Tadom Hill Resorts - Part 2

Tuesday, 30 March 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Bersambung dari entry INI

Petang tu, lepas Asar baru kitorang keluar untuk main ATV. Tiket untuk main ATV ni beli dekat front desk.


Kitorang ambil yang 20 minit tu je. Entahla nak kata mahal ke tidak sebab aku tak pernah survey harga ATV. Suruh bawak keter pun malas. Hahaha.

Lari mood bila dengar bunyi guruh dan tengok awan kelabu

Masa tu risau kalau ATV tidak dibenarkan sekiranya hujan. Bila sampai je tempat ATV (kena jalan sikit dari area resort), terus tanya staff yang bertugas. Diorang kata onz. Unless hujan sangat lebat. Dah kata nak aktiviti lasak kan. Takkan la hujan rintik-rintik nak lari.

Ada kitorang je kat situ

Dari awal sampai THR lagi ND dan SR dah predict yang aku mesti tak nak bawak sendiri. Hahaha. Diorang memang kawan baik aku. Tepat tekaan, aku memang tak berani dan malas nak bawak. Tumpang jelah. Penumpang bayaran RM30 sahaja, tapi bak kata SR patut penumpang kena bayar lebih. Lolz

Jangan risau kalau korang tak confident. Jadilah penumpang macam aku.

Comel tak hakak pakai helmet Mario?


Ada staff yang akan ajar cara bawak ATV. Brader yang bawak kitorang ni, naik ATV hitam kat tengah tu. Terbaik brader tu, sampai port best je, dia berhenti ambilkan gambar. Siap bagi peluang aku berpura-pura bawak sendiri. Padahal kalau orang tu kenal aku rapat, dia conform tahu ini semua fake. Haha.

Overall aku satisfied la pengalaman naik ATV ni walaupun tak bawak sendiri. Benda aku tak minat, takdela rasa menyesal. Kawan-kawan aku happy dan puas hati so aku pun happy jugak. 20 minit tu rasa macam lama tau. Just bawak pusing-pusing area lombong tinggal sebelah resort tu. Tak berapa extreme, tapi ada a few laluan berbatu dan berlopak tapi tak dalam. Pakai kasut ye kalau main ATV ni. Alhamdulillah tak hujan. Awan gelap dan bunyi guruh tu tumpang lalu je.

Lepas main ATV, mengeteh sekejap kat cafe resort. Kat sini ada jugak disediakan gelanggang bola tampar, bola keranjang dan ping pong. Tapi kena bayar deposit. Takut orang bawak lari bola kot. Huhu. Menyesal tak bawak raket sendiri sebab banyak kawasan luas. 

Before maghrib konon nak tengok sunset, tapi sayang terlindung dek bukit. So just lepak-lepak tengok tasik. Memang tujuan gi sini pun nak hang out bertiga. So tak perlu aktiviti full macam kem motivasi.

Malam makan di cafe sama mengeteh tadi

Tadom Hill Resorts ni takdelah ceruk sangat. Dari cafe ni dah boleh nampak highway. Cuma korang jangan buat naya adik Foodpanda pulak order makanan malam-malam buta. Menangis rider tu nak lalu pokok kelapa sawit kiri kanan.


Menu weekdays terhad. Makan jelah apa ada. Rasa boleh tahan. Harga pun standard.

If korang nak, boleh buat barbeque jugak tapi set barbeque kena sewa dengan pihak THR. Ini kalau datang kumpulan besar syok lah. Malam orang dah agak ramai berbanding siang tadi. Sampai lambat agaknya. Tengok satu group tu buat barbeque rasa nak bawak pinggan.

Lepak dekat gazebo sambil chit chat. Jangan lupa tutup lampu dan kipas lepas selesai.


Suasana malam kat THR ni memang sunyi. Just mind your safety dan jangan berani sangat sebab belakang tu kebun kelapa sawit. If sejenis penakut, better gi time weekend. Meriah sikit. 

Tidur malam memang selesa sebab takde nyamuk. Pihak resort siap sediakan ubat nyamuk elektrik dalam bilik. Sejuk sebab bukak aircond. THR ni bukannya betul-betul dalam hutan so jangan expect sejuk cam tido kat Taman Negara. Oh by the way, Banting dengan Sepang dekat, so kerap dengar bunyi kapal terbang. Tapi kalau dah penat, tak heran dah bunyi apa pun. Gentle reminder, resort kat sini semua dinding buluh jadi sila jangan cakap kuat-kuat. Pecah rahsia kerajaan guest bilik sebelah dengar. Haha.

Hari pertama di Tadom Hill Resorts done.
Read More

Tadom Hill Resorts - Part 1

Saturday, 20 March 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Sejak kerajaan announce boleh rentas daerah, mulalah otak aku ligat berfikir kat mana seronok jalan-jalan dalam negeri Selangor ku yang tercinta ni. Lagipun lama tak hang out dengan my two BFFs, ND dan SR. Harus diingat, Covid19 masih belum berakhir, so tak nak pergi tempat ramai orang. Solution untuk tak nak ramai orang, pergi hari bekerja. Pinjam SR sekejap dari anak kecik dan suami dia. Lagipun aku dan ND banyak cuti carry over dari tahun lepas. WFH dan tak boleh pergi oversea, memang cuti terkumpul begitu sahaja.

Dipendekkan cerita, kitorang setuju untuk ke Tadom Hill Resorts (THR) yang terletak di Banting, Selangor. Nak pergi Banting sekarang tak susah dah sejak ada Max Highway dan applikasi Waze. Booking bilik di THR, kena melalui official website resort. Kalau guna apps hotel lain memang tak jumpa. Sewaktu entry ni ditaip, ada promotion 18% untuk menginap kat sana. Rajin-rajin la check socmed diorang untuk promo terbaru okay.

THR dulu viral waktu mula-mula dibuka sekitar 2015 tapi biasalah aku, sibuk plan trip gi Australia, 'tak nampak' pun tempat ni. Berlagak kau ye! Hahaha. 

Nak tahu best ke tidak resort ni, teruskan membaca

Kami bertolak tengahari, so singgah lunch di Cafe Mai Check Mai sebelum sampai Tadom Hill. Takde sape rekemen, main google je tempat makan dekat dengan THR.

Cafe ni menghidangkan lauk-lauk masakan kampung. Masa kami sampai dah hampir pukul 2, jadi lauk dah tinggal sikit.

Pantang ayam lah konon so amik ikan kembung masak kicap, kuah asam rebus dan ulam. Harga bolehla tahan. Tak mahal, tak murah.


Nak sampai ke THR, kena lalu jalan yang agak teruk dan sunyi. Mula-mula aku ingat kitorang salah jalan. Tahulah waze kalau masuk hutan sikit line hilang.  Aku syak orang kampung sini semua pakai  Hilux. Pandu dengan hati-hati ye. Lagi-lagi kalau sampai malam.

Jangan risau bab parking sebab banyak dan percuma! Tempat parking aku tak amik gambar. Open air ye takde bumbung. 

Keistimewaan penginapan di Tadom Hill adalah ia menggunakan buluh. Rare kan

Ada macam-macam jenis penginapan di Tadom Hill Resort, bergantung pada keselesaan. Nak yang bilik air di dalam atau di luar, ada kipas atau aircond, tidur atas katil, floor mattress mahupun hammock. Boleh buat pilihan di SINI. Kami pilih Semantan Chalet, sekali dengan bilik air. Nak close to nature, tapi tak cukup adventurous. Takpelah zaman sekolah dulu puas dah camping. Hahaha.

Sampai dalam pukul 3, beritahu staf di kaunter nama orang yang book bilik pastu terus dapat kunci. Krik krik sangat sebab orang tak ramai.


3 katil. Ok la tu sorang satu

Yang tak bestnya, bila dinding buluh, takde tempat sangkut baju. Lagi satu, bila borak kuat kat sini memang jiran sebelah menyebelah boleh dengar.


Petang lepas check in, cuaca masih panas, takde mood la nak buat apa-apa. So rehat-rehat je.

Pusing-pusing ambil gambar sambil merancang nak buat apa

Antara tarikan utama THR ni adalah aktiviti air dia. 

Walau kau Pandelela Rinong sekalipun, bila nak masuk tasik kena pakai life jacket. 

Ada lifeguard jaga, tapi takde yang macam The Rock dalam cite Baywatch.

THR takde sungai atau pantai, tapi tasik buatan manusia yang merupakan bekas lombong. Kedalaman tasik di THR ni orang kata lebih 25 kaki. Sebab tu lifejacket adalah wajib.

Posing dulu sebab masih panas.

Sunyi je tempat ni, takde orang sangat. Dah kata hari bekerja.



Kawan-kawan aku cakap nak buat aktiviti darat dulu so ikut majoriti. Aku ni hantu air. Kalau tanya nak buat apa memang aku jawab terjun dalam tasik. Hahaha. So, ktorang pilih ATV sebab ND cakap ATV kat Tadom ni jauh lebih murah. Aku tak pernah naik so tak taula . 

If korang tak nak menginap, boleh je ambil Day Pass atau Beyond Day Pass. Senarai aktiviti dan harga boleh rujuk bawah ni. Datangla seawal tempat ni dibuka iaitu pukul 9 pagi. Baru boleh try semua tu pun kalau larat. Tapi kalau menginap, aktiviti Day Pass adalah percuma.


Nanti next entry sambung pasal naik ATV plak. Thanks for reading!
Read More

Melaka Solo Trip - Muzium Rakyat, Kecantikan dan Layang-Layang Melaka

Friday, 12 March 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Entry throwback sambungan solo trip aku ke Melaka.  Aku ada mention yang aku melawat salah satu muzium di tengah bandar kan? Muzium tersebut adalah Muzium Rakyat, Kecantikan dan Layang-Layang Melaka. Amboi rajin kan aku bukan setakat satu, tapi pergi tiga muzium sekali.




Harga masuk muzium ni murah sahaja : RM 5. Satu harga boleh tapau sampai 3 muzium sekali. Murah kan? Muzium ni terletak di Bukit St Paul, betul-betul di tengah Banda Hilir.


Masa aku pergi ni takde orang. Hanya ada 2 orang pekerja kaunter. Aku malas nak bawak beg dan barang aku shoping so tinggalkan untuk diorang jaga.




Bahagian Muzium Rakyat terletak di tingkat satu. Cerita tentang bangsa-bangsa yang ada di Melaka, pemakaian, cara hidup, makanan tradisional dan lain-lain. Menarik jugak sebab Melaka ni kan terkenal dengan kepelbagaian bangsa. 

Muzium Kecantikan terletak di tingkat 2. Aku pergi dengan harapan habis lawatan tetibe cantik. Eh. 

Amalan pemakaian gelang leher oleh masyarkat Padaung di Burma (kini Myanmar). Rahsia mendapat leher jinjang






Sesetengah amalan agak ekstrem, macam ni. Sanggup pakai alat untuk leperkan kepala


Jujur aku cakap, bila sorang-sorang dikelilingi artifak dan gambar lama ni seram la jugak. Dengar buyi berdenting je aku toleh. Hahaha. Dasar penakut!


Korset yang digemari masyarakat Eropah dan Amerika yang obses untuk langsing



Kasut yang dipakai golongan China dahulu kala yang percaya kaki yang cantik adalah kaki yang kecil

Lama aku di Muzium Kecantikan. Biasalah perempuan kan. Seronok tengok bagaimana setiap kaum mendefinasikan apa itu 'cantik'. Beauty is pain. Kesian pun ada. Amalan kuno begini masih diamalkan tetapi hanya segolongan kecil. Syukurlah zaman sekarang nak cantik senang je - pakai filter. Muka hauk pun boleh jadi Beyonce.

Next kita ke Muzium Layang-Layang pulak di tingkat tiga.

Rupanya setiap negeri ada wau sendiri ye. Aku tau Wau Bulan je pasal ada lagu. Ewa..ewa...ewau bulei.. Ewau Bulei teraju tigooo




Selain wau, ada jugak cerita pasal permainan tradisional lain seperti gasing dan congkak.




Sebelum balik, aku singgah Meteor Garden Galeri Meteor. Kecik tapi informatif. Banyak informasi astronomi dan serpihan tahi bintang dipamerkan.


Itu meteor sebenar ye. Ko nampak tu ada angkasawan jaga.

Lama aku kat sini. Kadang-kadang seronok gi muzium sorang-sorang. Nak spend berapa lama kat certain exhibit pun buatlah. Tak ada sape nak kacau.

Perut pun dah lapar. Badan dah penat. Marilah cari makan dan check in hotel. Korang kalau ke Melaka, bolehla try melawat muzium ni. Tiket murah, exhibit pun banyak yang menarik. Itu pun banyak aku tak ambil gambar. Siapa kata kalau sorang-sorang tak boleh have fun?

Read More