalaman Sabah

    ReplyDelete
  7. teater..bila agaknya nak tgk live.. ada baca review kat mana ntah, Amar Bahrain macam xbest.. dia belakon kat TV pun xbest..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pernah tngok dia berlakon kat TV, so tak tau..hahaha.Patut diorang nak amik Remy Ishak, tapi dia sibuk plak.first time tengok diorang-diorang ni berlakon teater

      Delete
  8. whoaaaaaaaaa.........lakonan Amar Baharin nampak mantop tuh sebab gf dia si Amyra Rosli pon turut berlkon sekli..patutlah teen top..hehehehehhee..kuat betul berjalan...kekekkekekekee....Syahrul Ridzwan ..perempuan manalah tak minat kat dia..hooohooohooo....artis bru meningkt naik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...first time tengok Syahrul Ridzwan. terfikir gak nape bukan dia yang jadi hero. Amar tu nak impress awek dia agaknya. kuat berjalan? haha, Istana Budaya ngan umah adalah dalam 20 minit

      Delete
  9. kaknoor tk pernah tengok teater, tpi kalau org tu kita minat mesti best bila dia berteater kan Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang minat lakonan Nabila Huda.tak sngka pulak dia boleh berteater

      Delete
  10. tak pernah tengok teater. teringinnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak
      cumanya saya tak teringin...hehe

      Delete
    2. hehehehhe. tetater ni lagi susah dari filem dan drama kn?

      Delete
  11. "Demikianlah perempuan,
    dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya,
    walaupun kecil,
    dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain
    walaupun bagaimana besarnya."

    ReplyDelete
  12. lagu yg x merdu kannss., harhar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kita ni macam ahlil muzik plak nak komen lagu orang..

      Delete
  13. Mummy suka teater.. Suka sgt! Kalo tau tiket hanya enampolohhengget ja.. Confirm mummy dah usung hero2 pi IB .. Huaaa citer peberet mummy lak tu.. Sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo..cian mummy.kena selalu bukak website istana budaya.saya pun mujur kawan yang ajak..kalau tak, memang tak perasan

      Delete
  14. Novel karya Dr Hamka ini pernah saya baca masa zaman persekolahan dulu - kisah cinta yg tragik dan sarat dengan ingatan dan pengajaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...ni ke cite tu
      saya pernah terdengar orang bercerita

      Delete
  15. wah tajuk entry ko bikin gempaklah sal
    dialog teater rupanya! haram tak penah jejak
    obviously hak ni kita tak sama
    kalau akak sama tengok...mungkin akak dah berdengkur dalam tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tajuk kena gempak, kak..
      akak tak pernah tengok teater?ish,rugilah..teater best! tapi janganla tengok yang abstrak sangat..kalau saya pun tidur teater deep deep nih

      Delete
  16. HH beriya ajak SS nengok teater ni... Tapi SS malas... Rupanya karya Hamka... Cisss... Patutlah beriya... Hamka tu peberet dia...

    ReplyDelete
  17. Hati Cik Sal cair sebab cerita ke atau amar? Ahaksss...

    ReplyDelete
  18. Kalu SS... suka babak terlajak mesra... Keh keh keh
    * Gelak miang... Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tengok depan mata rasa awkward la SS..kalau dalam TV takpe lagi, sy pun suka...hahaha

      Delete
  19. SS pernah duduk seat depan... Harga tiket beratus... Yes! Tengok teater lg best... Memang puas ati tgk live..

    ReplyDelete
  20. Lakonan nabila huda memang bestt..:) K Wa pun dah lama tak tengok teater.Last tengok dulu teater hantu.

    ReplyDelete
  21. Perrhhhh terbaik lah..hehehe

    ReplyDelete
  22. nak pegi gak aritu...ntah kenapa terlupa...

    ReplyDelete
  23. bc byk gak komen psl teater ni... tp x berani nk komen lbh2 sbb x tgk kan... so betul ke lakonan amar baharin kurang menyengat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kureng lah..second hero ngan watak kawan dia lagi menyerlah

      Delete
  24. Oh, sudah! Minat teater juga rupanya budak Sal ni! Akak tak pernah lagi seumur hidup menonton teater, Sal. Akak ni kalau guna bahasa klasik, bahasa kesusateraan Melayu lama, mahu akak tertidur kat seat berlinangan air liur pulak kang! Lebih baiklah tak payah tengok. Harga tiket bukan murah katanyakan!

    Eh, bab pelakon tu semua pun akak tak berapa berkenanlah (kalau tengok lakonan dalam drama sinetron TV3 ler...) cumanya si Nabila Huda ni memang seorang pelakon yang bagus, perangai di luar aje kureng sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabila Huda memang bagus giler kak..yang lain tu semua saya first time tengok.saya tak minat sangat layan drama-drama kat TV tuh..

      iye kak, most teater yang saya pernah tengok, memang jenis tradisional macam ni... mohon percaya..hihihi

      Delete
  25. Minat teater..minat karya sastera..tp tulah takde peluang lg nk tgok teater secara live..pelakon watak pembantu yg watak paling kiri tu kan berlakon dengan mia ahmad tu tak suka..teringin betul nk tgok dia disisi lain dalam teater dh ciksal kata dia bjaya hidupkan suasana..amyra rosli kite suka tau.haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni memang jarang tengok cerita Melayu..saya cuma familiar dengan lakonan Nabila Huda,Karl Shafeq dan Liza Abdullah je.Mia Ahmad tak kenal, Mia Sara je kenal..huhu.

      but well,mungkin atas pentas, lakonan dia lain..Amyra Rosli pun bagus jugak.watak tu sesuai dengan dia.

      Delete
  26. Saya teringin juga nak tengok teater ni tapi sebab ada Canada, kita batalkan je hasratnya dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangguhkan dulu...balik Malaysia nanti kita tengok sesama ek. Insha Allah...

      Delete
  27. saya x pernah berpeluang tgk teater wpun suka dgn teater muzikal ...

    ReplyDelete
  28. Assalam sal,kakak ni susah nk masuk blog sal ,itu yg sekejap timbul sekejap tenggelam.
    Jalan cerita yang menarik,kakak pun teringin nak tengok teater ...belum ada kesempatan lagi.

    ReplyDelete
  29. Tak pernah tengok teater seumur hidup. Mesti mak jakun kalau dpt pergi sekali. Teringat zaman sekolah rendah dulu, kalau hari penyampaian hadiah mesti ada persembahan lakonan. Tu kira teater jugaklah kan hihi...

    ReplyDelete
  30. Dah lama sangat tak tengok teater. Last tengok dulu teater cindai kot.

    ReplyDelete
  31. tak pernah tgk teater...x pernah ada org ajak...bila baca tajuk teater ni pun..x pernah dgr

    ReplyDelete
  32. pernah berangan nk tgk teater...tp lom kesampaian lagi.....mayb 1 fine day laaa hik hik hik

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah