Assalamualaikum dan hai semua! Lama tak tulis entry jalan-jalan. Suatu masa dahulu inilah forte utama blog aku. Throwback sewaktu hanya rentas daerah dibenarkan. Sebagai warga Selangor yang perihatin, inilah masa untuk menyumbang kepada industri pelancongan negeri. Konon. Padahal selama ni dok terbang ke sana ke sini, halaman belakang 'rumah sendiri' tak dipeduli. Bila dah dirantai kaki, baru terkedek-kedek nak ambil tahu kat mana best jalan-jalan kat Selangor ye.
Actually aku pernah ke Bukit Melawati masa sekolah rendah. Adik bongsu aku je yang tak pernah. So alang-alang dah bercuti di Kuala Selangor, kita jejaklah antara tarikan bersejarah kat situ.
Before sampai sini aku ada buat research sikit. Kalau ikut website, ada perkhidmatan tram yang disediakan untuk pengunjung dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Tapi, kalau datang hari biasa, boleh je nak drive sendiri atau hiking sampai ke puncak.
Cuaca panaih lit lit walaupun kitorang pergi dalam pukul 10 pagi
Kitorang pergi hari Khamis, so plannya nak drive sampai atas, tapi bila sampai kat gate tutup plak. Bila tanya guard, diorang cakap kena naik tram. Pelik jugak sebab ikut website, tram untuk hari cuti sahaja. Tapi tak kisahlah, sebab bayaran hanya RM 3.00 seorang. Lagipun, anggap saja sumbangan untuk tempat ni yang pastinya agak sunyi dari kunjungan pelancong angkara pandemik Covid 19. Parking di kawasan kedai-kedai berhampiran sebab lengang. Beli saja kupon parking. Bayaran di Kuala Selangor tidak semahal Ampang atau Bangsar.
Ikut SOP walaupun hanya kami berempat
Aku tak pasti sejak tahun bila tram mula beroperasi tapi setahu aku tahun 90-an dan awal 2000an belum ada lagi
Sampai puncak, driver berhenti dan kitorang explore sendiri. Dia tunggu je dalam tram so lepak lah selama mana nak.
Merah kuning lambang kebanggaann.. Selangor mencipta kejayaannn
Dari sini boleh nampak bird eye view bandar Kuala Selangor. Maybe sebab panas sangat lupa amik gambar.
Tempat melihat anak bulan
Terdapat rumah api di puncak Bukit Melawati. Masih digunakan sehingga sekarang
Ahoy mate! Teringin nak masuk ke dalam, tengok apa yang ada tapi tak dibenarkan. Maybe takut pengunjung cuit sana sini alatan dalam rumah api tu kot. Kita pose jelah.
Ada muzium! Jom masuk!
Kena mendaki sikit
Luar muzium ada meriam. Entahlah replika atau meriam betul. Ada sesiapa tahu?
Pak Haji and Mak Haji dah pernah masuk, so diorang lepak luar. Bagi chance la dating bawah pokok.
Muzium ni free je
Bukan bendera Sepanyol, tapi replika bendera pertama Selangor sebelum Kota Melawati ditawan Belanda pada tahun 1784
Sejarah negeri Selangor kurang didedahkan kepada umum kan, tak seperti sejarah Melaka. Kalau nak tahu kena ziarah muzium atau cari buku.
Ada tak perkampungan Belanda kat Selangor? Nak jugak jumpa Van Djik, Van Persie ataupunVan Basten
Senjata pahlawan Selangor dulu-dulu.
Monkey everywhere. Dance for me, dance for me, dance for me eh eh..
Takut jugak tengok monyet ada di mana-mana tapi kalau korang tak kacau dia, dia tak kacau korang pun.
Batu Hampar - Legenda mengatakan batu ni dulu digunakan untuk memancung kepala penderhaka.
Tak ada bukti kukuh betul ke tidak, tapi kalau tahun 90an dulu, orang tua-tua marah sesiapa datang sini pastu mulut cabul. Wallahu'alam.
Tembok yang merupakan sebahagian dari Kota Melawati, sebagai kubu pertahanan sewaktu menghadapi serangan Belanda
Busut Melawati - Kawasan lapang ini dikatakan tempat Sultan-sultan Selangor terdahulu bersemayam sambil melihat perlawanan sabung ayam.
Frust jugaklah sebab tak semua tempat kitorang dapat pergi. Makam Diraja dan Perigi Beracun tram tak singgah pun. Best dulu masa pergi dengan kereta sendiri sebab boleh terjah semua tempat.
Itu jelah nak cerita. Banyak lagi kisah Bukit Melawati yang tak dapat aku explore. Kalau nak ikutkan, di Malaysia ni setiap negeri ada sejarah tersendiri. Kalau berpeluang nak pergi
tempat-tempat bersejarah di Banting pulak.
Thanks for reading. Oh ye, semua gambar dirakam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan. Harap maklong!