Bad Genius Movie Review

Wednesday, 20 September 2017

Lama sangat aku tak tengok filem dari Asia di wayang. Tapi filem nan satu ni ramai sangat yang rekemen, so di satu pagi hujung minggu aku pun gi tengok filem ni sorang-sorang.


Filem dari Thailand ini mengisahkan Lynn, seorang pelajar sekolah menengah yang sangat pandai. Pandainya Lynn ni bukan level biasa-biasa, sampaikan sebuah sekolah elit sanggup bagi dia full scholarship asalkan dia sanggup belajar kat situ. Di sekolah tu, Lynn berkawan baik dengan seorang gadis popular bernama Grace.

Demi nak stay dalam kelab drama, Grace terdesak nak maintain pointer. Sebab kesian member, Lynn pun bagi Grace tiru dia dalam exam. Grace pun cerita kat boyfriend dia, Pat, who ended up bagi Lynn idea untuk 'jual' kegeniusan dia. Caranya, Lynn bagi dia dan kawan-kawan diorang tiru, then Lynn dapat duit.


Lynn tempted dengan idea tersebut, memandangkan dia dan bapak dia orang susah. So dia memulakan 'bisnes' supply jawapan kat bebudak sekolah tu. Makin lama Lynn makin kelabu mata tengok duit sampaikan Pat bagi idea untuk Lynn supply jawapan untuk exam STIC. STIC ni exam untuk masuk universiti-universiti di Amerika dan set soalan adalah sama di seluruh dunia.

Nak bawak keluar jawapan untuk STIC bukanlah senang, kena ada memori yang kuat dan masa yang cukup. Jadi Lynn, Pat dan Grace muncul dengan idea untuk ambil exam tersebut di Sydney, Australia kerana faktor zon masa yang lebih cepat. Lynn meminta bantuan dari seorang lagi budak lelaki genius bernama Bank di sekolah diorang sebab dia tak rasa dia boleh hafal sorang-sorang. So, dari situ bermulalah perancangan genius Lynn dan rakan-rakan.

So, nak tau cmane diorang plan misi mustahil ni dan adakah plan diorang akan berjaya, korang tengoklah sendiri.

Scene kat dewan exam yang buat aku pun nervous sekaki!

My review? Filem ni memang best! Aku bagi 4 1/2 bintang! Best sebab lengkap unsur saspen, kelakar, semangat setiakawan dan kasih sayang keluarga. Katanya inspired by true events. How true is true, aku tak tau.

Jatuh kategori wajib tonton you alls! Cuma kalau anak-anak yang masih bersekolah kena ada parental guidance, takut diorang ikut pulak. Overall aku memang puas hati.

OKlah, thanks for reading gais!!


48 comments

  1. Ramai juga kata movie ni best. An tak tengok lagi cerita ni. Agak2nya ada tak kuar dekat astro nanti 😅

    ReplyDelete
  2. banyak baca review yang filem ni best

    ReplyDelete
  3. Macam best ni...
    Lama dah tak mengimbau zaman belajar

    ReplyDelete
  4. sayangnya tak banyak wayang yang tayang

    ReplyDelete
  5. Cam best je ni.. lama jugak tak tengok wayang, last skali cerita Dunkirk

    ReplyDelete
  6. alamak tererler u review ... cam nak berkejar gi panggung...

    ReplyDelete
  7. Rata-rata kawan LZ kata filem ni best Sal..
    Teringin lak LZ nak tengok..
    Tapi tak pasti masih ditayangkan lagi atau tidak..
    Kalau ada lagi rasa nak pi tengok hujung minggu nanti..

    ReplyDelete
  8. citer ni mmg best woooo...rugi xtgk

    ReplyDelete
  9. saya memang tak pernah tengoh film thai sama ada di tv atau kat panggung.
    mungkin nak cublah sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem thai banyak yang best. Bukan setakat filem hantu je. You should try it..

      Delete
  10. Kita teringin nak tengok cerita ni sangat-sangat tapi dekat sini takde cerita ni :(

    ReplyDelete
  11. Cerita ni mmg lain Dari yg lain laa

    ReplyDelete
  12. bnyk review citer ni best..nk gi wayang tak sempat la.. lately ni busy tahap gaban.. tp bila sal review.. berkobar2 nak tgok gak citer ni..

    ReplyDelete
  13. xdan nak tgk lagi cerita ni di pawagam, haha

    ReplyDelete
  14. Baca jln citer pun dah mcm menarik...cm Mana nak cari ek citer nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uit, jangan tanya. X pandai bab2 cari cite ni. Selalu tgk wayng ngan tv je

      Delete
  15. Best ek....hari tu nak tgk gak dgn anak anak tp tak de waktu yg sesuai tak pun dah penuh lupa pulak.
    Hakak nak tgk Berbisik ke Langitlah Sal mcm best je.... ko jangan suruh hakak tgk kat Astro first pulak haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak tengok Bisik pada langit. Banyak good review

      Delete
  16. macam best je ni. pelakon pun comel2 je

    ReplyDelete
  17. salam cikSal, setau wak, exam STIC tu xde, mukin saje tukar nama, maksudnye exam SAT je utk masuk universiti kat US., wak tahu la.,

    sal, yg ko pegi tenok muvie sorg2 apsal? wak baru je nk donlod ., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sebab dah teringin sangat nak tengok.last minute decision mana nak cekau kawan.

      Delete
    2. ek eleh cikSal, wasap group kan ade ., hehe2

      Delete
    3. Lambat. Kita zaman sekarang semua nak cepat

      Delete
  18. tak donlod lagi...ingat tak best...tapi lepas baca review sal ni teringin pula nak tengok

    ReplyDelete
  19. so far utk thn ni filem ni mmg terbaik... part plg x keruan ms pegawai tu ketuk pintu tandas... aduyai... kita yg tengok pun rs nk terkencing sm... harap2 ada sambungan sbb x puas hati ending dia cuma lynn je yg terima hukuman. nak tau jg apa nasib member2 dia yg lulus tu... kena tarik balik ke... kena tendang U ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..ending dia macam tu je.nak gak tau nasib bebudak lain kat Thailand yang dapat jawapan tu.

      Delete
    2. kata 'based on true story' mesti dh tau nasib bebudak lain tuu., hehe2

      Delete
    3. X kuasa plak wak nk kaji. Kang kena cari arkib suratkhabar thailand pulak

      Delete
    4. kihkihkih satu kerja pulak nak mengkajinya ;)

      Delete
    5. Hihi...wak rajin, biar dia yg kaji. Haha

      Delete
  20. Bank handsome hahaha sekian review dari saya =P

    ReplyDelete
  21. bagi kita not bad la sebab cter dia lain dari yang lain. ending pun a bit different. tapi nak ulang balik tengok tu tak kot. err.. x sure la kenapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok kali kedua dah hilang debar n excitement dia. Cite camni sesuai tgk sekali saja

      Delete
  22. macam menarik pula jalan ceritanya...

    ReplyDelete
  23. sila pm tepi apa ending citer ni plissss

    ReplyDelete
  24. rating movie ni best juga, ramai yg review movie ni not bad kan ....
    mrs pip dtg melawat T_T

    ReplyDelete
  25. Huwaaaa! I was supposed to watch this, tapi akak ada hal lain pulak hari tu. Terpaksa bagi tiket kat member

    ReplyDelete
  26. Tak sempat tengok lagi filem ini.. Banyak riview yang puji filem ini..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah