**Ini entry repost..sebab tak sempat nak taip entry baru**
Orang yang betul-betul kenal aku tak akan tanya soalan ni: Cmane jaga badan? Sebab diorang tau akulah manusia paling malas sekali kalau bab-bab bersenam ni. Setakat senaman mata tengok Tv dan senaman tekak dengan bercakap aku rajin la. Jaga makan? Haroooom! Suruh makan saya makan, tak suruh pun saya makan.
So,apa kelayakan yang aku ada nak bagi tips kuruskan badan ni? Well,ehem,antara pekerjaan awal aku adalah buat part time kat farmasi Vitacare. Lepas grad, aku kerja setahun lebih kat GNC Live Well . Sepanjang aku kerja kat sana,memang banyak training yang aku pergi tentang pemakanan dan diet. Selain tu, untuk menjadi pekerja yang berpengetahuan dan meningkatkan sales aku merajin-rajinkan diri baca majalah-majalah kesihatan dan banyak belajar dari nutritionist bertauliah.
pix credit
1.Detox.
Sebelum korang memulakan apa-apa program kesihatan, bersihkan dulu badan tu dari segala toksik-toksik yang bermaharajalela. Sebab kalau banyak lemak dan kotoran yang berkumpul kat usus, badan memang susah nak menyerap nutrien dari makanan. Bantai la produk apa pun, korang tetap camtu je. Produk untuk detox ni ada berbagai kat pasaran. Ada dalam bentuk teh, fiber ataupun serbuk yang kena bancuh dulu dengan air. Kalau rasa takut nak detox secara besar-besaran, start slowly. Jangan melampau sangat,kang ada yang cirit-birit, or worse dehydrated.
2.Minum banyak air kosong.
Tips ni macam dah basi, tapi memang tulah antara tips terunggul dalam menguruskan badan. Minum air kosong akan buatkan korang rasa kenyang, bagus untuk buah pinggang dan boleh membantu penghadaman. Seelok-eloknya minum segelas air sebaik saja bangun pagi dan setiap kali sebelum makan. Air yang ada kandungan gula yang tinggi akan buatkan selera korang bertambah. So,faham tak kenapa restoran makanan segera include air bergas dalam menu diorang? Nampak tak permainannya di situ??
3.Makan sikit,tapi kerap.
Itu stail aku makan. Berhenti sebelum kenyang. Beri peluang perut korang untuk proses makanan yang korang dah makan. So, korang takdelah terlebih makan. Faham?
4.Gunakan formasi 1/2-1/4-1/4.
Formasi? Ingat ni main bola ke? Ok,bayangkan sekeping pinggan bulat, takpun empat segi. Bahagikan kepada 4. Tak, bukan belah dengan kapak, ada plak kena amuk ngan Mak/Bini/Tokey kedai makan jap gi. Dari 4 bahagian tu, isi 2 bahagian dengan sayur.1 bahagian dengan protein (ayam/ikan/daging/kekacang) dan 1 bahagian lagi dengan karbohidrat (roti/nasi). Huhu, aku tau ramai tak suka makan sayur dan maybe korang akan kecewa sebab nasi dan lauk sikit sangat, tapi itulah tips yang aku pernah belajar.
Image credit : Google Images
5.Cuba 'Meal Replacement' (MR)
Aku bukan nak promote Herbalife ke apa ke,tapi aku rasa MR banyak membantu orang untuk kuruskan badan. Instead of makan nasi, kita minum bancuhan MR ikut cadangan pemakanan yang biasanya orang yang jual tu akan plan untuk kita. MR akan buat kita kenyang sebab ia tinggi serat, tinggi protein dan rendah kalori. Memang susah mula-mula, almaklumlah perut Melayu, mesti nak nasi gak, tapi lama-lama kita akan nampak result. Just be careful,pastikan produk yang korang makan tu ada reputasi yang baik dan disahkan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Jangan nak kurus punya pasal,main bantai je.
6.Jangan tahan lapar
Ramai yang berdiet suka skip meal. In the end, diorang akan makan lagi banyak dari yang sepatutnya sebab paras gula dalam darah dah jatuh secara drastik. Otak akan hantar signal yang kita ni lapar dan kita makan banyak dalam usaha nak stabilkan balik paras glukos dalam darah. Ambil snek yang kaya dengan fiber macam roti wholemeal, kacang takpun buah kalau tak nak ambil karbohidrat.
7.Jangan makan depan TV atau makan ramai-ramai
Aku bukan suggest korang jadi anti-sosial. Tapi bila makan ramai-ramai, kebarangkalian untuk makan lagi banyak tu ada. So,belajar untuk limit diri sendiri dan berdisiplin. Kalau sekali-sekala takpelah.Kang orang kata kau poyo plak. Lagi satu, kalau makan depan TV kita takkan sedar yang kita ni makan banyak. Macam analogi makan popcorn dalam panggung wayang. Tengok trailer je kadang-kadang popcorn leh habis separuh.
Ada banyak tips lain,tapi aku rasa tips macam bersenam dan jangan makan lewat malam semuanya dah biasa dengar kan?So,apa kata tambah petua-petua aku dah bagi untuk memantapkan badan korang. Ingat, tak semestinya untuk kurus, tapi untuk sihat.
OKlah, kalau korang ada tips menarik lagi, share lah kat sini untuk manfaat bersama. Thanks for reading. xoxo
Tips bonus: Cari gym trainer yang cute macam ni supaya korang lagi bersemangat nak exercise. Hahahaha
Image credit: Google Images
puasa je...plg sng nk kurus...dpt pahala lg ;-)
ReplyDeletep/s igt td formasi 4-4-3 hahahahahha
hahaha..bagus tu.tapi jangan berbuka cam tak ingat dunia pulak.
Deletemasa belajar ni memang nutritionist tu guna istilah formasi.hehehe
ohh memang berguna tipsnya..dah habis khatam ni semuanya masa diet dulu2.la ni bf mmg tak diet la.badan pun dah kembang.huhu..
ReplyDeletehehe, kot tetiba ada niat nak diet balik.untuk anak ke..
Deleteyesss..tip sangat membantu
ReplyDeletealhamdulillah..untuk manfaat bersama.hehe
Deletewow, best info ni..
ReplyDeletesatu g, jgn skip breaksfast..
jangan makan lewat malam..
tapi makan lewat malam tu yang nikmat..haha
Deletenikmat sekejap, sengsara yang lama..haha
DeleteThe best way to lose you weight is to close your mouth! Ha Ha Ha...
ReplyDeleteclose your mouth, kalau tak makan memanglah boleh tinggal tulang je..hehe
Deletetu undang maut cayang oooiii
DeleteSetakat ni masih kurus.. tp kena jaga juga kesihatan sbb tak semestinya gemuk je berpenyakit kan.. :D
ReplyDeleteorang kurus ni bahaya jugak..senang kena diabetic dan high cholestrol
DeleteAda yg dah semula jadi badan tak nak gemuk walau sekali makan nasi minimum 3 pinggan seperti aruah ayah saya. Sekarang penyakit payah gemuk itu berjangkit kepada anak keempat saya, makan sangat kuat tapi badan tinggal tulang. Dia dah berusaha untuk tambah lemak di badan tapi sehingga kini masih gagal.
ReplyDeleteLepas ni mungkin Sal boleh bagi tips bagaimana nak gemuk pula, mungkin ia berguna untuk mereka yg senasib dengan anak saya...
saya lah orang yang senasib dengan anak abang JR tu..nak gemuk sebenarnya lagi susah dari nak kurus.tapi ada nutritionist pernah cakap just enjoy the moment. hati-hati je sebab orang macam kami ni selalu ada masalah kolestrol.
DeleteTips yg baik dari sal.. Tq so much. Kathy sjak consume shaklee memang kuat minum. Kerap jugaklah ke tandas.
ReplyDeletewah..semoga berjaya mendapat berat badan idaman ye sis kathy..
Deletedemi kesihatan kita..
ReplyDeletekesihatan adalah harta paling tak ternilai..
DeleteTerima kasih kak Sal sebab share benda ni. Much needed right now! :D
ReplyDeletehope that it helps dear ;)
Deleteharap2 leh kurus laa lepas ni....cita2 kena ada...hahhahahaaa
ReplyDeletehehe..timm pulak nk beratkan badan..hehe..
ReplyDeletesis amalkan no 2 dan 3 . sis juga ramping pun dah lanjut usia ... lanjut lah sgt kan ... dan sis mkn bila rasa lapar ...
ReplyDeleteeh, mana ada lanjut usia..muda lagi lah.makan bila lapar, bukan sebab nafsu..huhu
Deletetips nak gemukkan badan ada? sobs. saya xnak kurus, saya nak curvy. hahahhaa... macam papan je saya tengok badan saya ni... -.- << ini bukan lawak, ini kenyataan
ReplyDeletehuhu..tips tu ada, akak dah try amalkan tapi x berpa menjadi.masalah kita sama je Amy..memang out bab curve ni..tu sebab orang selalu ingat akak budak sekolah..
Deleteokay la tu macam budak sekolah. hehehe... nampak muda :P
Deletehaha..badan je macam budak sekolah...wrinkle tu ada jugak.
DeleteGood tips.., boleh la pratik untuk org yg nak kurus... saya lepasbersalin hari tu turun nendadakk... maybe sebab breast feed
ReplyDeleteHaha..tips last skali paling xleh blah. Sama la kite kak Sal xsuka senam2. Tapi ana paling suka jalan kaki selama 1 jam untuk satu hari. Cuma kelapangan masa tu tak menentu. Maklum laa cikgu, ade aje kejenye. Btw, tq atas tips2 kak Sal. Misi 2015; kuruskan badan! Yeay! Hihi.
ReplyDeletesehari 1 jam berjalan...amboi dahsyatnya, akak campur semua berjalan dalam sehari pun tak cukup sejam...selamat menguruskan badan ye.chaiyok!
Deletesehari 1 jam berjalan...amboi dahsyatnya, akak campur semua berjalan dalam sehari pun tak cukup sejam...selamat menguruskan badan ye.chaiyok!
Deletesy juga dlm misi menurunkan berat..hopefully berjaya kali ni..hahah!
ReplyDeletegood luck Mime!! :p
Deleteboleh lah nak cuba tips2 ni..sbb skrg ni tgh berusaha nak kurus...hehe
ReplyDeletenk kurus ni kena disiplin kuat bru bejaya...
ReplyDeleteAkak ada seorang anak saudara yang macam Sal ni. Diajak makan, dia makan. Tak ajak makan pun dia makan juga. Sekali makan memang tak ingat dunia sebenar! Tapikan, badan dia slim aje tak gemuk-gemuk. Akak is very the jealous person gitu tau....
ReplyDeleteOkeylah, Sal. Memandangkan dah terbukti Sal kuat makan tapi tak gemuk, makanya kalau akak nak diet, akak akan ikut petua Sal bagi ni. Hahahaha....
Tapikan akak pun rasalah kalau ada gym trainer yang comel-cute-mute-separuh-nyawa- bila-tengok-mukanya, memang confirmlah sebelum masuk gym akak dah kurus slim melim jerk tau :)
haha..belum masuk gym dah kurus, dahsyat betul penangan trainer tu..pernah ada kawan saya nak ikut stail saya, tapi 'penat' katanya.sebab makan sikit-sikit pastu kena ulang-ulang.kena tabah tau kadang-kadang berenti sebelum kenyang.
DeletePerlu ni....Semenjak bekerja dlm keadaan stress ni, ada juga perubahan pada kilogram ku....aaarrrgghhhh!!!
ReplyDeletetullah, stress boleh menyumbang kepada penambahan berat jugak..sebab ada orang makin stress makin kuat makan.
Deletedh mcm2 cara buat, nak trun 1 kg cuku susah...main badminton seharian baru turn 1 kg...balik lantak nasi naik semula 1 kg sob sob sob
ReplyDeletetakpelah kak JM, yang penting sihat..hehehe.kak JM mesti terer kan dah hari-hari main badminton.saya pun main bola sepak hari-hari.tapi 'fantasy football' je kat PC...hihihi
DeleteTq Sal bagi tips walaupun tak tentu lagi nak ikut hihi.....
ReplyDeletemanalah tau tetibe suatu hari dapat hidayah...hihihi
Deletesaya nak kurus tapi saya pemalas... hihi
ReplyDeletekalau malas tak dapat lah tolong..haha
Delete