Assalamualaikum dan hai semua! Rezeki bulan lepas jadi salah seorang penerima cenderahati Top Commentator Blog Syazni Rahim.
Kiriman dari Syaz sampai hari semalam (Jumaat 3 Dis), hari di mana KL dapat cuti 'terkejut' sempena meraikan KL City menjuarai Piala Malaysia 2021 Edisi ke100. As someone yang memang fully keje kat rumah, of course aku ambil kesempatan untuk keluar. Balik dah lewat malam sekali tengok ada bungkusan atas rak kasut. Pelik jugak sebab tak ada beli apa-apa. Tengok nama pengirim : Syazni. Baru teringat yang beberapa hari lepas Syaz ada mintak alamat. Tak sangka cepat betul dapatnya.
Meh tengok hadiah apa Blogger Syaz bagi.
Syaz macam tau-tau je aku dah kehabisan bahan bacaan baru untuk bulan ni. Syaz bagi aku Antologi Cerpen Secawan Kopi Secangkir Teh Limau. Lama betul tak baca antologi cerpen.
"Teruskan menjejak manis mimpi-mimpimu".. pesanan dari Syaz. Dia salah seorang penyumbang cerpen dalam antologi ni. Lama tak dapat buku ada autograph penulis. 'Mahal' tau ni.
Thank you so much Syaz atas ucapan dan atas pemberian. Siapa yang nak berkenalan dengan Syaz bolehlah singgah blog dia. Aku suka baca cerita dia pasal keluarga, kehidupan seharian dan kadang-kadang Syaz buat throwback cerita zaman kanak-kanak. Aku tak pasti umur dia berapa tapi rasanya dia pun geng kanak-kanak 90 an jugak. So mostly 'kenangan' dia tu aku boleh relate jugak.
Aku belum sempat baca lagi buku pemberian Syaz so tak dapatlah buat review. Semalam dah seharian keluar so hari ni kenalah kemas dapur, basuh baju, sental lantai dan dinding bilik air, vakum rumah etc. Sambil tu buat kerja opis sikit (Work from home macam tu lah-weekend pun kena bukak PC). Alang-alang dah bukak PC, ambil kesempatan update blog.
Semalam keluar sempat singgah BookXcess MyTown KL. Tu yang beli 'File Under 13 Suspicious Incidents' dari Lemony Snickets. Best jugak BookXcess MyTown. Nanti aku buat entry lain. Insha Allah. Buku lagi satu tu pulak antologi cerpen jugak. 'Untuk Perempuan Yang Bernama .....' hasil karya 22 penulis wanita terbitan Helium Books. Beli di Shopee. Pun belum sempat baca. Sibuk nau kau ye. Dah ada 3 buku target untuk bacaan Disember. 3 buku je sebulan? Lemahhhh!
Entah apa aku sibuk pun aku tak tau. Haha. Tau-tau dah Disember 2021. Masih belum dapat hadam 2020 sepenuhnya, tetiba nak masuk 2022. 2 tahun yang hambar tanpa pencapaian.
Actually bila fikir balik, ada jugaklah pencapaian macam aku dah 'sihat' sikit dan tak payah makan ubat dah. Harap kekal sihat sebab sakit yang orang tak nampak ni struggle lain macam. Kadang-kadang rasa macam suffer sorang-sorang sebab orang takkan faham melainkan yang mengalami.
Eh ni dah melalut padahal tujuan asal entry nak cerita dapat hadiah je. OK lah nanti sambung lagi. Thanks for reading!



