Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Jadi Volunteer di FreeMarket Back to School

Wednesday, 31 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Weekend baru ni aku join FreeMarket Back to School dengan keizinan En.I. Alhamdulillah, En.I ni kalau dia kena kerja/kursus over weekend or public holiday, dia tak kongkong aku nak keluar campur orang. Asalkan aku pandai jaga diri dan seelok-eloknya ada kawan perempuan or ahli keluarga join sekali. Tapi kadang-kadang aku redah je gi mana sorang-sorang. Bertabahlah suamiku dapat isteri yang dah biasa independent dan tak reti duduk diam.

FreeMarket tu flea market ke? Tidak sama sekali. Kalau flea market melibatkan urusan jual beli, tapi FreeMarket ni barang-barang diberi percuma. FreeMarket yang aku pergi ni di bawah anjuran NGO Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin. Istimewanya FreeMarket ni, penyumbang boleh pilih nak bagi barang baru atau barang terpakai. Sebelum ni aku pernah join tapi sebagai penyumbang. Aku dulu clearkan baju terpakai aku dan adik aku. Walaupun sayang tapi dari dibiar baju-baju tu terperap dalam almari, nanti di akhirat kena hisab wehh.

Asalnya aku ajak adik aku sekali tapi dia ada hal. Penyudahnya aku gi sorang. Aku dah agak yang orang akan ramai dan susah dapat parking so aku mintak Abah aku hantar naik motor. 

Ramai orang beratur sementara dibenarkan masuk

Ada juga anak pokok diberi percuma

Penyumbang datang awal untuk set up booth

Volunteer ada nametag tau

Tolong-tolong susun je

Ada jugak bukak booth potong rambut

Pengunjung dibenarkan masuk pada jam 9.30 pagi

FreeMarket kali ni memanglah ramai sangat pengunjung berbanding yang aku sertai tahun lepas. Sempat jugaklah 2 kali aku buat announcement anak hilang.

Aku biasa jugaklah join event as volunteer ni. Memang have fun walaupun penat. Makanan untuk volunteer, comittee dan penyumbang disediakan. Sijil pun dapat

Sekali-sekala jumpa circle baru.

UniKL sumbangkan volunteer sampai satu bas. Aku ni buat-buat sibuk je. Huhu

Harap next time boleh join event macam ni lagi. Berpeluang nak join pun bila En.I jauh. Kalau dia cuti kenalah layan dia. Dah jadi isteri orang bukan boleh impulsive sangat macam dulu. Circle pun dah makin kecik.

Seronok sekali-sekala join aktiviti bermasyarakat macam ni. Hilang kejap kebosanan dalam hidup aku yang hambar. 
Read More

Thai Boat Noodle Mytown with BFFs

Friday, 5 August 2022

Assalamualaikum dan hai semua. Rasanya dah bertahun-tahun restoran Boat Noodle ni wujud di Malaysia tapi belum pernah sekali pun aku masuk makan. Masa awal-awal dulu dia punya viral sampaikan orang beratur panjang nak masuk. Sekarang pun Boat Noodle masih mendapat sambutan sebab rakyat Malaysia kan suka makanan Thailand.

Makan di cawangan MyTown sebab dekat dengan rumah. Haha

Sampai awal dalam pukul 11 lebih. Suka sangat deko ala-ala kedai kampung macam ni


Cik dan Puan BFFs sedang memilih makanan. Kami semua Boat Noodle virgins. Ambil masa jugak nak decide nak makan apa

Boleh pilih jenis mi, nak pedas atau mild dan nak ayam atau daging

Pilihan side dish lain

Mula-mula eksyen, pilih 5 mangkuk je sebab nak rasa dulu

Baju kuning tu anak SR (baju pink) tapi gigih nak duduk dengan aku. Layan jelah si comel Arash ni. Dah makin petah dan ligat.

Boleh pulak aku tak ambil gambar makanan sangat. Apo lah tapi nak buat review restoran

Desert Sangkaya yang sedap

Dari kiri : Terer Taro (recomended kalau suka perasa keladi), Cha Keow Yen (Green Tea) dan Cha Mano Yen (Peach Tea kot)

Total cost makan 4 orang. Actually Arash tak makan sangat

So..my review..

Pathumthani - sedap jugak. Masam dan pedas. I loike
Ayutthaya - aku kurang suka sebab rasa herba kuat. So kalau makan Boat Noodle lagi aku akan elak dari order ni.
Tom Kha Kai- sedap jugak. Macam rasa tomyam tapi ditambah santan
Khao Soi - ada herbs jugak tapi tak sekuat Ayutthaya

Orang yang makan tak banyak macam aku memang suka lah makan di Boat Noodle ni sebab portion kecik. So, boleh try semua. Aku makan 3 ke 4 mangkuk je. Kenyang dah sampai ke petang.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!




Read More

Throwback Malaysia Thailand Halal Food Festival - MATHAF di Encorp Strand Mall

Saturday, 11 June 2022


Assalamualaikum dan hai semua! Tak habis-habis cerita throwback dan cerita basi ya. Lately jarang keluar. Kalau ada pun pergi majlis tahlil atau makan-makan di rumah keluarga sendiri or kawan-kawan. Pastu lupa ambil gambar. Kalau ambil pun segan nak share sebab kita tak tau orang OK ke tidak kita share gambar dia dan keluarga dia kat blog. Maybe aku yang overthinking kot. So..ambil jalan mudah tak payahlah cerita. Kalau share pun setakat di facebook je.

Ni cerita bulan Januari lepas. Aku temankan adik aku ke Damansara sebab dia ada urusan. Disebabkan appointment dia pukul 3 dan tempat diorang nak jumpa tu dekat dengan Encorp Strand Mall, aku ajaklah dia gi tengok wayang dulu. Aku pernah pergi Encorp Strand ni dulu sekali, atas urusan kerja. Memang mall yang sendu. Tapi..wayang dia tak ramai orang. OK lah kan, sebab masa tu Covid19 masih menggila. Tak silap aku masa tengok wayang ni, seat ada penjarakan. Hanya boleh duduk sebelah-menyebelah kalau datang sekali.

Kami tengok filem The King's Man. Boleh baca review di SINI

Sendu mall ni

Lagi sendu daripada masa aku manning event Pameran kartun LAT 8 tahun dulu. Boleh baca di SINI

Anyway, habis tengok wayang, rasa lapar pulak. Dalam Encorp Strand ni aku nampak kiosk Auntie Anne je yang ada. Tapi masa sampai memang dah nampak ada Malaysia Thailand Halal Food Festival - MATHAF betul-betul di perkarangan mall. So, memang target nak makan sini je. Yelah, nak pergi Thailand tak dapat. 

Orang boleh tahan ramai. Nak duduk tu kena kongsi dengan stranger. Kalau tak kena bungkus, makan dalam kereta

Nampak Thai Green Tea terus tak minat nak minum air lain dah


Tak silap aku kitorang beli Kerabu Maggie Seafood dan Somtam Mangga. Harga RM10 each. Ke lebih? Entahlah tak ingat. Gambar aku tak ambil sebab segan meja kitorang duduk tu ramai orang. Menu lain yang ada antaranya Miang Kham, pulut mangga, spring roll, aneka jenis mi dan aiskrim kelapa.

Beli softshell baby crab goreng jugak.

Menggamit memori makan pancake Krabi. Jemput baca my Krabi trip

Yang penting dapat air favourite. Yay!

Aku bukanlah fanatik makanan Thai sangat sebab makanan Thai lazimnya masam dan pedas. Aku pulak tak tahan pedas. Tapi kalau dah nampak MATHAF depan mata kenalah singgah dan pandai-pandai cari menu yang sesuai dengan selera dan perut. Ada juga gerai masakan Malaysia tapi tak banyak.

Ada ke antara korang yang memang follow MATHAF ni? Hari tu baca di blog Farhana Jafri dia pun pergi, tapi di Shah Alam. Boleh baca di SINI

Teringin pulak nak pergi Thailand lagi. So far aku pernah sampai Krabi je. Bukit Kayu Hitam dengan Padang Besar tak kira kan? Hehe. Kalau diberi peluang aku teringin nak melawat Ayutthaya. Nampak tak pengaruh drama 'Love Destiny' di situ.

Aku tonton di Netflix. Siri Thai yang selamat ditonton seisi keluarga sebab takde unsur-unsur lucah samada sejenis mahupun berbeza jantina. Setting zaman dolu-dolu kan. 

Ayutthaya ni, kalau suka bangunan-bangunan lama dan suka sejarah, seronoklah. Tak pasti tarikan lain macam shopping dan makan-makan di sana macamana. Kanchanaburi pun best jugak, boleh tengok laluan keretapi 'Death Railway' dan muzium perang. Aneh betul aku ni. Takut orang nak travel sekali. Hahaha. 

Anyway itu hanyalah cita-cita. Entah tahun bilalah sampai. 

Jauh nau merepek. Padahal nak cerita pergi MATHAF je. 
Read More

Pokemon TCG Exhibition di MyTown - Aku nak jumpa Pikachu!

Thursday, 24 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Cerita last Sunday. Aku ke Pokemon Trading Card Game 25th Year Exhibition di MyTown Shopping Centre. Event anjuran Aeon Fantasy (M) Sdn Bhd, diadakan di ruang legar tengah MyTown SC. Kenapa aku pergi? Aku nak jumpa Pikachu dan nak usha pop-up store Pokemon Centre yang jual merchandise Pokemon direct dari Jepun! Kali terakhir aku ke Osaka memang aku banyak habis duit kat Pokemon Centre di Daimaru Shopping Centre. Aku beli apa? Nanti kita reveal di hujung entry ye.

Minat aku pada watak-watak Pokemon bermula apabila adik lelaki aku perkenalkan aku pada Nintendo Gameboy Pokemon Version Yellow di tahun 1999. Masa tu hanya ada 151 pokemon sahaja. Pas khatam Yellow version, aku main version Red and Blue pulak walaupun versi Red and Blue sebenarnya lebih awal dari Yellow. Aku suka game stail journey dan strategi macam ni walaupun agak childish. Tahun 2000 masuk versi Gold and Silver, bilangan Pokemon pun bertambah jadi 250, aku dah tak main sebab ada exam besar tahun tu. Layan kartun di TV sahaja. Zaman sekolah dulu aku memang geek kuat belajar. Dah tua je malas. Haha

Makin menginjak remaja, aku pun sibuk dengan benda-benda lain, Pokemon pun makin banyak jenis, aku dah tak larat nak keep up. Sesekali keluar movie aku leburkan jugak duit tonton di wayang. Secebis kenangan zaman kanak-kanak, mestilah kita cherish kan?


Pikachu Walk pukul 3 petang. Awal sangat aku datang, pukul 12 tengahari. Takpelah, kita tunggu. 


Di atas pentas itu nanti Pikachu akan muncul


Walaupun pernah main game dan layan kartun di TV, aku tak pernah kumpul Pokemon Trading Card. 


Trading Card ni bukan sahaja orang kumpul secara fizikal, tapi boleh juga main secara online : Pokemon TCG


Aku rasa ni Fan-art


Electrode - antara pokemon generasi pertama


Char..char..Charizard ni pun aku suka gak walaupun in real life tak suka cicak



Awak ni siapa?


Awak je kiter kenal sebab generasi lama


Pokemon monyet ni generasi baru. Takde dalam database 'Pokedex' aku yang 20 tahun tak update



Ada 'Trading Corner' untuk pengumpul kad


Patuhilah peraturan dan jangan gaduh-gaduh OK

Kepada pengumpul Pokemon Trading Card yang berminat nak sertai TCG tutorial, daftar dulu di Eventbrite : Tutorial Session Booking Ticket untuk reserve slot. Walaupun kena daftar tapi event ni percuma. Kena daftar maybe supaya senang control crowd. Biasalah kan nak masuk fasa endemik. Kena 'battle' dengan virus Covid juga. Tutorial hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.



Station Pokemon Ga-Ole Gunnar Solkjaer

Pokemon Ga-Olé is a Pokemon arcade game that revolves around inserting special pokemon disks that depict an individual pokemon into the machine. These pokemon will then appear in the game to battle other pokemon. Source : Gamer Bravers


Banyak juga merchandise dan plushies di Pop-Up Store


Untuk gamers jugak


Ala..comel-comelnya. Tapi harga tu faham-faham sendirilah. Bawa direct dari Jepun kan. Original pulak tu.


Hurm..rasa macam nak beli. Luggage organizer tu paling kecik RM 77.


Tangkap gambar dulu. Sape la Abang Sado interframe gambar aku ni.


Selfie dengan maskot jelah. Abaikan tudung tak sempurna dan eyebag seberat dosa tu.


Pukul 1 start tutorial Trading Card Game seperti yang dijadualkan.

In the end aku tak beli apa-apa di pop-up store dan tak tunggu Pikachu Walk pukul 3 sebab aku malas nak solat Zohor kat mall surau. Orang ramai. Lagipun aku sorang-sorang masa ni. Tak nak jalan-jalan mall sangat karang tershopping. Pergi makan je pastu singgah Watson's. Solat Zohor di rumah aje. 

Nape tak ajak kawan? Kawan-kawan aku semua busy dan ada yang dalam kuarantin. Sejenis aku kalau aku nak pergi sesangat, takde orang teman pun aku terjah. Lagi seronok dari pergi dengan orang yang tak minat. 

Oh ye, macam yang aku janji, ni dia barang yang aku beli di Pokemon Centre Osaka. 

Coin purse, pouch dan planner je. Walaupun tahun 2016/2017, aku masih simpan sebab sayang.


Peminat Pokemon, terutamanya yang minat Pikachu, boleh singgah ke Pokemon Trading Card Game 25th Year Exhibition di MyTown Shopping Centre sebelum 27 Mac 2022.


Notice: All activities are daily except:
- TCG Tutorial Session (Fridays to Sundays, 1PM to 5PM) 
- Pikachu Walk (Weekends, 3PM) 
- Pikachu Dance (Weekends, 5PM & 7PM)
- Pikachu Meet & Greet (Weekends, 6PM)

TCG Battle Corner usage hours:
1. Mondays to Thursdays: 10am - 10pm
2. Fridays: 10am - 1pm & 5pm - 10pm
3. Saturdays & Sundays: 10am - 1pm & 7.30pm - 10pm
Disclaimer: All contents subjected to change or cancellation. 

Sumber dan info lanjut di SINI

Read More