Gold Coast Part 3 - Sea World - Spring Trip Australia

Friday, 10 October 2014

Assalamualaikum semua!!! Kita sambung balik cerita Australia ye. Buat yang terlepas, boleh baca dulu Part 1 dan Part 2 .Dah sedia ke nak baca? OK, tarik nafas dulu dan sediakan popcorn sebab entry ni panjang dan banyak gambar.

Hari kedua kat Gold Coast ni Kak Sal nak ke mana pulak? Jeng jeng jeng!! Dah tak payah nak budget saspen sangatlah. Dah sah-sah kat title tulis ke Sea World!


Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun dan bersiap. Sebab takut kelaparan, masing-masing breakfast heavy. Sempat jugak selit coklat dan biskut dalam beg. Kalau ikut peraturan tak dibenarkan bawa makanan luar ke dalam theme park, so pandai-pandai la cover line.

Untuk ke theme park ni, kami beli tiket 3 in 1. Ke Sea World, Movie World dan Wet n Wild Park. Beli combo ticket macam ni lagi jimat dari beli asing-asing. Tapi first nak mintak maaf la kat korang sebab aku tak tau macamana nak beli tiket online sebab semuanya kawan-kawan aku yang uruskan. Hanya boleh share petua tu je. Oh ye, kalau beli tiket online awal-awal biasanya lagi murah dan menjimatkan masa sebab tak payah beratur panjang-panjang.

Dari apartment, kitorang berjalan kaki untuk menunggu bas di stesen 'Cypress Avenue'. Jangan keliru dengan stesen tram. Adalah penting untuk menunggu di arah yang betul, so kalau tak sure tanya je local yang lalu-lalang . Diorang sangat helpful. Naik bas nombor 705. Yang ni conform tak terlepas hentian sebab dari jauh dah boleh nampak Sea World, lagipun ia merupakan last stop. Perjalanan mengambil masa tak sampai 20 minit. Sepanjang jalan akan nampak Mat Salleh pakai short dan sleeveless jalan-jalan tepi pantai sedangkan kau zip jaket sampai ke dagu sebab tak tahan sejuk! Cis!


Kitorang sampai ke Sea World sebelum pukul 9 pagi, park pun belum dibuka. So, kami pun tunjukkan slip booking yang kami dah print untuk buat pass VIP di kaunter berhampiran pintu masuk. Pass VIP ni valid setahun tapi hanya untuk pemegang pass sahaja. Siap ada gambar sendiri lagi untuk mengelakkan misuse.

Dah settle dapat kad masing-masing, apa lagi, kita serbu!!!!


Masuk je terus blur tak tahu nak gi mana walaupun dibekalkan map. Masa tu memang terkesima dengan keindahan Sea World. Subhanallah..memang cantik sesangat!!  Sekadar berkongsi fakta sains dengan u olls, warna permukaan air ditentukan oleh refleksi warna langit. Lagi biru langit, lagi hijau kebiruanlah permukaan airnya. Sedangkan kalau korang cedok air tu, warnanya jernih macam air biasa jugak. Cool tak?

Burung Pelican. Dalam kartun orang putih terkenal dengan mitos bawak baby dalam paruh then drop depan rumah. 

Pastu, we olls ke Penguin Encounter untuk tengok burung yang pandai berenang tapi tak boleh terbang ni. Penguin ni haiwan kutub, bukan asal dari Australia, tapi pihak Sea World sediakan environment yang sesuai untuk tatapan pelawat. OKlah, kat sana sejuk. Kot kalau kat Malaysia ni mau mati kering.


Next, kitorang tengok show sea lion. At first aku skeptical jugak. Iyelah, kat Malaysia pun ada gak show singa laut kan? Tapi tu dia, singa laut kat Australia ni besar-besar OK! And diorang sangat talented dan menghiburkan. Jauh lagi berbakat dari pelakon-pelakon lawa tapi kaku kat TV kita tu. Ops!!!


Lepas tengok show, masing-masing dah tak sabar nak naik ride. Masing-masing tu tak termasuk aku ye. Sebab aku ni takut ketinggian! Tapi atas pujukan diorang aku pun naiklah jugak.  Rides kat Sea World ni tak banyak dan tak mencabar sangat. Hahaha, gitu-gini pun aku rasa aku jerit paling kuat. Anak Mat Salleh pun steady je. Sorry mate!! Gambar rides aku takde sebab beg dah simpan dalam loker. Harap korang percaya..hehehe

Kalau ada duit lebih boleh naik bot ni. Lantai dia kaca, so boleh nampak ikan jerung berenang-renang kat bawah. Ada beran?

Dolphin..Ikan yang terpaling comel dalam dunia!

Penguin lagi

Beruang Polar. Comel sangat! Tapi tengok diorang meratah ikan dengan rakusnya cam seriau pulak.

Tempat haiwan-haiwan kat Sea World ni berpagar semuanya, so memang tak dapat la nak petting dolphin, penguin atau jerung melainkan korang bayar. Cakap macamlah berani nak pegang semua-semua tu! Hahahaha. Kecuali untuk hidupan laut cam Starfish, Urchin dan Coral bolehla nak pegang. Rasa lembik-lembik gitu

Kalau korang ni kaya gila-gila boleh naik helikopter pusing-pusing Gold Coast. 

"Who lives in the Pineapple under the sea!!"

Walaupun takut tinggi aku ada keinginan nak naik Cable Car ni. Tapi sayang tak dapat sebab angin kuat. Ruginya! Untuk naik cable car ni, boleh naik berhampiran SpongeBob 4D theater.

Oh ye, jangan terlepas pertunjukan Jet Stunt Extreme..yang ni aku tengok dari jauh sebab dalam arena tu dah penuh. Memang best! Dok ralit tengok aku lupa tangkap gambar. Huhuhu.

Sebelum balik, kitorang singgah solat di Prayer Room kat stesen monorail. Masing-masing dah kelaparan sebab hanya alas perut dengan biskut dan coklat je. Kat dalam Sea World takde pulak kafe' makanan halal. So, bertabahlah balik ke Surfers Paradise untuk makan. Untuk balik, kitorang naik bas yang sama di stesen yang sama masa sampai tadi.


Kali ni kitorang singgah Restoran Shiraz pulak. Disebabkan terlampau lapar, tak terfikir nak kongsi meal. Redha jelah order meal 13 AUD sepinggan tapi tak habis sebab makanan Arab kan portion besar. 13 AUD tu lebih kurang RM 39. *lap peluh*


Tapi tulah, kalau nak survive kat negara maju tak bolehla setiap kali nak bayar kita convert ke RM. Kalau tidak memang nak beli air mineral pun tak rela. Rasa serba-sebi mahal. Transport mahal, makan mahal, groceries mahal..

Kalau korang nak beli souvenir kat kedai-kedai sepanjang Surfers Paradise ni, jangan gopoh. Survey satu-satu sebab ada kedai yang menawarkan harga jauh lagi murah dengan design yang lagi cantik. Jangan nanti menyesal macam aku! Jangan terlampau mudah percaya kedai yang claim harga dia paling murah dan diorang nak bagi kau diskaun lebih! Kedai ada banyak sepanjang jalan, so kena pandai compare harga. Kalau part souvenir adalah penting untuk convert agar tak terkilan. Ingat, survey dulu before beli supaya tak menyesal. Aku ulang sampai dua kali ni sebab ada pengalaman sesal tak sudah yang tak sanggup nak cerita kat sini.Huhuhuhu

Settle shoping dan camwhoring kitorang pun balik ke apartment untuk tidur. Sekali lagi aku memerlukan bantuan panadol untuk hilangkan denyut di kepala. Mungkin sebab matahari memancar dengan terik sekali ditambah pulak dengan angin sejuk buat badan aku tak tentu hala. Tapi itulah dia, musim spring di Gold Coast, Australia. Panas tapi sejuk. Dah acaner tu?

Lupa mention, sila lumur muka dengan sunblock sebelum ke Sea World supaya tak 'terbakar' which is terjadi pada I olls...

Thanks for reading peeps.
Read More

Flight Mode On!

Wednesday, 8 October 2014


Flight mode?

Biar betul Sal ni, dia bukan baru balik bercuti ke? Nak gi berjalan lagi? Orang dok risau harga minyak naik dia jugak yang steady terbang sana-sini!

Rileks, rileks pembaca sekelian. Aku ni rakyat marhaen macam korang jugak. Yang kerja kuat untuk meneruskan hidup dan kalau ada rezeki lebih, nak jugak kahwin melancong.

Flight Mode yang aku maksudkan ini adalah option  'Flight Mode' yang ada di hampir semua telefon. Tak kisahlah Nokia zaman purbakala ataupun handphone Samsung korang yang sama besar dengan muka tu. Apo kobondo eh Flight Mode tu?

Ok, flight mode ni merupakan salah satu setting dalam handphone macam silent, vibrate dan turn off. Nak kenal senang je, gambar kapal terbang. Bezanya bila kita turn on flight mode ni, handphone kita akan terus disable fungsi menerima dan menghantar signal. Means, kita tak boleh receive atau call orang, tak boleh terima atau hantar mesej, tak dapat detect wi-fi dan sebarang coverage internet. Senang cakap : TAKDE LINE.


Tapi, kalau tak boleh buat semua tu, apa gunanya ada handphone? Ha, meh sini Kak Sal korang nak bagitau kegunaan 'flight mode'.

1. Untuk digunakan dalam flight
Dah!!!Nama pun flight mode..Sebab kat atas awan sana, conform tak ada line punyalah! So, buat apa nak perabih bateri! Boleh je nak off, tapi kalau korang nak dengar lagu atau main game, boleh try on flight mode. Which membawa kita ke point nombor 2.

2.Jimat bateri
Katakanlah kalau korang ke tempat takde line tapi still perlukan handphone untuk tangkap gambar atau sebagai 'torchlight', memang sesuai untuk on Flight Mode. Kadar kehabisan bateri jauh lebih perlahan. So, tak payah la cas selalu. Lagi-lagi kalau elektrik terhad, powerbank pulak tertinggal.

3.Elakkan international roaming dan penggunaan mobile data
Memang sesuai bila travel ke oversea. Kalau pakai prepaid takde apa, tapi bayangkan kalau pakai bil. Balik tanah air tengok bil melambung sebab 'ter'bukak internet. Aish, nightmare lah!

4.Cas telefon lebih pantas
Aku selalu guna trick ni bila dah lambat, tapi handphone tengah charging lagi. Aku on flight mode, cepat je bateri full.

5.Inginkan tidur tanpa gangguan.
The best part? Aku still boleh kunci alarm dan ia berbunyi on time seperti biasa. Ah, heaven bila tidur tak diganggu bunyi atau vibration handphone. (Boleh je nak silent, tapi aku suka flight mode sebab boleh jimat bateri.)

So far tu jelah kegunaan Flight Mode yang aku tahu. Kot korang tau kegunaan lain bolehla share sini.

Till then, thanks layan aku merepek..hahaha
Read More

Gold Coast Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary - Spring Trip Australia

Tuesday, 30 September 2014

Assalamualaikum semua. Entry ini merupakan sambungan dari Gold Coast Part 1. Terima kasih lah masih sudi membaca. Bertabahlah sebab entry kali ni panjang dan banyak gambar...Hehehe

Pagi pertama di bumi Australia ni, kitorang ke Currumbin Wildlife Sanctuary (CWS), antara suggested attractions of Gold Coast. Tengok nama pun dah boleh agak yang ia merupakan pusat konservasi haiwan-haiwan Australia. Memandangkan Australia merupakan negara pulau, haiwan-haiwan liar kat sini adalah eksklusif dan takde kat benua lain.

Nak bergerak dalam Gold Coast ni agak senang sebab sejak Julai 2014 diorang dah memulakan perkhidmatan tram atau nama rasminya Light Rail. Korang boleh download route bagi tram di Light Rail Map .


Aku memang respek dengan kejujuran orang-orang sini sebab stesen tram ni tak berpagar atau berpintu. Kalau orang naik free pun takde sape tahu. Tapi korang jangan nak cuba-cuba pulak. Nasib tak baik, kantoi dengan ticket inspector, tak memasal kena saman.


Before naik, touch dulu Go Card kat mesin ni. Lawak betul kitorang masa first time sebab masing-masing naik menonong je pastu cari tempat nak touch dalam tram. Tanya seorang local ni dia bagitau kena touch before naik, so masa tram berhenti kat stesen seterusnya, kitorang cepat-cepat lari keluar, touch dan masuk balik. Amazing Race sangat!

Untuk ke CWS, we olls naik tram dari stesen Cypress Avenue sebab tu paling dekat dengan apartment kitorang dan berhenti di stesen Broadbeach South. Turun je terus touch Go Card dulu. Nampak bus stop Broadbeach South Stop A dan naik bas bernombor 700. Mintak tolong driver alertkan korang bila dah sampai sebab dia bukan berhenti betul-betul depan tapi kena jalan sikit. Kalau naik bas, cara guna Go Card sama macam guna Touch n Go dalam bas-bas di KL. Touch masa naik dan masa nak turun.

Harga asal untuk masuk ke CWS adalah 49 AUD untuk dewasa dan 33 AUD untuk kanak-kanak. Tapi kitorang terjumpa voucher dalam pamphlet yang kiorang ambil kat airport di mana orang dewasa boleh masuk dengan harga untuk kanak-kanak. Alhamdulillah, banyak jimat tu! Just present voucher tu dan bayar, terus boleh masuk ke dalam kawasan CWS.

Apa, penat membaca? Haha, aku pun penat menaip.. kita layan gambar jelah ye.

Koala- si comel yang kuat tido. 

Tasmania - teringat kartun Tazmanian Devil

Wombat..nampak cam comel je tapi sebenarnya haiwan liar

Dingo - keluarga serigala. Yang ni pun muka comel macam anjing Hachiko!

Demi mereka sanggup ku 'redah' Lautan Hindi! Yay, dapat gak pegang kanggaru!

Close up - baby kanggaru dalam poket omak eh.

Kanggaru lagi!

Penat berjalan boleh naik train ni

Selfie dulu before balik. Pix credit : Bella Ruday yang posing ala-ala terkezut tu

Di CWS disediakan tempat solat, berhampiran tempat tangkap gambar dengan koala. OKlah jugak, dari takde.

Balik dari CWS, kitorang singgah makan kat kedai kebab Sahara. Tak silap aku berdekatan dengan hentian tram Cavill Avenue. Ada gak nasi, tapi tak sama dengan nasi kat Malaysia. Dah lapar tu, hantam sajalah! Ada a few jugak restoran halal di sepanjang jalan kat Surfers Paradise ni.


Settle makan kitorang ke pantai pulak. Mungkin sebab dah nak senja, tak berapa nak ada surfers dude. So, kitorang just chill tangkap gambar pantai dia yang serius cantik! Sejuk jangan cakap lah kan..



Malam tu kitorang singgah di Woolworth untuk beli barang makanan sikit cam roti dan air. Senang nak cari Woolworth ni, betul-betul sebelah Hard Rock Cafe'. Sekali lagi aku kagum berganda-ganda dengan kejujuran orang sini sebab diorang boleh settlekan groceries diorang sendiri tanpa bantuan cashier.


Gold Coast agak meriah di waktu malam walaupun pukul 6 dah gelap gelita kat sini. Cuma tak sesibuk bandar-bandar besar di Malaysia. Selamat la jugak nak jalan-jalan, tapi kitorang still berhati-hati sebab apartment kitorang agak tersorok dan bukan di tengah-tengah bandar.

Hari pertama memang memenatkan tapi seronok. Tak tau kenapa kepala aku berdenyut semacam. Telan panadol dan terus masuk alam mimpi main kejar-kejar dengan kanggaru.

Thanks for reading, nanti ada masa aku sambung lagi ye.
Read More

Gold Coast Part 1 - Tetibe aku dah ada kat Australia - Spring Trip Australia

Monday, 29 September 2014

"Sal, kitorang nak gi Australia, ko nak ikut?"

"Hah! Mestilah nak!"


Dipendekkan cerita, sampai jugak aku ke the Land of Down Under. Trip kali ni aku ikut my colleague, Sakina dan tiga orang kawan dia . Sorang tu aku kenal masa aku join trip diorang ke Sabah, lagi dua tu ni first time jumpa. Tapi diorang OK sesangat. Friendly dan 'gila-gila' . Walaupun baru jumpa, boleh mesra cam dah kenal lama. (Harap diorang baca ni dan akan ajak aku gi holiday sesama lagi..hahaha!)

Untuk penerbangan pergi dan balik, kami memilih Air Asia. Memandangkan dah lama sangat beli tiket flight, aku pun dah lupa berapa harga promo masa beli. Petua bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang plan cuti sendiri ni, beli tiket pergi dan balik asing-asing. Kitorang beli tiket pergi dulu sebab time tu memang ada promo. Sebulan dua pastu baru beli tiket balik masa harga drop.

Ini kali pertama aku naik flight di KLIA 2. Nampak tak punyalah lama tak terbang...huhuhu.

KLIA 2 memang jauh lagi selesa dari LCCT. Just that sangat besar, so kena masuk awal sebab kena jalan dan jalan dan jalan dan jalan......


Penerbangan pertama kitorang menuju ke Coolangatta Airport, Gold Coast, Australia, mengambil masa hampir 8 jam. Sampai di sana dalam pukul 7 pagi, waktu Queensland. Suhu 15 degrees, tapi matahari memancor dan sangat berangin. Memang chilly...Waktu di Gold Coast hanya 2 jam lebih awal dari Malaysia, so takdelah jetlag sangat. Lagipun, dalam flight aku bantai tidur. Aku memang selalu bawak penutup mata bila pergi travel sebab susah nak tidur bila ada cahaya. Bising ke apa ke aku tak heran sangat. Note this: flight malam sangat sejuk, so bagi yang tak tahan tu, bawaklah sweater ye.


Turun dari flight, kitorang menuju ke kaunter imigresen. Dari KL lagi aku dah berdebar. Dalam flight, stewardess akan bagi 'Arrival Card' untuk diisi. Kalau tengok memanglah menakutkan. Esspecially kat part drugs tu. Padahal aku just bawak Panadol, Telfast dan a few ubat biasa. So, berdasarkan research yang aku dah buat kat blog Jari Manis, Kaki Berangan dan a few blog lain, aku pun decide untuk bawak satu pek Cream Cracker, Maggie Kari (5 pack in 1, ada orang nasihatkan jangan bawak loose), sardin dalam tin dan 2 paket perencah Nasi Goreng. Perencah nasi goreng tu cam menyesal je bawak sebab in the end tak guna pun. Huhuhu.

Sampai je di kaunter imigresen, pegawai bertugas mintak passport dan arrival card. Masa dia tanya pasal drugs, aku terus tunjuk sebungkus ubat yang aku bawak. Padahal dia tak mintak pun! Lepas tu dia tanya apa makanan aku bawak. Aku tanya dia balik, " Would you like to check?". Sekali lagi aku terlampau jujur. Adoilah...nasib baik dia kata tak nak. Pastu datang lagi sorang staf dia tanya aku datang dengan sape. Aku pun tunjuk group aku. Nampak muda remaja we olls sebab dia assume kitorang student. Dia pun usher kitorang ke satu lane ni, dan terus keluar. Yay, no anjing, no scanning whatsoever! Masing-masing menyesal sebab tak bawak 3 in 1 dan peanut butter!

Bunyi macam scary je kan imigresen kat airport Australia? Tapi buat yang nak melancong ke sana, jangan risau sangat. Diorang OK dan friendly. Lagipun kalau tak buat salah buat apa takut. Yang penting, declare dan bila dia tanya jawab dengan jujur, tapi jangan terover pulak cam Kak Sal korang ni! Kalau dia mintak nak check, tunjukkan je bekalan makanan dan ubat korang tu. Nak selamat, asingkan beg lain. Takdelah terhegeh-hegeh punggah luggage besar korang kat tengah-tengah alam! Kalau travel in group,  do stick together. Jangan nak 'cuba nasib'. Biar menyesal tak bawak, jangan menyesal sebab bawak pastu kena buang, or worse kena denda. Nak tahu lebih info apa boleh bawa, apa yang tidak boleh, refer SINI dan SINI . Takpun tanya je kawan-kawan yang ada pengalaman belajar atau travel ke Aussie.

Dengan hati berbunga-bunga dan penuh rasa kesyukuran kitorang pun heret luggage masing-masing mencari kedai yang jual GoCard. GoCard ni macam TouchnGo jugak, tapi the best part adalah dia boleh refund! So, before balik boleh claim harga kad 10 AUD balik plus balance yang masih ada dalam kad tu. Pastu kitorang ambil segala majalah, booklet dan map yang ada sebab dalam tu ada macam-macam voucher yang boleh digunakan nanti.

Beli GoCard di sini

Ambil saja

Settle beli GoCard, kitorang ke Bay Lodge Apartment, Surfers Paradise. Since kitorang berlima, kitorang decide untuk naik cab je, lagi jimat duit dan jimat masa.

The street of Gold Coast. Alhamdulillah...cuaca baik dan langit sangat biru!

Apartment kitorang ni best, ada dua bilik, dua bilik air, mesin basuh, iron, TV dan dapur. Memang selesa, tapi harap maaf lupa nak snap gambar. Masing-masing kelaparan terus makan bekalan makanan yang dibawa. Untuk ke negara non-muslim macam ni memang kena bawak makanan, lagipun rate duit diorang yang hampir 3 kali ganda lagi negara kita membuatkan segalanya nampak mahal nak arwah!

Settle freshen up sikit-sikit, kitorang pun keluar. Ke mana? Nanti sambung dalam entry lainlah. Nak menaip ni pun sesak nak curi masa. Till then, cheerio mate!
Read More