Tuesday, 24 July 2018

Skyscraper Movie Review

If you can't fix it with duct tape, then you are not using enough duct tape



Assalamualaikum dan hai semua. Mashaallah lamanya tak update blog. Dari musim raya membawa ke musim bola sampai ke musim durian. Ingat nak sambung cerita travel tapi keadaan tak mengizinkan so mari buat movie review.

Last week aku tengok filem ni. Faktor utama menonton filem ni adalah The Rock. Hahaha. Lagipun aku suka genre action thriller campur a bit of elemen kekeluargaan.

Skyscraper mengisahkan Will Sawyer (Dwayne Johnson aka The Rock) seorang pesara tentera yang kini bertugas sebagai penganalisis keselamatan bangunan tinggi. Tugasan terbaru beliau adalah menguji sistem keselamatan 'The Pearl' milik usahawan Hong Kong, Chin Han (Zhao Long). The Pearl, pencakar langit tertinggi dunia dikatakan bangunan paling canggih dan selamat ; telah terbakar secara tiba-tiba. Will Sawyer telah dituduh menjadi dalang kebakaran tersebut tetapi beliau tidak boleh lari kerana ahli keluarga beliau iaitu isteri (Neve Campbell) dan sepasang anak kembarnya terperangkap dalam The Pearl.


So nak tau berjaya ke tidak Will Sawyer selamatkan keluarga dia dan siapakah dalang sebenar kebakaran tu korang kenalah tengok filem ni. Best. Serius aku tak tipu. Banyak letupan, aksi dan scene yang buatkan korang gayat.

Aku suka plot twist dia walaupun awal-awal cerita dah boleh detect siapa musuh dalam selimut. Ending dia jelah simple sangat tapi babak-babak lain dah disusun cantik so boleh abaikan je minor defect tu. So..rekemen ke idok? Highly! Sila tonton please.

OKlah, thanks for reading!

p/s: Bangunan terbakar panggil bomba, hati terbakar nak panggil siapa?

Sunday, 1 July 2018

Julai dah tiba

Assalamualaikum semua. Bulan Syawal ni nampaknya momentum blogging kita semua pun gi beraya sekali. Haha. Orang nak datang komen pun tak tau nak komen cmane sebab takde entry baru. Sorrylah aku memang sibuk beraya. Sibuk dengan World Cup lagi. Puas hati aku Cristiano Ronaldo ngan Portugal dah tersingkir. Kahkahkahkah. Fair lah kan, Messi balik, Ronaldo pun balik. Dah tak payah gaduh-gaduh sape lagi terer.

Untuk penyokong-penyokong yang team korang masih bertahan dalam World Cup, may the best team win. Mana yang dah tersingkir, selamat menjadi lalang. Tak tau nak sokong sape meh lah join aku sokong Spain.

Apa-apa pun, tetap curi masa nak appreciate rakan-rakan blogger yang rajin datang komen bulan lepas. Thanks gais. Mereka adalah :

adianiez AIDA
Blog : http://www.adianiez.com

mamapp
Blog : http://www.mamapipie.com/

Farrah MF
Blog : http://famf-tower.blogspot.com/

Siti Yang Menaip
Blog: http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

Mrs.A
Blog : https://mrsablogstori.blogspot.com/ 
 
Zie Azi
Blog : http://jepunmari2.blogspot.com/

dear anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

Shirven
Blog : http://zzzyy.blogspot.com/

I am LZ
Blog : http://ladyinredplanner.blogspot.my/

Farah
Blog : http://herlittleguiltypleasures.blogspot.my/

nhhas
Blog : http://hnr318.blogspot.my/

notie
Blog : http://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/
 
OKlah, macam biasa nak ucap thanks kat sesape yang selalu singgah kat blog aku ni. Tak kisahlah follower, silent reader atau kaki komen, korang semua memang awesome! Thanks a lot, walaupun korang tak sedar, aku memang happy dengan kehadiran korang. Nanti free aku gi jalan-jalan blog korang ye!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Mohon maaf segala salah silap aku kat korang, samada yang nampak atau terselindung. Mana tau ada entry ataupun komen aku mengguris hati korang. Hati-hati di jalanraya dan selamat mengadap jam. Till then, see you next time, lovelies!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com