Dari zaman remaja lagi aku menolak bila member ajak pergi konsert walaupun yang buat konsert tu artis yang aku minat separuh mati. Entahlah, tak rasa teringin pun nak pergi. Aku membayangkan manusia yang ramai, muzik yang bingit dan suasana yang sesak. Itu berdasarkan apa yang aku tonton di TV jelah.
Begitupun, aku mengalah jugaklah bila BFF aku, ND ajak aku dan SR gi Konsert Bulan Bintang tahun lepas. Alasan sempena hari jadi dia dan penglibatan Faizal Tahir dan Raihan antara 'senjata' yang digunakan ND untuk memujuk aku.
Aku setuju pergi sebab line up artis dia yang 'semenggah'.
Konsert ini serentak dengan konsert Blackpink di Stadium Nasional.
Pada pendapat aku, kalau kita nak declare kita suka something atau tidak, kita kena cuba. Dipendekkan cerita, balik dari konsert tersebut telah mengesahkan yang aku memang tak suka pergi konsert. Hahaha. Tipulah kalau kata aku tak enjoy. Aku cakap tak seronok langsung tu hipokrit pulak sebab aku have fun jugak.
Cumanya kalau diajak lagi sekali mungkin tidaklah. Antara perkara yang membuatkan aku tak suka pergi konsert
1. Aku tak tahan lapar
Sebelum masuk konsert dalam pukul 5, kitorang dah makan dulu, tapi menjelang pukul 9 macam tu aku dah lapar balik. Ko bayangkan time giliran group apa entah menyanyi, aku keluar dari stadium dan pergi food truck. ND dan SR tak ikut. Sanggup aku keluar sorang. Nasib baik boleh masuk balik. Nak tahan lapar sampai konsert habis pukul 12 tengah malam? Mau menggigil aku
2. Annoying dengar orang sebelah menyanyi
Lip-sync is fine, tapi sing-along? Kuat-kuat lak tu. Aku rasa nak je cakap kat diorang yang aku nak dengar penyanyi atas pentas. Bukan suara kau! Ah..sis stress.
Suara 'penyanyi latar' sama naik
3. Nak solat susah
Diva kan aku? Nasib baik masa konsert ni aku ABC. Stress nak berseak-sesak dalam surau sempit dengan puluhan wanita lain. Dahla waktu maghrib sekejap. Tapi, erm...time tengok bola boleh pulak kau Sal?
4. Aku anxiety
Konsert yang duduk macam ni aku boleh bertenang lagi tapi kalau member aku scam aku dengan beli tiket di standing zone eh memang putus kawan. ND dan SR pun kenal aku cmane. Muzik yang terlampau kuat buat aku rasa bingit. Dentum-dentam speaker tu sampai ke jantung buat aku berdebar-debar. Nasib baik Konsert Bulan Bintang agak tenang dan takde muzik yang keterlaluan dan memekakkan telinga.
5. Aku kedekut
Let's face it, harga tiket konsert mahal. Aku lebih suka gunakan duit untuk pergi berjalan. Tapi tulah, minat masing-masing. Aku lupa dah harga tiket konsert Malam Bulan Bintang ni berapa tapi tak sampai 100. Separuh tu ND belanja.
6. Konsert habis lewat dan aku dah mengantuk
Habis konsert nak kena balik rumah lagi, dengan jalan jamnya, dengan manusia ramai berpusu-pusu. Konsert habis pukul 12, tapi pukul 2 pagi baru 'jumpa katil'.
Ini hanyalah pendapat aku ye, sebab-sebab aku tak suka pergi konsert. Lain orang lain minat dan penerimaan. Aku suka je dengar lagu ataupun bila ada event dan ada artis buat persembahan, aku enjoy je kalau performance tu best.
Gambar thumbnail sekadar mengeruhkan keadaan. Jangan marah haaaaaaaa.
Read More