Saturday, 15 August 2015

Terlayan Korea - Perfect Proposal

Apa yang kau nampak bila tengok pantulan dalam cermin? Cinderella dengan kasut kaca? Atau ibu tiri yang kejam?

Kalau korang dah lama follow blog aku, mesti perasan yang aku ni bukanlah 'Kaki-Korea'. Aku kurang minat tengok drama dan reality show diorang. Kalau bintang KPop tercongok depan aku pun, conform aku tak rasa apa walaupun ramai fangirl belakang aku dah menjerit-jerit sebab teruja. Pernah paksa diri tengok, tapi tak boleh jugak. No offense kan guys, minat masing-masing. Macam aku suka tengok Hindustan, nampak Shahid Kapoor depan mata confirm kesurupan sekejap.  Hahahaha.

Tapi malam tadi, tetibe aku terlayan Korea. Serius wei! Bukan drama atau reality show, tapi filem - Perfect Proposal.


Sinopsis :

Filem ni mengisahkan Ji-yeon, lakonan Im Soo Jung, seorang gadis  yang tinggal di Macao. Dia mempunyai sebuah agensi pelancongan yang dikongsi dengan seorang rakan, tapi business partner dia telah belot dan lari dengan duit syarikat. Hidup dihimpit hutang dan dikejar 'Along', Ji-yeon mencuba nasib untuk menjadi seorang penjaga kepada Tauke Kasino kaya dari Korea, Pengerusi Kim kerana gaji lumayan yang ditawarkan. Ji-yeon bertemu Sung-Yeol (hero filem ni), lakonan Yoo Yeon Seok, sewaktu temuduga. 

Sung-Yeol rupa-rupanya adalah anak kepada Pengerusi Kim. Syarat utama untuk Ji-Yeon kalau nak bekerja sebagai penjaga, dia kena setuju untuk mengikuti pelayaran dari Macao ke Busan, bersama-sama Pengerusi Kim, Sung-Yeol dan beberapa orang anak kapal. Tapi Sung-Yeol ada offer yang lebih menarik. Dia nak Ji-Yeon menggoda Pengerusi Kim sehingga berkahwin, dan harta yang bakal diwarisi akan dibahagikan antara mereka selepas Pengerusi Kim mati. Ini kerana Pengerusi Kim telah mewasiatkan keseluruhan hartanya untuk kebajikan, sebab beliau tak suka dengan anak tunggal dia ni.


Dalam diam-diam, Ji-Yeon jatuh cinta pada Sung-Yeol. Well, kalau aku pun! Patut lah korang suka tengok Korea ek, hero dia hensem-hensem!

Tapi, disebabkan ada perjanjian, Ji-Yeon dan Sung-Yeol terpaksa meneruskan misi memastikan Pengerusi Kim mengahwini Ji-Yeon. Tapi, nak ngorat lelaki tua panas baran yang banyak rahsia tu bukanlah senang. Kalau takat gedik-gedik, pakai skirt pendek, pakcik tu tak layan pun. Ini bukan watak Datuk gatal dalam drama Melayu yang boleh buat trick gitu! Ji-Yeon dah nak give up, tapi lepas tu akur jugak dengan pujuk rayu Sung-Yeol. 

Asalnya plan berjalan lancar, Pengerusi Kim akhirnya cair jugak dengan Ji-yeon. Tapi, satu peristiwa besar telah berlaku sewaktu kapal hampir berlayar di Seoul. Apakah peristiwa itu? Who's the culprit? Apasal anak-anak kapal ni semua perangai lain macam? Nak tau..tengok lah sendiri. 


My Review :

Kalau tengok tajuk, orang akan ingat ini filem Romantik, tapi memandangkan ia ditayangkan di channel Astro 729, KIX, yang biasanya menayangkan filem aksi, aku tau filem Korea ni lebih dari itu. Filem ni memang interesting dari awal, tak meleret-leret, even babak 'makeover' yang biasanya pembuat filem suka panjang-panjangkan pun dia tayang sekejap je. Lebih 50% scene adalah di atas kapal layar, jadi lebih senang nak faham sebab watak-watak tak banyak. Aku suka plot twist kat tengah-tengah filem yang mengubah jalan cerita hampir 180 darjah! Memang berdebr nak tunggu sampai habis, nak tau sape sebenarnya yang jahat dan rahsia-rahsia atas kapal layar tu.

Aku suggest filem ni untuk orang yang suka filem bergenre thriller dan murder mystery. Memang best! Aku bagi 4 bintang. Aku suka lakonan natural Im Soo Jung. Watak ni sesuai dengan air muka dia yang nampak takut-takut tu.

Moral of the story, jangan terpedaya dengan luaran. Even manusia yang nampak sempurna, ada rahsia sendiri.

Kalau korang tau filem Korea yang genre macam ni lagi, bagitaulah aku! 

Till then, thanks for reading!

93 comments:

  1. weh, sama ar. aku pun sekarang terlayan jugak chanel KIX HD ni, lagi2 kalau filem korea hari ahad malam isnin. minggu lepas ada filem pasal banduan nak lepaskan diri. nampak macam bengong je cerita/watak dia tapi syok jugak. sebelum tu pun ada filem pasal gangster gaduh sama polis. memang best...

    *sori, aku jarang ingat tajuk filem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, maybe pas ni aku kena kerap bukak channel KIX tu kalau nak tengok filem-filem gini. Actually, Korea not bad jugak filem-filem dia. Pernah tengok satu filem pasal biawak gergasi ala-ala Annaconda dusuk dalam sewer pastu kuar makan orang. Hebat jugak..

      Delete
    2. mastautin dalam sistem sewer? jangan dia keluar ikut lubang tandas, sudah... mau aku fobia nak membuang karang! :-)

      Delete
    3. takdelah pulak babak macam tu.tak muat wei.biawak besar macam dinosaur..haha

      Delete
  2. sejak balik koya... SS dah x layan citer koya... Malas! kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saya layan filem je..nak follow drama bersiri memang malas

      Delete
    2. yelaa...org tu dh jupa lee min ho kt sana....hahhahaha

      Delete
    3. Lee Min Ho curangggggg!!! Mencikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Ha Ha Ha...

      Delete
    4. curang2 pun sayang jugak kan...keh keh keh

      Delete
    5. kalau hati dah sayang..macam tu lah..haha

      Delete
    6. laaahai SS.. Lee Dongwook kan ada.. hehehe Minho tu letak tepi je la..

      Delete
    7. Lee Dong Wook tu I tau sape..dia tu hensem!

      Delete
  3. lagu koya je layan dalam kereta... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuyoooo! Layan lagu koya tuh!

      Delete
    2. mesti joget-joget ala Super Junior dalam keter kan.bergegor le...haha

      Delete
  4. filem ni nampak menarik drpd review yg ditulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik jugak, pada pandangan mata saya lah..

      Delete
  5. Thanks for sharing this, kak Sal! Tak tahu pula cerita ni dah keluar. Saya ni peminat pelakon lelaki ni. Yoo Yeon Seok nama dia (macam kak Sal kisahkan). hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..patutlah Farah mina, memang hensem..kalau dia ada berlakon cerita genre macam ni inform lah akak. Tapi kalau jiwang-jiwang, I tak suka sangat

      Delete
  6. serius sal.. kalau sob tgok muka dlm cermin.. bkan nampak cenderela ka.. mak tiri dia ka..
    nampak diri ni yg x berapa segak ! ha..ha..ha.

    sama kita x minat korea.. tapi klau terlayan,..memang best.
    org suka cerita korea sbab hero dia hensem.. ?
    x lah herowin dia cantik kot..
    btw nice shring sal.. suka baca pengupasan kau..
    rajin taip panjang2... ni baru blogger sjati.. skali org baca puas hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..Sob lelaki, memang lah nak tengok heroin..kalau perempuan, nak tengok hero.. normal lah tu.

      memang suka taip panjang-panjang macam ni.rasa tak puas entry pendek-pendek ni.

      Delete
  7. Dah lama akak tak layan cerita Korea. Tapi kalau dah start layan, bahaya jugak. Selalunya cerita korea ni 'berhantu'..kalau dah tengok...melekat la pulak..asyik nak tengok aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik hantu drama Korea tak melekat dekat saya..hehehe

      Delete
  8. sis JM tahu...Sal ni leh tergugat kalau di hadiakan TIKET BOLA kan

    kalau sis JM...kalau sebut je Korea...drama, filem or Variaty Show...x tido malam...terutama running man...layan!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tak tido malam ye.ala, kak JM..tapi mana boleh tak tidur, tak tidur tak mimpi hero-hero Korea tu

      kalau dapat Tiket Bola masuk Anfield (Stadium Liverpool) atau Bernabeau ( Real Madrid), memang terlompat-lompat saya kat situ jugak..hahaha

      Delete
    2. SS satu episod running man pon SS tak layan... SS layan running man sendiri... Keh Keh Keh...

      Delete
    3. SS sendiri yang jadi running woman..hehe

      Delete
  9. alaaa...dalam seronok baca sinopsis perlu tgk sendiri..arhhgg....baca sinopsis dah tahu menarik...tak tgk lagi...x boleh jadi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh cerita sampai habis kak JM..nanti orang yang belum tengok kata spoiler pulak

      Delete
  10. sekarang ni pun dah terlayan drama bride of the century kat tv9.
    balik keje konpem mesti tengok punye..hehe

    ReplyDelete
  11. Sesekali tersesat terbukak siaran yang ada cerita Kores.. terus kagum..
    - hebat-hebat dia orang ni..semua boleh spekang Arab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh speaking Arab? ke kak Sham nak kata cerita Korea kat sana dah dubbing bahasa Arab?kat sini, boleh gak nak tengok diorang cakap Melayu.hehe

      Delete
  12. Sal..channel ni free ke bayo..? Kat umah k wa kartun la 24 jam...waaaaaa

    ReplyDelete
  13. bleh cuba tgk nanti..kena ada mood nk lyan cter korea ni..hehe

    ReplyDelete
  14. Hahaha...jatuh terpegun juga dengan filem Korea. Filem Korea ni kalau dah brutal, memang brutal habis, tak larat FINAS nak 'gunting' scene sana-sini. Akak pun kalau filem suka yang genre thriller gitu. Barulah dapdupdapdup jantungku berdebar. Tapi serius Sal, pretty boys K-pop ni memang 'cantik' tapi akak lagi suka hero yang maturedlah ~_^

    Pi lah tengok The Gang Doctor kat 393, tak pun pi tengok Mask lakonan Soo Ae dan Ju Ji Hoon. Masak kepala nak tunggu episod seterusnya tau ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. channel Korea saya x subscribe lah kak MD..lagipun tak minat sangat cerita bersiri. malas nak follow.

      selalu jugak tengok filem Korea, not bad jugak filem diorang. Romantic comedy diorang pun sweet jugak.tapi kalau jiwang leleh-leleh saya x tengok la

      Delete
    2. Samalah. Akak pun bukan kaki jiwang leleh-leleh ~_^ Eh, bukan ke 393 tu termasuk dalam free channel yang kita dapat bila subscribe Asteruk? Akak punya subscription pun cuma news, discovery channel dan yang free semua tu. Indon ke, movie omputih ke, A-list ke, akak memang tak sub.ler.....

      Kita orang memang tak sempat nak tengok Malay channels maklumlah... Melayu mudah lupa katanya ^_^

      Delete
    3. oh free ek..kat rumah ni adik saya je layan Korea..tu pasala saya x tahu sangat.hahaha

      Delete
  15. sy penggemar....citer2 korea....tp kena tgk masa....sy xpernah lg layan channel 729....macam best jerrrr.....nnti usha gak laa channel tuuu heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. mungkin nak unsubscribe pas ni.sebab tak tengok sangat pun..huhu

      Delete
    2. hehehe....ekceli...mlm td bru try bukak channel tu...slama ni xpernah bukak pun...adehhhh

      Delete
    3. Deanna..klaau nak tahu KIX Channel is my feveret....cite semua best!

      Delete
    4. selalu gak tayang filem dari Korea...no wonder JM suka

      Delete
    5. JM...yeke?? sy xtau pun ktorang ada channel nih...lagi teruk...hahahahha

      Delete
    6. Sal...org kampung dia...mesti laa dia tgk...hahahaha

      Delete
    7. Suka gak layan citer2 KIX :)

      Delete
    8. Eh, tapi chanel KIX tu bukan memang ada dalam pakej ke Sal bila kita upgrade ke HD?

      Delete
    9. saya pun confuse sebenarnya...sebab pakej Astro ni atas nama abang saya.Huhuhu..

      Delete
    10. kan ada 2 channel korea yang free.. wow Kak Sal ada subscribe chanel lain eh..

      Delete
    11. Tapi KIX memang antara chanel yang berbaloi dilayanlah bila channel lain hampeh tak de citer!

      Delete
    12. rumah ni macam-macam selera..tu yang macam-macam channel ada. Meluat ngan Astro [pun bertahan jelah

      Delete
  16. muka hero ni sejibik Song seung hun (hero autumn) ensem!
    rs mcm nk tgk jg cite ni ;-)

    ReplyDelete
  17. Selalu miss filem best2 dengat channel KIX tu.. :(

    ReplyDelete
  18. Assalam sal,kakak ni kalau anak2 ajak layan korea,kadang terikut2 juga tpi xlah fhm sangt cam org muda tapi setakat pelakon2 biasa taulah juga bila ank2 asik ckp je.

    ReplyDelete
  19. Assalam sal,kakak ni kalau anak2 ajak layan korea,kadang terikut2 juga tpi xlah fhm sangt cam org muda tapi setakat pelakon2 biasa taulah juga bila ank2 asik ckp je.

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. perghh...abe MKL pun minat? give me 10

      Delete
    2. woaaaa Uncle layan sampai minat gilaaa eh hehe..

      Delete
  21. Replies
    1. Run Jung Mi tu cerita bersiri ke apa?

      Delete
    2. haah...bersiri...setiap isnin hingga jumaat...jam 1015.....pjg episodnya...beratus rasanya hihihi

      Delete
    3. ah..kalau beratus memang tak lah..hehe

      Delete
    4. hehe yang bratus x layan gak.. tngk yang at least 30 episode ok la..

      Delete
  22. Replies
    1. anak2 bising sebab Uncle tengok drama korea kot hehe..

      Delete
    2. anak-anak nak tengok cerita lain tak dapat?hehe

      Delete
  23. jaga2 disebalik kehenseman itu mungkin plastik saja.. natural is better...hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hokay...sy natural beauty...keh keh keh

      Delete
    2. Pesanan penaja daripada Syida amat berharga :)

      Delete
    3. hahahaha..hati-hati sape yang nak cari pakwe orang Koya tu..

      Delete
    4. heheehe xpe oppa yang i nak xde p plastic surgery lagi..

      Delete
    5. ye ke...mana CT tau.kot tersembunyi..haha

      Delete
    6. pasti pasti.. muka dia sama mcm dari dulu..
      ada baru2 ni fans buat troll sbb dia pegi cabut gigi haha..

      Delete
  24. Yang ni kita sama. Akak pun tak pandai layan sangat filem/drama korea. Tapi yg best2 orang suggest tu rajin gak tengok kalau ada masa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT tngk citer yang cute2 je hehehe.. comel2 baru tngk..
      yg heavy yg seram noooo hahaha..

      Delete
    2. tamooo.. nanti sesak kepala.. hehe..
      yang comel2 x stress.. sama2 rasa macam dalam citer =D

      Delete
  25. akak tak penah tengok pun sal...rasa macam...what for?
    tak paham kenapa adik2 akak beria layan...mungkin akak tak terkena demam korea
    lebih suka layan hindustan...wahaha
    tapi memang cam best plak baca synopsis dia

    ReplyDelete
  26. ana pon x tgk Korean drama etc ni. tp kalo sal kata citer ni best nti kena tgk gak la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang best memang berbaloi dilayan :) Akak pun yang bersiri ni kurang sikit...

      Delete
  27. Kalau dah terlayan dan terjebak memang feeling syok ye Sal:)
    Tapi filem ok juga sekali tengok habis kalau yg bersiri tu yg tak boleh buat kerja lain.

    ReplyDelete
  28. ehehehe comel kan hero2 Korea heheh.. yep thats the reason.. x tngk story line sngt pun wakaka..
    janji hero hensem =D ngeh3..

    ReplyDelete
  29. timm pun ada tgk..ingtkn cite romntik..tpi thriller ghupanye..

    ReplyDelete
  30. kix hd mmg feveret sis sbb sis mmg suka action thriller dan horror tapi bila dah byk channel , sis dah terlepas cite ni . nasib baik ada pvr . blh cari dan record . satu perkara yg betul ttg filem / drama korea ni , hero encem encem wooo ... heh heh heh .

    ReplyDelete
  31. Ai? Kata tak suka cite Korea..... tp nape lak kesurupan jugak bila tgk hero Korea? kikiki.....


    ReplyDelete
    Replies
    1. wanita biasa..nampak yang hensem memangla kesurupan..haha

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com