Monday, 29 September 2014

Gold Coast Part 1 - Tetibe aku dah ada kat Australia - Spring Trip Australia

"Sal, kitorang nak gi Australia, ko nak ikut?"

"Hah! Mestilah nak!"


Dipendekkan cerita, sampai jugak aku ke the Land of Down Under. Trip kali ni aku ikut my colleague, Sakina dan tiga orang kawan dia . Sorang tu aku kenal masa aku join trip diorang ke Sabah, lagi dua tu ni first time jumpa. Tapi diorang OK sesangat. Friendly dan 'gila-gila' . Walaupun baru jumpa, boleh mesra cam dah kenal lama. (Harap diorang baca ni dan akan ajak aku gi holiday sesama lagi..hahaha!)

Untuk penerbangan pergi dan balik, kami memilih Air Asia. Memandangkan dah lama sangat beli tiket flight, aku pun dah lupa berapa harga promo masa beli. Petua bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang plan cuti sendiri ni, beli tiket pergi dan balik asing-asing. Kitorang beli tiket pergi dulu sebab time tu memang ada promo. Sebulan dua pastu baru beli tiket balik masa harga drop.

Ini kali pertama aku naik flight di KLIA 2. Nampak tak punyalah lama tak terbang...huhuhu.

KLIA 2 memang jauh lagi selesa dari LCCT. Just that sangat besar, so kena masuk awal sebab kena jalan dan jalan dan jalan dan jalan......


Penerbangan pertama kitorang menuju ke Coolangatta Airport, Gold Coast, Australia, mengambil masa hampir 8 jam. Sampai di sana dalam pukul 7 pagi, waktu Queensland. Suhu 15 degrees, tapi matahari memancor dan sangat berangin. Memang chilly...Waktu di Gold Coast hanya 2 jam lebih awal dari Malaysia, so takdelah jetlag sangat. Lagipun, dalam flight aku bantai tidur. Aku memang selalu bawak penutup mata bila pergi travel sebab susah nak tidur bila ada cahaya. Bising ke apa ke aku tak heran sangat. Note this: flight malam sangat sejuk, so bagi yang tak tahan tu, bawaklah sweater ye.


Turun dari flight, kitorang menuju ke kaunter imigresen. Dari KL lagi aku dah berdebar. Dalam flight, stewardess akan bagi 'Arrival Card' untuk diisi. Kalau tengok memanglah menakutkan. Esspecially kat part drugs tu. Padahal aku just bawak Panadol, Telfast dan a few ubat biasa. So, berdasarkan research yang aku dah buat kat blog Jari Manis, Kaki Berangan dan a few blog lain, aku pun decide untuk bawak satu pek Cream Cracker, Maggie Kari (5 pack in 1, ada orang nasihatkan jangan bawak loose), sardin dalam tin dan 2 paket perencah Nasi Goreng. Perencah nasi goreng tu cam menyesal je bawak sebab in the end tak guna pun. Huhuhu.

Sampai je di kaunter imigresen, pegawai bertugas mintak passport dan arrival card. Masa dia tanya pasal drugs, aku terus tunjuk sebungkus ubat yang aku bawak. Padahal dia tak mintak pun! Lepas tu dia tanya apa makanan aku bawak. Aku tanya dia balik, " Would you like to check?". Sekali lagi aku terlampau jujur. Adoilah...nasib baik dia kata tak nak. Pastu datang lagi sorang staf dia tanya aku datang dengan sape. Aku pun tunjuk group aku. Nampak muda remaja we olls sebab dia assume kitorang student. Dia pun usher kitorang ke satu lane ni, dan terus keluar. Yay, no anjing, no scanning whatsoever! Masing-masing menyesal sebab tak bawak 3 in 1 dan peanut butter!

Bunyi macam scary je kan imigresen kat airport Australia? Tapi buat yang nak melancong ke sana, jangan risau sangat. Diorang OK dan friendly. Lagipun kalau tak buat salah buat apa takut. Yang penting, declare dan bila dia tanya jawab dengan jujur, tapi jangan terover pulak cam Kak Sal korang ni! Kalau dia mintak nak check, tunjukkan je bekalan makanan dan ubat korang tu. Nak selamat, asingkan beg lain. Takdelah terhegeh-hegeh punggah luggage besar korang kat tengah-tengah alam! Kalau travel in group,  do stick together. Jangan nak 'cuba nasib'. Biar menyesal tak bawak, jangan menyesal sebab bawak pastu kena buang, or worse kena denda. Nak tahu lebih info apa boleh bawa, apa yang tidak boleh, refer SINI dan SINI . Takpun tanya je kawan-kawan yang ada pengalaman belajar atau travel ke Aussie.

Dengan hati berbunga-bunga dan penuh rasa kesyukuran kitorang pun heret luggage masing-masing mencari kedai yang jual GoCard. GoCard ni macam TouchnGo jugak, tapi the best part adalah dia boleh refund! So, before balik boleh claim harga kad 10 AUD balik plus balance yang masih ada dalam kad tu. Pastu kitorang ambil segala majalah, booklet dan map yang ada sebab dalam tu ada macam-macam voucher yang boleh digunakan nanti.

Beli GoCard di sini

Ambil saja

Settle beli GoCard, kitorang ke Bay Lodge Apartment, Surfers Paradise. Since kitorang berlima, kitorang decide untuk naik cab je, lagi jimat duit dan jimat masa.

The street of Gold Coast. Alhamdulillah...cuaca baik dan langit sangat biru!

Apartment kitorang ni best, ada dua bilik, dua bilik air, mesin basuh, iron, TV dan dapur. Memang selesa, tapi harap maaf lupa nak snap gambar. Masing-masing kelaparan terus makan bekalan makanan yang dibawa. Untuk ke negara non-muslim macam ni memang kena bawak makanan, lagipun rate duit diorang yang hampir 3 kali ganda lagi negara kita membuatkan segalanya nampak mahal nak arwah!

Settle freshen up sikit-sikit, kitorang pun keluar. Ke mana? Nanti sambung dalam entry lainlah. Nak menaip ni pun sesak nak curi masa. Till then, cheerio mate!

63 comments:

  1. huhu~KLIA 2 nie kena dtg awal..untuk mengelakkan tertinggal flight...
    wah!best nyer.....

    ReplyDelete
  2. wahh..seronok nya sis... Australia tu...
    oh tips jugak tu.. beli tiket pergi balik asing2 ya.. hihi boleh cuba nti...:)

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya..jauh jenjalan..yer ke beli tiket asing2 lagi murah.. farah selalu beli sekali..takut nak ambik risiko beli asing tgk harga lagi berganda.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa beli tiket pergi tu, memang tiket balik tengah mahal so hold dulusebab exceed credit card limit. tunggu punya tunggu harga pun jatuh.tapi betul pun agak berisiko, tu yang beli awal-awal.

      Delete
  4. amboi Cik Sal kat oversea rhupenya....enjoy yr trip dear...jaga diri baik2 kay..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik dah kak ana..tu yang update entry tu...hehe

      Delete
  5. No wonder lama menyepikan diri...jalan jauh rupanya..nway kita pun tak sabar nak gi Australia..Dah banyak kali tunda...
    Btw part KLIA 2 memang penatlah jalan kaki...jauhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, memang penat.dia takde perkhidmatan transit cam KLIA.menapak jelah..

      pergilah Raudz, memang best!

      Delete
  6. Wahhh.. bagus lah n3 Sal nih.. banyak sangat Tips yang berguna untuk mereka yang x biasa bercuti ke luar negara.
    mana tau akan datang sis nk bercuti ke obesi jugak.. boleh refer kat n3 nih.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, jangan tak tau yang menaip ni pun baru sekali dua ke luar negara.sekadar share pengalaman...saya pun banyak rujuk blog otai traveller lain :)

      Delete
  7. Ooo....ke australia..ingat kan pi korea..letak gamba banyak2 sikit ye..nak jamu mata dengan best2 je nih..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK, Inshaallah..sekarang dok sibuk pilih gambar n taruk watermark..bertabahlah ye tunggu

      Delete
  8. Bestnya ke Australia. Bnyk tips bole di rujuk bila nak kesana..

    ReplyDelete
  9. Tu dia.. Ke ausie rupenye. Eh, kak sal. Kat ausie ade la sgt makanan melayu. Murah. Adik ana ade keje kat situ tahun lepas. 3 bulan gak la adik ana kat sane.

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends pada which part of aussie kot..huhu

      Delete
  10. oh...hari tu kata nak bercuti pergi gold cost ek?

    ReplyDelete
  11. jelesnya..seriusly tringin nk g australia sbb nk g zoo steve erwin..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah..ramai orang nak ke Australia untuk tengok haiwan-haiwan eksotik kat sini yang takde kat negara lain. Bak kata Irwin, "danger, danger, danger!"

      Delete
  12. bestnye..untungla dpt melancong tempat best ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki CN. ;) tercapai impian dari zaman kanak-kanak nak ke sini

      Delete
  13. Yooohoooo..
    Akhirnya terungkai segala teka-teki ke mana Sal nak melancong tu.
    Seronok nya..Rase cam nak itut jugak.
    Makan Maggi pun sedap pe (especially kalau dah lama x makan macam saye ni..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tapi kalau dah hari-hari pun muak jugak.
      terungkai sudah misteri kenapa dah lebih seminggu tak update blog.haha

      Delete
  14. Patient kencing manis, darah tinggi & lain2 penyakit yang bergantung ubat slalu mintak surat pengesahan dari doktor berkenaan ubat-ubatan yang akan dibawak.
    Especially yang nak pi Hajj atau Umrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sebab sesetengah imigresen akan tanya. Imigresen Arab Saudi tu dahla lagi strict.

      Delete
  15. Wah sal... bila awak pergi ni? ya ampun banyak akak tinggal ni... bestnya awak gi bercuti kat aussie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 19 hari bulan hari tu...Ni baru balik, bau kanggaru pun lekat lagi. Hahaha

      Delete
  16. la.. dah tgh sronok baca dah abih dah..
    owh kak sal memng jujur ya. bgus2 ..jujur kan bgus..
    btw x sabar nak baca tmpat2 mnarik yg korang mlawat..
    waiting for next entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry travel tak boleh panjang sangat nanti orang penat baca.hehe.akan cuba siapkan next entry secepat mungkin before lupa details penting. ;)

      Delete
  17. Wahh bestnya.. G'day mate!! hehee.. dulu saya pernah kerja di queensland tahun 98.. Tu kali terakhir berpeluang jln2 ke bnyk tempat di sana. Pasti bnyk yg dah berubah sekarang ni kan.. seronoknya... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..menarik tu . Mesti dah puas berjalan di Gold Coast kan..

      Delete
  18. Wow, seronoknya. Saya pun teringin nak pergi :)

    ReplyDelete
  19. Seronaknya dapat ke Australia. Saya pun teringin nak pergi sana, tapi entah bila berkesempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada keazaman, Inshaallah sampai :)

      Delete
  20. Replies
    1. saya pun orang yang ajak..kalau tidak,memang tak sampai...hehe

      Delete
  21. Ohhhh gi Australia rupanya yer..... hari tu punya entri rasanya zaman nak packing packing la ni dah sampai ruanya...okay....mak sikit pun tak jeles yer...sebab passport pun tak de haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..janganlah kata gitu kak OKje.ala,kalo terdetik rasa jeles, heret encik hubby buat passport. boleh ke obersee jugak.

      la ni bukan takat dah sampai, tapi dah balik dah pun ke tanah air tercinta.

      Delete
  22. akak yg baca pun tumpang rasa seronok Sal..

    ReplyDelete
  23. Bestnya dapat jalan2 kat negara orang.

    ReplyDelete
  24. tgk suasana epot tu teringat kenangan ke sana tp berdua je :-) terima kasih jdkan blog sis sbg guide eh
    berapa harga apartment tu per night eh sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap saya dalam RM150..Best apartment ni, memang selesa..

      Delete
  25. scary jugak kan even bawak ubat je. nasib baik tak cerewet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lepas imigresen ni kadang-kadang ikut nasib jugak. Dia tak tanya pun ubat banyak-banyak tu.sebab ubat biasa-biasa je

      Delete
  26. untungnya dapat jalan² tempat org...

    ReplyDelete
  27. seronok baca pengalaman sal ni..

    ReplyDelete
  28. memang ada dengar yg makanan tak boleh bawa masuk Australia..tapi Alhamdulillah, lepas immigration..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bawak, tapi kena declare. dairy product dan beef tak boleh bawak langsung

      Delete
    2. tak silap akak sebab beef boleh jadi pembawa penyakit macam mad cow disease dan hand, feet and mouth.so, diorang takut la penyakit gitu menular masuk ke negara diorang.lagipun kat Australia sendiri terkenal dengan produk daging import dan dairy.

      Delete
  29. kiranya gocard tu, bila kita dah habis pakai, kita bagi kad, dia bagi duit kita balik la ye?

    oh, naik teksi lagi murah erk berbanding naik pengangkutan awam yang lain? nak tengok sikit tempat akak tinggal tu ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak,tak...dari airport ke Surfers Paradise tambang teksi murah sikit sebab harga diorang fix, tak pakai meter. split fare 5 orang takdelah terasa sangat.lagi murah naik bas sebenarnya tapi tulah jauh kena menapak heret luggage

      kalau nak tau, teksi kat Australia ni METER LAJU GILA .setiap satu saat naik 0.10 sen.kitorang hanya naik teksi pergi balik airport je.

      Delete
  30. bhahaha sebut soal makan ni besh.. time ikut kazen ke europe dulu semangat jugak bawak makanan. brahim bagai tapi sampai sana semua tak bersentuh. gardenia ke mana brahim ke mana sebab makanan kat sana sedap. last nyaa tinggal makanan kat hotel dengan note utk cleaner mai ambil makanan tu and its safe untuk dimakan. smalah mcm kat china.. mentang dah jumpa restoran halal terus tak pandang amende yang diangkut dari malaysia. tapi itulah.. currency punya pasallah usung makanan jejauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, gara-gara currency angkat jela. Tapi bila g mkn terus selera nak macam-macam

      Delete
  31. baru baca entry ni. oh sal pergi dengan kawan-kawan ke... bestnya Sal.. memang semputlah kalau meter teksi gerak laju macam tu kan.. jenuh nak membayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. .berani naik pun sebab ramai dan sebab fixed rate. Kalau tidak bangkrap mak..hehe

      Delete
  32. alhamdulillah sis x de sakit . jadi klu pi travel , x de lah nak mengusung ubat ... ngeri gak dgn imigresen ni kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ubat-ubat basic macam panadol kena bawak jugak, sebab kat sana mahal..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com