Sakit minggu depan boleh tak?

Tuesday 21 July 2015

Isnin, 4 Syawal, tatkala ramai yang masih seronok beraya sana-sini, aku jugak yang dah balik bekerja. Opis aku serius sunyi, hanya ada aku, 2 orang kerani dan seorang executive India. Since satu family aku nak start puasa enam, aku pun amik kesempatan ganti puasa. Kerja macam biasa, cuma agak penat menyelak timbunan suratkhabar selepas cuti panjang. Sambil-sambil berlari ke kaunter kalau telefon berbunyi. Petang tu pulak, pergi hospital, melawat my BFF yang diserang lelah. Kesian dia, raya kat dalam wad.

Bukan tu sebenarnya yang aku nak cerita, tapi apa yang berlaku pada malamnya. Takde angin, takde ribut, tetiba gusi aku berdenyut-denyut. Punyalah tak tahan, kena telan Panadol baru boleh tidur. Tu pun tengah malam dah terjaga balik. Tidur aku betul-betul lena lepas Subuh je.

Dah tak tahan sangat, pagi Selasa tu, aku tabahkan hati pergi ke antara tempat yang aku paling takut - Klinik Gigi! Ingat nak gi klinik private, tapi Mak aku suggest pergi je Klinik Pergigian Cahaya Suria.

Waktu operasi Klinik Pergigian Cahaya Suria

Orang takdelah ramai sangat, dalam 15 minit nombor aku dah dipanggil. Aku pun pergilah duduk atas kerusi tu dengan hati yang berdebar-debar.

In the end, doktor tu suruh aku balik. Dia tak nak cabut sebab gusi tengah bengkak. Puas aku reason dengan dia, yang aku tak tahan sangat tapi dia tetap kata tak boleh. Salah aku jugak, kalau kerap gi dentist mesti akan perasan yang gigi geraham bongsu aku tumbuh melintang, sampai kacau gigi sebelah. So, kawan-kawan janganlah tunggu dah sakit bebenor baru nak gi klinik gigi ye. Dia just bagi antibiotik dan pil tahan sakit dengan pesanan, dah tak sakit baru datang balik, cabut gigi yang rosak tu.

Yang tak bestnya, Klinik Cahaya Suria ni hanya akan bagi M.C kalau kau cabut gigi. Kalau takat scaling or check macam aku, jangan haraplah.

Tapi aku tak gi kerja pun. Aku apply E.L je. Balik rumah, makan bubur dan tidur. Lapar giler ni tak dapat makan nasi. Sob sob.

Esok, harap aku sihat dan boleh gi kerja macam biasa. Tolonglah, Ya Allah, bagi aku bertahan sampai Jumaat ni je. Sabtu onwards nak sakit cmane pun aku tak kisah dah.

Bukan aku risau tak dapat gi kerja.

Tak dapat makan lemang rendang or kuih raya pun aku tak kisah.

Terlepas open house pun aku tak heran

Tapi Jumaat nanti aku nak gi tengok Liverpool! Huwaaaaa!


Doakan aku dapat bertahan. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Lagi pulak dengan isu boikot yang dok hangat sekarang ni. Sampai hati korang gelar ni perlawanan sarkis ye! Mungkin lepas ni takde kelab luar negara nak datang Malaysia dah.

 Selamanya Harimau Malaya!!!!! Manang kalah tetap di hati.

60 comments

  1. Kalu laaa boleh... Sampai kiamat SS tak mo mati... Serius nih...

    ReplyDelete
  2. Syafakillah dik.
    Selamat hari raya.. & semoga Allah kurnia kesihatan yang baik 'at least' sampai selesai tengok game tu..

    Ya ampunnnnn..

    ReplyDelete
  3. ~ Isteri saya pernah kerja kat klinik gigi Cahaya Suria, masa tu masih ada roundabout antara Cahaya Suria dan Puduraya...
    ~ Kebetulan pula, entri saya hari ini juga mengenai gigi... macam berpakat pula tulis isu yg sama...

    Apa pun, salam Eidul Fitr buat Sal, maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak yang sakit gigi hari raya ni kan..hehe.tak pernah perasan lah ada ke tidak roundabout kat situ..

      salam aidilfitri Abang Jr.

      Delete
  4. sakit gigi.. ckuplah sekali merasa, xmo dah..

    ReplyDelete
  5. Selagi tak cabut tu, memang sakit rasanya.. ;)

    ReplyDelete
  6. semoga sakit giginya segera sembuh, dan kalau memang harus dicabut, semoga berjalan lancar dan segera diberi kesembuhan. amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas doa.. thanks singgah sini

      Delete
  7. Sal oooo Sal....kalau sakit gusi mmg mcm nk lempang org kan....ke sis JM je yg rasa mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah, rasa nak mengaruk je..haha

      Delete
    2. Uishhh memang! Bukan setakat nak lempang orang, sis JM. Kalau saya habis lembu, kerbau, kambing tuk penghulu pun saya nak lempang! :)

      Delete
    3. tulah, takut habis kucing-kucing kat rumah ni jadi mangsa

      Delete
  8. pstt : balik ptg tadi ada kad raya dari Sal....makacih!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kad raya saya hantar sampai lepas raya..hehe

      Delete
  9. kah kah kah...klau dh namanya minat bola kan....minta tunda sakit gigi tuh....ingatkan risau x boleh mkn ketupat lemang....aduss!!! tepuk dahi heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketupat lemang bila-bila pun boleh kak..ni bukan selalu.terlepas ni, tak tau bila boleh merasa..

      Delete
  10. salam aidilfitri Sal, aduhh kalau sakit gigi mmg sakit yg paling sakit tu, semoga cepat sembuh ya, tak best lah kalau hariraya sakit kan, tak dpt nak bergumbira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, orang makan sedap-sedap, kita makan bubur je..

      Delete
  11. Semoga cepat sembuh, Sal. Dah surut dah ke bengkak gusi tu?
    Akak pulak yg over empathy...rasa ngap ngap berdenyutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak pun penah gitu.. sakit2 tp xleh cabut lagi..
      bahaya kan cabut while gusi tngh swollen..

      Delete
    2. memang bahaya cabut..tu yang doktor suruh makan antibiotik dulu. isnin nanti nak tercongok kat klinik buat appointment cabut gigi. kang jamuan raya company tak dapat makan lemang rendang. tak cantik la gambar sebelah artis kalau pipi bengkak...haha

      Delete
    3. Bahaya kan,..sebab nanti kait dengan urat2 lain. Hahahah itu yg dirisaukannya. Tak pelah, kalau bengkak sebelah,...unik...leh buat cam fashion statement gitu. Cipta trend baru ;)

      Delete
    4. hehe..kena tutup dengan tudung nanti..takpun sengetkan muka bila tangkap gambar

      Delete
  12. laaaa akak takut doc gigi eh.. ehehe CT doc gigi yg CT ok sket..
    dr sek time ada cek cek gigi tu yang paling rilek CT lah hahaha sbb suka greng greng kat gigi..
    tpi bila doc cek sebut.. tp jujurnya CT x penah cabut gigi kat dentist lagi.. cuci n scaling je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pernah cabut gigi kat dentist, demam sampai dua hari..tu yang nak tunggu minggu depan baru cabut.tak naklah demam masa game. nanti tak enjoy.

      gigi CT ok lah tu, tu sebab tak payah cabut...ni mesti senyuman Colgate ni..haha

      Delete
    2. uahahaha.. x jugak.. gigi CT rapuh cepat sbb x minum susu.. so kena amek pill kalsium..
      kalo jumpa doc mmg slalu kena bebel.. awak ni nanti gigi cepat reput..

      Delete
    3. kak siti kontra habes dngn kita...kita suka betul jumpa dokter gg... dulu masa sekolah selalu kena cabut gigi... sampai dah lali...hehehehe :D

      Delete
    4. uit..patutlah gigi shantek...

      Delete
  13. hehee amboi dia pape pun bola jugak eh.. tak tinggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Kak Sal tak pegi kan kak.. semua gigi dia sakit..
      bukan seketol tu je =P

      Delete
    2. satu badan sakit kalau tak dapat gi stadium...merana jiwa raga..hahaha

      Delete
  14. alorh siannya sakit gusi. kita pernah kena paling2 mata ikan je. tu pun tension. ulser adoi... semoga cepat elok ye kak Sal.

    eh, boikot? nape nape?? :O maap, kita xtau pape pasal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah, diorang ada isu dengan FAM..pastu kata dah banyak kali buat game vs kelab Eropah, tapi permainan team Malaysia xde improvement pun..

      Delete
  15. Dah Jumaat pun...
    Harap Sal dah ok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selamat tengok bola dah kak Fidah..thanks atas doanya..hehe

      Delete
  16. Ramai lagi ke yg tgh bercuti .. esok dah ahad.. yg baru nak blik kampung ke.. balik rumah ke.. berhati2 di jalan raya semua..

    ReplyDelete
  17. waa....sy xpernah gi yg cahaya suria ni...selalau tgk dr LRT jerr....ada kaitan x dengan entry nih? heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..ada...hahaha.OK jugak klinik ni,walaupun kerajaan kan..

      Delete
  18. sakit gigi mmg seksa jiwa raga . bkn setakat tak blh mkn , tapi sakit tu bawa ke mata dan blh naik kepala . harap masa ni dah ok lah ya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, sebab urat kan. Alhamdulillah, sekarang dah OK

      Delete
  19. sakit gigi seksa kan..dah dpt pergi stadium tu kira gusinya dh ok la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dah OK dah PK..tekun je saya makan ubat.takut terlepas gi stadium

      Delete
  20. So..dah ok ke gigi tu sal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cabut, tapi tak boleh cabut kat klinik..kena gi hospital.huhuhu.kena operate

      Delete
  21. Seriauuuu dgn sakit ggi wlpn jrang skli kena..

    ReplyDelete
  22. Kalau sakit gigi tu jatuh hari Khamis, akak pasti Sal akan berusaha bertahan. Hari Sabtu baru jumpa doktor gigi. Itu pun kalau boleh nak layan mimpi bertemu kelab bola idaman sepanjang hari Sabtu tu sampai terlupa gigi sakit. Ya tak?

    Harapnya gigi tu dah tak sakit lagi dan kalau dah tak bengkak, bawa-bawalah pergi cabut macam nasihat doktor. Jangan tunggu perlawanan bola baru perasan nak sakit gigi bagai. Haru-biru nanti. Tak sanggup akak dengar Sal melalak sebab tak dapat pergi perlawanan bola!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah sakit gigi dah settle, tapi tak sempat update kat blog. Alhamdulillah, tak meragam sepanjang perlawanan bola. Tengok wajah comel Adam Lallana, terus sihat satu badan. Hehehe

      Delete
  23. memang tabik dengan semangat sal. saya penang kalau beraksi piala dunia belum tentu tengok lagi hehe

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum . Masih tak terlambat kan Ros nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sal dan keluarga... Ros juga minta maaf andai ada tersalah kata sepanjang kita kenal...

    ReplyDelete
  25. suami akak kerap kena cam sal. bengkak pergi jumpa doktor
    bila doktor kata dah surut baru datang, memang dia tak datang dah...hehe
    pastu berulanglah proses tu...adusss.

    akak lalu sebelah stadium aje time tu
    tenggelam dengan lautan merah! mujur seri...idaklah malu sangat =)

    ReplyDelete
  26. Hehe.. tapi bagaimanapun pula, harus tetap dijalani.

    ReplyDelete
  27. berkira2 jugak nk p klinik private..lepas servey2 mahal gak hihi.. jenis berkira mcm ni la.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena survey dulu, sebab private memang mahal..tak pun gi je klinik kerajaan

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah