Review Filem Mat Kilau- My Love-Hate Relationship with Syamsul Yusof's movie

Wednesday 29 June 2022

Inilah masalah orang Melayu... - Kapten Syers

Pertama sekali, filem ini bukan naskhah sejarah mahupun biopik. Mat Kilau adalah figura terkenal dalam sejarah Melayu, jadi menjadikan beliau dan watak bersejarah sezamannya sebagai inspirasi filem pastinya dapat menarik perhatian orang datang menonton. Kalau diletak judul 'Panglima Pulau Air Tawar' atau 'Pendekar Ahmad (atau mana-mana nama lelaki Melayu)' belum tentu orang akan berminat. Lagipun, filem biopik berdasarkan kisah benar kalau tak diolah dengan baik boleh menimbulkan konflik dengan waris watak-watak yang dilakonkan semula. Jalan selamat, 'pinjam' nama dan letak penafian. Ini Melayu bijak yang kita kena contohi.

Tengok sahajalah kontroversi filem 'Saloma' sampai ada yang nak saman-menyaman. Jadi..jangan percaya bulat-bulat apa yang kau lihat dalam filem. Nak tahu sejarah, pergi muzium atau baca buku. Jangan jadi Melayu malas.

Aku cuma bagi 3 dari 5 bintang bukan sebab aku Melayu yang kuat dengki ya. Mana lagi 2 bintang tu hilang? Jemput baca review di bawah.

Yang aku kurang suka..

Ini kali pertama aku menonton filem yang ada muzik latar di setiap babak dari pembukaan sampai babak terakhir. Serius. Filem muzikal pun tak se'meriah' ini. Muzik latar tu pulak sama je tak kira babak pertempuran, sedih mahupun konfrontasi. Mujurlah muzik latar tak menenggelamkan suara pelakon seperti lazimnya filem Melayu 'muzik kuat tapi cakap tak dengar'.

Bagi aku sesetengah babak tu tak perlu kesan bunyi berlebihan pun, contohnya babak Wahid (Beto Kusyairi) dan Rokiah (Zarina) berbual di rumah. Lakonan diorang memang mantap, boleh rasa emosi tu walau sekadar melalui renungan mata. Begitu juga babak serang hendap yang diketuai Awang (Fattah Amin). Suasana senyap sekadar diringi desir bunyi alam semulajadi pasti akan lebih mendebarkan. Filem ini muzik latarnya dramatik, tapi bagi aku, kau kena tenang sikit Sol.

Watak Awang lakonan Fattah Amin yang menarik. Makin meningkat mutu lakonan beliau. Tahniah!

Cakap pasal tenang, filem ni laju. Mungkin tak nak mengheret durasi menjadi panjang. Dialog laju, pergerakan kamera laju, peralihan babak pun laju. Aduhai penat. Laju-laju nak pergi mana? Mungkin Sol ingin menekankan kepada orang Melayu yang kalau nak maju, kita kena laju? Pandang pada sisi lain, yang bagusnya ia tak buang masa penonton.

Filem Mat Kilau ni dialognya menarik, tapi banyak ayat yang diulang-ulang. Mungkin penulis skrip nak mesej tu sampai. Ini filem yang ditayangkan di layar perak, bukan drama radio, Sol. Tak perlu cakap tanpa henti. Boleh saja ditunjukkan melalui gerak badan atau riak muka. Tapi itulah, bercakap dengan penuh perasaan memang identiti filem Shamsul Yusof. "Wa kasi sengat! Sendiri mau ingat!". Bak kata orang Muar-cakap 'berdegor-degor'. 

Mungkin ini pilihan peribadi sebab aku lebih suka filem yang menggunakan konsep 'Show, not tell' (tak tahu istilah dalam Bahasa Melayu). Antara filem yang ada konsep 'Show, not tell' yang aku suka adalah 'The Social Network', 'The Boy in the Striped Pyjamas', 'Parasite' dan 'Jangan Pandang Belakang'.

Filem ini juga terlampau banyak watak dan cerita sampingan yang tidak perlu. Hampir tenggelam Adi Putra sebagai Mat Kilau, nasib baik bisep dan bunga silat beliau menyerlah.

Yang aku suka...

Idea dan usaha. Jarang filem Melayu yang berani menjentik penjajah Inggeris. Selalunya hanya penjajah Jepun dan Komunis sahaja yang dipaparkan jahat. Memang filem ini berjaya menerbitkan kebencian kepada orang British dan rasa simpati pada nenek moyang kita yang terpaksa melalui perit getir sewaktu dijajah. Peringatan supaya kita mempertahankan kemerdekaan supaya tidak ditindas lagi.

Dialog filem ini juga banyak menjentik sikap dan pemikiran orang Melayu seperti sifat bermuka-muka, dengki dan susah bersatu. Pedih telinga. Hahaha. Mohon terasa. Tapi aku ulas filem ni bukan sebab aku iri hati ya Sol.

Babak perlawanan terutama seni silat yang ditonjolkan memang padu terutama Toga (Yayan Ruhian), Mat Kilau (Adi Putra) dan Awang (Fattah Amin). Filem Mat Kilau ni walaupun babak berlawan lama, tapi tak membosankan langsung. Aku cuma terkilan babak silat Usop (Khir Rahman) pendek sangat sebab aku pernah tonton aksi silat beliau dalam teater 'Semerah Padi' di Istana Budaya dan beliau memang hebat. Kalau korang minat filem aksi mempertahankan diri seperti 'Merantau Warrior' dan 'Geran', memang akan teruja menonton filem ni. 

Dalam bahasa mudah, ini filem tipikal Syamsul Yusof. Tapi aku OK dengan tipikal sebab memang semua pengarah ada identiti diorang sendiri dan ia adalah sesuatu yang perlu diraikan. Bukan pengarah Malaysia sahaja, pengarah luar negara macam Michael Bay, Steven Spielberg, Sanjay Leela Bhansali dan Jackie Chan pun ada identiti sendiri yang bila kau tengok filem tu automatik kau tahu filem tu arahan atau terbitan diorang.

Aku sejujurnya bukanlah peminat filem Syamsul Yusof mungkin sebab aku kurang suka filem tentang barah masalah sosial macam 'KL Gangster' dan 'Bohsia'. Begitupun 'Munafik' dan 'Khurafat' aku suka walaupun aku penakut sebab ia filem seram yang unik.

Pemilihan Adi Putra sebagai watak utama adalah tepat. Terserlah karisma

Apa pun terima kasih Sol sebab tak berlakon dalam filem ini. Kau berbakat sebagai pengarah, penerbit, malahan sebagai penyanyi rap tapi tidak dalam lakonan. Teruskan usaha terbitkan filem yang lain dari yang lain macam ni. Aku akan tetap tonton sebab aku suka sokong filem Melayu kecuali genre seram komedi sebab aku rasa seram dan komedi adalah gabungan yang tak masuk akal. 

Al-fatihah untuk arwah Mat Kilau dan nenek moyang kita yang terkorban di tangan penjajah samada kerana tekanan hidup atau dizalimi. Hargailah kemerdekaan yang kita ada kerana ia boleh dirampas kalau tak dijaga.

Notakaki: Saja mencabar diri mengulas filem Mat Kilau ini dalam bahasa Melayu.

Read More

Naik Air Asia selepas 2 tahun - First time beli tiket dan cek in pakai apps

Sunday 26 June 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Setelah 2 tahun lebih tak naik flight, dapat jugak lepas rindu, tapi tak jauh pun. Dalam Malaysia je. Flight KL ke Kota Bharu hanya mengambil masa 1 jam 10 minit. 

Dari rumah, aku naik Grab ke KLCC, then naik LRT free ke KL Sentral sempena RKLFR. Rapid KL 30-Day Free Ride (RKLFR) adalah tawaran 30-HARI PERJALANAN PERCUMA kepada semua pengguna Rapid KL dari 16 Jun sehingga 15 Julai 2022. Senang je nak nikmati kemudahan percuma ni, tap Touch n Go masa masuk dan keluar, free of charge. Kalau takde kad TnGo, sila download apps MyRapid PULSE. Eh iklan pulak.

Sampai KL Sentral, aku terus turun ke stesen bas untuk naik bas ke KLIA2. Option naik bas ni lebih jimat berbanding naik KLIA Transit atau KLIA Ekspress. Sewaktu entry ini ditaip, harga tiket adalah RM15 dan perjalanan setiap setengah jam sekali. Check kekerapan pakai apps RedBus je sebab tak tau waktu dan hari lain banyak perjalanan ke tidak. Aku pergi ni hari Sabtu. Ramai jugak orang.

Jangan salah naik bas, karang sampai Genting Highland pulak

Tapi kalau naik bas, kena bersedia untuk tanggung risiko jalan jam. Since aku pergi awal, so takdelah resah walaupun perjalanan 1 jam ke KLIA2 jadi hampir 1 jam 20 minit. 

Baru kutahu bulatan hitam tu ada USB port. Tahu melalui peramugari Air Asia yang duduk sebelah

Sampai airport, terus menuju ke bahagian Departure. Ingatkan nak singgah makan di Food Court Quizin KLIA2 tapi dah tutup. Selalu suka makan situ sebab murah dan banyak pilihan. So, carilah kedai lain. Tak tau nak makan apa pulak so tapau Hot n Roll je sebab kat rumah dah breakfast. Later aku google, rupanya sekarang tinggal Food Arcade di Arrival Hall sahaja.

Apa-apa pun, kita timbang beg dulu. Macam yang aku cerita dalam entry INI, aku ada Thoracic Scoliosis. Pengidap Scoliosis tak digalakkan bawak beban di belakang lebih dari 10% berat badan sendiri. Paling banyak pun 15%. Tapi personally bagi aku, 10% tu cukup dah. If lebih dari tu aku akan rasa sakit belakang.

Ngam-ngam 10%

Sekarang ni check in pakai website dan apps sahaja sebab Air Asia nak limitkan interaksi penumpang dengan staf kaunter. Hanya ke kaunter kalau ada kes khas atau masa nak check in tu dapat notification dari Air Asia supaya minta jumpa petugas sebab ada isu. 

Ini kali pertama aku beli tiket dan check in pakai apps. Senang rupanya. Cuma, berhati-hati masa isi nama penumpang sewaktu nak beli tiket. Salah ejaan walaupun satu huruf, leceh nak tukar. Masa aku beli tiket, aku terlupa letak 'binti' padahal nama aku di I/C ada binti. Nervous jugak masa hulur 1/C pada petugas KLIA2 sebelum masuk ke Domestic Gate. Alhamdulillah untuk flight domestik OK je. If takde bin, binti, A/L, A/P still boleh lepas. Tapi, untuk flight international jangan cari pasal ye. Kena sama sebijik dengan nama dalam passport.

Check in pakai apps, akan dapat E Boarding Pass. Tak perlu print. Tapi kalau ada luggage yang nak dicheck in, print 'bag tag' di airport je nanti. Aku bawa carry on je sebab aku seorang dan setakat pergi 4 hari 3 malam. Bagus E Boarding pass ni. Jimat kertas dan duit print. Print bukan murah weh. Boleh check in pergi dan balik siap-siap.

Alhamdulillah flight tak delay

Perjalanan smooth. Rezeki walaupun tak beli seat, dapat duduk sebelah tingkap. Seronok tengok sayap kapal terbang membelah awan. Cuaca cantik sangat. Flight kalau setakat dalam semenanjung tak terbang tinggi so tengok bawah nampak bangunan macam model lego. Cuma satu je tak best, masa dah nak sampai Kota Bharu, nampak hutan-hutan yang dah togel dan Sungai Kelantan yang keruh macam teh tarik. Alahai sakitnya mata.

Sampai jugak airport KB. Pernah naik fight di sini dahulu so takdelah rasa janggal.

Eh, naik flight pergi Kota Bharu, nak jalan-jalan sana ke nak melawat kampung ex

Aku sebenarnya nak ke Pulau Perhentian. Walaupun Pulau Perhentian terletak di negeri Terengganu, tapi airport yang lebih dekat adalah Lapangan Terbang Ismail Petra / Lapangan Terbang Kota Bharu, bukan Lapangan Terbang Kuala Terengganu ye. Pilihan yang lebih mudah adalah naik bas direct dari KL ke Kuala Besut (jeti untuk ke Perhentian) tapi aku tak suka naik bas lama-lama. Terutama bas malam sebab aku tak tahan sejuk, nanti asyik nak terkencing. Takutlah turun di R&R sorang-sorang tengah malam. Seram. Haha. Dalam berani, aku ni ada penakutnya. 

TBS- Kuala Besut masa perjalanan selama 7 jam 45 minit dengan harga tiket serendah RM45. Nak jimat duit boleh naik bas. Nak jimat masa jugak naik bas malam. Sampai pagi terus pergi jeti. Pilihan masing-masing. Aku naik flight dapat tambang RM99 pergi, RM99 balik. Beli last minit. Nasib kau lah.

Ambil kupon teksi di kaunter, tapi bayar pada driver sebelum turun nanti. Tambang teksi dari airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut adalah RM80

Dari Kota Bharu nak ke Kuala Besut, aku naik teksi. Mula-mula ingat nak naik Grab tapi harga sampai RM95. So, scan crowd yang ada untuk cari 'mangsa'. Eh dah macam scammer pulak. Tapi tulah orang lain tak nampak macam nak pergi pulau pun, macam orang Kelantan balik rumah ja. Maybe sebab dah petang. Tetibe nampak satu couple 'mat saleh'. Terus tanya samada mereka nak ke Perhentian, nak ajak share teksi. 

Sempat borak-borak dalam teksi dengan diorang on the way ke Kuala Besut. Perjalanan ambil masa 1 jam lebih. Rupanya diorang dari Birmingham. Diorang tanya aku tau ke Birmingham kat mana and pernah sampai UK ke? Aku cakap tak pernah, tapi aku tahu Birmingham City FC sebab aku tengok bola. Haha. Mat Saleh tu tanya aku sokong mana, so mestilah aku jawab Liverpool. Dia sokong Newcastle. Aku pun bagitau dia, Kota Bharu tu loosely translate is Newcastle. Teruja dia sekejap. Tapi diorang nampak macam dah biasa datang Malaysia. Takdelah excited macam aku first time jejak kaki kat Jepun or Australia dulu.

Dipendekkan cerita, drop diorang kat jeti dan aku ke hotel tempat aku akan menginap selama satu malam sebab aku nak masuk pulau pagi esoknya. Rupanya sampai pukul 5 petang pun ada bot lagi kalau cuaca baik. Tapi sebab aku dah book stay overnight dan dah janji dengan ejen nak ke pulau pagi esoknya, aku stay dulu satu malam di Kuala Besut. Tenang aje. Takkan lari Perhentian dikejar.

Cerita pergi pulau aku sambung nanti. Thanks for reading!
Read More

Fast Fashion - Dah tiba masanya kita berhenti beli baju baru?

Tuesday 14 June 2022

Last month masa aku lepak dengan kawan aku, dia dok cerita pasal baju yang dia baru beli. Dia ajak aku beli jugak tapi aku cakap dengan dia yang baju yang ada pun dah nak runtuh almari. Kalau boleh aku nak 'buang' separuh. Tapi sebenarnya, kita kena fikir banyak kali sebelum buang baju. Like buang literally masuk tong sampah. Memanglah kita boleh cakap, alah kain kan boleh reput tapi tak semua fabrik mudah terurai begitu sahaja contohnya fabrik sintetik.

Lagipun, dunia sekarang dibanjiri 'pencemaran fabrik'. Yang selalu menjadi mangsa, negara-negara dunia ketiga. Baru-baru ni aku tengok video dokumentari terbitan BBC bertajuk 'Fast fashion: The dumping ground for unwanted clothes'. Kebanyakan 'penderma' dari negara-negara maju menghantar pakaian terpakai mereka ke sini tapi bukanlah secara percuma. Peniaga tempatan kena beli secara bundle. Pakaian yang masih elok akan dijual semula kepada rakyat (sebab diorang terlalu miskin, tak mampu beli baju baru) tapi kalau baju yang tak elok dan tak layak dijual semula akan dibuang ke tempat sampah. 

Memang tragis bila tengok hamparan kain macam tu. Bila terlampau banyak, ia akan dibakar, lalu menyumbang kepada pencemaran udara pulak. Kalau hujan, banyak kain yang akan hanyut ke sungai dan akhirnya ke laut. Bukan straw je yang boleh membunuh hidupan laut tau, selendang korang pun ada potensi yang sama ye.

Fast fashion is a design, manufacturing, and marketing method focused on rapidly producing high volumes of clothing. Fast fashion garment production leverages trend replication and low-quality materials (like synthetic fabrics) in order to bring inexpensive styles to the end consumer

Loosely translate macam ni.. Fast fashion ni amalan menghasilkan pakaian secara besar-besaran. Kebiasaannya menggunakan fabrik sintetik yang murah supaya boleh dijual pada harga yang murah kepada pengguna yang sentiasa inginkan baju baru.

Budaya OOTD dan nak tayang di media sosial adalah antara penyumbang kepada fenomena 'fast fashion' ni lah, pada pendapat aku. Selalunya orang perempuan ada penyakit 'Malulah orang asyik nampak aku pakai baju yang sama'. Aku mengaku dulu aku pun macam tu. Circle aku pulak terselit sorang dua yang suka tegur " Asyik pakai baju ni je". Bila difikir balik, takde masalah pun sebab ada sesetengah pakaian tu kita selesa pakai dan buatkan kita rasa cantik berbanding biasa, so apa salahnya ulang pakai. Kan baju tu kita basuh dan gosok dengan kemas?

So adakah ini bermakna kita kena berhenti beli baju baru? Yes and No. Beli baju baru tak salah tapi kalau boleh belilah baju yang berkualiti dan boleh tahan lama. Macam pakaian mak kita dulu-dulu. Ada yang diturunkan sampai 3 generasi, masih elok dan cantik. Jangan beli yang pakai beberapa kali dah koyak atau lush pastu terus kita buang. Beli pakaian yang kita yakin kita akan ulang pakai. Contohnya baju kurung yang boleh bawak pergi kenduri dan pergi kerja.

Kita tak boleh kawal syarikat baju nak hasilkan baju baru, tapi kita boleh kawal pembelian kita sendiri. 


Another thing yang kita kena aware adalah ke mana kita dermakan baju-baju kita. Make sure pakaian yang kita dermakan tu masih elok dan syarikat atau pengumpul baju terpakai kita tu akan salurkan baju-baju kita ke tempat yang sepatutnya. Lepas tengok dokumentari fast fashion di Youtube, aku rasa ragu-ragu nak derma pakaian terpakai kepada syarikat-syarikat fesyen antarabangsa.

Anyway, aku dapat ilham nak buat entry ni bila dapat email dari HR yang ada tong kitar semula baju akan diletakkan di kawasan office. So, aku pun google nama company yang letak tong kitar semula tu. Website nampak promising, but still aku nak email diorang dan tanya details. Nanti dah dapat jawapan (yang memuaskan hati aku), aku share lah kat sini. Tu pun kalau diorang layan blogger biasa macam aku.

Buat masa ni aku sedang mencabar diri aku supaya tak beli pakaian baru. Kita challenge untuk 30 hari dulu. Wish me luck guys! Let's save the earth, one cloth at a time.

Notakaki : Pedih bila kau cuba nak jadi environmental friendly tapi dicop kedekut.
Read More

Throwback Malaysia Thailand Halal Food Festival - MATHAF di Encorp Strand Mall

Saturday 11 June 2022


Assalamualaikum dan hai semua! Tak habis-habis cerita throwback dan cerita basi ya. Lately jarang keluar. Kalau ada pun pergi majlis tahlil atau makan-makan di rumah keluarga sendiri or kawan-kawan. Pastu lupa ambil gambar. Kalau ambil pun segan nak share sebab kita tak tau orang OK ke tidak kita share gambar dia dan keluarga dia kat blog. Maybe aku yang overthinking kot. So..ambil jalan mudah tak payahlah cerita. Kalau share pun setakat di facebook je.

Ni cerita bulan Januari lepas. Aku temankan adik aku ke Damansara sebab dia ada urusan. Disebabkan appointment dia pukul 3 dan tempat diorang nak jumpa tu dekat dengan Encorp Strand Mall, aku ajaklah dia gi tengok wayang dulu. Aku pernah pergi Encorp Strand ni dulu sekali, atas urusan kerja. Memang mall yang sendu. Tapi..wayang dia tak ramai orang. OK lah kan, sebab masa tu Covid19 masih menggila. Tak silap aku masa tengok wayang ni, seat ada penjarakan. Hanya boleh duduk sebelah-menyebelah kalau datang sekali.

Kami tengok filem The King's Man. Boleh baca review di SINI

Sendu mall ni

Lagi sendu daripada masa aku manning event Pameran kartun LAT 8 tahun dulu. Boleh baca di SINI

Anyway, habis tengok wayang, rasa lapar pulak. Dalam Encorp Strand ni aku nampak kiosk Auntie Anne je yang ada. Tapi masa sampai memang dah nampak ada Malaysia Thailand Halal Food Festival - MATHAF betul-betul di perkarangan mall. So, memang target nak makan sini je. Yelah, nak pergi Thailand tak dapat. 

Orang boleh tahan ramai. Nak duduk tu kena kongsi dengan stranger. Kalau tak kena bungkus, makan dalam kereta

Nampak Thai Green Tea terus tak minat nak minum air lain dah


Tak silap aku kitorang beli Kerabu Maggie Seafood dan Somtam Mangga. Harga RM10 each. Ke lebih? Entahlah tak ingat. Gambar aku tak ambil sebab segan meja kitorang duduk tu ramai orang. Menu lain yang ada antaranya Miang Kham, pulut mangga, spring roll, aneka jenis mi dan aiskrim kelapa.

Beli softshell baby crab goreng jugak.

Menggamit memori makan pancake Krabi. Jemput baca my Krabi trip

Yang penting dapat air favourite. Yay!

Aku bukanlah fanatik makanan Thai sangat sebab makanan Thai lazimnya masam dan pedas. Aku pulak tak tahan pedas. Tapi kalau dah nampak MATHAF depan mata kenalah singgah dan pandai-pandai cari menu yang sesuai dengan selera dan perut. Ada juga gerai masakan Malaysia tapi tak banyak.

Ada ke antara korang yang memang follow MATHAF ni? Hari tu baca di blog Farhana Jafri dia pun pergi, tapi di Shah Alam. Boleh baca di SINI

Teringin pulak nak pergi Thailand lagi. So far aku pernah sampai Krabi je. Bukit Kayu Hitam dengan Padang Besar tak kira kan? Hehe. Kalau diberi peluang aku teringin nak melawat Ayutthaya. Nampak tak pengaruh drama 'Love Destiny' di situ.

Aku tonton di Netflix. Siri Thai yang selamat ditonton seisi keluarga sebab takde unsur-unsur lucah samada sejenis mahupun berbeza jantina. Setting zaman dolu-dolu kan. 

Ayutthaya ni, kalau suka bangunan-bangunan lama dan suka sejarah, seronoklah. Tak pasti tarikan lain macam shopping dan makan-makan di sana macamana. Kanchanaburi pun best jugak, boleh tengok laluan keretapi 'Death Railway' dan muzium perang. Aneh betul aku ni. Takut orang nak travel sekali. Hahaha. 

Anyway itu hanyalah cita-cita. Entah tahun bilalah sampai. 

Jauh nau merepek. Padahal nak cerita pergi MATHAF je. 
Read More

Pengalaman Menginap di Scapes Hotel, Genting Highlands

Tuesday 7 June 2022

Assalamualaikum semua! Kisah ke Genting Highland bulan Januari lepas masih berhutang review hotel tempat kami menginap. Walaupun dah beberapa kali ke Genting Highland, tapi ni first time tidur di sana. Tunaikan hajat kawan-kawan aku yang kali pertama datang ke Genting, lagipun diorang duduk jauh.

Di Genting Highland ni ada macam-macam pilihan hotel. First World Genting dan Resort World Genting paling famous sebab dekat dengan Genting Skyworlds. So lepas penat main di theme park, boleh terus balik bilik, tidur. If nak lagi high class, boleh pilih Grand Ion Delemen Hotel. Memang feeling kayanganlah, tengok keluar tingkap bilik pun berkabus. 

Hotel di Genting ni kebiasaanya lagi tinggi di atas bukit, lagi tinggilah harganya. Tapi jangan risau, kalau teringin jugak nak ambil angin sejuk Genting tapi malas nak drive jauh ke atas, boleh menginap di area Gohtong Jaya macam kami. Ukur budget di badan sendiri orang kata.

Kami menginap di Scapes Hotel, sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Beli masa promo hujung tahun, so dapat harga RM440 untuk 4 orang beserta breakfast. Berpatutan pada pendapat aku sebab bila bahagi 4 jatuh seorang RM110 je. Tapi..berbaloi tak? Ha, kena lah baca review di bawah ni ye.

Bilik Deluxe Quad, ada 2 katil Queen. Sesuai untuk famili jugak.



Bilik air biasa sahaja, tak ada bath tub. Saspen pada awalnya sebab gambar dalam website, pintu bilik air transparent.

Malam kami pergi makan di pekan Genting Permai berhampiran. Masa aku pergi ni, kiri kanan Scapes Hotel sedang pembinaan, nak buat hotel baru, so gelap dan seram je jalan nak ke jalan besar. Tapi bila dah sampai, eh OK je. Pekan biasa. Ada Starbucks, ada banyak warung, ada stesen minyak Petron, Watson's dan Speedmart. Di Genting (sewaktu entry ini ditaip) tak ada Food Panda, Grab Food dan yang sewaktu dengannya ya. So kalau rasa malam tu malas nak keluar, tapau makan siap-siap atau order room service.

Aku lupa ambil gambar suasana pekan dan tempat kami makan. Pekan biasa je. Kalau tak kerana sejuk, rasa macam kat Kajang.


Balik makan singgah IBN Showroom dekat sebelah Scapes. Point singgah sini adalah sebab dari jauh nampak tempat ni cantik walaupun Sales Gallery dah ditutup. 


Dekat bangunan tu ada kedai-kedai makan tapi tutup masa kitorang pergi. Maybe bukak siang or maybe tak bukak langsung sebab masa ni tourism masih sendu

Catwalk ala-ala America's Next Top Model kat sini

Deko Chinese New Year

Punyalah nak menarik perhatian orang datang 'tengok-tengok' rumah untuk dijual, galeri jualan pun dihias cantik macam ni.

Berhampiran Scapes ada air pancut yang cantik ni so tumpang selfie jap

Tak ada apa pun tarikan waktu malam berhampiran Scapes. So, balik bilik dan tidur. Aircond Scapes sejuk juga, campur suhu Genting yang memang dah sejuk. Tapi masa aku pergi ni hari siang cuaca panas sampai mencecah 33 degrees, so malam pun tak sejuk sangat sampai kena pakai sweater. Tido jelah berselimut tebal.

Pagi-pagi dah turun untuk breakfast di Lemon3. Memandangkan ni hari biasa, orang tak ramai. Kami makan dengan selesa. Makanan dia memang sedap dan banyak pilihan.






Malu nak ambil gambar so ambil sikit-sikit je

Sebelum check out, pergi tengok area swimming pool dia. Luas jugak tapi tak nampak orang mandi. Sejuk wei. Siapa je sanggup. Nak kata air panas tak nampak pulak wap pada permukaan air tu. Siapa sangka hotel tempat sejuk tak ada pool. 


Overall aku puas hati stay sini. Makanan sedap, proses check in check out yang mudah, bilik selesa dan bersih serta hotel yang sangat cantik. Terasa mewahnya. Satu je aku geram, volume TV dia maksimum 12 je. Maybe tak nak guest bukak TV kuat-kuat kot.

Korang kalau berminat nak menginap di hotel ni boleh cuba tempah melalui laman tempahan online kegemaran korang atau melalui official website Scapes Hotel, Genting Highland.

Scapes Hotel
Jalan Jaya Permai, Midhills, 
69000 Genting Highlands, Pahang

03-61060833
Read More

Career Fair relevan lagi ke?

Friday 3 June 2022

Last week aku pergi check out Mega Careers & Study Fair anjuran Postgradasia di KLCC Convention Centre. Kalau menilai dari nama event dan penganjur, boleh agak yang event ni target untuk lepasan ijazah yang masih berkira-kira nak sambung belajar atau nak terus bekerja. Aku tak expect banyak, sekadar nak cuci mata dan cuba nasib. Manalah tau ada peluang untuk graduan basi macam aku di kalangan graduan baru yang pastinya lebih bijak dan pandai bergaya.

Kenapa mesti nak mention pandai bergaya? Ini semua salah cikgu aku masa aku sekolah rendah. Dia pernah cakap yang orang macam aku nanti dah besar susah dapat kerja sebab orang akan ambil orang yang cantik-cantik. Siap buat comparison dengan classmate aku. Well...classmate aku tu memang jauh lagi comel lah banding dengan aku. Aku comot weh. Iyelah, mak dah takde (masa tu ayah aku belum kahwin dengan mak tiri sekarang), ayah sibuk kerja, pandai-pandailah urus diri sendiri. Tambah pakej gigi jongang, memang sedap lah cikgu tu bercakap tanpa brek. Rasa down betul masa tu, sebab dia cakap kat depan kelas. Aku pulak jenis pemendam, takde nak cerita dengan keluarga ke apa.

Anyway, aku tak berdendam lah dengan cikgu tu, cuma aku elak dari jumpa dia bila dia tak mengajar aku lagi. Bukan marah, tapi malu dan rasa terhina. Aku jadikan 'kutukan' dia motivasi untuk aku belajar rajin-rajin. Sampai sekarang aku ingat kata-kata dia dan aku jadikan cabaran untuk sentiasa upgrade diri aku dari segi penampilan, ilmu dan pengalaman hidup.

Korang yang bergelar cikgu, jangan tiru macam dia OK. Tak baik tau buat orang ada inferiority complex sampai dewasa. Buat apa pun tak yakin. Korang mesti membayangkan cikgu perempuan bukan? Tidak..ini cikgu lelaki.

Sampai je dewan tengah sanitise. Rupanya tutup setiap 2 jam setengah untuk sanitasi. So lepak luar KLCC Convention Centre

View dari taman KLCC. Port lepak zaman muda

Company besar macam Top Glove, EPF, Maybank, CiMB, Nestle etc memang dikerumuni orang


Tepat jangkaan aku, career fair ni target crowd dia adalah golongan fresh graduate. Tapi aku drop saja resume. Kebanyakan offer protege pogram dan management trainee tapi ada jugaklah untuk orang yang berpengalaman.


Baguslah sekarang zaman scan QR code dan hantar soft copy resume via Google Form. Dah jauh berevolusi dari tahun 2000-an dan awal 2010-an dulu dulu. Kena print resume ataupun cucuk pendrive. Balik rumah pendrive penuh virus sebab dah cucuk laptop sana-sini. Aduhai.


If nak sambung belajar, ada bahagian untuk postgraduate studies jugak. Aku ada usha-usha untuk online courses part time. Tapi buat masa ni belum berminat nak sambung belajar

Aku dulu lambat dapat kerja. 3 tahun lepas grad baru dapat. Sementara tu kerja sales dan jadi volunteer berbayar di Petrosains. Masa tu terfikir jugak, mungkin kata-kata Cikgu J (bukan nama sebenar) ada betulnya. Anyway, Alhamdulillah aku dapat kerja di Media Prima sekarang ni pun melalui Career Fair. Dulu memang kerap pergi career fair. Ada waktu pergi dengan kawan-kawan, ada kala pergi sorang. Tak kisahlah di Mid Valley, PWTC ataupun KLCC. Siapa sini dapat kerja melalui career fair jugak? Angkat tangan!!

Aku ada baca discussion di Facebook (kadang-kadang aku terpaksa buka media sosial) tentang event ni. Ada jugak fresh graduate sekarang yang rasa career fair dah tak relevan. Diorang cakap asyik company yang sama je yang bukak booth. Lagipun boleh apply online. Mungkin jugak diorang ni dah jemu pergi tapi tak dapat-dapat so dah give up.  Pendapat korang? Career fair ni relevan lagi ke?

Aku atas pagar lah tentang ni. Sebab most career fair zaman sekarang diadakan secara online di samping physical event. Kebiasaan diorang akan kolaborasi dengan job portal macam JobStreet. So kalau online, baik duduk depan PC, klik link dan send resume. Jimat masa dan tenaga. Pendapat aku career fair ni sesuai untuk discover company sederhana besar atau kecil. Kalau company yang well known, just klik website, mostly akan ada link untuk hantar resume.


Aku jumpa gambar ni dalam FB aku. Di career fair ni lah aku dapat kerja. Kau nampak tak betapa semangatnya kitorang , dewan belum bukak dah tunggu. Apalah khabar orang-orang dalam gambar ni. Harap semuanya dah berjaya dalam hidup dan dalam kerjaya

So apa aku dapat di career fair KLCC ni selain kaki yang lenguh dan goodies bag? Well, dapat jugaklah networking , register untuk program sukarelawan dan drop resume soft copy di beberapa booth. Dapat boost self esteem jugak sebab ramai tanya 'You fresh grad ke?'. Bila pakai facemask, auto tolak umur 10 tahun sebab petite. Boleh tipu umur sekejap. Haha

Penat berjalan aku cari makan di Avenue K. KLCC sesak sangat. Rimas aku. Plan asal nak merayap ke area Bukit Bintang, ikut belakang tu ada shortcut tapi malas pulak dengan goodies bag penuh tangan.

Ah Cheng Laksa. Perfect sebab dah breakfast heavy. Lagipun kedai ni ada 3 orang je pelanggan.

 Pan Yee Mee set with Air Longan

Ha..ko nampak tak aku muka rezeki? Tengah duduk makan tetibe ramai orang

Tapi tulah.muka rezeki tapi susah jugak nak dapat kerja baru. Acane tu? Malaslah pergi career fair. Nak pergi book fair je.

Read More