Riang Ria Cuti Sekolah - Miri Part 2

Thursday 3 April 2014

Day 3

Hari yang ditunggu-tunggu!

Kalau korang google 'tempat menarik di Miri', antara cadangan paling top adalah ke Gua Niah. Gua Mulu lagi best sebenarnya, tapi nak ke Gua Mulu kena naik MasWings or naik bot berjam-jam. So, kitorang ke Gua Niah yang terletak di antara Miri dan Bintulu. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah dari bandar Miri.

Tips untuk ke Gua Niah esspecially buat yang tak biasa masuk gua. Batu Caves tak kira ye.

1. Pastikan ada kasut sukan yang grip bagus. Tak perlu mahal, tapi elakkan kasut yang digunakan untuk 'running'. Sebab dalam gua licin walaupun disediakan trail.
2. Bawak lampu picit sebab korang bukannya Batman walaupun kerap berjaga malam.
3. Pergi berteman, seeloknya dalam bilangan yang genap. At least boleh jaga each other. Kat dalam tu gelap, kalau kau pengsan sengsorang takde orang tahu.
4.Untuk Gua Niah, tak payah pakai tebal-tebal sebab kena jalan almost 3 jam dalam hutan. Memang keluar peluh jantan betina.
5.Bawak air dan kudap-kudapan tapi sila jaga kebersihan Taman Negara Niah.
6.Pergi tandas dulu kat kaunter pendaftaran sebab kat dalam tu takde tandas.
7.Berhati-hati masa naik bot ke Niah sebab air yang tenang jangan disangka tiada buaya.


 Bayaran masuk RM 10 sahaja



 Muka ceria lagi la time ni

 Puncak pendakian adalah Painted Cave

 Aku budak bandar yang jakun bila nampak hutan

 Tetibe kat tengah hutan ni ada orang jual air dan kraftangan. Kat sini ada simpang, kalau terus ke Painting Cave, kalau belok kiri boleh tengok rumah panjang. Sampai sini means korang dah suku perjalanan.





Alhamdulillah, we made it in and out safely. Mencabar jugak bagi orang tua macam aku yang jarang bersenam. Hahaha. Yang penting stamina, kaki dan semangat kena kuat sebab banyak mendaki. Ha...jangan tak percaya Kak Sal ko boleh tau.

Orait nanti sambung lagi. Bye!

8 comments

  1. Wah dah masuk dlm gua niah ye.. Insyaallah b4 pindah ke semenanjung nak jugak masuk sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...dah datang jauh-jauh.kenalah sampai ke dalam.tapi takut naik bot tu sebab orang kata banyak buaya.

      Delete
  2. akak pun suka part masuk Gua ni...tapi apa yg ada dalam Gua Niah ni.tak ada gambar pun ke mmg tak boleh ambil gambar dalam gua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, tapi gelap-gelitap.3 gambar paling bawah ni pun ambil dekat-dekat pintu gua. Niah kurang mencabar sebab disediakan trail..takdelah sampai kena merangkak atau masuk dalam air.kalau Mulu ye mencabar.

      Delete
  3. Anda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk kegunaan di Miri-Brunei boleh di atur
    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
    www.hrbcarrental.com

    ReplyDelete
  4. Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
    Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur

    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !
    www.keretasewamiri.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. tak lah membosankan sbb boleh tgk mcm2 dlm perjalanan ke gua niah tu ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah