Melbourne Part 12.4 - Loch Ard Gorge

Saturday 7 May 2016

Assalamualaikum semua! Jom, kita sambung kisah di Twelve Apostles. Seterusnya kami dibawa ke Loch Ard Gorge.


View dari atas.. Ramai gak manusia

Tabah menapak tangga ke bawah

Berhenti jap amik gambar. Menahan sejuk je, tak mampu pose dengan sempurna. Haha

Tangga yang agak tinggi.

But the real challenge adalah pasir dia. Pasir basah tapi bila pijak dia 'sedut kaki'. Macam pasir jerlus pulak.

Menyaksikan keindahan ciptaan Allah di depan mata. Beautiful place. Rasa nak celup-celup kaki tapi realitinya nak keluarkan tangan dari poket sweater pun tak mampu. Sezuuuuk!


Loch Arde Gorge mendapat namanya dari kapal Loch Ard yang karam di kawasan tersebut pada tarikh 31 Mei 1878. Daripada 18 penumpang, hanya dua sahaja yang terselamat iaitu Tom Pearce dan Eva Carmichael. Sewaktu tragedi tersebut, Tom telah berenang hampir sejam untuk menyelamatkan Eva yang berpaut pada serpihan kapal dan membawanya ke pantai.Mereka berlindung di dalam gorge (gua) semalaman.

Romantik kan.. macam drama Sanay Wala Nang Wakas pulak!

Ha, aku tau korang pun macam aku gak, kaki tengok hindustan. Mesti tertanya-tanya apa terjadi kat dua orang anak muda ni. Adakah mereka menari-nari Kaho Naa Pyar Hai sementara menunggu pertolongan? Adakah mereka berkahwin dan hidup bahagia selepas diselamatkan penduduk kampung? Atau mereka dikacau lanun macam kisah Elizabeth Swann dan Will Turner dalam Pirates of the Carribean?

Aku tanya Mitch dan dia jawab selepas tragedi tu, Eva balik ke kampung dia di Ireland dan Tom meneruskan hidup macam biasa. Sekian. Apalah Eva ni..aku tengok gambar atas tu Tom macam hensem je. Kah kah kah. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca SINI. Still a better love story than Twillight!

Tak jauh dari situ ada Shipwreck Walk, tapi kitorang tak turun. Aku tengok gambar google, lawa gak tempat tu. Selain dari Twelve Apostles, Loch Ard Gorge dan Shipwreck Walk, korang boleh juga ke London Bridge dan Gibson Steps. Tempat ni kitorang tak pergi.


Kalau nak tengok banyak lagi gambar menarik kat Great Ocean Road ni, bolehlah tumpang baca travelog Huda kat SINI. Kalau pergi time musim panas, dapat turun main-main air. Cuma hati-hati jelah. Arus dan ombak menggila jugak. Personally aku rasa Great Ocean Road ni lebih cantik time summer, tapi bagi aku dapat sampai ke sini pun dah bersyukur. Melbourne memang awesome!

Kami kemudiannya pulang ke city. Tapi balik lalu jalan lain. Yelah, takkan dah lewat petang nak lalu jalan cliff, bahaya. Balik banyak lalu kampung. Aku memang suka tengok area countryside Melbourne ni. Kat Great Ocean Road ni kebanyakan pekan dan rumah masih mengekalkan ciri tradisional. Kitorang hanya singgah satu pekan je. Aku lupa nama apa. Sebab dah ngantuk. Singgah pun untuk gi toilet dan cari makan. Aku tak yakin status halal McDonald dia, lagipun aku memang tak makan junk food sangat, so takdelah beli apa.

Sampai bandar Melbourne, kebulur giler!

Flinders Street Station - majestic at night!


Singgah 'Lord of the Fries' berhampiran station.

Beli fries buat kunyah-kunyah sementara tunggu tram balik ke rumah RZ.

Cukuplah adventure untuk hari ini! Penat, tapi seronok. Aku repeat balik apa aku pernah tulis. Great Ocean Road ni korang boleh pilih ikut tour atau memandu sendiri. Prosedur memandu kat sana aku tak tahu, korang boleh rujuk blog orang lain. Sorry. Ada banyak tour group yang menyediakan tour ke Great Ocean Road. Boleh book di Melbourne Visitor Centre berhampiran Federation Square, search online atau merayau di bandar Melbourne cari tourism centre. Ada yang menyediakan pakej ke Philip Island atau korang boleh ambil dua-dua sekali.

Sedar-tak sedar, kitorang tinggal 2 malam je lagi nak balik ke Malaysia. Rasa sekejap je percutian ni. Tak puas lagi!

Nanti aku sambung cerita ke mana kitorang last day di Melbourne. Thanks for reading, guys!

Part 12.3
Part 12.1
Part 11
Part 10
Part 9

40 comments

  1. Alaaaa baru ingat nk jd yg 1st...

    ReplyDelete
  2. Okay tips untuk memandu ke GOR blh baca kat blog I bila I siap tulis ye...

    Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, bila u nak tulis, I nak share link

      Delete
    2. cepat Dudta..up cara tu sbb nak refer

      Delete
    3. Jay Emm take note... He he he

      Delete
  3. CANTIKNYA SEMUA PIC AMAT MENGAGUMKAN..KEINDAHAN TEMPAT NI

    ReplyDelete
  4. wah ! banyak dah ni Zaf terlepas...

    cantiknya night view diaaa

    ReplyDelete
  5. menarik history tempat ni :D

    ReplyDelete
  6. Cantik betul ye viewnya..kisah kapal karam tu pun menarik kan.betullah kata org kisah cinta tak semestinya happy ending.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kalau ni citer hindustan orang dah bakar panggung

      Delete
  7. salam perkenalan,

    wahhh bestnyer ke sana.... cantiknya view....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..thanks follow sini.salam perkenalan jugak

      Delete
  8. Yelah...berbaloilah ko pegi mmg cantik pun pemandangan dia. Mak ni mampu tengok Port Dickson ajelah....tu pun dah cantik ya amat dah weyh haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la... Pantai klebang je mampu... He he he

      Delete
    2. ha ha ha :)
      sabo jer la.
      pantai klebang pun da lama aida tak gi, SS :)

      Delete
    3. eh, pantai di Malaysia pun cantik juga..

      Delete
  9. laaah ingat kan cite Aussie dah habis sbb kuar cite Krabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, rotate la JM, takdelah jemu orang baca

      Delete
  10. pergh cantik...Sal leh la buat fotoshoot kahwin kat sini nanti ;p

    ReplyDelete
  11. cik Huda duta Melbourne..cam balik kg jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kampung dia... Teluk Intan ke Melben boleh balik hari...

      Delete
  12. mengantuk? kul berapa gerak balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengantuk sebab penat..gerak balik petang..tapi belum gelap lagi

      Delete
  13. cantik lah! nanti nak ajak SS ke Melbourne dan drive sendiri..terus jeling sama Duta melbourne tu hihih

    ReplyDelete
  14. memang cantik pantai lord ard gorge.....

    ReplyDelete
  15. tak ada gambar selfir menghadap laut ka? cantik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tapi malas nak tayang.orang nak tengok gambar laut, bukan gambar saya..haha

      Delete
  16. Boleh bayang kesejukan tempat ni...

    ReplyDelete
  17. Berenang sejam? Gilozzz... SS celop kaki 5 minit dalam air laut pon x tahan...

    ReplyDelete
  18. Kalau akak baca main skip, memang peliklah tetiba ada keluar tajuk drama Filipina, kejap Hindustan, kejap filem omputih. Ingatkan jalan-jalan round the world tapi cuma di Melbourne aje rupanya ^_^

    Oh, cantik Sal tempatnya! Kalau akak, biarlah jerlus, biarlah sejuk, kalau abe ada, akak sanggup buat apa sahaja janji dapat perhatian abe ^_^ Huh, abe tu HDlah ya, bukan mat Ostolia yang ada kat situ!

    ReplyDelete
  19. tengok pic tu tingat pantai 'ajibah waarghhhh cantikkkk

    ReplyDelete
  20. part 12 dah!
    banyak dah ketinggalan rupanya

    ReplyDelete
  21. lah...love story tapi not happy ending
    bukan jodoh tom dengan eva gamaknya...haha

    ReplyDelete
  22. tapi serius cantiklah sal...gambo ye
    bukan hak lain...hehe

    ReplyDelete
  23. membaca . melihat sambil membayangkan sis berada di sana ... hehehee ... cantik gilos tempat tu ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah