Jadi Volunteer di FreeMarket Back to School

Wednesday 31 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Weekend baru ni aku join FreeMarket Back to School dengan keizinan En.I. Alhamdulillah, En.I ni kalau dia kena kerja/kursus over weekend or public holiday, dia tak kongkong aku nak keluar campur orang. Asalkan aku pandai jaga diri dan seelok-eloknya ada kawan perempuan or ahli keluarga join sekali. Tapi kadang-kadang aku redah je gi mana sorang-sorang. Bertabahlah suamiku dapat isteri yang dah biasa independent dan tak reti duduk diam.

FreeMarket tu flea market ke? Tidak sama sekali. Kalau flea market melibatkan urusan jual beli, tapi FreeMarket ni barang-barang diberi percuma. FreeMarket yang aku pergi ni di bawah anjuran NGO Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin. Istimewanya FreeMarket ni, penyumbang boleh pilih nak bagi barang baru atau barang terpakai. Sebelum ni aku pernah join tapi sebagai penyumbang. Aku dulu clearkan baju terpakai aku dan adik aku. Walaupun sayang tapi dari dibiar baju-baju tu terperap dalam almari, nanti di akhirat kena hisab wehh.

Asalnya aku ajak adik aku sekali tapi dia ada hal. Penyudahnya aku gi sorang. Aku dah agak yang orang akan ramai dan susah dapat parking so aku mintak Abah aku hantar naik motor. 

Ramai orang beratur sementara dibenarkan masuk

Ada juga anak pokok diberi percuma

Penyumbang datang awal untuk set up booth

Volunteer ada nametag tau

Tolong-tolong susun je

Ada jugak bukak booth potong rambut

Pengunjung dibenarkan masuk pada jam 9.30 pagi

FreeMarket kali ni memanglah ramai sangat pengunjung berbanding yang aku sertai tahun lepas. Sempat jugaklah 2 kali aku buat announcement anak hilang.

Aku biasa jugaklah join event as volunteer ni. Memang have fun walaupun penat. Makanan untuk volunteer, comittee dan penyumbang disediakan. Sijil pun dapat

Sekali-sekala jumpa circle baru.

UniKL sumbangkan volunteer sampai satu bas. Aku ni buat-buat sibuk je. Huhu

Harap next time boleh join event macam ni lagi. Berpeluang nak join pun bila En.I jauh. Kalau dia cuti kenalah layan dia. Dah jadi isteri orang bukan boleh impulsive sangat macam dulu. Circle pun dah makin kecik.

Seronok sekali-sekala join aktiviti bermasyarakat macam ni. Hilang kejap kebosanan dalam hidup aku yang hambar. 

38 comments

  1. tugasan yg murni pon harus minta izin suami yg baharu tu kan ciksal., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mestilah Wak. masih belajar menjadi isteri yang solehah

      Delete
  2. Baguslah event macam ni.. Boleh ringankan beban bagi yang memerlukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. barang yang kita rasa tak perlu dah sebenarnya ada manfaat pada orang lain

      Delete
  3. seronoknya ada pengalaman macam2.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar secebis pengalaman untuk mematangkan diri supaya lebih bersyukur. Ewah

      Delete
  4. morning sal....alhamdulillah, bagus nya ada prog mcm ni...

    ReplyDelete
  5. waahhhh bestnya freemarket! boleh menyumbang tenaga pon dah seronok sgt mcm ni!

    ReplyDelete
  6. Free market macam ni selalunya memang akan dapat sambutan yang menggalakan lebih2 kalau berkaitan dgn sesuatu… macam barangan persiapan sekolah, kelengkapan rumah etc
    Suatu inisiatif yang baik di zaman yang serba serbi dah mahal ni…
    Even nak jd manager pun mengemis duit tix flight
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Sapo lah scammer tu, dapat dia aku letak kat tengah highway. Inisiatif freemarket ni bagus jugak untuk elakkan barangan terbuang. Ada satu tapakntu letak baju sekolah kejap je habis

      Delete
    2. scammer budak tak amik spm
      hahahahaha

      Delete
  7. Supposed kena buat kat perkarangan stadium ni sal…
    Dewan ni kecik nau…
    Mmg marah laa pengguna jalan raya sbb jammed kat situ kan…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Next time dengar kata nak buat kat padang. Ini buat kat dewan aku kawin hari tu. Memang tepi jalan. Jam teruk dengan orang parking lagi

      Delete
    2. kalau dewan ni bkn tepi jln raya utama ok lg
      tak kacau trafik...
      ke... pihak dewan sponsor program ni?

      Delete
  8. Bila ada peluang, dapat jumpa circle baru pasti happening kan.

    ReplyDelete
  9. wei x tau pon pasal event ni..bagusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok di facebook FreeMarket. Diorang memang selalu buat. Bukan di kl je, negeri lain pun ada

      Delete
  10. FreeMarket tak pernah dengar. Selalunya dengar pasar karat je.

    ReplyDelete
  11. Wah…meriah, penuh pengunjung.
    Seronok Sal dapat join jadi volunteer, dapat pengalaman baru dan kenalan baru.

    ReplyDelete
  12. Baguslah ada free market. Maknanya yang penyumbang kena buka gerai ya? Ingatkan mereka yang bagi dan orang yang jadi sukarelawan uruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. booth persendirian memang penyumbang jaga sendiri. yang sukarelawan uruskan ni booth NGO

      Delete
  13. Dulu sy pernah jugak join freemarket di taman rumah sy.. syokkk.. semua brg yg sy bawak org pilih dan ambil.. masa tu sy dan adik bawak baju2 kurung yg dah x pakai.. lama dh org x buat freemarket ni.. lebih ke car bootsale dah pulak skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. carboot sale boleh buat duit. nak buat cmane kan, zaman sekarang susah. masa orang ambil barang kita tu, rasa macam sayang jugak kan nak let go. huhu

      Delete
  14. Haruslah encik suami bagi izin kalau dapat berikan kebaikan pada orang ramai. Macam best je Sal dapat menyumbangkan tenaga. Dapat sumbangkan sesuatu pun dapat kebaikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tau isteri dia memang suka aktiviti macam ni. lagipun happy wife, happy life. haha

      Delete
  15. Bagusnya ada freemarket begini.
    First time dengar.

    ReplyDelete
  16. Seronoknya.. Ibu pun banyak baju² terpakai yg masih elok dan TAK MUAT huhuhu kalaulah boleh join menyumbang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu tengok facebook 'FreeMarket'. Mana tau rezeki buat dekat dengan rumah

      Delete
  17. Wow brg byk yg elok-elok dan cantik lagik..klu dkt boleh join ni..haha betul la dh biasa independent mcm nk adjust amik masa gk kan bila minta izin nk kuar.

    ReplyDelete
  18. Tak pernah tengok free market yang berskala besar macam ni. Setakat yang Mrs. A tengok freemarket stail carboot aje.
    Pengalaman manis dapat join as volunteer

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah ada free market seperti ini, jadi barang yang sudah tidak kita pakai bisa dikasih untuk orang lain yang lebih membutuhkan.😀

    ReplyDelete
  20. Best kan aktiviti macam ni. Moga ada banyak lagi free market dapat diadakan dan cover lebih banyak area.

    ReplyDelete
  21. first time mama dgr pasal freemarket ni. bagusnya program mcm ni byk membantu yg memerlukan

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah