Lawanya MZ Garden Hall Bangi - First Wedding since PPN

Monday 22 November 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Last weekend, buat kali pertamanya sejak Malaysia berada di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), aku menghadiri majlis Walimatul Urus. Yang kahwin ni adik ipar kepada adik aku, so of course lah pak mertua adik aku jemput kitorang satu famili. Tapi tulah kena RSVP dulu berapa orang yang akan hadir. 

Aku excited nak pergi bukan sebab dah lama tak pergi kenduri kahwin, tapi nak jumpa anak-anak saudara aku. Haha. Lagipun famili adik ipar aku pun baik dengan kitorang, boleh terima adik aku yang loqlaq tu, so dah macam keluarga sendiri. Rasa tak best kalau tak penuhi jemputan.


MZ Garden Hall di Bangi.

Dewan marquee tent bertemakan ala 'Garden', berkeluasan 15,000 kaki persegi manakala pentas seluas 30 kali 40 kaki. Since dewan ni open dan takde dinding, air cond diganti dengan kipas siling dan air cooler. Dewan ini mampu memuatkan sehingga 800 tetamu pada satu-satu masa.

Sumber : https://mzcatering.com/pakej-dewan/ (Aku terpaksa edit ayat dari website. Company gah tapi takde copywriter. Pfft)

Memang luas garden hall ni, parking pun banyak. Harga pakej korang tengok lah dekat website diorang tu ye. Aku tengok harga dia telan liur jugaklah. Masa umur 20-an dulu aku berangan jugak nak wedding grand macam ni tapi dah umur macam sekarang takde dah perasaan gitu. Nak fikir kahwin pun malas. Hahaha








Daging masak kuzi dan acar buah tu sedap betul. Ada aiskrim dan minuman panas/sejuk juga


Selamat Pengantin Baru buat Dr.Fatin dan pasangannya Afif.


Bersanding norma baharu


Adik aku as menantu sulung diberi mandat membaca doa. 


Selfie dulu sebelum balik


Beli facemask baru kat Shopee demi nak gi majlis ni. Facemask satin headloop - aku beli yang ada poket tengah untuk boleh letak 'filter'. Nak pakai double mask aku rasa sesak nafas. Pakai 3 ply sahaja, kulit aku tak tahan. Pakai mask kain sahaja rasa macam tak cukup protection. So ni kira 2 in 1 lah. Kebetulan match dengan baju. 


Sekian cerita pergi wedding kali pertama sejak PPN. Mood menulis ke laut. Haha. Thanks for reading!


37 comments

  1. WAH GRAND N MERIAH MAJLIS YU SELAMAT PENGANTIN BARU MEMPELAI

    ReplyDelete
  2. cantiks dewannya...
    x pernah gi lagi mana2 wedding since covid ni. comeinya tuan tanah..posing2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah consider famili so pergilah jugak. Ikutkan malas nak gi wedding

      Delete
  3. besar tempatnya..harap kalau hujan lebat tak masuk tempiaslah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul-betul lebat rasanya tempias. Tapi tempat ni luas dan struktur bangunan kukuh. Tak risau roboh

      Delete
  4. wah kite tak singgah lagi majlis kawen sejak covid..cantiknya majlis..tetibe nak majlis theme garden juga heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh start kumpul duit dah. Semoga tercapai impian awak

      Delete
  5. Nampak mewah.
    Belum dapat pergi majlis kahwin. Tengoklah Sabtu ini pergi ke tidak.
    Hehe akak akak 3 lapis sahaja pelitup muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai double mask la kak. Atas 3 ply pakai mask kain pulak. Hehe

      Delete
  6. Tentu excited nak pegi, bila dah sekian lama tak hadiri majlis kawin kan..
    Cantik tempatnya dan sedapnya lahai makanan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited nak jumpa anak-anak saudara saya je. Hehe. Tak rajin sangat nak gi wedding umur-umur macam ni

      Delete
  7. Serius cantik dewan MZ Catering ni...lagi bagus wedding macam ni kan buat kat dewan dan x renyah kalau buat kat rumah...mana nak mengemas lepas majlis lagi...tahniah kepada pasangan pengantin baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Orang sekarang lagi suka buat di dewan, tak payah penat-penat kemas rumah. Ahli keluarga pun boleh rileks sikit

      Delete
  8. Berkenan dengan tema garden ni. Seronoknya dapat pergi majlis kahwin. Dapat makan nasi minyak dan lauk kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk kenduri sedap kan. Kalau saya mesti rasa nak try semua

      Delete
    2. Saya pun, kena rasa mana yang ada. Biasanya kalau pemanis mulut memang cepat habis.huhu...

      Delete
  9. Eh lupa pulak. Selamat pengantin baru, semoga berbahagia sampai syurga. Aaminn...

    ReplyDelete
  10. Wah grandnya dan cantik tema garden, berbagai juadah ada, cantik kakak pembaca doa bermask ala satin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jaga air muka adik, so pakai la elok sikit. Huhu

      Delete
  11. wahh sonoknyerr tgk org kawen bersanding terjengket2 terjenguk2 ala emak kawenkan aku 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde terjengket-jengket dah, kan atas pentas tu

      Delete
  12. wow...cantik pelaminnya... lamanya laa x makan nasi kenduri kawen..huhu..

    ReplyDelete
  13. hahahha kita pun x sabar plak nk makan nasi minyak hahaha...
    lama gila x rasa nya x makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak nasi minyak dengan ayam masak merah. wuuuu..sedap

      Delete
  14. kali terakhir pi wedding sepupu pd 2 Jan 2021. Sampai skrg x de lg org ajak pi kenduri. Lgpun Kelate masih di fasa 3. sabar je la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. fasa 3 belum boleh kenduri kan? rilek dulu

      Delete
  15. Meriahnya majlis. Selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai. Moga bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  16. Pestanya meriah dan sangat mewah ya. Selamat berbahagia buat famili yang menikah.

    ReplyDelete
  17. Cantik pelamin. Dah lama tak pergi wedding.

    ReplyDelete
  18. wah...sangat happening la kalau dapat kahwin dalam suasana begini

    ReplyDelete
  19. Cantik pelamin. Sal dan mask baru tu pun cantik.
    Akak belum ada rezeki attend kenduri kahwin lepas PKP lagi. Makan lauk orang kahwin dah lepas dah hehehe
    Oh my... dalam banyak-banyak tu terliur tengok apam balik!

    ReplyDelete
  20. Sweetnya sal bawah pohon bunga tu. eh buat apam balik pakai nestum madu ka...emm kuih apa tu

    ReplyDelete
  21. Cantik deko dewan dan sudah semestinya sedap makanannya

    ReplyDelete
  22. Cantik betul deko pelamin dia.. Comel Sal..
    Lama betul tak ke majlis kahwin..

    ReplyDelete
  23. Lama x tgk kenduri kawen mcm dulu. Cantiklah deco mmg ala garden wedding

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah