Merhaba Turki Part 5.3! Suasana malam di Pekan Goreme

Monday 26 December 2022

Baca ni dulu : 

Part 4.2

Part 4.3




Assalamualaikum dan hai semua! Actually lepas lunch di Anka Restaurant, kami ada singgah lagi dua tempat tapi entahlah kenapa aku takde ambil gambar. Dah penat kot. Tak pun malas. 

Lepas singgah dua tempat tu, kitorang balik hotel untuk solat dan rest sekejap. Malam aktiviti free and easy so masing-masing dah plan nak ke pekan Goreme sebabnya masa sampai malam sebelumnya nampak pekan tu happening sangat. 

Dalam pukul 6 lebih, keluar balik tapi diorang tak bagi aku keluar sorang-sorang so layan jelah. For safety. Aku keluar ikut group family yang besar, ada 15 orang semuanya. Alhamdulillah ahli group ni walaupun strangers tapi semuanya baik-baik dan caring pasal aku. Kalau aku hilang je auto ada yang cari sampaikan pergi toilet pun kena inform. Rezeki Allah temukan dengan orang yang baik-baik. Bukan senang nak behave tau, sebab aku ni kadang-kadang gurau kasar. Bila dengan orang kita tak kenal sangat kenalah tahan dan jadi polite macam wanita Turki Melayu terakhir. Aku juga seorang yang agak private, aku tak suka share cerita peribadi, so aku takut orang anggap aku sombong.

Posing sikit sebelum berjalan kaki beramai-ramai ke pekan. Excited punya pasal sampai ada benda penting aku lupa bawak.


Jarak dari hotel ke pekan Goreme ni dekat je, tak sampai 1km pun. Waktu ni dah nak petang, so takdelah kepanasan. Lagipun jalan ramai-ramai, tau-tau je dah sampai.


Ada apa di pekan Goreme? Banyak kedai makan dan shoppping! Masing-masing penat dah dinner di hotel sahaja sepanjang sampai di Turki. Kalau nak beli souvenir, belilah di kedai-kedai yang terdapat di Goreme. Kalau di Cappadocia ni, souvenir bermotifkan belon udara panas dan formasi batu pasir unik seolah-olah busut gergasi tu yang famous. Ada keychain, beg kain dan fridge magnet.

Sama macam di Istanbul, masjid ada di mana-mana. Cuma tak pasti masjid dalam gua ada ke tidak. Ni gambar menara dari jauh je.

Ilhan Market! Aku dulu minat sangat dengan pemain bola Turki nama Ilhan Mansiz sampaikan berangan kalau ada anak lelaki nak bagi nama Ilhan. Apa kan daya takde rezeki. Sempat bagi nama kat anak kucing je



Kalau datang Turki, cubalah Doner dan Gozleme. Gambar kitorang makan kat kedai ni takde pulak

Kalau pandai tawar-menawar dapatlah harga murah



Settle shopping souvenir dan makan, kitorang pun decide untuk balik ke hotel. Masa ni tetibe rasa menyesal. Bukan menyesal duit habis, tapi menyesal terlupa bawak sweater! Cappadocia di waktu malam suhu turun sampai 14 darjah celcius. Aduh menggigil-gigil nak jalan balik. Contra betul dengan suhu siang.

View dari cafe berhampiran hotel. Tapi aku tak mengopi lah, kang jenuh tak boleh tidur.

Malam kedua di Cappadocia, lebih sejuk dari malam pertama. Sempat packing sebab esoknya nak check out hotel.

p/s : Autopublish. Maaf kalau allignment tunggang-langgang. Menaip di hp sahaja. Thanks for reading!

40 comments

  1. sebutan dia: Jay-ro-mey atau Jay-rome atau Gee-ro-mey? atau Gerrard?😂😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi go go go, ale ale ale kot. entahlah tak sempat nak tanya pada locals. nanti kalau repeat boleh tanya. haha

      Delete
    2. seramnya bunyi😂😂😂😂 repeat? bln 5 kan?

      Delete
    3. Tak sempat buat research la, taip entry ni pun laju-laju tau

      Delete
    4. laju2 ni nk g An-Nasr football club ke?

      Delete
  2. ko x minum kopi tp beli laa teko buat kopi tuuu🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kose aku, rumah dah banyak teko

      Delete
    2. tu teko-teko cap Royal Albert. ni teko Gerome. lain tuuu🤭🤭

      Delete
    3. Haha. Membazir je. Nanti nak guna sayang. Mereput dalam kotak

      Delete
    4. buat apa simpan. sedekah amalan mulia🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃

      Delete
  3. Bestnye dapat melancong ke Turkiye

    ReplyDelete
  4. Uishhhhh sejuk tu Sal. Ibu jenis tak tahan cuaca sejuk. Kadang kalau dah terlampau sejuk boleh naik ruam gatal2. Alahai! Macam tak merasa je nak bercuti ke tempat sejuk camni. Sobsssss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca sejuk OK je kalau bawak pakaian tebal. Ni tak bawak, tu yang menggigil tu

      Delete
  5. bestnya, jalan2 kat tempat org.. new experience gitu....new environment lagi
    best best!

    ReplyDelete
  6. Masyaallah cantiknya pemandangan berlatar belakangkan tu!

    ReplyDelete
  7. terbayang klu ke turki kena bawak banyak duit sbb byk sgt tempat shopping kat situ ye tak sal hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Betul-betul. Kalau tak bawak duit banyak macam saya, tengok aje

      Delete
  8. siang panas malam sejuk gigil mmg kontra subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab banyak batu-batu tu kot. Lagipun malam berangin. Macam cuaca padang pasir

      Delete
  9. 14 darjah…sejuk tu!
    Seronok dapat jalan-jalan melihat suasana malam di tempat yang asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, jalan laju-laju on the way balik tu. Kalau tak mesti lama lagi melagha. Haha

      Delete
  10. Untung jumpa kumpulan yang baik dan ambil berat. Bukan semua orang yang melancong seorang dapat. Gambar Sal seorang sebelum jalan mesti salah seorang daripada mereka yang ambil.
    Dekat sangat Goreme dengan tempat penginapan. Strategik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang gambar-gambar saya semua ahli group yang ambil. Saya tak perlu kacau tour guide dan tour leader pun. Alhamdulillah rezeki takde orang yang banyak songeh group ni

      Delete
  11. nampak happening! mcm best pulak nk shopping kt sini. menarik kopi tu

    ReplyDelete
  12. mana tahu ada rezeki boleh namakan anak Ilhan.. sedap nama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, masih simpan dalam wishlist. hihi. berangan percuma ye tak

      Delete
    2. tak salah berangan sal.. haha semua org mcm tu ada ilham utk nama2 anak

      Delete
  13. Alhamdulillah. Dah sampai pun ke Turkiye. Abe Kie ni dah lama x renew passport. Jdi cuma cuti2 Malaysia aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu rezeki abam Kie nanti renew passport pergi umrah. tu lagi afdhal

      Delete
    2. kebetulan, aida niat sgt nak tunaikan umrah akhir thn nanti, sal.
      doa kan aida ye. dah 45 tahun, rasa tak complete lom gi umrah :)

      Delete
  14. Family tu dr malaysia jugak ke sal? Melayu? X ambik gambar bersama ke? Hehehe.. Ilhan.. mmg best nama tu.. masuk dlm list lah manatau tetiba terberanak lg sorg.. sbb semua #theIMAN nama mula dgn pangkal huruf I... hehehe

    ReplyDelete
  15. Ala ok je pi travel sorang dengan geng tak kenal. Yang penting pandai bawa diri dan pandai cari geng. Cantik juga suasana bandar gerome tu

    ReplyDelete
  16. capadocia ni antara tempat aida nak gi kalau ke turki.
    pengaruh filem melayu lah ni. nak naik belon panas tu.
    tgk pemandangan capadocia dari atas :)
    wah...

    sejuk ek sana?
    hadoi! aida ni spesis tak tahan sejuk!

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah dijumpakan dengan strangers yang baik.. Rezeki tu Sal..
    Pergh!! Sejuk amat tu Sal.. Boleh bayangkan keadaan Sal masa tu..

    ReplyDelete
  18. Alamak...siang panas malam sejuk....kalau akak confirm kalah tu...Cappadocia akak memang idamkan sangat, ntha la nanti tanya pakcik tu...nak pi honeymoon sana x..apapun kena menabung...

    ReplyDelete
  19. free & easy yg best..boleh try mcm2 local foods...

    ReplyDelete
  20. anak Fandi Ahmad nama Ilhan..footballer jg..

    ReplyDelete
  21. 14 degree mmg sejuk tu kalau mama pun x tahan sal

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah