Assalamualaikum dan hai semua! PKP tiba lagi, bermakna job task aku makin berkurang. Every work day is a slow day. Nampak macam makan gaji buta, tapi bukan pintaku lahir ke dunia, tidak kuduga cacat beginiiiiiiii *Sindrom orang merindui pusat karaoke*
Since pusat karaoke tutup, wayang pun tutup (urgh, ini pun aku rindu), kita tengok movie di rumah je. Drama bersiri aku malas follow, aku sound korang siang-siang. Dulu rajin jugak, zaman sekolah dan zaman universiti. Sebut je apa sinetron, drama Pinoy, siri omputih, drama Jepun, slot smarinda, semua aku khatam. Dari Desperate Housewives ke Pengako Sayo, Spa Q, Meteor Garden, GTO mahupun Bawang Merah Bawang Putih. Apa sangatlah 200 episod.
Cuma drama Korea je tak kena dengan jiwa aku walaupun dah pernah paksa diri tengok. PKP first time dulu try layan drama viral 'World of the Married' tapi endingnya macam celaka. Aku masih menyumpah ke hari ini.
Anyway, enough membebel. Entry ni untuk rekemen movie, bukan cari gaduh dengan peminat drama Korea. Hahaha. Biasala tu. Aku minat citer hindustan, selalu dengar orang kata citer hindustan merepek tapi kisahlah pulak aku. So, let's check out 2 movie aku nak rekemen (bukan filem hindustan, I promise)
Filem ni berlatarkan Eropah zaman prasejarah, 20 000 tahun yang lampau. Zaman di mana manusia hidup dengan memburu untuk makan dan mencerap formasi bintang sebagai pemandu arah. Watak utama filem ini adalah Keda (lakonan Kodi Smit), seorang pemburu muda yang terpisah dari puaknya semasa 'The Great Hunt'. Semasa Keda cuba mencari jalan pulang, dia bertemu seekor serigala yang cuba membunuhnya. Keda berjaya mengalahkan ia, tapi tak sampai hati nak membunuh serigala tersebut. Serigala tersebut dirawat dan dijadikan teman perjalanan lalu dinamakan Alpha.
Filem ni OK lah nak layan bersama famili. Tentang persahabatan manusia dan serigala. Sambil tu boleh lihat cara hidup orang zaman batu. Buat kita bersyukur dilahirkan zaman moden. Nak api petik je lighter, tak payah gosok kayu. Filem rekaan tak mungkin 100% tepat dengan sejarah, tapi kalau ikut kajian, 20 000 tahun dahulu bumi banyak dilitupi ais dan manusia di zaman tersebut sudah pandai membuat senjata dari kayu dan batu. Bahasa yang digunakan dalam filem ini pula adalah bahasa rekaan Profesor Christine Shreyer, seorang pengkaji asal-usul peradaban manusia. One thing yang aku respect penerbit filem ni adalah diorang buat research dan takdelah buat skrip membabi buta.
Seriousness aside, watak Alpha tu sangat comel OK. Tonton jika korang suka The Revenant, 127 Hours, Call of The Wild dan Mowgli.
Asyik filem serius je, kali ni layan romantik komedi pulak. Lakonan Amanda Bynes sebagai Sydney White, seorang gadis yang berperwatakan agak tomboy tapi bercita-cita meneruskan legasi mendiang ibu sebagai ahli sorority. Sorority ni macam persatuan di universiti di mana ahlinya memiliki rupa paras menarik dan terkenal di kampus. Malangnya ketua sorority, Rachel Witchburn, lakonan Sara Paxton benci dengan Sydney sebab ex boyfriend Rachel merangkap lelaki paling hot di Southern Atlantic University, Tyler Prince (lakonan Matt Long) suka dekat Sydney.
Uniknya filem ni sebab dia ala-ala Snow White zaman moden. Sydney bersahabat baik dengan 7 orang pelajar lelaki geek di kampus yang sering digelar 'loser' kerana perwatakan dan minat yang pelik. Agak cliche tapi mana je filem macam ni yang tak predictable kan.
Tonton jika korang suka Mean Girls, Sorority Bunny, Easy A, Legally Blonde, She's The Man dan jika korang peminat Amanda Bynes macam aku. Awal tahun 2000-an dia ada show dia sendiri iaitu The Amanda Show yang ditayangkan di saluran Nickelodeon. Ingat lagi arwah nenek aku kata aku tengok cerita merapu sebab Amanda Show ni mostly sketsa komedi dan Bynes serta pelakon tambahan lain selalu bersolek dan memakai kostum untuk menjiwai watak. Bynes tak takut nampak hodoh demi karekter dan dia ada slang country yang unik.
Sayangnya Amanda Bynes ni terjebak dengan pelbagai masalah dan sejak 2010 mula menghilang dari dunia lakonan. Semoga kembali ke pangkal jalan ye. Ramai peminat rindu.
By the way, aku dengan Amanda Bynes ni sama birthday tau. Ha.. Saja bagitau walaupun tak penting. Lol.
OK lah, tu je nak membebel. Asal update entry je panjang berjela. Tabah la membaca ye.
alpha tu wak penah tonton jugak., mcm biasala wak xde komen kecuali kalo ko mintak review., hehehe
ReplyDeleteHaha. Wak review la cite lain plak
DeleteHaha tengah malas tengok filem. Apapun sahaja hendak tahu sinopsis filem-filem supaya takdelah nampak naif sangat.
ReplyDeleteManala tau kan in future tertengok ke, dah tau jalan cite in advance
Deletehahahaha jangan carik gaduh dengan peminat citer korea tau. Banyak die hard fan kat luar tu. hehehehe Amanda tu akak macam pernah tertenguk dia punya show tapi rasanya dah lama. Dia tak cantik tapi unik kan.
ReplyDeleteMembebel panjang-panjang pun takpe sal.....hehehe suka je baca. opss
Haah, amanda tu comel, maybe sebab dia nampak ceria je. Gaduh dengan peminat kdrama ni dah biasa. Tapi gaduh2 manja la. Minat orang kan lain2
Delete2x tgk poster sydney tu... igt kan Meghan Markle heheh
ReplyDeleteHaha. Meghan markle tak main la citer fairytale. Dia kawin dengan prince in real life
DeleteMacam menarik Alpha tu...persahabatan manusia dan serigala.
ReplyDeleteSerigala tu comel dan setia. Macam anjing jugak
Deletehaha klu dpt tau birthday kita sama dgn birthday artist, mmg best ! hahahaha
ReplyDeleteHaha kan. Padahal kita dengan artis tu macam langit dengan bumi
DeleteBaik, letak dalam list 2 movie ni. Hehe..apalah sangat 200 episod tu kan. memang layan betul bawang putih bawang merah tu. Dulu zaman U layan je semua cerita best.Banyak masa lah katakan. Haha..Sekarang ni dah terlampau banyak tak tahu nak tengok mana satu dah.
ReplyDeleteTulah kan. Zaman U dulu sanggup tunggu hari-hari depan TV. Sekarang senang ada netflix la hulu la. Tu yang tak tau nak tengok mana
DeleteBestnya cerita ni. Terus rasa tertarik, dan nak cari masa untuk menonton. Tq for sharing ye Sal.
ReplyDeleteWorld of married tu akak x tgk sal sbb x suka ceta yg mcm tu.. kalau nk lain kdrama kayan uncanny counter skrg
ReplyDeleteSaya tertarik sebab viral je. Haha. Kawan saya pernah cakap saya tak minat cerita Korea sebab tak tengok yang best. Mungkin jugak. Uncanny counter tu nanti saya suggest kat adik saya. Dia minat cite korea
Deletemenarik ulasan sal suka dibaca
ReplyDeleteWah.. Dapat pujian dari penulis hebat macam kak PI. Kembang sekejap
DeleteWahnmama suka romantic komedi
ReplyDeleteSama la saya pun suka. Genre favourite
DeleteTak apa. Masa PKP ni buat je mana-mana yang Sal rasa bahagia. Hehe. Eza tak berpeluang lagi tengok movie yang Sal review. Apapun, tq tau sharing.
ReplyDeleteTulah. Buat je apa suka janji masa terisi. Selalu tu sibuk keje, sibuk berjalan. Duduk rumah selagi boleh sekarang ni kena kreatif nak hilangkan bosan
DeleteNampak menarik jea filem yang pertama tue.. Nanti nak cari la..
ReplyDeletetakpeee...setiap orang ada minat dan citarasa berbeza...termasuklah genre drama dan filem yang disukai...haaa gituuu
ReplyDeleteBetul2. Mohon netizen jangan kecam saya.
DeleteAlahai citer Alpha dan lain-lain kalau suka tu semua Mrs. A tak pernah tengok lagi so kekdahnya tak sesuaila kot dengan Mrs. A huhuuuu..
ReplyDeleteLegally Blonde Mrs. A suka ermmm... bolehlah kot nak nonton Sydney White nih!
Sangat pelik seorang Sal tak minat Korea eh! Sal cuba la nonton KDrama tajuk W - Two Worlds Apart mesti tersuka punya cause Mrs. A dah tengok banyak kali tak jemu-jemu tau hero citer tu Lee Jong Suk heroin pulak Han Hyo Joo
Pelakon korea saya tau muka je, tak tau nama. Hehe. Sebab filem saya suka jugak layan. Takdela apa pelik Mrs. A, citarasa orang kan berbeza. Maybe sebab kdrama awal2 slow kot. Saya suka cite yang cepat dan straight to the point
Deletekorea yg best innocent defendant, penthouse 😂😂😂
ReplyDeleteHaha. Thanks share sis. Tapi saya memang malas layan drama siri. Lemau tengok skrin lama-lama.
Deletezaman sekolah memang layan amanda bynes ni.. nampak ala2 remaja dia.
ReplyDeletecuma tulah tak tau kesudahan life dia mcm mana skrg
ada certain movie korea yg tak boleh blah. layan sikit2 boleh, sepenuh jiwa tak kot
movie Korea selalu slow. tapi kalau citer zombie ke, wabak penyakit ke yang tu best. sebab mana boleh slow kan, kenala laju. slow jap lagi kena makan
Deletehaah perasan jugak.. memang tak boleh tgk jln cerita slow2 ni
Deleteselalu layan movie dalam flight je. dah lama tak terbang dan tak tahu bila lagi boleh terbang
ReplyDeletehurm..sedih kan. nak terbang domestik pun tak boleh. kang dah beria beli tiket, pkp pulak
DeleteAlpha tu dah ada dalam list, tak berkesempatan nak tengok je.. hehehe..
ReplyDeletePergh!! Cerita lama tu..
World of married tu tengok klip dia je pun dah geram jadi cancel tengok drama dia.. hahahaha
hahaha. nasib baik tak tengok. Saya masa tu tergoda nak tengok sebab tengah viral
DeleteAkak suka Sydney White! Ni antara cerita yg akak pasang untuk tengok sambil buat kerja.
ReplyDeleteHaha. Citer gini memang best layan sambil buat keje. Sebab tak payah concentrate
Deletebetul kan... just biar ada bunyi teman buat kerja.
DeleteMenarik! boleh tonton nanti..tq sharing :)
ReplyDeleteBest juga Alpha, jalan cerita menjinakkan serigala, pandai produce filen berscript bahasa purba. Movie ydney tu belum tonton lagi.
ReplyDelete