Monday, 7 April 2014

Riang Ria Cuti Sekolah - Miri Part 3

Day 4

Penat naik ke Gua Niah masih belum hilang lagi sebenarnya, so pagi kitorang decide untuk lepak rumah je. Tengahari baru keluar cari souvenir. Kalau kat Sarawak ni biasanya orang beli kek lapis, kain batik, aksesori, pasu, ikan terubok masin dan perencah laksa Sarawak. Perencah laksa dan ikan terubuk kitorang beli kat Emart je. Kalau nak bawak naik flight, inform kat brader yang jual tu so dia akan balut tebal-tebal supaya tak berbau atau berair.


Later kitorang ke Habibi Kek Lapis yang memang famous kat Miri.Kalau korang tak sempat ke sana, boleh beli dekat branch diorang di Airport Miri.


Settle shopping kek, kitorang ke Miri Handicraft pulak


Day 5

Last Day!

Dengan semangatnya kitorang bangun awal-awal pagi untuk ke Borneo Tropical Rainforest Resort yang terletak di Jalan Miri- Bintulu. Perjalanan ambil masa dalam 40 minit je. By the way, kitorang sampai sana belum boleh masuk lagi. BTRR rupanya ada timely tour. Tunggu jelah kat luar dalam gerimis.



Personally aku expect lebih untuk tempat ni sebab dari dulu aku ada 'Sarawak Dream Holiday' cam dalam iklan Hari Raya Maybank tu. Tak menepati impian aku tapi redha jelah. If korang nak ke Miri aku recommend korang ke Taman Negara Lambir. Ada air terjun dan memang lagi nature-oriented. BTRR mungkin sesuai kalau nak bermalam tengah-tengah hutan sebab bilik-bilik dan resort dia memang gorgeous u olls! Memang tempat yang sesuai untuk shut down dari sebarang bentuk teknologi sebab line pun takde. Memula ada la pasang impian nak honeymoon sini..kuikui.

Perjalanan yang mencabar. Orang patut naik Land Rover ke, Triton ke, tapi kitorang bawak Proton Wira je. Memerlukan driver yang cekap!



View from lobi yang sejuk mata memandang





Tetibe kat tengah hutan ni ada waterpark!

Cafe yang ala-ala Bali


Selesai di Borneo Tropical Rainforest Resort, kitorang balik ke rumah untuk packing barang dan bersiap sebab malam tu flight kitorang kul 7.

Airport Miri lengang je, so lagi sejam nak take off baru kitorang muncul kat situ. Alhamdulillah, kitorang selamat sampai ke LCCT.

Percayakah korang kalau aku cakap balik je KL jerawat terus naik mencanak. Kat Miri kulit aku bersih je. Kotor agaknya air kat KL ni disebabkan catuan.

Betul cakap orang..holiday akan jadi best kalau kita pergi dengan orang-orang yang best.

So, next trip???

5 comments:

  1. Sal..akak singgah sini lepas baca latest entry..lamanya di miri..5 hari?..akak pun belum pernah sampai sini..ada juga hasrat di hati nak pergi tapi susah nk dapat ravel partner yg ngam dan sporting ..nak pegi sudah tentu tak happening

    Di sana..sewa kereta ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan saya yang tudung merah tu cikgu kat sana.duduk rumah dia n travel guna kereta dia..tu yang pergi sampai 5 hari.lagipun diorang semua cikgu, tu yang saya pun kena ambil cuti macam cikgu..huhuhu.kawan-kawan dah lama kenal, memang happening lah kan.

      Delete
  2. Anda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk kegunaan di Miri-Brunei boleh di atur
    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
    www.hrbcarrental.com

    ReplyDelete
  3. rugilah x bermalam kat situ . nice sungguh pemandangannya . mmg sesuai utk honemoon tu ... ahaks .

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com