Dangal oh Dangal

Sunday 8 January 2017

Walaupun luaran nampak macam kental, sebenarnya aku seorang gadis hati tisu yang amat meminati filem Hindustan. Cuma kurang mengikuti perkembangan filem-filem generasi baru atas alasan nilai estetika filem India yang makin hilang, lagu yang kurang menyengat dan pelakon yang tak sehebat dahulu. Tapi tu tak bermakna aku tak hadap langsung. Sesekali bila ada nama pelakon yang aku minat, aku tengok jugak. Contohnya Aamir Khan.

Aamir Khan ni bakatnya melangkaui lakonan. Dia bukanlah bintang Bollywood pertama yang ada production house sendiri, tapi filem terbitan beliau cenderung lari dari kebiasaan. Antara yang aku suka adalah Lagaan, Taare Zameen Par dan Talaash. Beliau selalunya berlakon dalam filem produksinya sendiri sebagai watak utama.

Filem Dangal, yang bermaksud ahli gusti, diarahkan oleh Nitesh Tiwari, seorang pengarah baru dan berdasarkan kisah benar. Geeta Phogat merupakan pemenang pingat emas acara 55 kg gusti wanita di Sukan Komanwel 2010 manakala Babita memenangi pingat perak kategori 51 kg dalam kejohanan yang sama. Nak tahu lebih lanjut sila goggle sendiri ye. Hehe.

Dalam filem Dangal, Aamir memainkan watak sebagai Mahavir, seorang atlit gusti India yang kempunan menghadiahkan pingat emas untuk negaranya walaupun kerap memenangi pelbagai kejuaraan untuk diri sendiri. Oleh itu, beliau berazam yang bakal anak lelaki beliau nanti akan merealisasikan impiannya. Tapi sayang Mahavir hanya dikurniakan anak-anak perempuan. Sedikit demi sedikit beliau melupakan hasratnya.


Suatu kejadian membuka mata Mahavir yang 2 orang anak perempuannya, Geeta (lakonan Zaira Wasim) dan Babita (Suhani Bhatnagar) boleh dibentuk untuk menjadi ahli gusti. Awalnya isteri Mahavir (Sakshi Tanwar) membantah tapi Mahavir meminta tempoh satu tahun untuk menguji dua anak gadisnya sambil disertai sepupu mereka, Omkara (Ritwik Sahore). Maka mereka bertiga pun memulakan latihan walaupun dihina dan dikutuk oleh orang kampung yang mendakwa gusti adalah sukan orang lelaki.

Setelah pelbagai rintangan diharungi, Geeta (Fatima Sana) dan Babita (Sanya Malhotra) meningkat dewasa dan menjadi atlit gusti wanita berjaya di India. Geeta terpilih untuk mewakili negara tapi perlu berlatih bersama jurulatih kebangsaan. Pertama kali berjauhan, konflik bermula apabila prestasi Geeta merudum. Mahavir, Omkara  (Aparshakti Khurana) dan Babita cuba memulihkan prestasi Geeta dalam misi meraih pingat emas pertama acara gusti wanita untuk India.

Filem ini di awalnya menjentik sisi Feminis aku. Agak kejam memaksa dua anak perempuan berkorban demi menurut kehendak seorang Ayah. Seolah-olah hak mereka untuk hidup seperti gadis normal lain telah dirampas. Namun apabila Geeta dan Babita makin berjaya, aku mula nampak konsep 'mahu yang terbaik untuk anak' cuma mungkin seorang Ayah punya cara tersendiri.


Filem Dangal dikategorikan dalam genre 'Sport', tapi orang tak kaki sukan pun boleh faham. Cuma yang selalu bersukan, atau tengok sukan akan teruja lebih. Taktikal bertahan vs menyerang bila perlu, kaitan antara fitness dan cara hidup seorang atlet, keinginan mewakili negara, bagaimana seorang atlet menyesuaikan diri dengan jurulatih berbeza itu semua dihidang dalam Dangal. Boleh nampak banyak persamaan pembangunan sukan di India dengan Malaysia. Konsep National Coach dan sindiran watak Mahavir tentang kerajaan yang kedekut nak keluarkan belanja pada sukan yang ada potensi tu buaatkan aku tersengih sorang-sorang. Aku harap KJ tengok filem ni!

Dari segi jalan cerita, tak ada apa nak complain memandangkan ia kisah benar. Cuma ada beberapa scene yang aku rasa berbaur kontroversi. Reenactment perlawanan fnal di Sukan Komanwel 2010 menjadi dan plot secara kronologi tanpa unsur flashback yang memeningkan juga senang dihadam.

So, rekemen ke tidak? Highly! Tengok lah wei, lagu dia pun sedap-sedap. Filem ni paling sesuai untuk anak yang tak berapa ngam dengan bapak, macam aku! Serius, babak Aamir Khan nangis tu aku nak nangis sekali!

So, korang ada tak filem genre 'Sport' yang korang rasa best? Kongsilah kat ruangan komen. Aku paling minat 'Nadia', 'Goal: Living the Dreams', 'Creed' dan 'Will'. Dalam wishlist: 'United', 'Moneyball' dan 'Hoosiers'.

Tak payah tanyalah nape aku suka filem 'Will' ni..haha

So, jumpa next entry folks! Apna Khayal Rakna!

33 comments

  1. Lama tak singgah. Last layan hindustan masa Diwali dengan Bajrangi Bhaijaan. Baca plot nampak menarik jugak ni kak sal. Thanks sharing :) nanti boleh tengok..

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.... never fail me .. bab bab mengulas ni cik sal oit.

    btw... yes aamir khan best.

    citer 3 idiots pastu citer yang pasal dyslexia tu...

    mmg THorbaek...

    okay nnt I cari citer ni k...

    ReplyDelete
  3. sejak layan korean, lama gak tak layan bollywood. cite rni ke ygaamir khan gigih kuruskan badan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, dia terpaksa jadi gemuk, jadi boroi, buat muscle..memang gigih lah dia demi watak ni

      Delete
    2. sebab berlakon sanggup jadi gemuk? melopong akak ni. huhu tp nasib baik dpt kurus balik

      Delete
  4. salam sal! lama tak singgah sini
    sorry ye yunk. rindu tak kat akak yang comel ni...haha

    weh! aamir khan. what can I say about this man. genius!
    filem dia memang hebat. PK, 3 idiot antara yang mengupas sisi berbeza
    yang kebanyakkannya lari dari konsep filem Bollywood tu sendiri
    filem dia buat orang berfikir tau
    cam dangal ni, akak tak tengok lagi
    tapi dalam file ni, khabarnya aamir berubah berat badan secara drastic
    dari gemuk, kepada kurus. dia memang wow!

    kalau dalam negara, akak suka ola bola...baginda pun ok juga
    kalau luar, banyak sangat weh! kalau tak silap cite goal
    not bad cite tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe..of course lah rindu kat akak n anak-anak yang comel tu. Tu yang pergi ketuk pintu hari tu..haha. Cite baginda tu best jugak, masa tu Benji comel sangat..

      Delete
  5. Jarang2 sangat layan filem bollywood ni.
    Rasa macam buang masa pulak.

    ReplyDelete
  6. suka AK dlm Mann & 3 idiots..tunggu ada kt tv baru layan kot, Dilwale & Bairangi Bhaijaan pun tgk kt tv jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x semua orang suka tengok hindustan kat wayang sebab lama..huhu

      Delete
  7. ari tu try nak tgok dangal kat youtube, xdpt2 smpi sekrang..xpe2 lepas bca review sal ni trus berkobar2 nak cari cerita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal lagi nak cari kat youtube..kan baru lagi tayang

      Delete
  8. cik sal kalau sembang wayang never fail me..hahah..jgn cobak2 nak ckp dah tgok pdahal tak tengok..ni lawan dia hahah

    Amir khan sejak belkon dlm 3 idoit trus zie minat dia, mcm2 watak dia bawak, nama pun actor kannnnn

    ReplyDelete
  9. betul kak.. sama.. kalau cerita sekarang, part lagu mesti tukar punya.. cam lain dah rasa.. tak best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu tu best, tapi tak feel macam lagu dulu-dulu

      Delete
  10. tapi cerita ni macam best je.. bolehlah masuk dalam list

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kak sal kata best korang kenalah percaya...haha

      Delete
  11. Aamir Khan memang nsemmmmm... aduhh ! lagi tua, lagi bergetah.. hek2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam cerita ni tak berpa bergetah la sebab jadi bapak orang

      Delete
  12. Kalau sport tu cuba tgk 'remember the titan' ... very recommended.

    ReplyDelete
  13. Ada tengok youtube amir khan makin muda lepas filem tu... he he he...

    ReplyDelete
  14. Akak dah lama tak layan bollywood sal,bukan apa malas nak tunggu ending nya berjam2 nghadap tv.Tapi juga kan ada hero Amir Khan ni...

    ReplyDelete
  15. Memamng sal pengulas filem terbaik..

    ReplyDelete
  16. Ohh gitu citenya....Minat jugak ngan Amir Khan ni tp kalau filem ni genre sport ada lemah sikitlah nak tengok.
    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada lemah Mak...pas tengok rasa nak gusti orang. Hihi

      Delete
  17. amir khan ni bla da tua tua barulah muncul dgn filem hebat2 (bertaraf oscar) ms muda2 asik cintan cintun je hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tua-tua ni malas dah nak bercinta..bagi hero muda plak. haha

      Delete
  18. Kita dah tengok citer nih.. Serious best.. Highly recommended hihi

    ReplyDelete
  19. Nape sal x ngam dgn bapak...samalah kite..mesti bapak garang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahlah..maybe sebab kecik2 dulu ayah selalu outstation so jarang jumpa. garang tu xdelah.

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah