Assalamualaikum dan hai semua! Happy (belated) leap day 2024! Cadangnya nak publish entry ni 29 Februari tapi sibuk yang entah apa-apa. Teringat zaman budak-budak dulu, excited bila tahun lompat padahal rutin seperti biasa. Dah dewasa ni makin cynical, susah nak teruja dengan benda-benda kecil. Semuanya meh..been there done that padahal pengalaman hidup takdelah banyak mana pun. Sembang je lebih.
Cuti sekolah ni bawaklah anak-anak sedara aku jalan. Kang kata Mak Tam dah kahwin, tak ingat kat diorang dah. Drama tau masing-masing
Bulan Februari walaupun pendek tapi sibuk. Sejak berkahwin, komitmen dah bertambah kepada dua keluarga. Kalau dulu, hanya sibukkan mak ayah sendiri, sekarang kena sibuk mak ayah mertua dan ipar duai jugak. Bukan sibuk hal tepi kain ye, tapi biasalah adat berkeluarga.
Masa belum kahwin dulu, selain dari takut dapat suami yang tak baik, dapat keluarga mertua dari neraka pun seram jugak. Alhamdulillah aku dapat in laws yang sangat baik yang boleh terima aku seadanya.
Selagi tak masuk bulan puasa, selagi itulah ada kenduri kahwin. Asal pergi je kena tanya " Suami mana?".
Aku agak overwhelmed menanti ketibaan Mac. En.I akan tamat kursus pertengahan bulan nanti. Selain itu, ini kali pertama berpuasa sebagai seorang isteri. Harap boleh tunaikan tanggungjawab dengan baik. Harap takde kes terlepas sahur. Hahaha.
Event makan-makan kat tempat kerja. Walaupun tak suka kerja aku, tapi colleagues aku baik-baik so bolehlah tahan duduk sini. Nak cari kerja lain, susah dapat.
Hopefully Mac baik-baik sahaja. Semoga kenaikan SST dari 6% ke 8% tak menyumbang kepada kenaikan harga barangan walaupun bunyinya seperti angan-angan mat jenin.
Aku juga mahu berhenti angan-angan mat jenin untuk update entry sehari sekali. Bulan Februari entry lagi sikit dari Januari. Bahan ada, tapi mood selalu ke laut. Puncanya, seminggu aku tak dengar khabar berita dari En.I. Aku pulak tak boleh contact dia sebab handphone para pelatih dipegang pihak atasan. Aku belajar erti berharap sepenuhnya pada Allah. Sehabis tawakal agar Tuhan jagakan dia.
Cmanelah korang yang suami kerja anggota, offshore atau PJJ berbulan, bahkan bertahun. Dengan anak berderet, uruskan segalanya sendirian. Korang memang hebat. Aku ni setakat berjauhan 2 bulan, bil internet pun lupa bayar. Adeh.
Pantai-pantai di Dungun memang cantik, tapi tengoklah ombak bergulung, memang tak sesuai untuk mandi
Highlight of last month, my trip to Dungun melawat En.I. Ada juga yang ingat aku ke sana, boleh bawak dia outing. Hakikatnya hanya jumpa dalam perkarangan PULAPOL. Tu pun datang tengahari, petang dah balik. Balik dari melawat dia tu aku singgah la pantai-pantai di Dungun. Takde pulak jumpa penyu di Rantau Abang. Penyu naik darat malam-malam je kot.
Pergi je naik flight, balik nak jimat aku naik bas ekspres. Jimat tak jimatlah, saja nak try AliBaba Express. Harga tiket RM50. Agak pricey.
Naik bas AliBaba ni kononnya sebab ada toilet, kemudahan microwave dan water heater. Penyudahnya pergi toilet dan makan semua di R&R sahaja.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan untuk bulan Mac ni. Selamat berpuasa! (in advance).Thanks for reading!
begitulah nasib org yg dah berkeluarga.. perlu dibahagi dua :D..
ReplyDeleteAlhamdulillah, anugerah terindah apabila dikurniakan mertua yg baik.. dari Syurga gitu.. :)..
nanti kalau dah ade tarikh nak publis artkel, boleh juga schedulekan ia.. nanti dia akan keluar sendiri berdasarkan schedule yg kite tetapkan.
oh..saya tau pasal auto publish tu, cuma masa tu entry belum habis ditaip. sibuk kononnya
Deletealhamdulillah banyak aktiviti sal menghibur sunyi tanpa suami di sisi xlama tamatlah kkursus lover sal tu n banyak masa bersama
ReplyDeletekenalah isi masa, kalau tak, teringat-ingat lagi sayu dibuatnya
DeleteAyat ko pun.. mertua dari neraka tu perlahan perlahan sikit sebut hahahaha.. Biasalah tu komitmen pada dua keluarga.. la anak sedara ke igtkan temen temen lama hahaha.. okla Mak Tam nyer tak lupa diri..
ReplyDeletemak sedara ngan anak sedara sama besor dah
DeleteBertabah la dengan Bang Non yang jadi PM sekarang ini.. Cukai SST dah naik dari 6 ke 8%.. Betul la tu Mat Jenin jer semua ni hahahahaa
ReplyDeleteberangan kan percuma. tapi kalau banyak sangat, boleh jatuh pokok kelapa macam mat jenin
Deleteselagi blm masuk bulan Puasa,selagi tu lah jemputan kenduri hehehe.. itu lah dpt in laws yg baik pun 1 rezeki syukur kan? moga yg baik-baik aje utk kita Mac nti aminnnn
ReplyDeleteAda jiran suami dia offshore. 3 bulan ke laut, 1 bulan cuti. Begitulah saban tahun....bila dah biasa pasti ok...insya-allah. Bab kena handle semua sendiri tu memang ya la....moga dipermudah buat isteri2 begini....pasti mereka kuat....
ReplyDeleteya, cuma pros nya gaji besar. selalunya isteri sampai berhenti kerja sebab susah nak uruskan anak
DeleteDah macam rakan sebaya dah tu Sal. hihi...Macam-macam nak difikirkan dan disibukkan bila berkahwin ni. Berbeza sangat masa bujang. Syukur dapat keluarga in laws yang baik-baik. Kita pun bahagia. Be strong Sal bila berjauhan ni. Semoga segala urusan Sal Allah permudah kan. Aamiin...
ReplyDeletebujang selalu fikir hal sendiri je. dah kawin ni rasa macam nak belah dua badan ni. sana-sini menuntut kehadiran kita.dah acane
Deletebla naik SST ni maka boleh laa kot lupakan hasrat food hunting kat bazar ramadan. tkt nnt sekali pegi habis RM100. x smpi umah dah pengsan dulu
ReplyDeletepengsan kang batal puasa lak. rugi, rugi. beli satu jenis jelah buat raso-raso
Deletetu pun hari pertama je
Deletehari kedua smpi abis...
masak je laa walaupun megi semangkuk
hehehe
haha, dua kali gi bazar terbeli menu tak capai KPI terus malas dah. baik masak walau setakat goreng bihun bodo
Deletetu diaaaa
ReplyDeletehangpa paw mak tam 4 fingers trs. leng kali paw sukiya ke, boat noodles ke baru mak tam hang tekujat2😁😁😁
dah itu yang diorang nak makan. layan jelah
Deletefuhhh
Deletelayannnzzz
Bye BYE February... Welcome March
ReplyDeleteCuya masa tengah bujang ni memang senang lenang, kalau kahwin nanti barulah merasa banyak benda dan tanggungjawab kan...
ReplyDeleteCuya pon selalu doa dapat mentua yang terbaik dan keluarga baru yang baik2 belaka
Semoga sis Sal sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat... Aamin....
nikmatilah zaman bujangmu sebaiknya Cuya.hehe
Deleteoo pjj dulu ye.. semoga dipermudahkan semuanya.. sekejap aje pejam celik dh abis dah 2 bln tu
ReplyDeleteAlhamdulillah, tamat dah PJJ. lega rasanya suami dah depan mata. baru ada geng gaduh. haha
DeleteAlhamdulillah semuga semuanya yang baik-baik saja. Rezeki tu di kurniakan suami dan mertua yang baik-baik. Apa pun yang penting apa juga yang kita hadapi syukur atas kurniaan yang Allah beri. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA.
ReplyDeletesekejap sngt rasa feb ni.. dah masuk mac.. semoga kita smua sntiasa dalam lindunganNYA.. amin
ReplyDeleteSemoga kuat ye dalam hubungan suami isteri yang agak terbatas ni. Saya pernah PJJ dengan suami masa dah ada anak sorang. Memang excited tiap kali hujung minggu sebab masa tu je dapat jumpa suami. Tapi kadang2 bila berjauhan tu yang mengeratkan lagi hubungan sebenarnya..
ReplyDeletesaya setuju. bila jauh rasa lebih menghargai. bila jauh dah kurang gaduh. haha
DeleteMarch hadir memberikan kesedihan dalam hidup akak...sakit putus cinta x sesakit rindu pada mak yang telah tiada..alfatihah buat Mak Pah
ReplyDelete