Sonata Salju di Jeju - Part 8 - Seongsan Ilchulbong

Saturday, 21 September 2019

Assalamualaikum semua. 

Masih di hari keempat kisah aku di Pulau Jeju, Korea. Dari pantai, kita ke tinggalan gunung berapi pulak. Tapi jangan risau, sebab gunung berapi di Jeju dah tak aktif. Kot kalau still aktif, aku pun tak berani nak datang dekat. Kali ni kami ke Seongsan Ilchulbong yang ditakrifkan sebagai salah satu tapak warisan dunia di bawah UNESCO.

Seongsan Ilchulbong Tuff Cone rose 180 meters above sea level due to a magma flow under the sea over 5,000 years ago. It was originally a separate island, but a build-up of sand and soil has connected it to the main island. A large crater, formed by the hot lava mixing with cold ocean water, is located at the top of Seongsan Ilchulbong Tuff Cone. The crater is about 600 meters in diameter and 90 meters deep. It has been featured in films, and was originally used for agriculture, but has now been given over to a field of silver grass. From the summit, visitors can see Udo Island, as well as take in the magnificent sunrise. The tuff cone area was designated as a natural reserve on July 19, 2000.

Sumber Visit Korea

Misi kitorang pagi tu adalah nak melihat kawah di puncak Seongsan Ilchulbong. Sini antara tempat terbaik untuk lihat sunrise di Jeju. Tapi masa kitorang datang ni dah siang so tak dapatlah nak tengok sunrise.




'Tuff' itulah yang bakal didaki. Ada beran? Aku personally suka hiking tapi pastu sakit kaki la pinggang la belakang la.

One thing aku notice masa kat Jeju ni adalah pelancong dia mostly orang Korea sendiri, takpun orang Asia macam Malaysia, Thailand dan China. Orang Arab dan omputeh takde pulak aku jumpa. Mungkin Arab tak datang sebab susah dapat makanan halal and mungkin omputeh kurang exposure pasal Jeju. Who knows maybe in the future. As for me, aku lagi suka time aku bercuti tak ramai orang. Hahaha


Masa ni semua semangat lagi. Yes, come on girls!!! Last-last The Makciks tak ikut kami mendaki sampai ke atas.


Sambil mendaki stop sekejap ambil gambar Seongsan Village dari atas. Tenang je tengok. 


Kalau tak nak mendaki, boleh pilih aktiviti lain. Takpun lepak santai je atas rerumput hijau


Kat bawah tulah pertunjukan women diver. Tapi kome jangan berangan nak tengok awek seksi pakai ala-ala baywatch menyelam kat situ. Yang ada semuanya nenek-nenek yang berusia 70, 80 an. Mereka digelar Haenyeo. Keunikan Haenyoe ni adalah diorang boleh menyelam tanpa sebarang bantuan oksigen untuk mengutip abalon, tiram dan hidupan laut yang lain yang boleh dimakan. Haenyeo ni antara keunikan Pulau Jeju. Bayangkan betapa terernya diorang ni menahan nafas. Nak baca lagi mendalam pasal Haenyeo boleh klik SINI


Menikmati view yang baik sepanjang mendaki. Bukan mendaki beria pun, ikut je laluan yang disediakan. Ada laluan naik dan turun.

Berehat sebentar. Hati-hati cik Salmah kang tergolek ke belakang


Makin ke atas makin lawa view

Korang jangan macam-macam ye sini ada CCTV tau


Kalau nak buang air ada tandas disediakan. Kitorang tak masuk, dah buang siap-siap kat bawah

 Kalau penat ada pondok disediakan untuk berehat

 Sambil berehat kita selfie!


 Makin tinggi makin curam anak tangga


Dah sampai puncak. Ada pelantar untuk tengok kawah

Inilah kawah gunung berapi yang dimaksudkan. Siapa sangka suatu masa dulu ia merupakan lubang yang memuntahkan lava dan habuk batu panas

Turun ikut laluan yang disediakan

Marilah kita. Jauh perjalanan ni

Panjat Seongsun Ilchulbong ni memang mencabar fizikal terutama bagi yang tak berapa fit. Tapi aku enjoy sebab cuaca winter kan. Lagipun udara fresh. Memang rasa segar.

Dah penat, kita gi makan. JMT bawak kitorang makan kat satu restoran seafood .

Comel kedai ni

Orang Korea memang suka side dish banyak-banyak macam ni

Sayur tu nampak segar


Jangan tanya aku apa nama menu ni. Yang aku tau sedap. Orang Korea ni masakan dia very savoury. Diorang suka flavour pedas masam manis. Ngam dengan tekak aku walaupun jarang makan makanan Korea.

So, next entry kita ke mana? Ha..tunggu aku sambung cerita Jeju. Till then, thanks for reading!

20 comments

  1. Udara sejuk mmg best mendaki..bertambah best view cantik menunggu diatas..

    Mknan korea byk stew, yg rebus2 campur segala mcm mak nenek tapi sedap..ala-ala asam pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau panas lagi penat kan. yup, tastebud korea macam kita

      Delete
  2. hapdet hapdet.... kita datang baca

    ReplyDelete
  3. datang tak hiking rasa rugi pulak kan sebab view dari atas tu lawa sangat

    ReplyDelete
  4. huhuhu mahu tercungap-cungap le nak daki bukit tu. Tapi pemandangan memang cantik.
    Makanan seafood tu macam asam pedas campur sayur je. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Tinggi jugK noh. . Nk turun pon nmpk mcm akn penat jugk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik penat, turun pun penat. tapi seronok

      Delete
  6. cuaca sejuk kulit pun flawless..cerah sal dalam picture

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerah tu ye. flawless tu tidak la sangat. trick kamera je. Haha

      Delete
  7. kamon kak kamon..!! ayuh habiskan crita Jeju kita. nak masuk 2020 da ni hehehe.. inila pencapaian tertinggi sy - panjat Seongsan Ilchulbong. terima kasih kerana bersabar untuk berhenti rehat setiap 10min wakakakka..
    dari pakai winter jacket sampai bukak laa nk tunjuk betapa otot dan muscle sangat function that day. KHusna tu laju je dia mmg suka panjat2 ni. i.. huurm..

    but i didnt regret. the view
    sangat cantik. jadi buat anda diluar sana.. jika
    anda bambam seperti sy sekalipun silala panjat slowly. sumpah berbaloi tercungap2 nak naik atas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita membuktikan bahawa saiz bukanlah penentu. Hehehe. Ha tulah nak masuk 2020 dah ni. Berehat lama sangat tu yang cite sangkut

      Delete
  8. Berbaloi mendaki scenery cantik lah

    ReplyDelete
  9. Memang kena masuk dalam tempat untuk dilawati ini.. Cantik sungguh pemandangan yang Sal kongsikan..

    ReplyDelete
  10. nasib korea punya volcano tak aktif mcm kt indon. rata2 tempat gunung berapa mesti view lawa. gambar bertiga tu pinjam spek men in black ke? hahah

    makanan punya banyak, portion gitu mcm bt kenduri

    ReplyDelete
  11. Amboi Cik Salamah pun macam Korean girl aih.. Comel pakai hoody, bahu winder, bestnya travelling, makin mendaki makin luas pandangan.. Makanan ala steamboat, rasanya 3 rasa ya.. Pelacung asia ya yang ramai, seja gangnam style sampai sini kut. 2019 tu mungkin belah barat dah tahu fasal covid kut, maaf andaian ja. Apapun miss traveling kan kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi ni bulan Januari 2019, rasanya belum ada berita Corona. Pergi awal tahun, hujung tahun baru siap entry. Huhu

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah