Riang Ria Cuti Sekolah - Miri Part 1

Tuesday 1 April 2014

Kenapa Miri?

Jawapannya...sebab aku nak melawat si Asmah yang baru dapat posting mengajar kat sana. Hari tu masa dia berangkat tak sempat nak jumpa so bila si kembar dia, Leha bagitau yang dia nak gi sana hantar barang Asmah, aku ngan sorang lagi kawan Leha pun terus join sekaki booking tiket Air Asia gi sana. Harga dalam RM 370 sorang pergi balik. Harga yang bolehla tahan untuk cuti sekolah. Lagipun hanya Air Asia dan MAS sahaja yang ada penerbangan ke Miri. Memandangkan Asmah tu cikgu, kawan Leha si Shida tu pun cikgu, maka trip ni kenala berlangsung semasa cuti sekolah kan. Aku ni yang bukan cikgu pun tumpang sekaki ambil cuti sampai 5 hari!

Pagi-pagi Ahad aku dah bangun dan ambil bas dari KL Sentral ke LCCT. Mula-mula cuak gak sebab naik bas kul 4 pagi dari KL Sentral sorang-sorang. Tapi u olls jangan risau sebab ada je orang yang naik bas ke LCCT even time pagi-pagi buta. Dipendekkan cerita, kitorang pun sampai la kat Miri Airport dalam kul 10 pagi. Flight ambil masa 2 jam 15 minit je, tapi delay sikit sebab ada 2 orang dah check in luggage tetibe tak jadi boarding pulak. Erm..tetibe teringat kes MH370. Seumur hidup naik kapal terbang tak pernah takut pun. Ni lah first time.

Rumah Asmah terletak di Luak Bay. Memang kawasan elit OK! Tapi sewa rendah je, just RM1200 sebulan! Banglo 2 tingkat ada mesin basuh, dapur, cooking hud dan dua TV ok! Rupanya tuan rumah tu orang kaya yang kerja kat Brunei. Patutlah...Kat Semenanjung tak merasa la wei!

 Inilah rumah Asmah. Haha..takdelah, ni rumah besar tahap istana atas bukit kat Miri. Katanya ada seratus bilik! Gila kaya tuan punya rumah ni. Tauke minyak kot, tak pun tauke balak.

Memandangkan masing-masing kedek tak nak beli makanan dalam flight, so bila Asmah ajak makan semua pun dengan berselera mengadap lunch walaupun pagi lagi. Asmah kata kat Miri seafood murah. Nasib baik bawak bekal ubat resdung. Hehehe.

Pas makan kitorang rest sekejap. Yelah masing-masing dah bangun pukul 2 pagi mana tak letih.

Petang tu Asmah bawak kitorang gi Emart kat area Tudan. Specialnya Emart ni sebab dia gabung pasar basah dan pasar kering. Kau bayangkan Giant kat dalam dan Pasar Tani kat luar. Lebih kurang macam tu la. Aku cuba-cuba cari roti tapi rupanya kat Sarawak ni roti berjenama adalah makanan sacred yang hanya dimakan di Hari Raya. Kalau ada pun roti krim Gardenia yang mahal tak hengat! Lain dari tu harga barangan biasa je macam kat Semenanjung. Cuma bagi orang Islam perlu berhati-hati bila beli ayam or daging takut tak sembelih. Beli seafood je senang sebab murah sesangat dan fresh walaupun masa kitorang pergi tu dah petang.

Baby jaws pun ado.

Ha...ko mampu!


Balik dari Emart kitorang singgah makan kat satu restoran makanan Kelantan. Mu ni maghi jauh-jauh pun dok cari lauk semenanjung!

Since mendarat di Miri aku perasan yang ada banyak orang Selangor and Kedah pos kereta ke Miri! Rupanya plet B dan K tu plet Brunei! Miri ngan Brunei dekat je so memang ramai orang Brunei kat situ. Cadangnya memang nak ke Brunei kalo sempat. Erm...

Miri ni bukan macam KL. Malam agak lengang kat sini. Tapi sejuk je sebab di persisiran pantai. Excited nak tunggu the next day!

Day 2

Lepas breakfast yang disediakan sendiri, kitorang ke Bukit Canada. Ha...nama tak menahan! Dari sini boleh nampak overview Miri.


Kat atas Bukit Canada ni ada Muzium Petroleum Miri. Sayangnya muzium ni cam Petrosains jugak tutup hari Isnin. Kecewanya aku yang memang beria-ia nak masuk. Dasar Science Geek! Hahaha.


Selain dari tu, kat sini la terletaknya telaga minyak pertama yang ditemui pada tahun 1910. Ianya digelar Grand Old Lady. Sayangnya dalam pada aku baru nak mendalami sejarah telaga minyak, hujan mulai turun dengan agak lebat. Maka kitorang pun terpaksa la gerak dari situ.



Memandangklan hari ni birthday Shida so kitorang pun cari la port nak celebrate birthday dia. Asmah ajak gi Bintang Mega Mall so sebagai tourist, kitorang ikutkan je.

Petang tu kitorang gi Luak Esplanade. Yay...pantai!!!Aku memang suka tengok laut. Pasir pantai kat Luak ni putih sangat dan ramai orang main layang-layang sebab berangin. Dari Luak Esplanade boleh nampak telaga minyak. OKlah dapat tengok yang real walaupun sayup-sayup mata memandang. Biasa tengok yang mock je. And the sunset is very beautiful! Pandai diorang jaga.. Tak nak cakap banyak, sila layan gambar..



Oil Platform


 Tudung kelepet adalah trademark.


OKlah next entry kita sambung lagi k!

4 comments

  1. akak baru nak baca semua entri miri nih
    1. Rupanya ada member kat sana...baru nak tanya stay kat mana?..RM1200 sebulan? takkan si Asmah tu sewa sorang...kalau akak mmg tak mampu tu :-)
    2.No Wonder lah kawan akak dari SAbah..bila datang semenanjung mesti dia borong roti Gardenia tu berkotak-kotak rupanya di sana mahal yak amat..kita kat sini pandang sepi je kan
    3.Best aa ada kawan kat sana senang nk jenjalan...naik kereta Asmah lah ye
    4. Yeay akak berjaya habiskan entri part 1
    5. Hi JM..FREE nampak..ada masa nk explore semua entri hi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. tak, dia sewa dengan kawan-kawan.6 orang satu rumah
      2.haah..gardenia, hi-fi dan sewaktu dengannya tiada di sabah sarawak.roti buatan tempatan adalah, kat bakery.
      3.yup, naik kereta dia.public transport kat sana susah sikit.takde train..hihi
      4.thanks sudi baca kak JM. :)
      5.biasalah tu, mood rajin baca blog di hari jumaat.hehe. sy menghargai kerajinan akak membaca dan mengomen..lebiu bebeh!

      Delete
  2. Anda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk kegunaan di Miri-Brunei boleh di atur
    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
    www.hrbcarrental.com

    ReplyDelete
  3. berapa puluh lah org gaji dok dlm istana tu agaknya ... nak round semua kawasan satu hari mmg x larat ... dahsyat kaya gila tu ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah