Staycation at Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur

Tuesday 16 February 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Cerita pertengahan Disember 2020, masa PKPB. Staycation di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Hotel RC juga ada cawangan di Cherating, Penang, Seremban dan juga Hyde Park, London. Nak tahu pasal cawangan-cawangan lain dan info pasal rangkaian hotel lima bintang ni boleh rujuk official website.

Lima bintang katanya. Tapi sebab promo PKPB, merasa la 2 ketul rakyat marhein ni jadi golongan kayangan. Harga after promo RM 142 tanpa breakfast. Campur tax jadi RM149. Bolehla. Hotel RC bukan hotel yang asing bagi aku. Zaman kegemilangan opis tempat aku keje, sinilah tempat favourite diorang buat event. Zaman kaya lah. Zaman gawat ni nak claim OT pun banyak cerita. Hehe. Tapi inilah first time aku menginap di sini. Istilah glamour ; staycation. Istilah leman ; tido hotel.

Hari kejadian, dah plan dengan blogger Anies (takde orang lain ke? Haha) nak jumpa kat sana around pukul 3. Tapi tulah, bulan Disember kan sokmo hujan, jadi Anies sangkut tengah jalan. Aku yang lebih dekat sampai dulu. Tak bawak kete tapi naik Grab. Feeling kayangan sangat kan ko.

Rindu zaman buat event kat hotel ni

Masa nak check in aku tengok ada ramai budak-budak remaja pakai jersi. Rupanya ada event perjumpaan atlit SUKMA ke apa entah. Maybe bilik penuh so kitorang dapat upgrade dari Superior Room ke Executive Suite for free! Wah, rezeki. Superior Room takde ruang tamu dan hanya bersaiz 40sqm. Executive Suite complete ruang tamu dan meja makan. Saiz bilik pula adalah 70sqm.

Ruang tamu + ruang makan

Asalnya booking twin bed. Tapi bila dah upgrade, dapat double bed. Nasib baik katil besar. Bolehla nak amalkan penjarakan fizikal semasa tido

Bath tub yay!!

Bilik air je 1/3 saiz the whole room. Sebelah boleh mandi sementara roommate tunaikan hajat kat sebelah. Datang dengan suami bolehla. Kalau dengan member orang kata buang tebiat



Dari segi view takdela impressive. Nampak bandar Kolumpo ku yang tercinta

Hotel RC ni belakang Pavilion. So malam tu lepak sana layan deko Krismas. Berangan kat Europe le tu. 



Termenung ku sendiri...

Bila hujan barulah takde orang bertenggek kat air terjun ni

Lepas shopping kat Coach dengan Hermes Birkins Mercato Supermarket kitorang balik la ke hotel. Takkan nak pergi area Changkat pulak. 

Check out macam biasa pukul 12 tengahari hari esoknya. Kitorang tak amik breakfast so keluar awal sikit sebab nak gi breakfast/lunch kat Luckin Kopi. Before lunch pergi usha area swimming pool. Tak mandi sebab  Anies lupa bawak bikini. Hehe. Jangan marah Anies..

Kawasan pool ditutup kerana PKPB kot

Tuala-tuala bersidai tu conform bilik budak-budak atlit yang aku cakap tu


View dari kejauhan

Cerita lepak di Luckin Kopi boleh baca SINI

Positif review : Bilik besar, deko klasik dan mewah, katil selesa, bilik air tip top (cuma bath tub leaking sikit) dan sterika dah sedia dalam bilik so tak perlu mintak dari housekeeping. Alhamdulillah takde jumpa hantu. Hahaha.

Negatif review : Aircond tak sejuk! Aku ni nampak je kecik tapi tak tahan panas ye. Biasalah kan darah Liverpool. Haha. Endingnya aku tak lena tidur. Bangun pagi rasa macam dalam sauna. Tapi Anies aku tengok OK je. Entahlah.

Korang pernah ke tido hotel ni? Meh la share pengalaman dengan aku. 

Bila entah dapat staycation lagi... PKP di KL dan Selangor sambung lah pulak. Adoi

50 comments

  1. wei RC bkt bintang dah tutup laa kobit nyer psl laa ni😓

    saja tinggalkan bikini kat rumah supaya pak ali hlg morning sickness nya buat kali keempat😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke dh tutup. Tak sempat nak tido situ. Lawan leipzig nanti pakai bikini ko. Mana tau ada tuah

      Delete
    2. see? bla pakai bikini trs abam ali ��������������

      Delete
    3. Sebenarnya abam ali x neves sbb aku x tengok. Selalu aku tak tengok mesti menang

      Delete
  2. rindunyaaa, lama tak staycation dekat memana ni huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pkpb boleh staycation. Pkp tak dapat la. Sabar ye

      Delete
  3. Captionnya dibawah pohon Natal kenapa termenung itu, kak :) ?.
    Bersih ya hotelnya, bikin betah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Termenung fikir bila covid19 nak habis. Yup, hotel ni bersih

      Delete
  4. baru je pegi hotel ni bulan lepas..cantik hotel ni, Terengganu design..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh elemen negeri terengganu rupanya. Baru tau

      Delete
  5. Replies
    1. nasi tambah..
      ni masa ampang jaya xde air ke ciksal? hehehe

      Delete
    2. Tak ingat pulak. Rasanya bukan

      Delete
  6. Oh akak tidur hotel di hotel murah sahaja.
    Wah baru tahu Sal tidak tahan panas. Hehe tidak pernah rasa panas tidur hotel. Selalu rasa terlebih sejuk. Nasib baik bantal dan selimut sedap ditarik tutup badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teori saya sebab ramai yang stay. Sebab tu aircond tak cukup. Haha. Memandai je

      Delete
  7. WOW BERADU DI HOTEL MEWAH TERBAIK SAL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada promo bolehla. Huhu. Kalau x harga kayangan

      Delete
  8. Pernah pergi sini untuk reunion sekolah SABGS tapi sesat barat nasib baik tak sampai singapore. Senior kita orang Datuk Atikah Adom syorkan sini sebab dia biasa lepak sini. Tapi makanan dia sedap dan deko hotel memang ohsem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, makanan dia memang sedap.time event dulu bila time makan memang amik macam-macam. Company bayar, boleh la. Hehe

      Delete
  9. hahhaha seronok nya, dah lama x gi staycation..
    hahah lama la sangat kan...
    padahal tahun lepas rasa nya 3, 4 kali jgk la staycatin...

    harap tahun ni dapat le stay mana-mana....
    rindu nak kuis2 kaki dalam pool :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni ntah bila la dapat. Best kan dapat kuis-kuis kaki kat pool. Tetibe dah ada kat dalam

      Delete
  10. Bestnya menginap di hotel kayangan. Tapi sayanglah pulak kalau tak lena tidur. Biasanya tidur di hotel rasa tak nak bangun pagi, tarik selimut adalah hahahahaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Rugi betul.bilik kat rumah lagi sejuk

      Delete
  11. Tak pernah tidur kat sini.. Attend event pernahlah.. Lama dahulu.. hahaha.. Tapi kalau aircond tak sejuk memang yak bestlah.. Itu antara perkara wajib owh kalau tidur hotel.. Aircond kena sejuk.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan. Masa nak check out tu benda pertama saya complain

      Delete
    2. Memang wajib complain.. Hilang feel berseronok di hotel bila aircond tak sejuk..

      Delete
  12. Replies
    1. Tunggu selangor habis pkp. Tapi kalau pkpb pun bukan dapat mandi kolam

      Delete
  13. rindu dah nak tidur2 hotel ni. lama sungguh tak jalan2 akak ni. terperap je dlm rumah. sedih kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke. Takpelah kak, anggap ni korban sikit nak jaga kesihatan musim pandemik ni. Covid dah pulih nanti kita travel cam dulu2

      Delete
  14. Hotel tu cantik. Sesuai sangat grab masa pandemik ni, dapat harga promo. Tapi kesian lah pulak air con tak sejuk.. Tak pe lah sambung tido lena di rumah pulak ya Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Metabolisme tinggi sangat kot. Anies takde pulak complain

      Delete
  15. sekarang ni musim pkpb banyak hotel buat promo so rajin laa checkin. kalau tak promo, jangan harap sbb harga mahal sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes setuju. Royal chulan ni kalau tak promo jangan berangan la nak dapat harga below rm150

      Delete
  16. Termenung kenapa tu hehehe
    Nampak selesa hotelnya lagi2 ada promo lagi tertarik la orang2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termenung memikirkan covid bila nak habis da

      Delete
  17. RC memang selesa, bestla upgrade for free...akak suka kat sini..biasa kat sini sebab company ada event..makan sedap..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak. Makanan dia memang sedap. Kalau ada buffet breakfast memang amik dah

      Delete
  18. Untung sangat tu dapat executive room. Tak pernah stay lagi mana² RC Hotel. 5 bintang mampu tengok dari kejauhan je. Suka gak tengok bilik di klasik, luas tu best. Ala spoil pulak air cond problem. Amboii darah Liverpool 0-2 :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah liverpool makin sejuk sejak asyik masuk gua. Time promo pkpb jela merasa duduk 5 bintang. Selalu tu 3 je

      Delete
  19. Menarik tempat pginapan tu..Sama la sal..shida pn xtahan panas juga tp bkn la berdarah liverpool ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Berdarah liverpool tapi makan tempoyak. Acane tu

      Delete
  20. berjaya la jugak staycation kt RC.. nanti meh duduk kt penang pulak tgk laut. hahah
    anies belum muncul lg entri RC dia. korang bt apa dlm bath tub? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Apa barang duduk dalam bathtub dengan Anies. Anies x heran bathtub. Dia dok rilek layan tv

      Delete
    2. mana la tau main sabun ke.. hahah sbb dulu pernah mandi dgn kwn2 pakai bikini

      Delete
    3. Anies x bawak bikini. Haha

      Delete
  21. Wah, rezeki tu dapat upgrade bilik. Moga lepas ni akan ada banyak lagi siri staycation Sal dgn Anies 😊

    ReplyDelete
  22. Bestnya.. cantik betul bilik hotel delay dgn shopping complex lak Tu best

    ReplyDelete
  23. Cantik hotelnya ala nusantara design. Suka pula tengok Sal holiday tengah-tengah bandar, meriah Pavillion, termenung tu yang mahal tepi pokok kismis.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah