Thursday, 7 March 2019

Kembara Aceh Part 4

Part 1
Part 2
Part 3

Assalamualaikum. So hari kedua di Sabang kami ke mana pulak. Let's check it out!!!

Kita mulakan entry dengan pesanan penaja

Pagi hari kedua ni kami dibawa ke Air Terjun Pria Laot.  Air Terjun Pria Laot ni terletak kira-kira 12km dari Kota Sabang.

Kenapa Pria? Kenapa tak Pooja? Gelak la wei aku buat lawak ni.

Nak ke air terjun ni kena trekking dulu. Memang bestlah pagi-pagi dapat hidup udara segar Aceh. Tapi kena hati-hati. Sebab ada masanya kena lompat-lompat atas batu nak seberang sungai dan melangkah pokok-pokok tumbang. If korang tak biasa, better pakai kasut.

Hati-hati cik Salmah


Agak malang di hari pergi air terjun ni aku period first day pulak tu maka tak dapat nak bermandi-manda dengan yang lain.

Dah puas mandi-manda, trekking keluar dari kawasan air terjun dan naik kereta ke destinasi seterusnya

Seterusnya kami dibawa ke Goa Sarang. Kalau nak pergi Goa Sarang ni boleh pergi jalan kaki atau naik bot. Tapi kalau jalan kaki takdelah sampai betul-betul depan pintu gua. Kena berenang sikit. Disebabkan tak kuasalah kami nak berenang, maka we olls ikut jalan laut iaitu naik bot.

Abaikan kaki entah sape lah tu

Posing dulu sebelum turun. Sumpah lawa view belakang tu

Pondok kecik tulah tempat naik bot. Naik bot kena bayar. Aku lupalah berapa sebab Herman yang settlekan semua

 Kena turun tangga. Tinggi jugak. Tabahlah duhai lutut



Ajet-ajet berani tak pakai life jacket. Untuk bergambar jelah

Masuk dalam area Goa Sarang tu gelap je, aku pun tak amik gambar. Hahaha.

Masa dekat pondok pengawal ternampak notis ni. Aceh memang serius bila soal Hukum Islam

Masing-masing dah lapar, ajak Herman cari makan sebelum ke Pulau Rubia pulak.

Makan dekat sini. Lauk kampung je. Sedap dan murah.

Masa berenti makan aku tengok Herman dengan tenang je turun keter tak kunci. Aku risau jugak so aku tanya tapi dia gelak je. Dia cakap kat Aceh ni orang takut nak mencuri. Wow, mesti crime rate diorang rendah.

So ada apa di Pulau Rubia? Sambung next entry la ye. Thanks for reading gais!


33 comments:

  1. View dari atas tu lawa! Air biru. Kalau tak cloudy, mesti lagi biru air dia.

    ReplyDelete
  2. view tu kalu ko ckp kat danau toba pn org percaya😅 hampir sama

    ReplyDelete
  3. menarik juga jalan2 aceh ni ye, view pun cantik

    ReplyDelete
  4. view dari puncak tu mcm view kat Bohey Dulang. cantik nampak 360 gitu. mendaki nak pegi air terjun tu seksa ke kat yongmori lagi seksa ? hahaha kalo lagi seksa dari yongmori saya surrender =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yongmori lagi terseksa. Ni biasa je. Tapi kt jeju sejuk, aceh panas. tu lah bezanya

      Delete
  5. Sukalah bung Herman tu dikelilingi gegadis manis...
    Hakak mmg tak suka nak pi treking treking ni Sal.... maunya duk atas bot je hihi...
    Tak seram ke masuk gua.... kot ada ulo ke...haih

    ReplyDelete
  6. hellooo cik tuan blog.. berabok teruk dah ni ehehhe.. cepat2 update entry baru =D

    ReplyDelete
  7. Wah best... La mama x singgah sini.. sal APA kabo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kabo baik. Tapi tulah mood update blog ke laut

      Delete
  8. bestnyerr travel indon tuuuh., hehehe

    ReplyDelete
  9. teman baru nak mula tulis blog...tak done kadang-kadang

    ReplyDelete
  10. Adeh!!! pesanan penaja tu ganas betul hahaha...

    Damai jer... tengok perkampungan ni

    Rugila tak dapat mandi waterfall huhuhu...

    ReplyDelete
  11. Selamat berpuasa sal.. puasa Tak arini hihii

    ReplyDelete
  12. Salam Aidilfitri Sal..
    Lama LZ tak singgah blog Sal.. Seronok tengok pemandangan setiap tempat yang Sal kunjungi, best!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  14. Aslm sal.. how are u.. lama nyepi

    ReplyDelete
  15. ada jugak plan nak pergi, boleh la amik tips dari blog ni

    ReplyDelete
  16. Lama Sal tak up-date busy melancong ke tu?

    ReplyDelete
  17. Hai sal lama tak singgah sini,

    Pulau Ini kiranya asinglah kan dari tempat kena tsunami tempoh hari?

    ReplyDelete
  18. Buka tgk balik entry Ni cntik betul Dan jernih sgt airny tu kN

    ReplyDelete
  19. Bagusnya pesanan penaja tu.. patut kat Malaysia pun bubuh juga..
    Nama warung dia comel.. hehehe..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com