Tuesday, 30 September 2014

Gold Coast Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary - Spring Trip Australia

Assalamualaikum semua. Entry ini merupakan sambungan dari Gold Coast Part 1. Terima kasih lah masih sudi membaca. Bertabahlah sebab entry kali ni panjang dan banyak gambar...Hehehe

Pagi pertama di bumi Australia ni, kitorang ke Currumbin Wildlife Sanctuary (CWS), antara suggested attractions of Gold Coast. Tengok nama pun dah boleh agak yang ia merupakan pusat konservasi haiwan-haiwan Australia. Memandangkan Australia merupakan negara pulau, haiwan-haiwan liar kat sini adalah eksklusif dan takde kat benua lain.

Nak bergerak dalam Gold Coast ni agak senang sebab sejak Julai 2014 diorang dah memulakan perkhidmatan tram atau nama rasminya Light Rail. Korang boleh download route bagi tram di Light Rail Map .


Aku memang respek dengan kejujuran orang-orang sini sebab stesen tram ni tak berpagar atau berpintu. Kalau orang naik free pun takde sape tahu. Tapi korang jangan nak cuba-cuba pulak. Nasib tak baik, kantoi dengan ticket inspector, tak memasal kena saman.


Before naik, touch dulu Go Card kat mesin ni. Lawak betul kitorang masa first time sebab masing-masing naik menonong je pastu cari tempat nak touch dalam tram. Tanya seorang local ni dia bagitau kena touch before naik, so masa tram berhenti kat stesen seterusnya, kitorang cepat-cepat lari keluar, touch dan masuk balik. Amazing Race sangat!

Untuk ke CWS, we olls naik tram dari stesen Cypress Avenue sebab tu paling dekat dengan apartment kitorang dan berhenti di stesen Broadbeach South. Turun je terus touch Go Card dulu. Nampak bus stop Broadbeach South Stop A dan naik bas bernombor 700. Mintak tolong driver alertkan korang bila dah sampai sebab dia bukan berhenti betul-betul depan tapi kena jalan sikit. Kalau naik bas, cara guna Go Card sama macam guna Touch n Go dalam bas-bas di KL. Touch masa naik dan masa nak turun.

Harga asal untuk masuk ke CWS adalah 49 AUD untuk dewasa dan 33 AUD untuk kanak-kanak. Tapi kitorang terjumpa voucher dalam pamphlet yang kiorang ambil kat airport di mana orang dewasa boleh masuk dengan harga untuk kanak-kanak. Alhamdulillah, banyak jimat tu! Just present voucher tu dan bayar, terus boleh masuk ke dalam kawasan CWS.

Apa, penat membaca? Haha, aku pun penat menaip.. kita layan gambar jelah ye.

Koala- si comel yang kuat tido. 

Tasmania - teringat kartun Tazmanian Devil

Wombat..nampak cam comel je tapi sebenarnya haiwan liar

Dingo - keluarga serigala. Yang ni pun muka comel macam anjing Hachiko!

Demi mereka sanggup ku 'redah' Lautan Hindi! Yay, dapat gak pegang kanggaru!

Close up - baby kanggaru dalam poket omak eh.

Kanggaru lagi!

Penat berjalan boleh naik train ni

Selfie dulu before balik. Pix credit : Bella Ruday yang posing ala-ala terkezut tu

Di CWS disediakan tempat solat, berhampiran tempat tangkap gambar dengan koala. OKlah jugak, dari takde.

Balik dari CWS, kitorang singgah makan kat kedai kebab Sahara. Tak silap aku berdekatan dengan hentian tram Cavill Avenue. Ada gak nasi, tapi tak sama dengan nasi kat Malaysia. Dah lapar tu, hantam sajalah! Ada a few jugak restoran halal di sepanjang jalan kat Surfers Paradise ni.


Settle makan kitorang ke pantai pulak. Mungkin sebab dah nak senja, tak berapa nak ada surfers dude. So, kitorang just chill tangkap gambar pantai dia yang serius cantik! Sejuk jangan cakap lah kan..



Malam tu kitorang singgah di Woolworth untuk beli barang makanan sikit cam roti dan air. Senang nak cari Woolworth ni, betul-betul sebelah Hard Rock Cafe'. Sekali lagi aku kagum berganda-ganda dengan kejujuran orang sini sebab diorang boleh settlekan groceries diorang sendiri tanpa bantuan cashier.


Gold Coast agak meriah di waktu malam walaupun pukul 6 dah gelap gelita kat sini. Cuma tak sesibuk bandar-bandar besar di Malaysia. Selamat la jugak nak jalan-jalan, tapi kitorang still berhati-hati sebab apartment kitorang agak tersorok dan bukan di tengah-tengah bandar.

Hari pertama memang memenatkan tapi seronok. Tak tau kenapa kepala aku berdenyut semacam. Telan panadol dan terus masuk alam mimpi main kejar-kejar dengan kanggaru.

Thanks for reading, nanti ada masa aku sambung lagi ye.

57 comments:

  1. sal...kalu x silap laa...kt sini ek tmpt diorg wat rakaman running man?...
    cantik kawasannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tengok Running man la anies..tapi rasanya ada gak dengar kawan-kawan dalam trip ni mention. memang cantik dan bersih.walaupun tempat haiwan tapi takde langsung bau busuk

      Delete
  2. Wahh.. pernah ke CWS tu.. masa tu siap ada servis ambil gambar dgn koala. Dia org bagi gambar tu siap cover dia sekali. Rindu pulak suasana kat sana. Nice sharing Sal.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya pergi ni mahal jugak kena bayar kalau nak tangkap gambar dengan koala. macam menyesal pulak tak tangkap gambar .yelah, alang-alang dah datang sini.peluang bukan datang selalu.

      Delete
  3. bagusnya kangroo tu tak larik masa orang datang dekat ek? ker memang macamtu perangai kalau tengah berehat, tak peduli orang datang dekat?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanggaru kat sini memang dilatih supaya mesra pengunjung kot..diorang tak kisah kena pegang, tapi kena hati-hati jela jangan kasar sangat

      Delete
  4. Pegi tgk tmpt org mmg seronok Sal ..hihi..

    ReplyDelete
  5. Dapat berjalan ke negara orang mmglah bestkan Sal....eloknya masa anak daralah ni merayau sesuka hati...sok dah kawen dah sebok pasal anak ngan laki pulak hehe....

    ReplyDelete
  6. bestnya saya akan menyusul next year
    angan2 la lu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, dari angan-angan la kita jadikan kenyataan.saya dulu pun angan-angan je..

      Delete
  7. Eee... kakak tertinggal yg part 1. Itu yg kena patah balik baca dulu yg itu baru ke sini semula.
    Puas! itu yg pasti kan. Moment indah ketika bercuti.
    Kanggaroo tu apasal semuanya baring aje Sal. Terkejut tengok anak dara M'sia ke hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kenyang sangat kot.kalau bagi makan baru diorang akan berdiri.

      Delete
  8. Kanggaro nya memang mesra kan.. tu yg lagi best nak take picture... bila lah nak merasa kesana...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..diorang jinak dan tak takut orang. comel-comel lak tu.lembut je bulu diorang

      Delete
  9. wah, kagumla tengok binatang-binatang tu, koala tu rasa macam nak peluk-peluk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. .memang la kak NA, dari jauh ingatkn patung sebab dok 'kaku' je atas pokok tu . memang comel sesangat.rasa nk bawak balik

      Delete
  10. Kejujuran orang awam sehingga urusan bayar sendiri tanpa cashier sama di pasaraya besar di Jerman dan negara2 Barat lain. Sungguh berbeza dengan Malaysia sehingga mereka isi minyak kenderaan di stesyen minyak tanpa perlu membayar wang terlebih dahulu di kaunter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sis! Kemajuan sesebuah negara tu sebenarnya terletak pada mentalliti, bukan facilities.sebab tu diorang maju agaknya... orang awam sangat mematuhi peraturan.wallahu 'alam

      Delete
  11. kenapa kangroo tu baring semuanya Sal..time dia berehat agaknay ye?
    seronok pergi kenegara maju..semuanya dalam keadaan terurus. sampaikan groceries pun diaorang uruskan sendiri tanpa cashier..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyang sangat kot..hehe.dah pelawat asyik bagi makanan je. Diorang memang jinak. Dah dilatih kot

      Delete
  12. kanggaru tu nampak jinak ja...boleh belai2 mcm kucing ya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. .tapi yang ada baby diasingkan.yang tu kitorang tengok je.

      Delete
  13. Jelesnya Sal dapat tengok kangaroo dari dekat. Dapat pgg lagi tu. Saya x berpeluang pi sana lagi.

    ReplyDelete
  14. Sal, pe maksud boleh setel groceries sendiri tu? Dorang scan sendiri ke?
    Jauhnye beza dorang dengan penduduk mesia - jujur betul. Naik tram pun tanpa ada kawasan sekatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, scan sendiri. lepas tu bayar pakai kad, lebih kurang macam kad debit/kredit jugak.tak payah cashier.kaunter pun banyak.

      part tram tu saya pun kagum sangat.kalau nak naik turun percuma pun takde orang tahu.hanya ada pemantauan cctv

      Delete
  15. Yeke haiwan2 comel tu sebenarnye haiwan liar? Seriau pulak..bahaya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah bahaya sebab kat CWS ni diorang diletakkan dalam kawasan berpagar, so just tengok dari luar.hanya kanggaru je yang dibenarkan pegang dan tangkap gambar sama-sama. mungkin takdelah ganas sangat melainkan kalau dikacau.

      Delete
  16. Yang tempat kangaru tu ke yang running man pergi tu.??berani nya dekat dengan kangaru.. akak takut.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kawan-kawan saya kata ye..saya tak tengok so tak tau..huhu

      takdelah berani sangat kak...takut gak buatnya tetiba dia bangun.hehe

      Delete
  17. Bestnya dapat merasa pegang kangaroo.. nak kena menabung nie..teringin nak p jugak..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga tercapai hasrat Farah nak ke sana ye :)

      Delete
  18. Bestnya dapat pegang kangaroo & dapat jumpa koala ☺

    ReplyDelete
  19. arghhh windu sama gold coast! time akak pegi dulu light rsil tu masih under construction mmg lalu area construction tu utk ke HRC dan woolworth tu kiranya dh easy measy skrg. mesti hari2 berikutnya ke theme park kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memang senang naik tram ni.

      haha, mestilah..tu kan antara tarikan utama Gold Coast

      Delete
  20. Okay kak Sal. Seronoj baca trip akak kat sana. Update slow2 yerr. Scha tunggguuu. hehhe

    ReplyDelete
  21. berposing bersama kanggaroo...siyes teruja baca pengalaman sal ni..terasa keseronokannya

    ReplyDelete
  22. best nya melancong ^_^ salam singgah :)

    ReplyDelete
  23. Aussie, the land of marsupials... Hehe, koala kiut sgt! X3

    Salam kenal ^^

    ReplyDelete
  24. koala tu garangnya. macam nak tampar orang je. hahahahahaha... "apa tengok-tengok, tak pernah nampak aku (koala) ke?" XP

    lupa lak kat australia pun ada laut. wakakakaka.. serious terlupa. -.-

    bagusnya diorang jjur. kalau buat kat malaysia ni... entah berapa je lah yang boleh bersikap macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, mungkin muka garang tak puas hati tido kena kacau.koala ni memang kuat tido. dan diorang sangat peaceful, duduk dalam kelompok dia je

      haha, Australia kan negara pulau yang oi. :)

      kalau kat Malaysia buat gitu tak tahulah berapa ramai yang akan betul-betul jujur

      Delete
  25. geramnya tgk koala tu..rsa nak peluk2..hihi..
    mesti dekat sni rmai pnduduk islam kan? sbb mcm byk kemudahan jer..
    sekurng-kurngnya kita sbg islam selesa nak melncong kat sni..
    rsanya mmg running man buat kat sini la..bestnya..
    jujur sgt penduduk sni..hopefully, one day mlysia pun jadi mcm ni sbb nmpk sgt penduduknya org baik2 yg x amek kesemptan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gold Coast memang tempat tourist, lagipun ramai orang dari negara lain datang ke sini mencari rezeki. Tu sebab boleh jumpa restoran Arab yang halal. orang Malaysia pun ada yang berniaga kat sini

      Delete
  26. bila mengembara, best tengok budaya dan mentaliti masyarakat setempat...yang baik jadikan teladan...

    bagusnya..CWS tu kira one-stop centre untuk tengok semua jenis haiwan2 d Australia..takyah gi tempat2 lain lg..wombat tu cute..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..banyak nilai-nilai murni kita oleh belajar dari mereka walaupun berbeza agama dan adat resam

      yup, kat CWS memang dikumpulkan semua haiwan-haiwan eksotik Australia..letih jugak nak berjalan

      Delete
  27. seronoknye Sal..
    Sis plak yang x puas tengok gambar2 dlm n3 ni.. nanti sambung ek~ hehehe

    ReplyDelete
  28. bestnya dapat tgk haiwan2 yg ada di Aussie.. suka tgk pantai dgn langit membiru. cantik sungguh di sana

    ReplyDelete
  29. wow seronoknyaaa.. CT tengok curumbin tu dalam running man aje episode ke australia diorang ritu. apehal semua kenggeru pengsan ? waktu tidooo diorang ke apa tuh..

    alaaa senja xde la abam abam hot dok surf yeee eh. mmg gitu kak omputih ni. diorng jujur sokmo.. kita yang jadi malu alah dengan diorngx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, ada je kanggaru yang berdiri tapi akak yg takut nk g dekat.

      Delete
  30. Wahhh... gi jenjalan aussie ruper nyerrr.... best3x... Wangi tak kangaroo tu... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. .wangi tidak, busuk pun tak..pandai diorang jaga tempat ni dan haiwan - haiwan sini ;)

      Delete
  31. Bestnya dpt pergi ngra orng.. Tingin nk tgk knggaro dpn2.. :)

    ReplyDelete
  32. syoknya Sal dah ke sana... dapat pegang kangaroo pulak tu..

    ReplyDelete
  33. Wahh seronoknya dapat pergi bercuti ke Aussie..untunglah Sal

    ReplyDelete
  34. Gila best ah gi Australia. Huhu. Seriuss ana tertinggal entri yang nih. Hahaha

    ReplyDelete
  35. dah la bandarnya bersih , orgnya lak jujur ...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com