Sunday, 16 May 2021

Bukan busy, tapi lazy

Assalamualaikum dan hai semua. Lama blog ni menyepi. Bukan busy, tapi lazy. Hahaha. 

First of all, sila bagi tepukan gemuruh kat diri korang and family sebab berjaya patuh SOP. Ha..tepok!!! Tak kisahlah patuh sebab takut kena kompaun, sebab korang memang rakyat yang patuh undang-undang or memang nak putuskan rantaian Covid 19. Yang penting raya duduk rumah walaupun hambar nak arwah. 

Di kesempatan ni, aku nak ucap Selamat Hari Raya lah kan. Takkan Gong Xi Fa Cai pulak. Mohon maaf segala salah silap kalau ada tersalah komen atau penulisan di blog yang menyentap tangkai hati. Kadang-kadang jari lagi laju dari otak.

Nak bagi mood raya, kita pasang lampu lip lap

Ketupat anyam sendiri

Menu raya : Rendang Daging pedas, Rendang Ayam, Kuah Lodeh dan Kuah Kacang


Tahun ni raya berempat je. Serius sunyi raya takde budak-budak. Kakak dan adik yang ada anak duduk di daerah lain. Kalau daerah sama pun still rasa takut nak datang sebab kereta polis meronda di kawasan rumah. Tak pernahlah seumur hidup rasa takut dengan polis. Huhu. Tukar-tukar lauk ngan jiran pun pass kat pagar je.

Takde baju baru. Nak buat kelainan pakai la shawl.

Kuih raya tahun ni takde yang beli. Semua buat sendiri or orang bagi. Alhamdulillah rezeki

Dua ni je buat sendiri. Biskut Telur dan Kuih Makmur Inti Kurma. Sendiri buat sendiri makan. Nasib baik buat sikit je, kalau tak membazir.

Tu jelah cerita raya aku. Esok kena gi office. Layan jela arahan bos.

OKlah, nak sambung BW baca cerita raya korang pulak.

61 comments:

  1. Biskut telur? Ingat yang kena mekap dengan gula halus. Macam kurang sesuai nama.
    Sama juga maaf dipinta.
    Selamat Hari Raya, Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biskut telur yang belah kiri, macam-macam bentuk. Main ingredient dia memang telur rebus

      Delete
  2. salam aidilfitri Kak Sal dan keluarga. maaf zahir batin..
    rumah sy dgn rumah nenek jarak 10 min je tp dalam daerah lain.. x kesana juga dudukla diam2 kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk rumah jela. Kena kompaun sia-sia duit melayang. Baik simpan untuk travel nanti. Hehe

      Delete
  3. Wahh terliur tengok ketupat tu.

    Selamat hari raya!

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri sal n fmili

    ReplyDelete
  5. Musim² covid-19 ni beraya ala kadar sajalah.. bukan pergi ke mana-mana pun. Duk rumah hadap muka isteri dan anak-anak setiap hari. 😀😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Tapi saya hadap muka mak ayah. Ok gak kan

      Delete
  6. bersyukur je la masih ada kerja kann.. aminn.. 😅

    Selamat hariraya maaf zahir batin ye ciksal yg chomeyyy tuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau comey boleh dapat duit raya lagi ni. Haha

      Delete
  7. Selamat hari raya. Rindu nya nak anyam ketupat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya haji nanti anyam ye. Yang plastik pun takpe janji ada ketupatnya.hehe.gurau2

      Delete
  8. Selamat Hari Raya, Sal. Maaf andai selama kita kenal akak ada buat salah/singgung perasaan Sal.

    Selamat kembali bekerja. Jaga diri baik-baik ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Orang KL ni ramai patuh SOP. Rela berdiri dari duduk dalam tren wpun kosong

      Delete
    2. Lockdown nanti masuk kerja gak ke, Sal? Ke dari rumah je?

      Delete
    3. Kerja dari rumah sebab saya memang 100% keje pakai pc. Tapi tengoklah macamana sebab suratkhabar essential service

      Delete
  9. Somehow akak rasa tajuk entri Sal ni catchy. Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sia-sia kerja ngan Harian Metro selama ni. Dapat jugaklah belajar cara buat tajuk clickbait

      Delete
    2. Hahaha itu yang mahal tu. Lepas ni boleh bukak kelas dah ni... :D

      Delete
  10. Selamat Hari raya Sal...
    jangan lazy... jom bz kan diri BW :)

    ReplyDelete
  11. Suka biskut makmur tapi inti kacang.. hehehe
    Selamat Hari Raya Aidilfitri Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try inti kurma Sha, sedap jugak. Cuma nak bakar kena hati-hati takut hangit

      Delete
  12. Selamat hari raya aidilfitri kak sal dan keluarga!
    Ampun dan maaf dipinta andai kata ada terlanjur bicara :)

    ReplyDelete
  13. mek simpankan kuih raya sikit... nnt nk dtg arghhh lantak laa polis tak polis hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Jangan gitu mek. Raya haji nanti aku buat lagi. Doa la covid dah habis time tu

      Delete
    2. raya haji den balik kampung daa... hehehe

      Delete
    3. Confident. I loike. Aminnn.. Semoga Anies dapat balik kampung jumpa famili. Kesian hari-hari nangis

      Delete
  14. Selamat hari raya Sal. maaf jika ada salah dan silap. Berempat meriah tu dapat beraya sekali dengan mak ayah. Cantik Sal ber shawl. Ayu di pagi raya. Okay, sal memang rajin buat kuih raya. Selamat bekerja dan stay safe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Tak semua orang dapat nikmat beraya dengan mak ayah. Alhamdulillah

      Delete
  15. selamat hari rayaaa..sama la raya tahun ni tak meriah ha

    ReplyDelete
  16. Meh join https://ciksukataip.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html?m=1

    ReplyDelete
  17. Salam kenal... selamat hari raya.

    ReplyDelete
  18. Lawa baju hitam sbb hubby ajak pakai raya thn depan 😂😂 mcm berkabung nina kata. Juadah raya xdpt mkn. Beraya dgn parents pun xdpt. Paling sedih raya thn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Jangan la pakai hitam sahaja. Gabung warna lain. Tak suka pakai hitam actually, sebab nampak lagi kurus. Tapi tu je yang tak payah gosok

      Delete
    2. Hahha betul mcm sal pakai ada warna lain. Tp hitam memang nampak slim dan xpayah iron

      Delete
  19. Btw selamat hari raya bt sal sekeluarga. Maaf jika ada salah silap terkomen di blog ni

    ReplyDelete
  20. Hahahaa sama la kitee..lagi2 cuti lama..bertambah lah lazy ^_^

    ReplyDelete
  21. amboi sal.. tajuk gempaq na.. hehehe.. selamat hari raya tau.. sori lama x menapak di sini sbb bw guna hp... rajinnya thn ni buat kuih raya ye.. walaupun pkp raya tetap raya jugak.. xpe lah dok rumah je nk buat camne demi nk memutuskan rantaian covid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap2 tahun saya buat kuih raya kakmim. Ayah saya request. Samala selalu bw guna hp. Tu yang malas nak update blog

      Delete
  22. cerita raya timm pun tahun ni agak sedih, sbb takberaya mana pun, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganla sedih timm. Hari raya untuk bergembira

      Delete
  23. Waa meriah Raya pkp sal. Salam lebaran Dari maaf zahir batin ye sal

    ReplyDelete
  24. Rajin Sal buat kuih raya walaupun hanya dua jenis. Kak Amie dah beli bahan, tapi langsung tak buat kuih raya. Entahlah...malasnya tu bertenggek jew atas kepala hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, ajakla Firdaus tolong. Saya malas jugak sebenarnya tapi dah ayah saya request

      Delete
  25. Salam Syawal, Sal..maaf zahir & batin..

    hari2 makan kuih raya..nak perabihkan..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Samalah kita. Hari-hari raya kat rumah sendiri

      Delete
  26. Maaf lah lambat jenguk rumah. Cuti raya cuti segalanya...hahaha Selamat hari raya maaf zahir batin sal. Maaf atas salah dan silap. Pss biskut makmur inti kurma tu Aruah mak akak yang ajarkan. Akak dah bagi kredit kat adik ipar resepinya....hah sekarang dia pulak yang buat kakak ipar tukang makan je. Siap buat jualan lagi...hehehehe kureng asam punya kakak ipar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih makmur inti kurma kalau saya dan adik buat tak pernah konsisten. Tiap-tiap tahun rasa lain-lain. Huhu. Kak notie buatla lagi, nanti hilang skill

      Delete
  27. Tajuk tak menahan sungguh sama le kita bukan busy tapi lazy...hehehehehe

    ReplyDelete
  28. nak wish jugak la. selamat hari raya!!

    ReplyDelete
  29. alamak.
    da abis syawal baru aida bw.
    tak dpt la nak wish selamat ari raya :) ha ha ah ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpela, saya anggap wish aidiladha in advance. Hihi

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com