Sunday, 19 April 2015

Review : Orchid Bistro Aeon AU2

Assalamualaikum semua! Dok buat apa tu? Weekend ni entah kenapa, malas gila nak keluar. Rasa nak duduk rumah je.

Makan - Tengok TV - Repeat

Tapi tetibe semalam ND ajak gi Aeon AU2, Keramat. Aku memang suka gi shopping kat Aeon AU2 ni sebab parking luas dan orang tak ramai. Mungkin sebab shopping complex ni takde tarikan lain macam wayang, boling or karaoke, so orang datang sini mainly for shopping dan makan.

Aeon AU2 ni bolehlah dikatakan tempat yang agak istimewa bagi aku sebab dari hari pertama tempat ni bukak, aku kerja kat one of the shop. Lama jugak, hampir setahun. Memori dengan seseorang pun banyak kat sini. Ehem ehem. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat jatuh cinta...

Oklah, tak usahlah kita masuk mode 'Sandarkan pada kenangan' sebab tu semua kisah silam ye dok..

Aku nak cerita pasal one of the tempat makan yang first time aku pergi iaitu Orchid Bistro.


Suasana dalam restoran yang selesa. Staf dia ramai Melayu! Ini agak rare, biasa aku gi makan, waiter dan tukang masak dia pekerja asing. Naisssss!



Disebabkan aku ni pagi-pagi dah breakfast pizza (kau ingat kau orang Itali!), aku just order Cheese Sandwich dengan juice je. Ni nama dia 'Juicy Fresh', campuran tembikai, carrot ngan orren. Memang sedap, dan tak manis, sesuai dengan nama dia.Sandwich aku lupa nak snap gambar.


ND si peminat laksa, order air 'Mango Tango'. Campuran mangga dan oren. Aku pun tumpang sekaki rasa laksa dia. Sedap wei! Kuah pekat dan boleh rasa ikan dia. Licin semangkuk!


Untuk yang suka western food

Light menu pun ada kot korang tak rasa nak makan heavy


So, kalau nak puji banyak sangat pun tak fair lah sebab kitorang pun baru sekali pergi, pastu baru merasa dua menu ni je. Tapi aku memang plan kalau aku datang Aeon AU2 aku nak datang sini lagi. Tengok orang lain makan macam sedap je. Harga dia reasonable dan tak dikenakan 'service charge'.

So, kalau korang ke Aeon AU2, bolehlah singgah makan sini. Roger kalau nak belanja aku sekali. Hehehe. Oh ye, just for your info, jalan depan Aeon AU2 ni ditutup setiap petang Sabtu sebab ada pasar malam. Korang kena pusing sikit, tapi takdelah sesak sangat.

OKlah u olls, thanks for reading!

52 comments:

  1. JJ ni mmg wajib pegi.at least semggu sekali

    OB ni pn da penah try last year..kena jg laa dgn selera kami.

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee saya pun dh lama tak ke aeon au2 nih ;p

    ReplyDelete
  3. banyak pilihan menunya . tertarik lak dgn jusnya yg ada buah oren sekali ...

    ReplyDelete
  4. Semua nampak sedap. Silaplah saya baca entri ni sebelum sarapan. Sekarang ni, teringin nak makan benda ni pula T________T

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan teringin laksa dekat Canada sudah...hehe

      Delete
  5. Replies
    1. mcm tu fun dah buat abe MKL tergoda ke

      Delete
    2. tu tandanya saya pandai mengulas..hahaha.#bloggerperasan

      Delete
  6. Aiyoo...sini tpt sy bermain nihh...sy pon suka g tpt nih coz org pon xramai..dan sy de tpt parking yg sy suka kat situ....hahaha...selalu melepak situ...dan yg ptg..sy suka bli popcorn kt pasar mlm kt situ..sedap...hrga rm1.20...skg xtau laa bpe hrganyaa.....dh lama xg aeon au2 nihhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. siap mention harga tu..haha
      beli pop corn, tgk wayang laaa pastu

      Delete
    2. haha..tapi kat Aeon Au2 ni xde wayang.tengok TV jelah

      Delete
    3. Hahaha...haah...xde wayang...kita buat wayang sendiri...sy selalu wat facial kat aster spring kat situ..

      Psstt...sal..sy dulu dok xjauh dr situ...datuk keramat...keje kt mindef...hahahah

      Delete
    4. Bolehlah sis deanna & sal saling mengenang tempat jatuh opps tempat bermain,...tempat bekerja :)
      Akak tak pernah sampai lagi tempat ni, Sal.

      Delete
    5. hahaha..tu lah, kalau kak Deanna duduk situ lagi boleh kita lepak sesama..

      Delete
    6. kak Farrah: mana tau kot tetiba sampai, tak tau nak makan mana boleh singgah sini.

      Delete
  7. Sal...orchid bistro ni kat mn? Dkt ngn kenny rogers ke kt oldtown kopitiam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oldtown kopitiam..sebelah madam lim's

      Delete
    2. Oooo..dulu de nasi lemak antarabgsa tu ehh..

      Delete
  8. ala, jauh..tak dapat la nak try..hehe.. ni baca sebelum nak lunch.. tgk laksa sedap terus lunch nanti p makan laksa.. tapi warung tepi jalan je laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...warung tepi jalan pun boleh buat review..hihi

      Delete
    2. warung tepi jalan pun OK janji laksanya marbeles!

      Delete
  9. Bagus kalau semua yg terlibat mengusahakan org Melayu
    Itu agaknya menjadi sebab jadi tumpuan..

    ReplyDelete
  10. wah.. boleh juga di cuba nti kalau ke sana nti sis.. org Melayu yg masak tu best sbb taklah kita was-was nak makan kan..:)

    ReplyDelete
  11. kurlasss sgt breakfast pizza ek ;) tgok laksa tu nampak sedap pekattt

    ReplyDelete
  12. Sal, kak ana pun selalu pi sana, dekat rumah lama dulu,orchid bistro not badlah makanannya.:)

    ReplyDelete
  13. Eh, Sal ni... buat-buat lupa pulak! Akak kan ada share kat restoran ni. Dah berapa kali akak dok promote percuma, lupa ke ~_^ Hahaha!

    Harganya not bad, bersesuaianlah dengan rasa makanannya. Service pun boleh tahan cepat, takdalah nak menunggu lama. Akak kalau ke mari dah tentu order mi goreng untuk si Abang, spicy sambal nasi goreng untuk suami isteri dan Adik Cute tu tak payah ceritalah, dia bantai mushroom soup dengan french fries je sambil lewa!

    Selepas GST akak belum sampai ke sini lagi. Nanti-nanti kalau lapar dan tak tahu nak masak apa (malaslah senang cerita) akak ajaklah HD pi ulang makan kat sini lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye ke..ala, cmane saya boleh terlepas entry tu..taulah kak MD kan selalu buat episod jalan-jalan cari makan,saya pun confuse jadinya.

      untung tauke OB ni dapat promo free sebab orang-orang macam kita ni..hahaha.

      akak ajaklah saya sekali.hihiih

      Delete
    2. Maybe masa tu kita belum berganding bahu, senggol-senggolan di alam maya kot, mengomen berjemaah. Itu yang Sal termissed episod JJCM akak kat Orchid Bistro ni. Akak selalu pergi kat Aeonbig Wangsa Maju dan IOI Mall punya cawangan, Dik Sal sayang...

      Nak ikut boleh, bayar tiket pengangkutan sendiri, akak tunggu kat sana. Lepas makan jangan lari, bil kita bagi tiga dengan HD. Hahaha!

      Delete
    3. hahaha...ala,takkan ngan saya pun Mr. HD nak berkira.saya cakap dia hensem macam TMJ terus dia siap suruh tapau lagi...haha

      Delete
  14. Kuah laksanya sungguh menggoda jiwa & anak tekak :)

    ReplyDelete
  15. Slurp..sedapnya juicy fresh tu..

    ReplyDelete
  16. Tak pernah pergi lagi..tapi nampak best
    Boleh jugak anak2 wknd nanti

    ReplyDelete
  17. nampak best juga tempat dia... tp member saya x berapa sangat suka g bistro. so x dapat nak ajak dia... hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama je Bistro..tapi restoran biasa je

      Delete
  18. Salam Jumaat Cik Sal... lama tak update..hihi

    ReplyDelete
  19. Next time order nama air sedap skit... Air 'SKY JUICE!"... Keh keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih..tu order kat rumah ja...kat mamak pun dah kena charge

      Delete
  20. Yang itu laksa apa? Penang? Merembessss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah cheq...lap sikit ayaq liuq tu..banjir keyboard nanti.hehe

      Delete
  21. hambooiii...bukan main lagi Mango Tango.. Mango n oren...sebetul nye Mangoren

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.orang yang reka nama menu ni kena kreatif lagi..patut mintak pendapat kak JM

      Delete
  22. ish....ish...mcm2 jenis air dan jus...tembikai + carrot + oren....nasib baik x fenin

    ReplyDelete
    Replies
    1. usus je pening sikit..balik tu terus detox..haha

      Delete
  23. ahahaahah...yang kelakar statement staff ramai melayu dah jadi rare skrg ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi memang rare lah kak JM...kalau gi 'oldtown tu dari depan ke belakang semua pekerja asing..huhu

      Delete
  24. Orchid ni tempat kegemaran jiran sebelah mertua awak ni Sal...dia selalu order nasi goreng pedas, tak nasi goreng, mee goreng ...itu yg dia recommend kat mak...Mak sampai sekarang belum pernah try kat sini lagi..

    ReplyDelete
  25. ehh ni kat area setiawangsa tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..wah, dah pernah sampai ke?

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com