Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Al-fatihah buat Pak Cu Zul

Thursday, 18 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua. Berwarna-warni sekali Januari aku. Sekejap cerita happy, sekejap cerita duka. Kalau awal bulan aku dikejutkan dengan berita pemergian rakan, Ahad lepas (14 Januari) aku menerima berita kematian suami kepada Mak Cu pulak. Mak Cu adalah adik kepada arwah Mak. 

Kenangan aku dan Pak Cu banyak jugak, dari zaman dia nak mengorat Mak Cu, masa tu aku masih sekolah rendah; sampailah anak-anak diorang dah dewasa. Arwah Pak Cu selalu bawak aku jalan-jalan. Zaman belajar dulu, masa aku cuti semester  dan teringin balik ke kampung, Pak Cu lah yang akan menjemput aku di Terminal Bas Bentayan Muar. Sedikit pun aku tak lupakan jasa-jasanya.

Cuma takdelah terkejut sangat sebab Pak Cu pun dah lama sakit tiga serangkai. Masa aku kahwin pun arwah dan Mak Cu tak dapat datang sebab arwah menjalani dialisis. Terima kasih Pak Cu pinjamkan kak Ngah (satu-satunya anak perempuan mereka) untuk menjadi pengapit.

Alhamdulillah pengebumian berjalan lancar. Ramai saudara-mara dan rakan hadir menziarahi arwah. Al-fatihah untuk arwah Zulkefli bin Zainal.


Pak Cu dikebumikan di kawasan perkuburan yang sama dengan atuk, nenek dan mak kandung aku. Sempatlah juga aku mengambil kesempatan menziarah kubur mereka. Cuma sayangnya suamiku En.I tak dapat kubawa bersama kerana En.I sedang berkursus di Terengganu. Aku ditemani mak abah dan adik bongsuku. Alhamdulillah silaturrahim dengan keluarga arwah Mak tak putus.

Al-fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita

Kenangan kali terakhir raya bersama. Pak Cu sekeluarga turun ke KL. Masa ni nampak uzur Pak Cu dan wajahnya lebam

Al-fatihah untuk arwah Pak Cu ku, Zulkefli bin Zainal. Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Moga the rest of January baik-baik aja

Read More

In loving memory..untuk teman yang telah pergi

Monday, 8 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Lama betul tidak menulis. Entahlah kenapa.. Mungkin hilang minat, mungkin kecewa tengok earning ciput, mungkin sibuk dengan pelbagai urusan dunia atau mungkin juga penat menyusun dan memujuk emosi dan hati.

Apa pun, pemergian seorang teman di hari Jumaat baru ni (5 Januari 2024) membuatkan aku rasa nak meluah. Ada sesuatu yang terbuku dan perlu diceritakan. Untuk ketenangan aku, dan juga untuk pedoman semua yang terbaca apa aku tulis ni

Aku kenal En.F sekitar tahun 2012, kerana En.F kawan baik dengan En.A. En.A boleh dikatakan kawan baik aku paling lama di tempat kerja aku sekarang. En.F aku dah anggap macam adik sendiri kerana jarak umur muda 4-5 tahun dari aku. Selalu juga lepak bersama di hujung minggu atau lepas kerja. En.A dan En.F juga kerap datang berhari raya di rumah.

Sekitar 2020, Covid-19 membuatkan En.F mengalami kemurungan kronik. Dia sering mengadu dan meminta nasihat dari aku kerana dia tahu aku juga survivor. Aku cuba membantu sebaik mungkin. Kalau tak dapat berjumpa, aku sering bertanya khabar. Aku cuba sehabis daya walaupun ada ketika kemurungan En.F terlalu teruk sampai dia enggan bercakap dengan sesiapa termasuk aku. Kalau En.F tu perempuan pasti lebih banyak aku boleh tolong tapi beza jantina adakalanya membataskan. Mustahil aku nak ajak dia pergi bercuti sekali atau aku nak pergi meneman dia di rumah sewa.

Ada beberapa perkara yang aku kesalkan. Awal tahun 2023, aku dia dan En.A menghadiri kenduri kahwin anak akak opis kami. Malangnya di kenduri tersebut aku terserempak seseorang yang pernah menyakitkan hati aku. Pertemuan itu membuatkan aku bad mood sepanjang hari walaupun lepas kenduri tu En.A dan En.F cuba hiburkan aku dengan bawa aku berjalan-jalan. Aku menyesal sebab tak boleh kawal perasaan aku. Aku hang out dengan muka yang monyok. 

Bila terkenang balik, aku rasa menyesal sebab tak cherish the moment. Mood buruk aku buatkan En.F pun tak happy. Kami tak ambil gambar langsung padahal aku dan En.F ada habit suka ambil gambar bila jumpa port cantik. 

Berangan kononnya di dunia Alice in Wonderland

Penyesalan itu mengajar aku yang kita kena hargai masa dengan orang yang ada dengan kita. Letak tepi masalah lain kalau takde kena-mengena dengan orang yang ada bersama kita. Jangan hukum orang lain sebab orang lain. Kita tak tau, entah-entah tu kali terakhir kita dapat spend time together.

Yelah kita ni manusia ada kalanya gagal kawal emosi. Marah dengan bos, lepaskan pada anak isteri. Terkebil-kebil bila tak tahu apa-apa tapi kena herdik. Padahal bukan  mereka tu punca kita naik angin. Aku harap tahun 2024 ni aku lebih cekap mengawal emosi. Jangan kerana marah bila perancangan tak menjadi, orang sekeliling yang tak bersalah terima tempiasnya

Lepas ni pasti aku akan teringat setiap kali makan donat red velvet

Begitupun kami tetap berkawan. En.F pandai buat kuih dan aku ada jugak order kuih dari dia. Tapi pertengahan tahun 2023 aku dan dia berselisih faham sedikit. Tak perlulah aku jelaskan sebab apa. Salah-faham tu menyebabkan aku block no handphone dia. Aku hanya mengikuti perkembangan dia dari En.A. En.A ada cakap dia sering sakit-sakit, tapi aku tak tau sejauh mana seriusnya. Aku terlalu ego untuk bertanya sendiri.

Sampailah beberapa hari sebelum pemergian En.F, aku dimaklumkan yang dia dimasukkan ke hospital. Sayang seribu kali sayang aku tak sempat menziarahi arwah. Menurut rakan-rakanku En.F meninggal kerana masalah paru-paru, usus dan buah pinggang.

Pemergian En.F di usia masih terlalu muda membuatkan aku sedar yang hidup ini sebenarnya terlalu pendek untuk bermusuhan dengan sesiapa. Mungkin saja arwah ada wasap aku sebelum dia meninggal untuk memberitahu tentang sakitnya tapi tak sampai kerana aku dah block nombor dia. Aku sewajarnya mengalah dan memahami situasi En.F yang menghidap kemurungan kronik. Aku sepatutnya lebih faham kerana aku juga pernah mendapatkan rawatan untuk sakit yang hampir serupa.

Tak ada apa yang boleh aku lakukan melainkan menitipkan doa dan menyedekahkan Al-Fatihah. Damailah di sana Mohamad Fakhri bin Koles.

Read More