Assalamualaikum dan hai semua. Cerita pertengahan Disember 2020, masa PKPB. Staycation di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Hotel RC juga ada cawangan di Cherating, Penang, Seremban dan juga Hyde Park, London. Nak tahu pasal cawangan-cawangan lain dan info pasal rangkaian hotel lima bintang ni boleh rujuk official website.
Lima bintang katanya. Tapi sebab promo PKPB, merasa la 2 ketul rakyat marhein ni jadi golongan kayangan. Harga after promo RM 142 tanpa breakfast. Campur tax jadi RM149. Bolehla. Hotel RC bukan hotel yang asing bagi aku. Zaman kegemilangan opis tempat aku keje, sinilah tempat favourite diorang buat event. Zaman kaya lah. Zaman gawat ni nak claim OT pun banyak cerita. Hehe. Tapi inilah first time aku menginap di sini. Istilah glamour ; staycation. Istilah leman ; tido hotel.
Hari kejadian, dah plan dengan blogger Anies (takde orang lain ke? Haha) nak jumpa kat sana around pukul 3. Tapi tulah, bulan Disember kan sokmo hujan, jadi Anies sangkut tengah jalan. Aku yang lebih dekat sampai dulu. Tak bawak kete tapi naik Grab. Feeling kayangan sangat kan ko.
Masa nak check in aku tengok ada ramai budak-budak remaja pakai jersi. Rupanya ada event perjumpaan atlit SUKMA ke apa entah. Maybe bilik penuh so kitorang dapat upgrade dari Superior Room ke Executive Suite for free! Wah, rezeki. Superior Room takde ruang tamu dan hanya bersaiz 40sqm. Executive Suite complete ruang tamu dan meja makan. Saiz bilik pula adalah 70sqm.
Hotel RC ni belakang Pavilion. So malam tu lepak sana layan deko Krismas. Berangan kat Europe le tu.
Check out macam biasa pukul 12 tengahari hari esoknya. Kitorang tak amik breakfast so keluar awal sikit sebab nak gi breakfast/lunch kat Luckin Kopi. Before lunch pergi usha area swimming pool. Tak mandi sebab Anies lupa bawak bikini. Hehe. Jangan marah Anies..
Positif review : Bilik besar, deko klasik dan mewah, katil selesa, bilik air tip top (cuma bath tub leaking sikit) dan sterika dah sedia dalam bilik so tak perlu mintak dari housekeeping. Alhamdulillah takde jumpa hantu. Hahaha.
Negatif review : Aircond tak sejuk! Aku ni nampak je kecik tapi tak tahan panas ye. Biasalah kan darah Liverpool. Haha. Endingnya aku tak lena tidur. Bangun pagi rasa macam dalam sauna. Tapi Anies aku tengok OK je. Entahlah.
Korang pernah ke tido hotel ni? Meh la share pengalaman dengan aku.
Bila entah dapat staycation lagi... PKP di KL dan Selangor sambung lah pulak. Adoi
wei RC bkt bintang dah tutup laa kobit nyer psl laa ni😓
ReplyDeletesaja tinggalkan bikini kat rumah supaya pak ali hlg morning sickness nya buat kali keempat😆
La ye ke dh tutup. Tak sempat nak tido situ. Lawan leipzig nanti pakai bikini ko. Mana tau ada tuah
Deletesee? bla pakai bikini trs abam ali ��������������
DeleteSebenarnya abam ali x neves sbb aku x tengok. Selalu aku tak tengok mesti menang
Deleterindunyaaa, lama tak staycation dekat memana ni huhuhu
ReplyDeleteKalau pkpb boleh staycation. Pkp tak dapat la. Sabar ye
DeleteCaptionnya dibawah pohon Natal kenapa termenung itu, kak :) ?.
ReplyDeleteBersih ya hotelnya, bikin betah.
Hehe. Termenung fikir bila covid19 nak habis. Yup, hotel ni bersih
Deletebaru je pegi hotel ni bulan lepas..cantik hotel ni, Terengganu design..
ReplyDeleteOh elemen negeri terengganu rupanya. Baru tau
Deletechantek
ReplyDeletenasi tambah..
Deleteni masa ampang jaya xde air ke ciksal? hehehe
Tak ingat pulak. Rasanya bukan
DeleteOh akak tidur hotel di hotel murah sahaja.
ReplyDeleteWah baru tahu Sal tidak tahan panas. Hehe tidak pernah rasa panas tidur hotel. Selalu rasa terlebih sejuk. Nasib baik bantal dan selimut sedap ditarik tutup badan.
Teori saya sebab ramai yang stay. Sebab tu aircond tak cukup. Haha. Memandai je
DeleteWOW BERADU DI HOTEL MEWAH TERBAIK SAL
ReplyDeleteAda promo bolehla. Huhu. Kalau x harga kayangan
DeletePernah pergi sini untuk reunion sekolah SABGS tapi sesat barat nasib baik tak sampai singapore. Senior kita orang Datuk Atikah Adom syorkan sini sebab dia biasa lepak sini. Tapi makanan dia sedap dan deko hotel memang ohsem.
ReplyDeleteYup, makanan dia memang sedap.time event dulu bila time makan memang amik macam-macam. Company bayar, boleh la. Hehe
Deletehahhaha seronok nya, dah lama x gi staycation..
ReplyDeletehahah lama la sangat kan...
padahal tahun lepas rasa nya 3, 4 kali jgk la staycatin...
harap tahun ni dapat le stay mana-mana....
rindu nak kuis2 kaki dalam pool :D
Tahun ni ntah bila la dapat. Best kan dapat kuis-kuis kaki kat pool. Tetibe dah ada kat dalam
DeleteBestnya menginap di hotel kayangan. Tapi sayanglah pulak kalau tak lena tidur. Biasanya tidur di hotel rasa tak nak bangun pagi, tarik selimut adalah hahahahaaa!
ReplyDeleteTulah. Rugi betul.bilik kat rumah lagi sejuk
DeleteTak pernah tidur kat sini.. Attend event pernahlah.. Lama dahulu.. hahaha.. Tapi kalau aircond tak sejuk memang yak bestlah.. Itu antara perkara wajib owh kalau tidur hotel.. Aircond kena sejuk.. hahaha..
ReplyDeleteHa kan. Masa nak check out tu benda pertama saya complain
DeleteMemang wajib complain.. Hilang feel berseronok di hotel bila aircond tak sejuk..
DeleteTeringinnya nak staycation! :)
ReplyDeleteTunggu selangor habis pkp. Tapi kalau pkpb pun bukan dapat mandi kolam
Deleterindu dah nak tidur2 hotel ni. lama sungguh tak jalan2 akak ni. terperap je dlm rumah. sedih kan.
ReplyDeleteYe ke. Takpelah kak, anggap ni korban sikit nak jaga kesihatan musim pandemik ni. Covid dah pulih nanti kita travel cam dulu2
DeleteHotel tu cantik. Sesuai sangat grab masa pandemik ni, dapat harga promo. Tapi kesian lah pulak air con tak sejuk.. Tak pe lah sambung tido lena di rumah pulak ya Sal.
ReplyDeleteItulah. Metabolisme tinggi sangat kot. Anies takde pulak complain
Deletesekarang ni musim pkpb banyak hotel buat promo so rajin laa checkin. kalau tak promo, jangan harap sbb harga mahal sangat.
ReplyDeleteYes setuju. Royal chulan ni kalau tak promo jangan berangan la nak dapat harga below rm150
DeleteTermenung kenapa tu hehehe
ReplyDeleteNampak selesa hotelnya lagi2 ada promo lagi tertarik la orang2 hehe
Termenung memikirkan covid bila nak habis da
DeleteRC memang selesa, bestla upgrade for free...akak suka kat sini..biasa kat sini sebab company ada event..makan sedap..hehhehe
ReplyDeleteHaah kak. Makanan dia memang sedap. Kalau ada buffet breakfast memang amik dah
DeleteUntung sangat tu dapat executive room. Tak pernah stay lagi mana² RC Hotel. 5 bintang mampu tengok dari kejauhan je. Suka gak tengok bilik di klasik, luas tu best. Ala spoil pulak air cond problem. Amboii darah Liverpool 0-2 :p
ReplyDeleteDarah liverpool makin sejuk sejak asyik masuk gua. Time promo pkpb jela merasa duduk 5 bintang. Selalu tu 3 je
DeleteMenarik tempat pginapan tu..Sama la sal..shida pn xtahan panas juga tp bkn la berdarah liverpool ^_^
ReplyDeleteHahaha. Berdarah liverpool tapi makan tempoyak. Acane tu
Deleteberjaya la jugak staycation kt RC.. nanti meh duduk kt penang pulak tgk laut. hahah
ReplyDeleteanies belum muncul lg entri RC dia. korang bt apa dlm bath tub? hahaha
Haha. Apa barang duduk dalam bathtub dengan Anies. Anies x heran bathtub. Dia dok rilek layan tv
Deletemana la tau main sabun ke.. hahah sbb dulu pernah mandi dgn kwn2 pakai bikini
DeleteAnies x bawak bikini. Haha
DeleteWah, rezeki tu dapat upgrade bilik. Moga lepas ni akan ada banyak lagi siri staycation Sal dgn Anies 😊
ReplyDeleteHahaha. Nak staycation kat oversea plak.
DeleteBestnya.. cantik betul bilik hotel delay dgn shopping complex lak Tu best
ReplyDeleteCantik hotelnya ala nusantara design. Suka pula tengok Sal holiday tengah-tengah bandar, meriah Pavillion, termenung tu yang mahal tepi pokok kismis.
ReplyDelete