Sonata Salju di Jeju - Part 8 - Seongsan Ilchulbong

Saturday, 21 September 2019

Assalamualaikum semua. 

Masih di hari keempat kisah aku di Pulau Jeju, Korea. Dari pantai, kita ke tinggalan gunung berapi pulak. Tapi jangan risau, sebab gunung berapi di Jeju dah tak aktif. Kot kalau still aktif, aku pun tak berani nak datang dekat. Kali ni kami ke Seongsan Ilchulbong yang ditakrifkan sebagai salah satu tapak warisan dunia di bawah UNESCO.

Seongsan Ilchulbong Tuff Cone rose 180 meters above sea level due to a magma flow under the sea over 5,000 years ago. It was originally a separate island, but a build-up of sand and soil has connected it to the main island. A large crater, formed by the hot lava mixing with cold ocean water, is located at the top of Seongsan Ilchulbong Tuff Cone. The crater is about 600 meters in diameter and 90 meters deep. It has been featured in films, and was originally used for agriculture, but has now been given over to a field of silver grass. From the summit, visitors can see Udo Island, as well as take in the magnificent sunrise. The tuff cone area was designated as a natural reserve on July 19, 2000.

Sumber Visit Korea

Misi kitorang pagi tu adalah nak melihat kawah di puncak Seongsan Ilchulbong. Sini antara tempat terbaik untuk lihat sunrise di Jeju. Tapi masa kitorang datang ni dah siang so tak dapatlah nak tengok sunrise.




'Tuff' itulah yang bakal didaki. Ada beran? Aku personally suka hiking tapi pastu sakit kaki la pinggang la belakang la.

One thing aku notice masa kat Jeju ni adalah pelancong dia mostly orang Korea sendiri, takpun orang Asia macam Malaysia, Thailand dan China. Orang Arab dan omputeh takde pulak aku jumpa. Mungkin Arab tak datang sebab susah dapat makanan halal and mungkin omputeh kurang exposure pasal Jeju. Who knows maybe in the future. As for me, aku lagi suka time aku bercuti tak ramai orang. Hahaha


Masa ni semua semangat lagi. Yes, come on girls!!! Last-last The Makciks tak ikut kami mendaki sampai ke atas.


Sambil mendaki stop sekejap ambil gambar Seongsan Village dari atas. Tenang je tengok. 


Kalau tak nak mendaki, boleh pilih aktiviti lain. Takpun lepak santai je atas rerumput hijau


Kat bawah tulah pertunjukan women diver. Tapi kome jangan berangan nak tengok awek seksi pakai ala-ala baywatch menyelam kat situ. Yang ada semuanya nenek-nenek yang berusia 70, 80 an. Mereka digelar Haenyeo. Keunikan Haenyoe ni adalah diorang boleh menyelam tanpa sebarang bantuan oksigen untuk mengutip abalon, tiram dan hidupan laut yang lain yang boleh dimakan. Haenyeo ni antara keunikan Pulau Jeju. Bayangkan betapa terernya diorang ni menahan nafas. Nak baca lagi mendalam pasal Haenyeo boleh klik SINI


Menikmati view yang baik sepanjang mendaki. Bukan mendaki beria pun, ikut je laluan yang disediakan. Ada laluan naik dan turun.

Berehat sebentar. Hati-hati cik Salmah kang tergolek ke belakang


Makin ke atas makin lawa view

Korang jangan macam-macam ye sini ada CCTV tau


Kalau nak buang air ada tandas disediakan. Kitorang tak masuk, dah buang siap-siap kat bawah

 Kalau penat ada pondok disediakan untuk berehat

 Sambil berehat kita selfie!


 Makin tinggi makin curam anak tangga


Dah sampai puncak. Ada pelantar untuk tengok kawah

Inilah kawah gunung berapi yang dimaksudkan. Siapa sangka suatu masa dulu ia merupakan lubang yang memuntahkan lava dan habuk batu panas

Turun ikut laluan yang disediakan

Marilah kita. Jauh perjalanan ni

Panjat Seongsun Ilchulbong ni memang mencabar fizikal terutama bagi yang tak berapa fit. Tapi aku enjoy sebab cuaca winter kan. Lagipun udara fresh. Memang rasa segar.

Dah penat, kita gi makan. JMT bawak kitorang makan kat satu restoran seafood .

Comel kedai ni

Orang Korea memang suka side dish banyak-banyak macam ni

Sayur tu nampak segar


Jangan tanya aku apa nama menu ni. Yang aku tau sedap. Orang Korea ni masakan dia very savoury. Diorang suka flavour pedas masam manis. Ngam dengan tekak aku walaupun jarang makan makanan Korea.

So, next entry kita ke mana? Ha..tunggu aku sambung cerita Jeju. Till then, thanks for reading!
Read More

Kembara Aceh Part 5

Monday, 16 September 2019

Seperti yang dinyatakan dalam entry INI, destinasi seterusnya adalah kami ke Pulau Rubiah. Kebanyakan yang datang ke Sabang ni adalah ubtuk snorkeliing dan berkelah di tepi pantai. Harus diingat ye, Aceh ni daerah yang sangat strict bab agama. So berhati-hatilah bila berpakaian. Ada minah saleh tu pakai bikini, kesian dia orang dok pandang-pandang dia pelik.

Boleh sewa snorkelling set. Siap kaki itik diorang bagi. Harga dah lupa. Maafin guwei

 Pepehal pun posing dulu


Dan sejujurnya seketul Salbiah tu hanya mampu posing je sebab period pain yang melampau. Huhuhu. Nasiblah dah memang badan macam ni. So tengok jelah dari tepi. Layan angin pantai, menenangkan emosi yang bercelaru.

Dah puas mandi manda, Herman bawak kitorang ke Monumen Nol Kilometer Indonesia yang terletak di Desa Iboih, Sabang. Nak tahu fakta menarik tentang monumen ni boleh baca kat SINI



Dekat area Kilometer Nol ni banyak gerai-gerai yang jual souvenir. Harga murah jugak dan banyak pilihan. Makanan minuman pun ada.

Petang tu, kitorang terus balik ke resort. Tak larat dah la nak berjalan. Herman ajak makan kat luar tapi kitorang decide nak stay kat resort je untuk packing dan berehat.

Makan di restoran resort sahaja sambil menikmati angin pantai dan bunyi ombak kecebar kecebur


Jumpa next entries gais! Thanks for reading!

p/s : ha amik kau sekali update blog sampai 2 entry dalam sehari.
Read More

Sonata Salju di Jeju Part 7 - Gimnyeong Beach vs Woljeongri Beach

Assalamualaikum semua. Meh lah sambung cerita Jeju. Hari ke 4 di Jeju, kami ke Gimnyeong Beach.


Yang putih-putih tu bukan sampah, tapi macam sejenis penanda. Atas pasir pantai ni dibentangkan jaring, sebab tu kot tak nampak burung atau sebarang binatang bertenggek. Aku cuba google kenapa ada jaring tu tapi tak jumpa. Sesiapa yang tahu bolehlah share. Ada jaring senang lah nak berjalan, kasut tak tenggelam dalam pasir.

Antara aktiviti popular di Gimnyeong Beach ni adalah windsurfing, kayak, snorkelling dan kapal layar. Memandangkan kami datang ni musim winter, tak dapatlah tengok atau try aktiviti-aktiviti tersebut. Nak celup kaki dalam air pun tak mampu dik oi sebab sejuk. Mana tau ada rezeki repeat Jeju aku nak try musim lain. Insha Allah.

Info dari SINI



Angin bertiup kuat, boleh nampak windmill tu berpusing. Memang sejuk. Tengoklah Kak Sal kau beria pakai wintercoat siap sarung tangan. Kau ghase.


Pulau Jeju merupakan tinggalan gunung berapi aktif jutaan tahun dahulu. Lava dan batuan gunung berapi yang mengeras membentuk batuan dan pasir berwarna hitam.



Datang masa winter, jadi beginilah nasib. Takde makna nak berenang-renang ye. Kot lah kebal tu lain cerita.

Sini takde apa nak buat sangat melainkan ambil gambar dan menikmati kesejukan angin pantai so mehla ke tempat hipstur sikit iaitu Woljeongri Beach. Dekat je, aku rasa baru nak pasang seat belt eh dah sampai. Ok la ni aku ni pengetahuan bab drama atau filem-filem Korea memang ke laut, tapi dari level kecomelan tempat ni aku rasa mesti banyak video klip atau drama pernah shoot kat Woljeongri Beach.



Ada deretan boardwalk yang tinggi sikit dari pasir pantai untuk orang bersiar-siar. Tapi tulah memang ramai dok amik gambar kat sini. Sebab tu aku syak ni area famous untuk shooting. Aku agak jelah

Antaranya kerusi comel ni

Waiting for Son Heung-Min (sis bukan penyokong Spurs)

Bukan tak nak senyum tau tapi gigi tengah rongak time ni. Buruk sikit

Dengan out tour guide yang friendly and super tough! Aku memang rekemen JMT kat korang

Thank you ladies for the awesome trip! Rindu korang sesangat

Ada orang tanya, tak leceh ke berjalan dengan orang tua? Bagi aku OK je. Aku pegang prinsip, kalau tu mak aku, aku nak orang respek dan layan dia dengan baik so aku buat benda yang sama jugak. Tapi biasalah mak-mak. Tahan jelah telinga. Lagipun diorang membebel kat anak diorang, bukan kat aku. Hahahaha

Oklah nanti aku sambung lagi. 

Thanks for reading! Annyeong!
Read More

Kembara Aceh Part 4

Thursday, 7 March 2019

Part 1
Part 2
Part 3

Assalamualaikum. So hari kedua di Sabang kami ke mana pulak. Let's check it out!!!

Kita mulakan entry dengan pesanan penaja

Pagi hari kedua ni kami dibawa ke Air Terjun Pria Laot.  Air Terjun Pria Laot ni terletak kira-kira 12km dari Kota Sabang.

Kenapa Pria? Kenapa tak Pooja? Gelak la wei aku buat lawak ni.

Nak ke air terjun ni kena trekking dulu. Memang bestlah pagi-pagi dapat hidup udara segar Aceh. Tapi kena hati-hati. Sebab ada masanya kena lompat-lompat atas batu nak seberang sungai dan melangkah pokok-pokok tumbang. If korang tak biasa, better pakai kasut.

Hati-hati cik Salmah


Agak malang di hari pergi air terjun ni aku period first day pulak tu maka tak dapat nak bermandi-manda dengan yang lain.

Dah puas mandi-manda, trekking keluar dari kawasan air terjun dan naik kereta ke destinasi seterusnya

Seterusnya kami dibawa ke Goa Sarang. Kalau nak pergi Goa Sarang ni boleh pergi jalan kaki atau naik bot. Tapi kalau jalan kaki takdelah sampai betul-betul depan pintu gua. Kena berenang sikit. Disebabkan tak kuasalah kami nak berenang, maka we olls ikut jalan laut iaitu naik bot.

Abaikan kaki entah sape lah tu

Posing dulu sebelum turun. Sumpah lawa view belakang tu

Pondok kecik tulah tempat naik bot. Naik bot kena bayar. Aku lupalah berapa sebab Herman yang settlekan semua

 Kena turun tangga. Tinggi jugak. Tabahlah duhai lutut



Ajet-ajet berani tak pakai life jacket. Untuk bergambar jelah

Masuk dalam area Goa Sarang tu gelap je, aku pun tak amik gambar. Hahaha.

Masa dekat pondok pengawal ternampak notis ni. Aceh memang serius bila soal Hukum Islam

Masing-masing dah lapar, ajak Herman cari makan sebelum ke Pulau Rubia pulak.

Makan dekat sini. Lauk kampung je. Sedap dan murah.

Masa berenti makan aku tengok Herman dengan tenang je turun keter tak kunci. Aku risau jugak so aku tanya tapi dia gelak je. Dia cakap kat Aceh ni orang takut nak mencuri. Wow, mesti crime rate diorang rendah.

So ada apa di Pulau Rubia? Sambung next entry la ye. Thanks for reading gais!


Read More