Assalamualaikum dan hai semua! Mereput sudah cerita bercuti di Tadom Hill Resorts (THR) ni dalam draf. Marilah sambung. Jemput baca dulu supaya faham hujung pangkal:
Masuk hari kedua merangkap hari terakhir di THR, awal-awal pagi aku dah bangun. Lepas solat Subuh, kitorang gi morning walk di kawasan sama kitorang main ATV hari sebelumnya. Bukan jogging, sebab masing-masing stamina tak sama. ND peserta marathon tegar. SR pulak bekas atlit masa zaman sekolah. Aku? Malaih sembang. Kalau masuk rentas desa, Top 10 tu dah dalam tangan. Tapi Top 10 dari belakang la. Sape sama angkat tangan!!
Tak jauh dari chalet kitorang akan nampak 'Hakka Village'. Penginapan stail ni sesuai kalau datang berkumpulan contohnya untuk Team Building Syarikat Megah Holding.
Diinspirasikan dari Kaum Hakka di China
Ada litar Go Kart tapi masa lalu ni pagi lagi so belum bukak
Note to self: Jangan ambil gambar dari bawah lagi. Ever. Sebab kau pendek Sal!
Naik atas bukit untuk tengok sunrise. 'Tali' yang korang nampak tu adalah wayar untuk ' Flying Fox' merentas Tasik Tadom. Takut pulak nak try buatnya tengah-tengah tu tercebor dalam tasik. Ceh, mengaku jelah memang penakut. Banyak nau alasan.
Tiada sesiapa jaga di pondok starting point Flying Fox. Musim pandemik yang sendu. Mesti meriah kan tempat ni bila peak season suatu masa dahulu.
Mintak sorang kakak ni ambilkan gambar. Group aku dengan group dia je ada situ
Binaan yang mengunjur ke tasik tu ala-ala restoran terapung tapi sayang nampak terbiar. Once used to be venue untuk garden wedding dan photoshoot.
Surau disediakan untuk pengunjung, tapi yang ni aku takde gambar dalam dia cmane. Kitorang solat kat bilik je.
Balik dari morning walk, ada buffet breakfast. Biasa je menu dia. Nasi lemak, bihun goreng, roti dan apa lagi entah aku tak ingat. Simple sangat. Nasib lah bukan jenis kuat komplen.
Lepas makan tibalah masa untuk aktiviti paling aku nantikan : main air! Tapi before masuk dalam tasik, make sure pakai life jacket dulu ye. Dekat pondok life jacket tu takde orang jaga pun. Maybe bila dipanggil baru datang kot? Nasib baik lah kitorang ni kerap jugak snorkelling, so reti nak pilih life jacket yang sesuai dengan saiz badan. Nak pakai pun ada cara dia, kalau tak jacket boleh terlucut dari pemakai If korang tak tahu, better tanya staff THR dulu.
Gambar ni propa je. Bertuah la aku nak terjun dari pelantar tinggi 3 meter. Ada tangga kayu disediakan so spesis takut tinggi macam aku tak perlu risau.
Sis lambai-lambai je. Dah masuk air susah nak keluar
Laju-laju, buaiku laju
Actually tak puas lagi mandi air, tapi pukul 11 macam tu dah stop la, nak mandi and siap-siap. Kul 12 kami checkout. On the way balik google tempat makan best area Sepang dan jumpalah Restoran Pak Tam's Putrajaya cawangan KLIA.
Menu utama kedai ni Nasi Penyet
ND punya Nasi Udang Penyet
SR order Nasi Ayam Penyet. Aku pulak Nasi Sotong Penyet tapi dah lapar lupa amik gambar. Haha.
OK jugaklah Restoran Pak Tam ni. Boleh tahan sedap. Kalau korang stay Sepang bolehla try cari. Harap restoran ni masih 'bernyawa' lah walaupun KLIA tak semeriah dulu.
OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading.
Disclaimer : Semua gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan.



