Braces Journey Part 1 - Kenapa Aku Bergigi Besi

Sunday, 29 January 2017

Kalau korang pernah jumpa aku, korang mesti perasan yang gigi atas aku berlapis dan ke depan sikit. Bahasa mudah : Jongang. Dalam gambar tak nampak sebab aku selalu senyum tutup mulut. Tapi kalau depan mata beribu batu jauhnya dah kenal tu aku..Hahaha.

Zaman kanak-kanak aku sejujurnya horror untuk dikenang. Sudahlah hidup huru-hara, pergi sekolah or sekali-sekala berjumpa sedara-mara, kena ejek pula. Tapi entahlah, tak pulak aku mengadu kat sesiapa. Habis sekolah menengah, baru aku ada keberanian nak cakap ngan Ayah aku yang aku nak pakai braces. So, dia pun bawak aku gi satu dentist ni. Lepas check apa semua, dentist tu cakap aku kena buang lapan gigi dan pakai headgear! Mestilah aku menolak. Cmane aku nak sambung belajar kalau macam tu. Dahlah time tu aku baru pakai tudung. Kalau free hair takpelah jugak pakai.

Bila dah habis belajar, aku still pendam impian aku sebab aku tau kos bukan murah. Tapi tulah, lambat pulak aku ni dapat kerja. Dah dapat kerja, takut plak nak cabut gigi. Time tu rasa redha je kalau hodoh sampai mati. By the way kaedah 'headgear' tu dah jarang diamalkan. Awal tahun 2000-an je orang pakai benda tu.


Lepas aku bedah buang gigi bongsu, aku rasa dah takde apa dah nak ditakutkan lagi sebab tu lagi hazabedah makan masa dekat seminggu nak baik. I've went through the worst, rasanya I can go through the one yang little less painful. Boleh dianggap tu turning point aku mendapat keberanian. Tapi kali ni aku mintak kawan baik aku 'support'  bagi sokongan moral. Rasa macam dah terlambat pun ye jugak. Yelah, biasa orang pakai braces zaman sekolah or masa umur awal 20-an.

Untuk pakai braces, aku pilih klinik yang sama, dan dapat jugak doktor yang sama. Malas nak survey sebab aku rasa Suriani Dental ni service dia bagus. Dr. Khairul tu pun buat aku rasa selesa je. Huh, nak mengata aku suka gi sana sebab doktor hensem lah tu!

Mula-mula doktor tu belek-belek gigi aku pastu tanya aku option Braces mana yang aku nak amik. Aku amik Damon Braces. Damon Braces ni result lagi cepat berbanding Traditional Braces, kurang sakit, lagi senang nak jaga dan paling penting tak perlu cabut banyak sangat gigi. Yay! Tapi mahal sikit. Takpelah, selagi aku ada kerja. Takat cabut gigi tu boleh claim lagi.


Actually aku pakai braces pun sebab kerja. FYI, aku dah dipindahkan ke Customer Service since tahun lepas. Pelik gak bos aku, biasa front desk mestilah amik yang cantik dan bergaya ye tak. Ini tidak, taruk aku je. Pffft! Dah duduk mengadap customer, kenalah banyak berkomunikasi. Mostly in English. Gigi berlapis ni memang orang susah nak faham apa aku cakap. Letih nak ulang.

Lagipun, aku risau jugak dalam keadaan ekonomi macam ni, ramai staf resign or diberhentikan, takut esok lusa aku pulak. Manalah tahu kan. So at least aku dah repair gigi aku, senanglah sikit nak cari kerja. Orang sekarang nak bagi kerja pun memandang rupa tau. Sebab tu gamaknya aku lambat dapat kerja. Entahlah nak.

Eh..panjang pulak cerita sedih aku. Macam menagih simpati je. Kah kah. Sukatilah kan ni blog aku.

First thing first, sebelum pakai braces, nurse akan amik X-Ray gigi dulu.


Nak amik X-Ray ni macam biasalah, tak boleh pakai sebarang aksesori macam anting-anting or sepit rambut. Kalau bertudung, sila pakai tudung yang senang cabut dan sarung. Tak memasal nurse tu kena tengok korang buat tutorial hijab kat situ.

Pastu amik impression. Doktor akan masukkan acuan macam tanah liat tu dalam mulut lebih kurang seminit. Lama jugaklah rasa dia tertinggal dalam mulut lepas dia keluarkan tu. Tapi jangan risau, ni tak sakit langsung.


Dah settle, book appoinment pertama untuk cabut gigi. Aku kena cabut empat gigi sepatutnya tapi since aku ada cabut sebatang sebab rosak berapa tahun lepas, so tinggal tiga je. Alhamdulillah.

Kos X-Ray + Tooth Impression = RM 400

So, next entry aku akan cerita pengalaman cabut gigi pulak. Cabut gigi sihat ni sakit ke tidak? Sabar..nanti sambung ye. Thanks for reading!



 Jangan permainkan kekurangan fizikal orang lain sebab mungkin gurauan kita mengguris hati dia yang belum tentu mampu disembuhkan dengan ucapan 'Maaf'




52 comments

  1. inshaAllah...everything will going well...u will enjoy the journey...n yg paling tak sabar bila tgk perubahan gigi kita yg akan jd makin lama makin tersusun n cantik je..sakit siki2 tu biasa n normal...seriously azab cabut gigi bongsu lagi seksa dari pakai braces..bape tahun kena pakai braces ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohooo...semput baca komen ni.hihi. Setahun setengah Insha Allah..

      Delete
  2. Dengar part cabut gigi akak yang seriau, Sal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya pun sama..tapi lepas buang gigi bongsu yang lagi hazab, rasa this one boleh tahan lagi

      Delete
  3. Daman braces tu nmpk ok..
    ngilu dgr mesin gigi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesin gigi untuk buang gigi geraham bongsu lagi ngeri kak..bunyi gerudi

      Delete
  4. haha kelakar baca part tak memasal nurse kena tgk tutorial hijab tu :D

    benda ni pun my concern kalau nak prepare masuk operation room etc. Every time nak tgk procedure operations ni, kena tukar pakai scrub - yg biasa dalam tv, ala-ala tshirt sleeveless warna biru tu. setiap kali masuk operation room, memang akan pakai tudung yg senang cabut & senang pakai. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..nama benda tu scrub.biasa pakai tudung bibik je..tu yang paling senang

      Delete
  5. Fizikal tu xboleh nak buat ape kak...Sally ni rasanya dari kecik lagi dah org panggil macam-macam..tp live must go on kan..hopefully lepas ni makin ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..orang yang suka hina fizikal orang ni tak tau lah rasa diri tu cantik sangat ke.Yelah Sally, kena pandai pujuk diri sendiri dan buktikan paras rupa bukan ukuran untuk berjaya. Gitu...semangat pulak hakak

      Delete
  6. Alamak ! cabut gigi yang sihat ? sayangnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pakai braces memang tulah pengorbanannya Firah..

      Delete
  7. Xsbr2 nk tau strsnye.. Ldy pun gg berlapis juge. Quote last tu best. Hihi

    ReplyDelete
  8. Orang sekarang nak kawen pun memandang rupa jugak tau ciksal., hahar2 oops wak silap silap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kot wak..sebab tu mereput tak kahwin lagi ni..huhu

      Delete
    2. Ehem... wak.
      I pun terasa juga hoccay...

      #tetiba

      Delete
  9. bertabah la sal, misha omar dulu pun joxxxx.. tapi sekarang meletops kou..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tak payah censored perkataan 'J' tu, I dah tak kuasa nak sentap.Kalau ada duit banyak cam Miha Omar nak aje buat yang Invisalign tu

      Delete
  10. suami i selalu mengata i, gigi mcm pintu, yg dia tu tak sedar gigi dia mcm pontianak berlapis..hahah

    ReplyDelete
  11. kalau nak putihkan gigi berapa kosnya pulak ? tumpang tanya...hheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. klinik saya pergi ni harga dia RM 1600. Rasanya klinik lain pun range lebih kurang

      Delete
  12. Replies
    1. tengok gigi uncle MKL dalam gambar OK je...

      Delete
  13. Entah bila nak atasi ketakutan gigi..ini pun dah tua.

    ReplyDelete
  14. harap dapat atasi masalah ketakutan tentang gigi...takut betul.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullll sy pun takut.

      Ni tabik spring ngn sal sbb berani yak amat

      Delete
    2. bertahun kumpul keberanian tau..huhu

      Delete
  15. Awak jumpa sy... persan x gigi sy berlapis dan x cantik?

    Kalau x perasan... selamat lh sy x yh g klinik gigi...

    Huhu... ada gak gigi berlapis ni.

    Punca dia. Gigi kekal dah naik
    Tp gigi asal masih kukuh.
    Maka berlari allignment lh gigigigiku

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke, tak perati lah pulak gigi Huda cmane..haha. Cuba tanya family member or kawan-kawan rapat. Diorang tengok kita hari-hari mesti lagi tahu kita patut repair or tak payah

      Delete
  16. Tapi penakut.

    So x berani nk p betulkn.

    So redha je lh buat ms ni.

    Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..benda kalau tak sakit, tak menyebabkan gigi-gigi lain rosak sekali, takde apa kalau Huda tak nak betulkan. Terpulang pada tuan punya badan.

      Delete
  17. Wah...Akak strong...Kalo ct takut bab2 mcm nih...Xtentu Arah dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan takdelah strong sangat..tapi family and kawan-kawan ramai yang support, so lama-lama jadi berani. Itulah kisahnya.hehe

      Delete
  18. Sekarang braces macam2 color ada ek. Lawa2 pulak tu :D Biasalah mulut orang kan sal. Sesuka hati je cakap pasal fizikal orang macam diri tu perfect sangat. Sabar ye sal. Sal kena tunjukkan yang semua orang boleh berjaya bukan kerana fizikal. You can do it girl <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Damon braces ni dia takde kaler-kaler. Bosan sikit..haha. Thanks Siqah. Kena buktikan gigi besi bukan penghalang walaupun rasa terhalang nak bercakap..hehe

      Delete
  19. akak ni teringin nak membraceskan gigi, tapi tu la, malas! ha ha ha...
    ada 1 experience cabut gigi bongsu. hadui lah. serik!!!
    sakit nyer Allah jer Tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..nak pakai braces kena rajin..rajin gosok gigi, rajin gi appointment. tu sebab buat sementara bujang.kalau dah kahwin kang, mana nak spend masa

      Delete
  20. tingat room mate dulu ms memula pakai braces... dia agk berisi. pakai je braces kurus lps tu sbb x mkn. mkn pun bubur je... sian tgk dia... lain plak dgn kazen. sblm n slps pakai braces sm je menten...menten gemuk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun dah start jadi malas nak makan..sebab kang malas nak gosok gigi...hang tengok aku sekarang tinggal tulang je Anies. sob sob

      Delete
  21. Hihi...nurse kena hadap tutorial hijab kita tu yg best tu.
    Hakak pun seram Sal kalau kena cabut gigi. Nak gi buat scaling pun seram apatah lagi nak kena cabut weyh.
    Seronok gak baca cerita pasal braces ni. Anak hakak yg kecik tu teringin nak pakai, nak ikut trend katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kalau gigi dah cantik elok tak perlu kot Mak..tapi dia muda lagi mungkin tak berapa sakit. Pakai braces ni hilang nikmat makan tau

      Delete
  22. In shaa Allah..miga dipermudahkan.. Nnti mesti dpt bntuk gg y cantik..

    Lya.. Pom ada keinginan..tp..xpelah..sbb lya kna hadap byk prosedur.. Tua2 ni dh x larat.. Kes lya lain skit..

    Thn 2012 pnh jgk operate gg bongsu..sakitnya.. Xtau nak gambar.

    ReplyDelete
  23. tinggi juga kos pasang braces ni ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang apa pun kos tinggi Arz...so kalau nak repair gigi,lagi-lagi dah tua ni.banyak masalah

      Delete
  24. Yang penting ada duit buat je Sal..x lama pun kan mcm kwn kat opis selepas 2 thn makin berseri2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara nak tunggu berseri, sakit mulut, sakit poket...haha

      Delete
  25. Pasal rupa paras tu mmg betul laa setuju dgn sal..bila gigi rongak ke jongang ke mmg orang akan pandang 'hina' tp x semua so selagi boleh d betulkan buat je..mcm jihan tu..gigi dah cantik dan kahwin pun...cuba tgk waktu mula2 dia masuk maharaja lawak..so sis JM sokong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...thanks kak JM. biasalah kan, manusia memang memandang rupa.x boleh buat apa.Kita hanya mampu cuba yang terbaik

      Delete
  26. lorh, sama la kita bergigi besi!

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah