Feeling Oshin - Part 4 - Kansai Trip

Monday, 16 January 2017


Sape sini pernah tengok cerita Oshin? Kalau tak tengok secara istiqamah (sape tengok full 300 episod tu memang dahsyat lah!) , at least mesti tengok sipi-sipi kan? Tapi tu Oshin versi Jepun, kalau nak tengok Oshin Melayu, Oshin Afrika, Oshin kulit putih..kat mana ek kat Osaka ni? Aku suggest korang gi Museum of Housing and Living (Konjyakukan).

Berdasarkan research aku, nak ke Museum of Housing and Living (Konjyakukan), kena turun kat stesen Tenjimbashisuji Rokuchome. The funny part bila keluar dari stesen subway Tenjimbashisuji, apa yang aku nampak hanyalah jalan raya dan sebuah bandar yang sibuk. Salah stesen ke? Terkedek-kedek lah aku mengeluarkan itinerary kat kaki lima yang sesak dengan ibu-ibu muda Jepun berbasikal macam nak masuk the next X-Games .

Kalau namanya muzium, takkanlah kat tengah-tengah bandar ni. Cam tak logik je. Aku pun keluarkan handphone, guna Google Maps. Ikut map, dekat je, tak sampai 100 meter. Pusing-pusing situ, last-last tanya orang. Rupa-rupanya...

Museum of Housing and Living terletak dalam bangunan damnit! Haha. Patutnya keluar stesen, kitorang belok kiri dan masuk satu bangunan ni walaupun nampak cam office building. Masuk je, kami disambut oleh awek-awek Jepun yang comel macam dalam drama. Eh, kalau aku lelaki mau hilang akal kat sini. Haha.

Muzium ni terletak kat tingkat lapan. Bayaran masuk 600 yen. Tapi pakai Osaka Amazing Pass dapat free!

Apa bestnya muzium ni? Berbanding dengan Osaka Castle yang mempamerkan cara hidup diraja dan tokoh-tokoh peperangan, muzium ni lebih santai dan memaparkan cara hidup rakyat Jepun zaman dulu-dulu. Zaman Meiji ke Edo entah katanya. Senang cerita, cam cerita Oshin ngan Akantare tu lah! Yang lagi best, boleh tangkap gambar!

Tak feellah tangkap gambar pakai baju biasa. Kat sini kenalah menikmati 'Kimono Experience'. Yang lelaki tak payah risau, u olls tak pakai kimono, tapi pakai Yukata. Tapi nak pakai kimono pun boleh, orang Jepun tak judge orang. Kah kah.

Pesanan ikhlas untuk yang nak masuk Museum of Housing n Living ni, pergi toilet awal-awal kat stesen train. Toilet dalam muzium ni tak ada paip. Nak pakai botol kosong isi air kat sinki pun tak boleh sebab beg tak dibenarkan bawa masuk, kena simpan kat loker.

Tiket untuk pakai kimono

Nak pakai kimono kena tunggu turn, tak boleh main terjah je. So, aku suggest korang masuk je, terus ambil nombor giliran dan beli tiket. Sewa pakai kimono kat Museum of Housing n Living adalah 500 yen untuk setengah jam. Lagi sepuluh minit nak sampai turn, korang boleh beratur siap-siap. Pakai kimono ambil masa. Tapi korang saiz sederhana untunglah..Kimono saiz L n XL banyak cantik-cantik. Saiz kecik macam aku tak banyak choice mungkin sebab tu saiz common untuk orang Jepun. Yang lawa semua dah kena amik.

Nanti ada staf yang tolong korang pakai kimono, so tak payah risau bab lilit-lilit tu. Tak nak nampak gemuk janganlah pakai tebal-tebal.



Sebenarnya gambar ada banyak lagi, tapi member aku belum send. Tapi ni kira cukup la ye. Haha. Alah, ulang selpie muka aku bebanyak nak buat apa!

Setengah jam tu rasa sekejap je, tapi memang bestlah kat muzium ni. Tapi bila ramai orang kena bertabah nak tunggu turn. Paling famous kat 'dapur' dan 'ruang minum teh'.

Dah settle berangan dalam set filem Oshin, kami pun berangkat ke destinasi seterusnya. Ke mana kita? Sambunglah next entry ye.

Public Transport guide : Osaka Castle to Museum of Housing and Living (Konjyakukan)

1. Naik cab
Jarak : 3.3 km
Taxi Fare (estimated) : 1741 yen

Untuk mengagak tambang teksi di Osaka, boleh guna Taxi Fare Finder
Hanya masukkan destinasi dari mana nak ke mana, anggaran tambang akan dipaparkan. Teksi di Osaka pakai meter ikut time macam Malaysia. Kalau jam, huhuhu jelah tengok tambang nanti.

2. Naik subway

This one yang kitorang pilih. Kitorang guna Osaka Amazing Pass, tapi kalau beli ticket on the spot, tambang 240 yen sorang.

Dari stesen Tanimachi-4-chome (paling dekat dengan Osaka Castle), naik direct train (Tanimachi Line - signboard warna purple ) to stesen Tenjimbashisuji Rokuchome. 

3. Naik JR train

JR tak boleh pakai Osaka Amazing Pass, tapi kalau beli ticket on the spot, tambang 160 yen sorang.

Dari stesen Osakajokoen (paling dekat dengan Osaka Castle), naik direct train to stesen Temma.

*Info adalah benar sewaktu entry ini ditaip*

OK lah nanti ada free time aku sambung lagi
Part 2
Part 1

Nota kaki : Agak jiwa kacau bulan ni. Haish..sorry tak sempat blogwalking dan komen.

43 comments

  1. Wah jauh berjalan sis Salm jaga diri baik baik di bumi matahari terbit 🌄
    .
    Masa baca tajuk sal tadi, maznee ingatkan sal nak cerita pasal drama oshin.
    .
    Sebab memang Maznee minat sesungguh kat cite tu. Rasenya 2 tahun lepas tv alhirah ada tayangkan semula.
    .
    Sal tahu, kisah oshin tu sebenarnya berdasarkan kisah hiduo ibu kepada pengasas pasaraya Yaohan.
    .
    😃 Kalau hidup zaman 80an dan 90 an sure ingat lagi. Tapi pasaraya tu dah melingkul masa krisi ekonomi tahun 1998.
    .
    😃 Itu pun mereka dah bangkit semula jadi bisnes online jualpakaian
    .
    Semangat betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..saya tengok Oshin ni tak istiqamah, tapi pernahlah jugak..memang dia seorang yang tabah n rajin.Saya ingat Yaohan tu walaupun kecik lagi. Thanks share sis..

      Delete
  2. klu sal nak tahu, masa mak zie mengandungakn zie setiap hari never miss this episod, skrg tgok la hasilnya, ms kecik sejibik mcm jepun..dah besor lahirnya Jepun Mari..hahah *ngegege

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..gitu ke kisahnya..semoga berjaya dalam hidup macam Oshin jugak.hihi

      Delete
  3. Replies
    1. huhu..macam-macamlah..kalau cerita tak habis menaip sampai esok

      Delete
  4. bestnya...pakai kimono sambil melawat muzium....oomei2 semuanya..

    ReplyDelete
  5. huiyoo.. awek jepun berhijab....

    ReplyDelete
  6. mana gambo awek penyambut tetamu ? huk2

    ReplyDelete
  7. yeahhh, saya tengok oshin sipi2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita..tu pun masa kecik-kecik. tak ingat sangat

      Delete
  8. saya suka tengok citer oshin, part diorng pakai terompah kecik, pastu jalan laju2 pakai kimono, soooo cute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nk jalan laju pakai kimono..paling susah kalau nak naik tangga. salah gaya memang nampak betis semua

      Delete
  9. Replies
    1. teringat awek Tokyo ke? haha..jangan marah

      Delete
  10. wah...bestnya pi negara orang...terima tau sebab sudi singgah blog akak..salam perkenalan.:D

    ReplyDelete
  11. Oshin? Faveret tu masa zaman mak hingusan. Yelah, zaman dulu mana ada banyak cite best selain Oshin Sal. Itu ajelah mak hadap dari Oshin budak sampai Oshin tua.... tp best woo...

    Ni kiranya fefeeling Oshinlah ek. Brooch tu beli mana ? Terserlah weyh hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah...tu je brooch yang bawak Mak..so pakai jelah. menyerlah ye? patut jadi Oshin kenalah low profile ye tak

      Delete
  12. Kalau mekap lebih sikit boleh laa jadi Hatsumomo hahahahahha

    ReplyDelete
  13. cite oshin pernah dengar. tapi tak ingat pernah tengok ke x. hehe. btw, ai is jeles kak sal dah sampai sana. :')
    kak sal apa khabar? maaf setahun menghilang. hehe. kalau tak ingat takpe. janji sy masih ingat kat kak sal. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak sihat je..wah lama tak dengar cerita awak..sihat ke? nanti updatelah blog

      Delete
  14. Fewwit... aweq jepun.

    Hihi. Untunglah dapat pakai kimono.

    Semoga ada cahaya untuk sampai satu hari nnt. Insya Allah

    ReplyDelete
  15. Cantiknye kimono. Nampak sangat sopan. Pakaian dia melindungi aset wanita.. Hihi

    ReplyDelete
  16. my sister memang istiqamah tengok. ku tak sabar. lambat betul habis citer. tp memang teringin gak nak pakai kimono tu. cantiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oshin episod sampai 300...sape rajin tunggu memang power!

      Delete
  17. Seronoknya pergi Jepun! Teringin nak pergi :)

    ReplyDelete
  18. Comel jer semua pakai Kimono❤

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. hehe..tapi mata bulat. macam Anime lah kot..haha

      Delete
  20. Badan slim mcm sal elok la pakai kalau size xl mcm sis JM mmg nampak mcm badak berendam 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je saiz besar kak JM..kawan sy pakai OK je

      Delete
  21. pernah juga fefeeling oshin pakai kimono tapi dekat bukit tinggi tu je la hehehe

    eh akak tengok la citer oshin tu memang panjang ceritanya tapi layannn

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah