Synchronic Movie Review

Monday, 8 August 2022

 The present is a miracle, bruh

Menonton filem ini di Netflix melalui pilihan 'Surprise Me'. Opening scene dah boleh agak filem ini tentang penyalahgunaan dadah. Lagipun ada warning 'language, substances'.

2 minit pertama agak slow dan artistik, rasa macam nak stop tonton, tapi lepas opening credit terus keluar muka watak utama. Eh..macam familiar. Rupanya pelakon watak 'Falcon' dalam francais Marvel Cinematic Universe. Minat juga lakonan beliau dalam 8Mile dan Pain & Gain. Second hero pun muka familiar. Google nama pelakon, rupanya Jamie Dornan, pelakon filem-flem Fifty Shades of ehem ehem. Tak mo sebut lah. Malu. Kah kah.

Filem ini mengisahkan Steve (Mackey) dan Dennis (Dornan), 2 orang paramedik di sebuah pekan kecil di New Orleans. Mereka kerap berhadapan kes overdose di kawasan kejiranan. Sesetengah kes berakhir dengan kematian misteri. Antara persamaan mangsa adalah mereka menggunakan dadah bernama 'Synchronic'. Polis tak boleh buat apa-apa sebab dadah yang diorang ambil tu dikira 'legal' dan boleh dibeli di kedai macam orang beli gula-gula. Apo nak pelik Amerika, kat sana pistol jual retail je.

Suatu hari anak remaja Dennis bernama Brianna (Ally Ionnides) hilang dan disyaki dia pun ada ambil 'Synchronic' jugak. Steve pun mula siasat kaitan dadah tersebut dan kehilangan Brianna. So nak tau apa yang power sangat 'Synchronic' tu sampai menyebabkan kematian dan kecederaan misteri, korang tengoklah sendiri. Saspen jugak menontonnya. Cuma ada beberapa scene yang agak 'mudah'. Plot loose sikit, tapi tak ketara.

Overall filem bergenre Sci Fi/ Thriller ni OK lah untuk orang yang minat genre tersebut. Jangan cuba korang cari logik, sebab takkan jumpa. Haha. Motivasi aku untuk menonton adalah pelakon yang famliar dan sebab aku suka genre 'time travel'. Tonton filem ni kalau korang suka 'The Butterfly Effect', 'Proect Almanac', 'Super8' dan 'Flatliners'.

Thanks for reading dan selamat menonton!

19 comments

  1. Menarik kalau ceritanya seperti Flatliners sama ada versi lama atau baru. Hehe tunggulah cerita ini keluar di tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. persamaan dari segi eksperimen pergi dunia lain. nak kata sama sangat tu tak adalah

      Delete
  2. Reading sebab suka review Sal nak tengoknya tu ntah bila huhuuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. biasa orang yang suka genre begini je sanggup tengok

      Delete
  3. Menariks..leh try layan ni.

    ReplyDelete
  4. pemeran utama kayaknya pernah lihat di marvel ya Sis, saya belum pernah menonton film ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, memang pelakon Marvel. saya tonton pun sebab ada dia, muka yang familiar

      Delete
  5. Kematian dan kecederaan misteri? Macam mana la tu ya 🤔
    Nak tau, tapi malas nak menonton 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..misteri sebab takde api tapi mati hangus. something like that

      Delete
  6. wahhh siyes cam best je..okay tgk waktu lunch nanti hahaha

    ReplyDelete
  7. Ni style cerita main rentas-rentas dunia ke? Ada parallel universe semua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rentas masa je kak Farrah. Bukan multiverse macam No Way Home

      Delete
  8. Tengok Anthony Mackie je terus terbayang watak Falcon dia..Rasa mcm hampir semua pelakon Marvel mmg susah nak hilangkan watak superhero diaorang ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tapi somehow benda tu bantu populariti diorang jugak. Contohnya bila nampak muka diorang dalam senarai pelakon auto rasa nak tengok

      Delete
  9. kalau rentas masa tu mcm umbrella academy. tp itu rentas dengan tahun. tak pernah miss dr movie sampai ke TV sebab covid kot dorang tukar dr movie ke siri di netflix

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak sama ke tidak sbb tak tengok umbrella academy

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah