One Nite in Mongkok - HK Part 2

Tuesday, 21 November 2017

Assalamualaikum dan hai semua! Lepas makan, solat dan rest sekejap, kitorang decide untuk keluar dan cari China Ferry Terminal. Walaupun nama dia China Ferry Terminal (CFT) , ia terletak di area Kowloon, Hong Kong dan bukanlah di China.


Bila dah keluar dari building ni dan lintas jalan baru perasan signboard Chungking Mansion ni. Haha. Chungking ni pernah jadi set filem Hong Kong 90-an, Chungking Express. Aku pernah tengok sekali je, tu pun pasal ada Takeshi Kaneshiro dengan Faye Wong. Bagi aku filem tu slow dan dramatik, tapi kalau orang suka filem romantik melankoli maybe akan enjoy. Eh, tetibe terekemen movie pulak.

Dari Chungking nak ke CFT, kena jalan dalam 700 meter. Aku tak berani nak bagi direction sebab aku rasa tempat macam Hong Kong ni sentiasa berubah-ubah. Masa aku pergi pun tutup jalan sana, korek jalan sini. Aku pasti lagi sekali pergi confirm dah lain. Nasihat aku, korang search dulu awal-awal pakai google maps, pastu print takpun screen shot.

Cik A sedang mengagak jalan menggunakan google map dan peta. Aku rekemen korang travel ngan dia sebab sangat direction-wise. Bukan cam aku, kiri-kanan pun confuse. Haha

Ha..dekat dah!

One thing aku suka pasal Hong Kong ni adalah ia sangat mesra pejalan kaki. Walaupun construction giat dilakukan dan bandar sentiasa sibuk, kaki lima cukup luas dan selesa untuk pedestrians. Cuma kena hati-hati bila melintas sebab HK banyak bas. Besar-besar dan laju pulak tu.

 CFT dalam bangunan kaca tu

Aku sangat kagum sebab walaupun namanya Terminal Feri, tapi lobi macam lobi hotel. Siap ada guard yang usher lif mana kena naik

Kawasan membeli tiket yang selesa

Kitorang datang untuk beli tiket feri sahaja, tapi bukan nak naik on that day. Nak pergi mana? Kita tunggu...

Like I said before, aku ngan Cik A ni memang tak berapa ada proper itinerary. So pas beli tiket tu baru fikir nak pergi mana. Memandangkan masa on the way ke CFT ni ada nampak masjid, so plan nak gi tinjau-tinjau. Sambil-sambil tu boleh berkenalan dengan local Muslims.

Ni waktu orang balik kerja, so agak sesak

Kowloon Mosque and Islamic Centre, Hong Kong.

Masjid Kowloon ni terletak betul-betul tepi jalan. Aku sorang je masuk coz Cik A 'cuti'. Mula-mula ingat nak refill air kat water cooler je, tapi sebab dah nak masuk Maghrib, Cik A suggest aku solat je terus. Masa ni cuaca HK memang panas berdenting.

Kebanyakan orang yang aku jumpa dalam masjid ni adalah foreigner berbangsa Arab, Bangladesh, Pakistan dan Indonesia. Berada di HK tak ubah macam berada di KL. Alhamdulillah, berkesempatan solat jemaah bersama-sama mereka. Tempat solat wanita terletak di tingkat atas, tapi wuduk di tingkat bawah. Telekung yang disediakan memang unik. Ada kain macam biasa, tapi untuk atas, hanya tutup bahagian leher ke bawah. Aku malu nak ambil gambar, tapi demi korang aku gigih google jenis-jenis telekung. Ha...terharu bukan?

Credit : Mukena Pelangi

If korang biasa shopping telekung kat Indonesia, mungkin familiar dengan telekung stail Mukena ni. Ada cerut kat leher dan tak ada tutup kepala. So kalau free hair or pakai tudung jarang memang tak lepas guna. Logik lah kat Masjid Kowloon pakai telekung jenis ni sebab memang ramai orang Indonesia.

Ada kelas mengaji untuk anak-anak lepas solat. Semua foreigner, tak ada pulak aku nampak muka Cina

Lobi masjid

Selesai solat dan refill air, aku pun tanya Cik A nak ke mana. Kalau nak ke main island, rasanya tak larat, lagipun dah malam. So Cik A ajak ke Ladies' Market di area Mongkok. Masjid Kowloon ni terletak betul-betul sebelah stesen MTR Tsim Sha Tsui, so dari sana just naik  Tsuen Wan line ke MTR Mong Kok Station. Bayar pakai kad Octopus. Dalam 15 minit dah sampai.

Ikut exit E2 ke Ladies Market

Ladies Market terletak di Tung Choi Street. Kenapa ladies? Nape tak gentleman? Hahaha. Maybe sebab shopping lebih sinonim dengan kaum perempuan kot. Entahlah nak...Konsep dia macam downtown lah. Bukak malam sahaja.Selain tu kat area Mongkok ni ada Sneakers Street jugak. So kaki sneakers boleh ke sana. Kitorang tak plan nak cari sneakers, tapi nak cari souvenir so kami pun ke Ladies Market.

Ramai manusia keluar bershopping

Kat Ladies Market ni macam-macam ada jual. So kalau korang datang HK tapi tak cukup spender ke, stokin ke, baju ke, cari aje kat sini. Harga pun murah dan banyak pilihan

Kat mana nak cari T-shirt murah di HK? Jawapannya di Ladies Market. HKD100 boleh dapat 7 helai kalau pandai tawar-menawar.

Area Mongkok ni terkenal dengan tempat shopping.

Hasil tangkapan

Sekian cerita hari pertama di Hong Kong. Nanti aku sambung lagi ye. Thanks for reading!

45 comments

  1. WAH SAL JL2 KE HOMGKONGPULA MENARIK TU

    ReplyDelete
  2. p/s slmt berangkat ke spain... semoga pulang dgn penuh keceriaan... kem salam kat abam2 sevilla yg ensem2 tu yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyesal pergi Spain, kena penangan Istanbul satu kali. Wissam Ben Yeder kirim salam balik kat ko.

      Delete
    2. hehehe tp lps tgk org tu kalah di minit 89 trs hlg skt hati. so, 3-3 di last minit vs 0-1, mn lbh menyirap? kah kah kah

      Delete
    3. kena 1-1 terus sakit balik. can Salah do it on a cold rainy night in stoke?

      Delete
  3. Saya kalau nak pegi sini memang wajib bawak temanlaa, kalau tak memang tak melintas jalanlaa kot jawabnya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau, ada traffic light dan zebra crossing. Hehe. kalau takut ikut je orang ramai-ramai

      Delete
  4. nampak macam sesak je kan tapi memang sesak kat situ kan hehehe

    ReplyDelete
  5. Depa suka namakan tempat membeli belah ladies market.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. harga murah dan barang macam-macam pilihan, memang susah nak kawal nafsu membeli.huhu

      Delete
  7. Wow. Lobi dia memang macam lobi hotel sikit.

    ReplyDelete
  8. Eh! Mrs. A pun baru tengok telekong jenis macam tu.

    Kalau cik Sal tak bagitau itu lif lobi kat terminal feri mesti Mrs. A ingat itu lobi hotel luas dan currlass....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sendiri masa baru sampai terkejut tengok terminal feri dia sebab selesa,luas dan siap ada aircond. sesuai la status HK sebagai negara maju

      Delete
  9. W'salam Sal,

    Terharu sungguh bila ada Masjid besar di Kowloon selain tempat shopping heaven dengan barang mampu beli.. Jalan pun besar dan bersih, selesa berjalan kaki.. Betul cuci mata dan excited bila baca cerita Sal, mulalah teringin nak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya Hong kong lebih affordable berbanding Jepun. Takde masalah bercuti di sini. Penduduknya pun pandai berbahasa Inggeris.

      Delete
  10. Wah bestnya sal melancong ke Hong Kong tentu gi Disneyland HK tu kan..

    ReplyDelete
  11. bestnya..citer lagi citer lagi hahaha

    ReplyDelete
  12. bestnye travel. i miss travelling

    hi jmput la singgah join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  13. Syok dapat shopping kat ladies market tu..

    ReplyDelete
  14. Pergi Disneyland ke? Syok jalan-jalan..

    ReplyDelete
  15. Nanti nak pergi bolehlah mintak Cik A jadi tourist guide, Cik S tak mau ha haha.....Kikiki....ada pulak fesyen telekeng gitu ye Sal. Kat bhg leher tu buh masuk bhg muka tak boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..telekung tu memang gitu. kalau free hair tak boleh pakai.

      kalau nak sesat sama-sama bolehlah ajak Cik S tu.

      Delete
  16. Untung foreigners Sana Ada kelas mengaku.. best juga HK ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tempat yang agak convenient untuk orang Islam jugak

      Delete
  17. eh sama la Sal, tak pandai tgok maps sgt, kenkadang kena marah gan e.hubby..color ni pe color ni utk apa.. hahaa

    ReplyDelete
  18. compius kejp, ingat loby hotel, rupanya terminal feri ye

    ReplyDelete
  19. cik A tu anies dearies kan.. hahaha

    ReplyDelete
  20. telekung tu tak terjerut ke kak ? selesa tak.. tulah.. nampak pattern dari Indonesia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah terjerut. lubang leher dia besar. pandai2la adjust

      Delete
  21. first day dah banyak mengail.. heee.. msti murah betul ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. first day aktiviti lite2 je. shopping dulu

      Delete
  22. memang patut nama dia Ladies Market kak.. hehe shopping ngn perempuan haih berpisah tiada. HKD100 tu tukar duit kita berapa ? ok gambar telekong tu ok.. tamo la telekong cemtu hahaha..

    ReplyDelete
  23. nampak eksklusif terminal feri dia. murah sgt baju 7 helai HKD100.
    dan sangat setuju HK ni macam bandar yang sesak, pesat membangun

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, HK memang macam KL. tapi lagi maju. maybe level singapore

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah