Assalamualaikum dan hai semua! Semalam gara-gara 'KL tutup' so last minute cancel plan nak ke lake garden KL. Tapi disebabkan lama sangat tak jumpa cik ND dan nak membuang kemalasan yang bersarang dalam badan, kitorang keluar jugaklah cari port jogging yang pernah viral dalam kalangan warga Ampang/ Keramat/ Hulu Kelang suatu ketika dulu. Asyik jogging tempat sama je, jemu jugak kan.
Pagi tu kami keluar dalam pukul 8. Hujan renyai-renyai manja. Tapi sebab dah siap-siap takkanlah nak sambung tarik selimut tidur balik.
At first kitorang pun tak tau macamana nak ke tempat ni. Ikut waze tapi dia bawak kitorang ke look out point Bukit Antarabangsa. Untuk tengok KL dari atas. Ek eleh. Puas dahlah aku tengok Kuala Lumpur. Lebih 30 tahun. Puas sudah.
So tengok dalam ol reliable Google Map. Nampak tempat ni ada orang save - Taman Bukit Utama Hillside Jogging Track. Ikut pembacaan aku masa tempat ni viral dulu, ia memang kawasan lereng bukit. So marilah kita ke sana. Senang je ikut Google Maps cuma tersorok sikit lorong masuk ke tempat jogging tu sampai kitorang terlepas. Patah balik je, takde masalah. Setiap kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa ni ada pondok pengawal tapi kalau nak ke Taman Bukit Utama Hillside Jogging Track ni takde guard jaga.
Suasana pagi yang berkabus. Sejuk! Menyesal tak bawak sweater. Sekali tengok macam di Cameron Highland pula. Tapi tu bukan ladang teh ye, tu rerumput je. Nampak macam tempat ni dijaga kemas.
Tempat ni takde kereta lalu walaupun jalan bertar cantik. Tapi curam betul ye. Aku tak berani bawak budak-budak yang tengah lasak datang sini takut diorang berlari laju turun bukit tanpa brek. Nak main roller blade pun bagi aku sangat bahaya. Sebab cerun dan membelok. Kitorang sekadar jalan, tu pun ayu-ayu macam pakai kebaya Nyonya dengan payung di tangan.
Jalan sampai ke bawah sekali nampak takungan air ni. Nak kata tasik bukan, empangan pun bukan. Tak tau nak cakap air ni datang dari mana. Semua longkang di hillside jogging track ni mengalir ke sini. Keruh macam teh tarik tapi takde bau. Rasanya air bercampur lumpur. Boleh buat air untuk samak ni. Haha.
Bahaya jugak kalau bawak anak-anak kecil sebab takut tercebur. Berapa kedalaman air aku tak pasti. Sebuah tempat misteri tapi terjaga rapi.
Dah jalan sampai ke bawah, tibalah waktu yang mencabar. Mendaki balik ke atas. Pergh..rasa nak tercabut lutut sebab curam. Takde maknalah nak jogging. Jalan je. Tu pun mencungap. Nasib baik tak panas.
Yang membuatkan tempat ni bertambah unik adalah deretan kerusi tu. Seolah-olah tempat ni memang dibuat untuk orang ramai. Tapi siapa je sanggup naik ke Bukit Antarabangsa ni melainkan orang local macam kami. Aku pernah tengok di Facebook ada yang picnic dan layan sunset view. Aku tak tangkap gambar dari point of view kalau duduk di kerusi-kerusi ni sebab hujan manja dah start lebat tapi cantik jugak la, nampak skyline KL.
Kawasan parkir luas. Ada kediaman terbiar berbentuk bulatan ala Colosseum berhadapan lorong masuk. Rasanya pernah diduki sebab ada banyak piring Astro lama yang dah berkarat. Binaan unik, tak macam rumah-rumah yang biasa kita tengok. Di Bukit Antarabangsa ni banyak rumah-rumah terbiar. Sayang sebab kebanyakannya besar dan cantik.
Aku suka jugak tengok tempat-tempat penuh misteri macam ni. Teringin nak tahu sejarah dan punca kejatuhan sekiranya ia pernah ada kisah gemilang. Contohya macam Mimaland dan Highland Tower. Tapi bagi aku tempat paling misteri adalah Econsave di Pandan Perdana, kalau lalu MRR2 dari arah Selatan akan nampak di belah kiri. Legend kot atas tu ada theme park. Unfortunately tak berekesempatan pergi masa masih dibuka tahun 90an dulu.
Kredit gambar dan bacaan lanjut di
SINI
Weh dah kenapa blog aku dah macam blog paranormal pulak. Jangan salah faham ye, aku cuma penggemar sejarah lama. Bukan nak jadi Uncle Seekers tau. Benda-benda 'alam lain' aku tak nak campur.
Anyway tempat ini juga digelar 'Stelvio Pass Bukit Antarabangsa' dan digemari cyclist. Masa kitorang datang ni nampak jugak sekumpulan cyclist tapi tetibe eh tak jadi turun pulak. Maybe sebab hujan kot.
The Stelvio Pass is a mountain pass in northern Italy bordering Switzerland at an elevation of 2,757 m above sea level. It is the highest paved mountain pass in the Eastern Alps, and the second highest in the Alps, 7 m below France's Col de l'Iseran. Sumber: Wikipedia. Gelaran 'Stelvio Pass' tu mungkin terinspirasi dari sini. Cuma yang di Bukit Antarabangsa ni humble jelah.
Anyway, walaupun tak keluar peluh tapi sebab hujan, rasa lapar pulak. Discuss dengan ND cari port breakfast yang tak payah masuk KL. So kami ke 1Chopati Aeon AU2 Keramat. Aku memang hantu capati. ND pulak kata dia selalu makan situ dan memang sedap.
Ha..nampak tak kitorang lapar. Ambil set capati+poori. Aku ambil kuah sardin, ND ambil daging. Memang sedap dan mengenyangkan. Puas hati breakfast kat sini. Air aku ambil teh tarik dan ND minum teh halia.
Lepas makan shopping groceries sikit dan singgah Watson's. Alang-alang dah ada kat Aeon Au2. Rasa selesa jalan-jalan walaupun lepas 'exercise' sebab tak berpeluh pun.
So..adakah kami akan datang lagi? Insha Allah. Kalau cuaca baik.
Read More