Kalau korang tertanya-tanya sejak bila pulak aku jadi peniaga online, well aku sebenarnya hanya menjual baju-baju lama di Carousell. Selama ni jual dekat Facebook sahaja tapi sambutan sendu, so try Carousell pulak sebab ramai kata kat situ lagi senang laku dan tak perlu letak harga rendah tak masuk akal. Bukan jadi tauke bundle ye, sekadar jual pakaian dan barang peribadi yang dah lama tersimpan tak tahu nak buat apa. Ha..nampak tak betapa 'free' nya aku. Bila free atau stress, aktiviti favourite aku adalah mengemas pastu baru sedar banyaknya barang-barang aku yang dah lama tak terusik.
Anyway last weekend ada potential buyer chat aku di Carousell dan tinggalkan nombor Whatsapp. Happy sekejap, ingatkan dah dapat sale. Walaupun admin Carousell dah nasihatkan supaya lakukan transaksi dalam apps je, jangan buat di luar tapi aku just fikir via whatsapp lagi senang. Boleh terus bank in, tak payah buat kerja 2 kali transfer out duit dari akaun Carousell. Padan muka siapa suruh tamak!
Dipendekkan cerita (aku tulis semua dari A to Z pun bukan korang baca), ni cara aku tahu yang dia scammer:
1. Berbual fully in English. Kata dok Malaysia, nama pun nama Melayu tapi bila cakap Melayu dia tak faham.
2. Enggan berurusan dalam apps (Mudah, Carousell etc). Diorang prefer whatsapp or Telegram. Bila check akaun Carousell/Mudah, diorang ni tak verified pun.
3. Tak tanya detail atau berkira tentang barang yang bakal dibeli. Kalau cakap kain dah kena gigit tikus pun dia terima je.
4. Tak tawar-menawar. Come on! Malaysian kot. Tak cuba nasib mintak kurang harga memang tipu lah. Dah lah barang second hand.
5. Dia cakap dah transfer duit, tapi bila mintak slip bank-in dia tak bagi via whatsapp/ tele. Dia mintak email.
6. Scammer alert! Dia bank-in lebih dari yang kau mintak. Let's say kau mintak RM40, dia akan bank in 4000. Pastu dia akan cakap yang dia tak sengaja ter punch lebih. Dia akan mintak kau transfer balik duit balance.
7. Kau check akaun bank kau, takde pun duit masuk. Time ni kalau kau tak sedar lagi dia tu scammer eloklah panggil Ustaz bacakan Yassin kat ubun-ubun.
8. Trick lain, ini aku dapat dari group Facebook. Diorang akan tiba-tiba cakap diorang duduk oversea sebab email akaun tu email luar negara. Belikan baju untuk anak lah, kawan lah.
9. If tak bagi by email, bagi slip bank in pun still kena check. Kalau font pada resit nampak sangat edited, means dia penipu. Always check your bank balance.
So, buat yang rajin jual or beli barang melalui platform Mudah, Carousell atau yang sewaktu dengannya mohon berhati-hatilah dengan golongan macam ni.
Pergi interview kena scam (beria interview last-last tak dapat kerja pun), bercinta kena scam (malaih aku nak citer), jual barang secondhand pun kena scam. Letih lah macam ni.
Jemput tengok Carousell saya.
https://carousell.app.link/5hTt3r6Ttsb
Scammer sila meninggal.
ciksal xyah bercinta kawen je., org dulu2 kawen dulu baru bercinta., ramai je kekal smpi akhir zaman., aminn ya robbal alameinn
ReplyDeleteNampak sangat kat mana- mana pun x selamat kan...ada je scammer...
ReplyDeleteItulah. Nak cari duit halal pun susah. Haish
Deletemcm2 cara depa nak tipu...bercinta pun kena scam, baik angkat kaki awal2...hehe..selamat tinggal romeo!
ReplyDeleteDengan scammer pun kita ucap selamat jalan jugak. Semoga pergi tak kembali
DeleteTrick ni selalu jugak akak terkena masa akak aktif menjual tudung dan buku. Sebab memang dah tahu dari kawan2 ejen, akak pun buat bodoh jelah. Tudung tak sampai RM100, dia konon dah bayar RM1,000. Bila kita tak layan, dia asik call, mesej marah2. Block kan ajer..haha.
ReplyDeleteKan. Tapi ada jugak orang yang percaya tau. Kita apa-apa pun check dulu dengan bank. Orang cerita time marah tu tetibe elok boleh cakap Melayu
DeletePerghh mcm2 peel scammer.ni ye.. Kita x pernah jual baju2 lama ni.. Slalu msk dlm tong derma brg2 terpakai je heheh
ReplyDeleteItu baju terpakai kak Ret. Ini pakai pun tak pernah. Beli ikut nafsu. Huhu
DeleteNasib baik boleh tahu penipu ke tidak.
ReplyDeleteYa. Sebab ada baca pasal taktik ni beberapa minggu lepas. Lagipun cara balas wasap pun macam robot
DeleteSeramnyalah dunia sekarang ni. Scammer ada di mana-mana. Teringat belajar Sejarah Zaman Jahiliyah. Salah satu kegiatan ekonomi mereka ialah dengan merompak. Aduhai, sesungguhnya ada jahiliyah moden di sekitar kita sekarang ini!
ReplyDeleteItulah kak Amie. Zaman sekarang cara merompak lain sebab orang pun dah tak bawak wang tunai. Rompak cara online pulak. Ada je taktik terbaru
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSaya baru je kena scam kat carousel.. dah bank in pastu terus mia..time be4 bank in laju pulak reply.. terbang rm68 kita. Rm68 mcm2 blh beli baju lain 🥲… aku haram kan pmpn tu cuti duit aku
DeletePernah jugak dapat mesej dari scammer mcm ni tapi bila dia kata nak berurusan luar dari Carousell sbb tak percaya Carousell je, terus ignore. Macamana boleh tak percaya Carousell padahal Carousell tak akan release payment kat seller selagi buyer tak confirm dah terima barang.
ReplyDeleteitulah. padahal Carousell yang tak percaya dia. report je biar kena block
Deletehati-hati kena scam dan penipuan ya
ReplyDeletemcm2 idea penipu ni kan..adei la
ReplyDeleteselalu kne mcm tu dlu..mmg kne hati hati
ReplyDeletekat carousell memang banyak dengar kes macam ni. ramai scammer menyamar jadi pembeli dan penjual. kalau yg scam tu nak membeli, tak tanya details barang pun. tahu-tahu kata dah terlebih transfer duit. memang kena hati-hati
ReplyDeleteAllahuakbar, nasib baik lah tak terkena scam. Jahatnya scammer nih !
ReplyDeleteRezeki namanya. Allah lindung
DeleteAduhai!!! baharu tahu taktik scammer yang ni Sal. Terima kasih share.
ReplyDeleteMrs. A rajin dapat yang calling-calling tu dari LHDNlah, ada pinjam keretalah, scammer tu pun bengong call kat office lagilah kita boleh tahu sebab nombor punyalah panjang huhuuhu...
taktik macam ni dia target orang meniaga kecik-kecik. kalau ada kenalan meniaga online, hati-hatilah
DeleteAlhamdulillah xtertipu Allah lindungi Sal
ReplyDeleteAlhamdulillah teringat ada baca pasal kes begini. tu yang berhati-hati
Deletedah pernah kena camni gak dulu kat mudah, tapi tolong sepupu lah jual kamera..sama teknik camni gak..nasib jugak sepupu tu wassap ciksun dulu tanya and tunjuk semua conversation..memang teknik diorang konon2 terlebih bayar ni..apo lah..bila tak layan, siap whatsapp call bagai...ku block aje
ReplyDeleteItulah. Diorang ni ada je mana-mana. Kita jual barang RM15 pun nak scam. Bukan 15K
DeleteZaman sekarang menakutkan sungguh lah keselamatan di bank-bank. Akak pun pernah terkena scam tapi kad kredit le. Bayangkan pukul 12 tengahmalam tiba-tiba ada mes kat phone ada transasi berlaku tapi kat situ tak nampak berapa amaunnya. 2 kali mes. Bila takde jumlah ingatkan takde lah apa-apa. Jadi buat dek je sekali bila dapat bil apasal ada belian padahal masa tu takde beli apa-apa. Contact helpdesk dia. Dia akan semak jika benar tiada pembelian. Rupanya dia curi lagi tapi yang kedua tu dah sampai had jadi tak lepas. Tapi nasib baik juga duit yang dia curi tu dapat balik. Lega......tak pasal kena bayar gitu je. Pelik sebab takde buat apa-apa klik pun kat apss kat facebook ke apa ke. Naya juga iklan kat FB ye.
ReplyDeleteYang selalu calling2 ni lhdn padahal lhdn yang hutang kat kita bukan kita hutang kat dia. haru sungguh.
ReplyDeletememang tak layan la. sejak dh install apps scammer dh boleh elak
ReplyDeleteHati2 dengan seller ni scammer. dah melayang RM425. janji bayar half, kalau dah sampai baru bayar half lagi. tapi sampai sekarang tak post2 dgn pelbagai alasan.
ReplyDeleteNombor akaun cimb : 70750276112 Matthias Anak Lunsa
Nombor telefon : 601173702549
Link seller : https://www.carousell.com.my/u/mat_is/
Lokasi : Mersing, Johor
memang ada lah, satu barang yg sama kena dua kali, "potential buyer" tu kata dia dekat area I, i check lokasi Carousell dia ya memang dekat. Dia minta COD, kata nak cepat, nak bagi anak dia dia nak pergi jauh jauh dah esok, then mintak nombor phone i. barang pun tak mintak tengok gambar, tanya pasal condisi... bila i tak bagi nombor terus offline tak balas dah. Entah betul scammer ke tidak. Dah dua kali dah kena pada benda sama.
ReplyDeletekesian peniaga skrg pun ramai gak kena tipu.. tak boleh percaya 100%
ReplyDelete