Of Sotong Ride dan Orang Itu

Wednesday 14 December 2022

Throwback minggu lepas masa terpedaya dengan racun Tik-tok, Sunway Lagoon Night Park hanya RM35 per adult. Awalnya aku skeptical, cakap ngan kawan-kawan aku, aje giler pergi Sunway Lagoon musim-musim hujan ni. So member aku pun beli jiwa, belanja baju hujan kaler pink. Dahla masa beli tak tengok saiz, dia terbeli saiz XL. Dah serupa mascot World Cup Qatar. Tapi bagus gak saiz besar, satu badan cover. 

In the end kami tak dapat naik majoriti ride yang best. Tutup sebab hujan. Maybe for safety reasons. Dapatlah naik a few rides level kanak-kanak riang. Segala show pun dibatalkan dan aku tak ambil satu gambar pun sebab simpan handphone dalam beg. Terselit satu gambar dengan ride legend di Sunway Lagoon iaitu Pirate's Revenge ni je. Buat kenangan sebab seumur hidup jadi anak KL ni baru first time sampai. Sedeyh! 


Apa pun, aku appreciate lah kawan-kawan aku nak hiburkan hati aku dan heret aku sekali walaupun hakikatnya aku ni penakut. Korang kalau perasan kat theme park atau fun fair ada 3 golongan. Adrenalin junkie atau si berani, si penakut apa pun tak boleh dan orang yang akan naik sebab kena pujuk tapi lepas tu dia tutup mata sambil jerit pada frekuensi Mariah Carey. Aku lah golongan yang last tu. 

Seingat aku, aku tak pernah naik 'Sotong Ride'. Tapi aku masih ingat memori last pergi fun fair bersama 'Orang Itu' beberapa tahun lepas. Tak pasti fun fair yang sama ke bukan.

Somewhere out there, 'Orang Itu' pasti baca berita kemalangan di Fun Fair Eco Grandeur Puncak Alam beberapa hari lepas lalu berkata , "Nasib baik aku tak mati masa pergi fun fair dengan perempuan gila tu!" 

Apalah khabar 'Orang Itu'..Entahlah aku pun tak nak tahu.

p/s: Semoga mangsa tragedi 'Sotong Ride' dipermudahkan urusan dan kembali sembuh. Fun fair memang lagi murah berbanding taman tema macam Sunway Lagoon atau Genting Highland, cuma risiko kerana ride dipasang dan dicabut berulang kali kerana fun fair akan berpindah-randah. Bimbang diselenggara sambil lewa.

39 comments

  1. Benda2 gini wak memang takut nak naik
    Kuat gayat

    ReplyDelete
  2. Fun fair skrg x sama.mcm fun fair dl... Rasanya dl lg security dia bagus... Skrg ni asal bole je hahaa... Kita suka ride extreme. Tp. Sejak dah ada penyakit, ko duduk je la dendiam tepi ride huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kak Ret. Tulah tak silap saya pernah baca entry kak Ret travel dulu-dulu. Saya ada kawan macam akak jugak. Lagi giler lagi dia suka

      Delete
  3. Kita serupa Sal. Ibu pun kategori yang last tu. Sampai jerit macam rope nak terkeluar anak tekak dibuatnya. Last layan benda mcm ni tahun 2019 dkt Lost World Of Tambun. Itupun jenuh Aqil pujuk hakikatnya ibu dia dah pucat lesi.. Dianya relaks je. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..selalunya naik sebab tak tahan lepas kena pujuk takpun bila nampak ada budak kecik naik. Rasa malu je sebab sendiri lagi besar tapi takut

      Delete
    2. Iye betul tu ibu rasa tercabar kenapa Aqil boleh ibu plak tak boleh. Malu plak dgn anak sendiri. Hahahahahaha! Pucat2 pun ku gagahi. ;)

      Delete
  4. Betullah.. benda pasang siap ni memang sukar nak dipercayai. Bab teknikal apa-apa pun boleh berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulak kalau yang pasang tu pekerja yang bertauliah. Asal lekat aje

      Delete
  5. Tak payah le kenang 'orang tu' kalau ianya menyakitkan hati. INgat kat orang yang mengembirakan hati je. Ngabehkan boreh je ingat 'orang tu' eh awat aku yang trigger ni. opss sori. Ahkak le orang penakut naik ride. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Teringat sebab baca berita fun air tu je

      Delete
  6. Pertama kali naik ride kat genting highland yang dalam bangunan tu. Dia punya takut sampaikan bila dia selekoh je rasa hati jantung dalam perut nak tercampak keluar je. dia punya penakut tu. tak boleh cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya paling seram kalau time roller coaster drop dari atas. Masa tu mengucap siap-siap

      Delete
  7. Masa kat brisbane ahkak terjoin member yang minat naik ride ni semua. Naik scoby doo ke apa lupa. Nasib baik gelap jadi tak nampak apa ke aku yang tutup mata. hahahaha. Menjerit tu tak boleh cakap le . adehaiii. Lepas tu ride yang lain orang tukang pegang beg kawan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scooby Doo kat Movie World tu ke? That one best lah. Rasa nak naik lagi sekali.

      Delete
  8. Semoga dipermudahkan urusan mangsa 'sotong' ride tu.

    Saya dah serik nak naik ride di funfair sbb masa bujang dulu penah pegi dgn kawan2 naik teacup yg berpusing2 tu end up saya muntah teruk bawah pokok sementara dieorg gelakkan saya. huhu sadis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka naik teacup tu. tak suka ride yang melibatkan ketingian je. Tapi kadang-kadang main jugak sebab member ajak

      Delete
  9. betul tu...buk pasang buka pasang, entah entah ada skru yang hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang memasang tu pun belum tentu ada tauliahnya

      Delete
  10. Ada juga dengar berita inside funfair itu.
    Ala rugi tidak rasa main semua. Ini banyak main hujan nampaknya. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Basah kuyup bukan sebab main air di Sunway Lagoon, tapi sebab main hujan. Rasa nak mintak refund je.

      Delete
  11. timing tak kena eh? tp tu laa time cuti sekolah ni laa ramai serbu theme park. and hujung thn pulak musim hujan...

    jgn disebut sotong ride tu...ngeri pulak tertengok videonya....

    kalau gitu, cancellah nak gi Vinpearl/VinWonders. baru nak ajak naik 360 degree spinning swing sekali lagi hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya gi HK dulu kita gi Disneyland la. Ni pergi Mongkok je buat apa. Hahaha

      Delete
    2. ko ler beria ajak gi Stanley Market... larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

      Delete
  12. hepi ja sal kat taman tema moga mangsa sotong ride selamat semuanya malang berlaku di mana saja tanpa terduga hati2 selalu sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak PI, dalam pada bergembira kena beringat juga

      Delete
  13. fun fair dalam tapak pesta penang ni pun seumur hidup tak pernah masuk. takut naik main

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu-dulu kalau gi pesta Penang, nak tengok pameran hantu je. haha

      Delete
    2. harga yahudiiiii.. hari2 balik ikut tapak pesta. sesak ya ampun. org dr luar yg ramai

      Delete
  14. Saya pun peankut juga.. Naik sebab dipujuk kemudian tutup mata dan menjerit.. hehehe

    ReplyDelete
  15. Akak pernah naik sekali masa tahun 1999 rasanya Sunway Lagoon ni...tu ride yang SAl bergambar tu....mmg mati hidup balik x nak dah naik...cukup- cukup la....

    ReplyDelete
  16. abe kie x pernah cuba sbb dah tua pun. kalau masih kanak2 tentu nak try gak. hehehe..

    ReplyDelete
  17. Memang takkan naik benda ni. Fobia dah. Fun fair pun paling exteme naik Ferris wheel je. 😂

    ReplyDelete
  18. samalah kita kak sal, saya pun tak pernah main theme park kat sunway lagoon. Genting pun tk pernah xD

    memang ngeri betul kes accident funfair baru2 ni. untuk safety, betterlah kita kumpul duit pergi taman tema macam sunway atau genting je daripada naik yang pasang cabut tu

    ReplyDelete
  19. memang x berani la naik ride2 yg adventure kat fun fair ni...kak ayu ni spesis penakut.

    ReplyDelete
  20. Takut! Gayat....rasa seram semacam. Teringat kemalangan orang naik sotong baru-baru ni. Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  21. last naik ride ni tahun 2018...lepas tu serik, rasa jantung berdegup kencang....ouchh, kenangan dating dgn 'orang itu'. di fun fair...haha..

    ReplyDelete
  22. seriau mama tgk video tu.. kalau mama skrg dh mmg penakut nak naik menda2 ni sal..

    ReplyDelete
  23. aduhh seriau bila tengok video sotong ride tu kat tiktok..benda macam tu la selalu bermain kat fikiran sebelum kawan2 ajak naik ride yang seram2 ni..memang tak akan naik kalo tduk fikir ride akan tercampak..huhu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah