Showing posts with label Japan. Show all posts
Showing posts with label Japan. Show all posts

Shinsaibashi Street dan Udon Halal di Kansai Airport- Part 15- Kansai Trip - UPDATED!

Wednesday, 25 October 2017

Assalamualaikum. Brace yourself people, ini entry last Kansai Trip. Hehe.

*****

Lama juga kami duduk kat Universal Studio. Posing bagai nak rak, kalau pakai kamera filem memang habis dah roll. Hahaha. Bila dah lapar baru ingat nak balik. Tapi, bekalan dah habis. Nasib baik ada pocket wifi. So, google untuk cari nearest Halal Restaurant.

Antara restoran first yang muncul adalah 'Bagus Restaurant'. Restoran Indonesia, OKlah kan, ada nasi! Restoran ni dekat dengan Nakatsu Station (Subway Midosuji Line- warna merah). Tukar-tukar train lagi. Dahlah tak ambil pas atau kad prepaid, maka terhegeh-hegeh kat mesin beli tiket secara manual. Lantak kaulah kalau ada orang Jepun nak maki. Bukan aku faham. Haha.

Tapi kecewa betul kitorang bila sampai, restoran tutup. Huhu, sedih! Kebetulan agaknya time kitorang pergi diorang tutup. Waduh, gimana!

Tukar plan, kita ke Ali's Kitchen kat Shinshaibashi. Ah..perfect! Dekat dengan rumah. So, patah balik Nakatsu station tadi, naik subway Midosuji line sampai ke Shinsaibashi station. If tak tau nak exit mana, tanya orang cara ke Uniqlo Flagship Store. Keluar dari station, cross jalan besar, belok kiri, akan nampak Uniqlo besar tak hengat. Like really besar OK. Trust me kalau kau Pencinta Uniqlo macam kawan baik aku si ND, memang rasa terasuk je nak masuk situ.

Ali's Kitchen ni bukanlah seketul restoran besar on its own. Tapi dalam building depan Uniqlo tu. Kena turun tingkat berapa entah pakai lif.  Sorry aku lupa amik gambar building tu tapi rasanya tak akan miss sebab ada signboard cam kat bawah ni.

 Ingat pesanan senpai : Jangan convert


Restoran Ali's Kitchen ni macam restoran-restoran korang biasa tengok dalam drama Jepun. Kecik dan penuh dengan orang-orang berpakaian pejabat. Owner kedai ni pandai cakap Jepun walaupun berbangsa Pakistan. Aku serius segan nak amik gambar sebab orang ramai. Dahlah nampak out of place pakai baju kurung apa semua, keliling tu orang-orang Jepun sedang bersuka-ria. Erm..bapak Shin Chan mesti ada sini.

Apa pun, makanan dia boleh tahan sedap. Pakistan food, macam biasa portion besar boleh share.

Dah kenyang, kita bayar dan keluar. Masa ni terus rambang mata tengok area Shinsaibashi yang banyak tempat shopping. Boleh download map dekat SINI .

Disebabkan esoknya dah nak balik, kami decide untuk jalan je dari Shinsaibashi sampai ke rumah. Bila lagi nak tengok kemeriahan malam hari di Jepun kan. Kalau naik train, kena turun kat Namba, which is satu stop sahaja. So assume rumah kitorang (amboi, bila masa beli ntah!) dengan area Shinsaibashi ni dekat. So, nak tau dekat ke tidak, ayuhlah kita menapak.

 Jepun yang sentiasa sibuk dan meriah. Tapi malam ni takde orang pakai costume dah



Teruja tengok bendera Malaysia atas tu

Jalan punya jalan, sampai jugak akhirnya ke apartment kitorang menginap. Malam tu kemas beg dan kemas rumah. Kalau menginap di Airbnb ni pastikan rumah kemas sama macam kita datang.

Alang-alang dah cerita pasal rumah, meh aku nak review sikit. Rumah kitorang duduk ni memang best, tapi sempit sikitlah. If lebih dari 4 orang mungkin tak selesa. Tapi kita bukan nak duduk selama-lamanya kan? Janji dekat dengan stesen train dah cukup. Tuan rumah, Hiro though tak pernah jumpa tapi komunikasi dengan kitorang melalui email dengan baik sekali, siap bekalkan pocket wifi untuk kemudahan internet. Tak payah beli simcard.

Benda ni subjektif. Ada orang tak suka book through Airbnb sebab nak cari rumah agak leceh berbanding nak cari hotel. As for me, rumah best sebab boleh masak, boleh basuh baju dan lebih privacy. Kalau ramai or datang dengan family memang sesuai. If nak booking Airbnb, korang kena create account. So, bukan setakat rumah tu akan kena review, korang pun akan kena review dengan tuan rumah. So, buat la perangai elok-elok. Nanti takut nama dah buruk, tuan rumah lain takut nak sewakan rumah kat korang.

Ada dua katil double decker. Selimut dan bantal sorang satu


Dapur siap microwave dan fridge. Takde kettle, so masak air dalam microwave


Bilik air siap heater dan bath tub. Tandas rumah pun pakai elektrik tau.

One thing aku suka pasal rumah Jepun ni adalah diorang pandai manipulate ruang. Boleh create space kat tempat sempit. Teringat aku realiti show Jepun tajuk dia 'Before After'. Rumah kecik, tapi banyak compartment untuk jimat ruang. Aku rasa diorang ni mesti rajin mengemas jugak. Yelah,, meja sama tu buat makan, tu lah buat kerja, so nak tak nak kena kemas. Teringat masa aku balik aku cerita kat Mak aku dan dia kata 'ha jomlah kita buang semua meja dalam rumah ni tinggalkan satu je'. Haha, adoi Mak.

If korang nak duduk rumah yang sama, boleh try : BOOK HERE

Booking pakai Airbnb ni macam booking hotel kat Traveloka gak lah. Key in tarikh dan area. Pastu browse. Tips booking rumah through Airbnb ni, seeloknya pilih yang dekat dengan stesen keretapi. Lepas tu, tengok keluasan rumah. Orang Jepun dah biasa rumah sempit, tapi kita mungkin tak. Macam rumah kitorang duduk ni, dia suggest boleh up to 6, hakikatnya 4 orang pun dah berlaga bontot.

Esoknya, pagi-pagi kitorang dah bangun untuk balik ke tanah air. Sedih jugak ni. Rasa tak puas jalan-jalan kat Jepun. First thing first, kena pulangkan kunci, so letak balik dalam storage box kat kedai tempat kitorang amik kunci ni masa baru sampai. Kelakar kalau dikenang betapa siksanya kitorang nak cari kedai tu dan rumah, sebab jalan-jalan Jepun yang sempit dan confusing.

Bye Namba! Great city, great people!

Pastu heret beg ke Namba Station untuk cari stesen train Rapit ke Airport. Boleh je nak naik Airport Express biasa, tapi bila lagi nak feeling tourist kan.


 View dari dalam train - Birunya langit! 

Alhamdulillah selama berada di Jepun, cuaca begitu baik sekali. Hujan rintik-rintik, tu pun sekejap. Paling aku syukur sebab tak terasa gegaran. Jepun kan antara negara yang kerap berlaku gempa

Awal lagi sampai ni, so kita gi jalan-jalan dulu

 Signboard yang kau akan selalu jumpa di Jepun

 Ini pun aku kerap jumpa. Konsep yang bagus. Kau nak makan asap, makan sorang-sorang

Tak usah risau bab solat sebab Kansai International Airport ada surau.

Lepas solat, kami check in luggage dan kemudian singgah makan kat Restoran Udon halal.


Konsep layan diri. Pilih apa kau nak, pastu hujung sekali baru bayar

 Ingat pesan aku, kalau tak pandai pakai chopstick, bawak sudu garpu sendiri

So far sepanjang kat Jepun, sushi halal je aku tak jumpa. Ramen, Udon, Onigiri, Takoyaki semua aku telan. Padahal bila balik Malaysia tak pandang pun makanan-makanan tu. Kecuali sushi bila sesekali craving.

Lepas makan kita standby untuk boarding dan berangkat ke tanah air tercinta

Dengan ini berakhirlah entry Jepun aku. Yay!!! Entry khas untuk itinerary dan budget akan dibuat kalau ada permintaan.

Part 14
Part 13
Part 12
Part 11
Part 10
Part 9
Part 7
Part 6
Part 5
Part 3
Part 2
Part 1

P/s : Maaf entry ni publish dua kali. Hari tu, tengah sedap tulis entry, modem internet rumah aku rosak. Belum pasang yang baru so x dapat online. Terpaksa pakai hp, tapi gambar dah transfer PC. Ni dah ganti, baru aku dapat update. Nak try update kat office tapi external hard disk corrupt so mintak tolong abang aku repair . Harap dapat selamatkan gambar-gambar dalam tu kalau tak menangis lah aku. Banyak gambar lama2 , sayang kalau hilang

#Pray4externalharddiskSal
Read More

Dari Osaka ke Nara - Part 14 - Kansai Trip

Thursday, 12 October 2017

Assalamualaikum dan hai semua. Aku nak sambung cerita di Jepun yang dah masuk hari terakhir. Cepat betul masa berlalu. Yang lambatnya aku kalau bab update bog. Haha, tapi entry ni paling simple nak ditulis. Ibarat buku kanak-kanak yang lagi banyak gambar dari tulisan. Jadi kita enjoy!

Hari terakhir ni kami nak ke Nara. Osaka ke Nara jarak dalam 45km, jadi nak balik hari pun OK. Plan asal nak ambil Kintetsu Rail Pass, tapi tak jadi. Masa sampai di Kansai Airport, aku ada tunjuk itinerary dan mintak nasihat dari staff di Tourist Information Centre samada perlu atau tidak ambil pass tu. Dia kata tak perlu so ikutlah cakap dia yang pastinya lebih tahu.

We decide to wear baju kurung today!

Dari Namba, kami naik Kintetsu Line direct dan berhenti di Nara Station. Untuk tips lain cara nak ke Nara, boleh rujuk SINI

Senang je nak ke Nara, dan Alhamdulillah cuaca OK. Stesen Nara kecik je, tapi just for guidelines, korang cari exit ke Deer Park. The most exciting part about Nara adalah, compare to Osaka, Kobe dan Kyoto, sini dah autumn dulu! Means..daun dah banyak yang merah!! Yay!

Nara's Map - banyak temple dan muzium


Cantik dan bersih. So in love with this place!

Tak banyak aktiviti yang kitorang buat kat Nara. Itinerary pun cincai. Sekadar jalan ikut langkah kaki. Mana nampak ramai orang, kitorang ikutlah. Takde turun naik bas, train apatah lagi. Sebab tu tak ambil sebarang pass. Nara is a simple town. Tak sesak dengan manusia, cuma sesak dengan rusa. Wait. What?

Nara yang tenang jangan disangka tiada rusa


Di Nara memang ada banyak rusa. Aku try jugak google kenapa kat situ ada banyak rusa, tapi tak jumpa pulak jawapan. Rusa ada dalam longkang, bawah pokok, dekat bus stop, kat kaki lima. Yup, everywhere. Longkang sini memang dijaga kebersihannya sebab rusa suka berendam dan minum air dari situ. Dan rusa-rusa ni takdelah busuk sangat. Boleh petting dan bagi makan, tapi jangan bagi sebarangan. Beli lah deer food dari locals yang duduk-duduk di kawasan rusa bertumpu. Lagi satu, berhati-hati jugak, manalah tau rusa naik minyak.

Nampak lake yang cantik ni

Tempat yang sesuai untuk lepak makan bekal

Juga sesuai untuk termenung bajet ayu

Menung lagi bila nampak kedai banyak tutup


Di Nara ada banyak temple dan pagoda. Cantik dan klasik, macam dalam citer Avatar - Legend of Aang. Bergambar lah korang puas-puas situ. Kitorang bergambar memang banyak, tapi segan pulak aku nak upload gambar sebab semuanya gambar beramai-ramai.

The streets of Nara. Kurang sibuk berbanding Osaka. Ni masa kitorang jalan ikut signboard ke JR Nara Station.

Nara City Tourist Information Centre ni betul-betul sebelah JR Nara Station. 

Kami solat dekat sini. Tapi toilet cuma ada satu. Orang beratur panjang. Tempat solat dia pun kecik, muat-muat sorang. Aku rasa sekadar stor yang diubah suai. Tak kisahlah, janji boleh solat.


Other than that, tempat ni ada sofa boleh lepak-lepak. Wi fi pun laju.

Staf sini pandai cakap Inggeris

To be honest, jalan-jalan Nara ni sekejap je. Lainlah kalau korang masuk semua muzium dan temple dia kan. By Asar macam tu dah selesai, dah tak tau nak buat apa. So, kitorang pun menung dekat Tourist Centre. Tanya yang lain-lain, ada apa-apa nak shopping lagi ke? Tempat teringin nak pergi? Suddenly someone come up with idea nak tengok Universal Studio. Jadilah, walaupun tak masuk.

So kitorang pun naik JR ke JR Universal Station berdasarkan route map kat stesen keretapi. Time ni memang blur lah, sebab benda tak plan kan. Tapi hasil kerjasama 4 kepala, tambah pulak dengan info dari staf kat Information Centre, sampai lah jugak walaupun teragak-agak nak tukar train dan pilih gerabak. Nama pun tourist kan, tak sesat tak feel.
Dah 15 tahun rupanya usia USJ ni

Ramai gak tanya, nape tak masuk USJ. Sebenarnya, keadaan kewangan kurang mengizinkan. Lagipun kitorang ni bukan hantu themepark. Lagi-lagi yang baju down biru tu, naik roller coaster bodoh-bodoh pun dah menjerit macam orang gila. Tapi bila dah sampai depan ni tetiba rasa menyesal. Hah, tulah manusia! Apakan daya, hari dah petang. Rugi kalau masuk. Lagipun pakai baju kurung nak naik roller coaster mau terbongkar semua rahsia. Haha.

Orang Jepun dan kostum berpisah tiada. Nampak yang kiri pakai baju lembu. Kanan pakai baju Angel. Korang nak masuk USJ pakai gitu ke?

Oh ye, untuk pencinta Hard Rock, kat sini ada Hard Rock Cafe ye, Anies. Eh tersebut nama plak.

Siapa kata gadis dari setinggan tak boleh sampai Jepun? *Pinjam ayat iklan Fernleaf*

Next time kalau ada rezeki ke Osaka lagi, aku memang nak masuk USJ. Next time tu bila tak tau lah haih. Kena kumpul duit dan menabung lagi.

Nanti sambung story k. Thanks for reading.

Part 13
Part 12
Part 11
Part 10
Part 9
Read More

Ramen Halal dan Souvenir Murah di Kyoto - Part 13 - Kansai Trip

Thursday, 5 October 2017

Assalamualaikum semua! Ikut hati nak update cerita travel baru tapi cerita Jepun dilupa jangan. So, hadaplah ye.

Lepas dah kenyang walaupun struggle makan menggunakan chopstick, kami mengatur langkah (amboi ayat drama Yusof Haslam sangat) mencari JR Saga Arashiyama Station. Since hari ni kitorang pakai JR Pass, so aku dah susun itinerary supaya naik train JR sahaja. Dekat Jepun ni ada banyak company yang mengoperasikan keretapi dan bas; dan JR antara yang memiliki jaringan terbesar dan meluas.

Senang je cari JR Saga Arashiyama Station sebab ada signboard. So walaupun lalu lorong-lorong rumah dan kedai, kitorang tak sesat pun. Dari Arashiyama Station, kami naik JR Sagano Line ke  Kyoto Station dan tanpa keluar dari stesen, cari JR Nara Line dan berhenti di Inari Station. Ada faham ke adik-adik ku sekelian?

Kitorang ke Inari untuk lihat Fushimi Inari, antara top tourist attaction kat Kyoto. Bagi pengganut Shinto, tempat ni dianggap suci dan banyak jugak kitorang nampak yang menyembah Tuhan mereka di sini. For some people, diorang kurang selesa ke tempat macam ni, so kalau korang pun one of them, takpelah tak singgah pun. Terpulang. Tapi aku suka tempat ni sebab cantik. Warna oren menyala-nyala. Tak jumpa tak taulah, sebab memang keluar stesen je dah boleh nampak tempat ni.

This photo ain't mine

Tempat ni famous tau, ada scene filem 'Memoirs of a Geisha' shoot kat sini.


Entahlah kenapa aku ada seketul gambar ni je. Korang pernah tak rasa macam korang ambil gambar banyak kat tempat tu, tapi bila nak buat entry tetiba semua takde. Misteri betul kan? Hahaha. Biasalah tu, ko amik gambar pakai kamera or HP orang, pastu tak 'sedut', so memanglah takde gambarnya.

                                                                   
Gambar atas ni bukan photoshop, tapi ada dua laluan. Sebenarnya ni hiking trail. Kalau korang jalan je terus sampai hujung akan jumpa Mount Inari. Tak silap aku jalan pergi balik makan masa 2,3 jam. Kitorang takdelah sampai ke atas tu, tapi kalau nak gambar cantik kena lah ke atas, orang makin lama makin tak ramai.


Ingat nak berlari ala-ala Sayuri dalam filem 'Memoirs of a Geisha' tapi confirm akan langgar orang kalau aku buat. Sini ramai orang, so kena pandai-pandai adjust nak gambar cantik

Dekat luar ada banyak kedai souvenir tapi aku dah banyak belanja sebelum tu so takdelah nak beli apa-apa. Sekadar usha-usha gerai jual makanan dekat luar shrine. Kat sini agak kurang yakin nak cari gerai yang halal sebab boleh dikatakan semua tak pandai cakap Inggeris. Hanya ada seketul gerai kuih je yang aku yakin, tu pun sebab aku dah screenshot tulisan Jepun for 'Sakae' , 'Wine' dan 'Alcohol' kat hp pastu tunjuk kat diorang dan diorang geleng. Again, aku yakin gila aku dah amik gambar kuih dan gerai tu tapi manalah perginya. Kuih dia macam putu piring je, tapi inti kacang merah.

Memandangkan dah petang, kami nak cari tempat untuk solat. Ikut plan, nak solat di Kyoto Tower Building. So, patah balik ke Kyoto Station naik JR Nara line tadi. Turun, cari exit  ke Kyoto Tower.

 Yang tinggi tercatuk tulah Kyoto Tower. Boleh naik untuk tengok bird eye view Kyoto. Tapi prayer room dalam bangunan depan dia tu.

Surau di Kyoto Tower terletak di tingkat tiga. Surau dia cantik, berkonsepkan buluh. Tema hari ni memang buluh ye adik-adik.

Ada orang lain, so untuk menjaga kemaslahatan ummah, aku bagi gambar tempat wuduk je. Haha

Dah selesai solat, masih penat lagi, kitorang pun malas nak buat aktiviti yang berat-berat, so decide untuk tengok Kyoto dari atas. Kira jimat sikitlah, instead of naik Kyoto Tower, kita tengok view Kyoto for free. Of course lah tak sama, tapi nak lebih santai. So, cross the road, balik ke Kyoto Station, nampak escalator dan tangga tinggi sampai ke puncak, naik je sampai ke rooftop. If nak exercise naiklah tangga tu. Kalau escalator rosak, korang boleh tumpang naik lif dalam Isetan kat sebelah kanan.

If susah nak cari, tanya staf kat information centre, cara nak ke Kyoto Station Sky Garden . Berdoalah supaya tak hujan sebab tempat ni open air.

Ada glass wall keliling Sky Garden ni. Ada kerusi dan rumput untuk lepak-lepak jugak. So tengok Kyoto di sebalik dinding kaca sambil makan bekal.

The beauty of Gion. Suka tengok kawasan klasik kat tengah-tengah bandar yang sibuk


Bagi aku Kyoto ni, dari segi cantik mungkin tak berapa. Langit pun berkabus. Tapi dari atas ni boleh nampak rumah-rumah Kyoto yang padat dan jalinan transport dia yang canggih dan sistematik. Imagine kalau at least satu je train meragam, berapa banyak train lain yang affected. Kagum aku kehebatan diorang kawal sistem.

Kitorang stay sini sampai matahari terbenam. Sunset dia biasa je, nama pun kawasan bandar. Pas Maghrib, kami nak cari makanan tempatan. Lagipun bekalan dah habis. Haha. Dah plan nak makan kat Restoran Ayam Ya. Masihkah kalian ingat pertemuan kitorang dengan seorang rakyat Malaysia hari pertama di Osaka? Dia suggest kitorang makan kat situ, sebuah restoran Ramen Jepun yang halal. Perhatikan perkataan halal tu ye. Hahaha.

Agak susah nak cari Ayam Ya tanpa bantuan google maps. Tambah-tambah pulak dengan kesejukan yang menggigit tulang sum sum. Manalah tak asyik lapar kat sini. Haha. So, nak ke Ayam Ya, keluar dekat pintu yang menghadap Kyoto Tower, pastu jalan ke arah kiri. If korang nak pergi, better print google street view awal-awal dari sini. Takpun, make sure ada internet sepanjang berada di sana. Oh please google dulu restoran tu wujud lagi ke tidak sebab aku ada je pengalaman cari  restoran yang blogger suggest, sekali sampai dah tutup. Untuk selamanya.

Rupa restoran ni dari luar

Restoran ni unik sebab pakai sistem vending machine. Masukkan duit dan pilih apa yang kita nak. Ada bahasa Inggeris, so jangan risau. Aku noob ingat makanan keluar, rupanya sekeping kupon kecik, then ko bagi kat kaunter. Order dah siap dia akan hantar.


Simple je kedai dia, tapi agak luas. Selesa dan bersih.


Dah sampai Jepun, kenalah makan ramen

Perut tak tahan tu makanlah nasi

Bagi aku makanan kat sini memang sedap. Tapi air cuma ada plain water dan Japanese Green Tea je. Milo tabur ke, Sirap Laici semua ilek. Aku doa restoran ni tak tutup sampai bila-bila supaya korang pun dapat rasa jugak. Tak sama dengan Ayam Ya kat Sunway Velocity

Dah kenyang, badan pun dah lemau, so marilah kita pulang. Nak balik kena naik JR dari Kyoto Station, so patah balik ikut jalan datang tadi. On the way nak cari train, nampak laluan ni sebelum masuk Kyoto Station, so saja masuk untuk explore.


Tapi lepas tu menyesal. Menyesal sebab jumpa kedai ni


3 coins ni macam Daiso, tapi barang dia harga 300 yen. TAPI, kat sini korang boleh beli souvenir beg kain ada perkataan  'Kyoto'atau 'Osaka' yang serius comel dan cantik giler dan macam-macam saiz. Kedai ni je jual. So, menyesal gak lah, keluar duit lagi. Haha. Konon dah janji tak nak spend lagi on souvenir. Adoi! Tapi kedai ni best sebab rare dan takde kat Malaysia (sewaktu entry ini ditaip). Tempat yang sesuai untuk beli souvenir kalau kalian tak sempat ke area Gion.

Contoh beg comel yang aku cakap tadi.

Sudah..cukuplah tu shopping, mari kita pulang ke pangkal jalan.


Pulang ke Namba, masih dapat jumpa entiti macam malam sebelumnya. Tapi since kitorang tak redah ke area yang happening, takdelah ramai sangat kitorang nampak.


Comel, Power Rangers naik beskal

Tak sabar nak habiskan entry Jepun ni. Hehehe

Part 12
Part 11
Part 10
Part 9
Read More