Sedar tak sedar, dah lebih 6 bulan aku bergigi besi. So far, aku masih melalui prosedur yang sama. Check up sebulan sekali, tukar powerchain, tukar arch wire. Tapi hari tu aku buat scaling (cuci gigi), sebab once gigi dah bergerak, kotoran-kotoran yang selama ni terperangkap kat celah-celah tu akan keluar. Lagipun, kalau pakai braces, memang senang trap sisa makanan. Sebab tu kot aku tak kenyang. 50% makanan aku terselit, 50% je masuk perut. Haha. So, nasihat buat pemakai braces sekalian, jangan miss scaling ye. Tapi, nak buat tu, pastikan bagitau sebelum appointment. Nak buat scaling, gigi kena bebas dari sebarang wayar berselirat. Cuma bracket sahaja diorang tak cabut.
Selain dari powerchain, aku jugak berkenalan dengan 'coligation'. Very fine wire, fungsi dia supaya gigi-gigi ko akan bergerak seiring sejalan dan tak jarang.
So far dah 6 bulan pakai braces ni, aku makin lali. Awal-awal je tak boleh makan nasi hampir seminggu, tapi sekarang dah OK. Balik appointment dah boleh makan nasi dah, tapi kena lauk senang kunyah, kalau tak sakit jugak. Ada lah sekali terlampau sakit sampai aku tak boleh tidur.
Tapi baru-baru ni doktor pasang 'power thread' (rujuk gambar atas) kat gigi atas dan bawah. Aku pun tak tau apa beza ngan powerchain tapi lagi tebal dan lagi menyakitkan. Yang ni memang menghalang dari makan nasi. Bila terlanggar time tidur memang terjaga.
Selain dari powerchain, aku jugak berkenalan dengan 'coligation'. Very fine wire, fungsi dia supaya gigi-gigi ko akan bergerak seiring sejalan dan tak jarang.
So far dah 6 bulan pakai braces ni, aku makin lali. Awal-awal je tak boleh makan nasi hampir seminggu, tapi sekarang dah OK. Balik appointment dah boleh makan nasi dah, tapi kena lauk senang kunyah, kalau tak sakit jugak. Ada lah sekali terlampau sakit sampai aku tak boleh tidur.
Tapi baru-baru ni doktor pasang 'power thread' (rujuk gambar atas) kat gigi atas dan bawah. Aku pun tak tau apa beza ngan powerchain tapi lagi tebal dan lagi menyakitkan. Yang ni memang menghalang dari makan nasi. Bila terlanggar time tidur memang terjaga.
Aku dah try tangkap gambar tapi tak jadi. Hahaha. Awal-awal je berangan nak tangkap gambar sebulan sekali nak buat timelapse, pas tu ke laut.
Thanks for reading!
macam2 ya pakai braces ni. lagi satu memang susah nak makan ya? patut tengok kawan2 yg pakai braces biasanya akan lose weight. ada tu yg muka chubby, lepas pakai braces kurang makan, muka jadi runcing.
ReplyDeletehehe, sape nak kurus boleh pakai braces.
DeleteWah lepas ni cantik lah susunan gigi sal. Kak ana dulu ada yg cadang sebab ada gigi taring dekat depan ni tp takut punya pasal biar kan je.
ReplyDeleteeh, gigi taring comel je.yang tak comel kalau gigi kapak macam saya.haha
DeleteBaru tahu pakai braces rasa tak selesa.Sebelum ni akak ingat org yg pakai ok je .
ReplyDeleteBertabah lah sal ,dah cabut braces tu pasti lebih menarik .
yup..memang kurang selesa, lagi-lagi dah dewasa.rasa mulut penuh je, nak makan pun terbatas
Deletecantik la lepas nie..
ReplyDeletengilu pulak bila cerita pasal braces ni...tapi takpelah kan,nanti cantik la gigi tu
ReplyDeletemula2 je kekok ye.. dah lama2 dah biasa.. mkn pon dah mcm biasa ye.. brp lama kena pki braces tu sal?
ReplyDelete2 tahun..ada setahun setengah lagi kena tahan
Deleteciksal nnti kalo ko dh tindik kat hidung jgn lupa letak gmbr sebulan sekali ye., hehe2
ReplyDeletehaha, saya bukan jenis suka berkongsi gambar Wak..insta pun tak ada
DeleteBaca tu ngeri...
ReplyDeleteAkak nak pegi tampal gigi pun takut..
Salam sal, takpelah sakit sekarang, sok2 cantik puas hati
ReplyDeleteHehe...Kalo Cheery Memang tak lah nak pakai...Sebab xtahan sakit ..Wisau sakit Gigi tu hehe
ReplyDeleteSiapa yang ada nikmat gigi cantik tu kena banyak bersyukur
ReplyDeletepasang braces ni sakit
so true..bersyukur dan tolonglah jangan hina orang-orang yang struktur gigi kurang sempurna ni.
Deleteyg saja2 pakai tu, diorg tak rs skt ke? pelik gak... lg pelik yg buat dgn doktor belajar kat youtube... hmmmm... x fhm sggh
ReplyDeletekan, ingat best ke pakai braces.buruk je aku rasa, ni pun sebab terpaksa
Deleteboleh suruh orang lain tolong snap gambar.
ReplyDeletesegan plak nak menyengih gitu..taulah aku ni pemalu.haha
Deleteaduh bab takleh makan nasik tu yang tak boleh tu, tak dapat makan kepsi takpe lagi kalau akak tapi jangan tak makan nasik gigil lutut dibuatnya hehehe
ReplyDeletetak boleh makan nasi, kita makanlah bubur..hehe
Deleteantara 4 tu,saya colligation tu saama dgn saya,yg lagi 3 tu x merasa pulak
ReplyDeletemaybe awak tak teruk sanga kot. saya overbite dahsyat jugak
Deletetimm pulak belum rasa lagi yang atas tu..paling teruk pun power chain je..hihik..
ReplyDeletepower thread tu lain macam betul penangan dia..bengong sampai kepala
DeleteAduhhh....walaupun ko dah 6 bulan berbraces Sal, tapi hakak dapat rasakan seksanya Sal.
ReplyDeleteTp yg penting lepas ni cantik Sal mcm Jihan tu....suka tengok senyuman Jihan sekarang. Cantikkan...
harap dapat suami hensem macam Jihan jugak.haha..ke situ plak
DeleteDah wajib kawen ni nampaknya hihi...
DeleteTerlebih wajib dah..haha.
DeleteBila baca entry ni baru tahu terms pergigian tentang braces.. Baca pun agak mengerikan apatah lagi Sal alami sendiri..
ReplyDeleteTabah jugak Sal ni.. Salute!
X adalah..ramai aje orang pakai braces. Entry ni sekadar nak bagi semangat dekat orang yg nak pakai braces tapi takut
Deletetengok yang coil tu, macam ngeri.. macam kuat je dia tarik... adoiii
ReplyDeleteTengok condition gigi jugak. Akak pun xde pakai coil tu
Deleteterima kasih info menarikni... ingat nak buat untuk anak bila dia besar sikit nanti...
ReplyDeleteSama2 kak. Bagus buat masa dia muda, tulang tengah lembut. Dah baya saya baru nak buat, tu yang kena apply pressure lebih.
DeletePakai braces mmg bolehkan kurus Kan.. sebab makanan pun kena yg X sangkut of braces
ReplyDeleteBraces yang makan nasi, bukan kita. Haha
Deletesemoga dipermudahkan urusan Sal
ReplyDeleteyou can go thru this kak ^^ jjyeaah.. tho CT tak tahu sangat pasal braces tapi tahula memang mencabar..
ReplyDeletetakpe..kna byk bersabar sikit.. nanti cantik hasilnya ;-)
ReplyDeletengilu pula tengok gambar tu... sabarlah, lepas ni boleh makan puas-puas... hehehe nanti gigi pun makin cantik...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan semua urusan.
ReplyDeleteblogwalking
ReplyDeletedulu kekecik teringin nak ber braces.
ReplyDeletetapi tu la. takpe la...
dewasa pun masih boleh berbraces. tapi tengok jugak, perlu ke?
Delete